Tuesday 27 August 2013

Comel Is My Pet 1




NAN hanya diam membisu. Sekali sekala dia mengerling memandang ibunya tetapi tatkala itu jugalah dia dijeling tajam membuatkan Nan kembali menunduk. Sejak sepuluh minit yang lalu, tiada sesiapa yang bersuara. Baik Nan mahupun ibunya.

     “Cuba Nan beritahu apa yang Nan dah buat?” Soal Puan Hamsiah.

     Nan hanya mampu menelan liur. Huh, habislah aku kali ni! Memang gawat.

     “Nan... Nan tak...” Nan menjadi gugup.

     “Nan tak buat apa-apa?! Itu yang Nan nak jawab pada ibu?!” Suara Puan Hamsiah sedikit menjerit.

     Gulp! Ibu dah naik darah. Haish, memang nak cari bala kalau sesiapa yang menaikkan darah ibu. Aduh!

     “Ibu dah susah payah carikan lelaki yang sesuai untuk Nan. Ibu carikan Nan lelaki yang bekerjaya dan mampu bimbing Nan tapi apa yang Nan dah buat? Hah, cuba jawab apa yang Nan dah buat!” Puan Hamsiah sudah bercekak pinggang memandang Nan.

     Nan masih mendiamkan diri. Sebenarnya dia berkira-kira sama ada dia harus menjawab atau tidak persoalan ibunya itu. Kalau aku jawab takut pula di anggap ingin berkurang ajar tetapi kalau tak jawab nanti segala kesalahan diletakkan atas bahu aku pula.

     “I’m asking you a question, Ain Nurhanani!”

     Nah, ibu dah cakap omputeh dah! Kalau dah macam tu, hendak tak hendak kena jawab soalan juga. Huh! Nan menarik nafas dalam sebelum dia memandang ibunya yang tajam merenung itu.

     “Nan dah tolak.”

     “Hah, siapa suruh Nan tolak?”

     Nan tidak menjawab. Dia hanya tunduk memandang lantai seperti orang yang bersalah.

     “Cuba Nan beritahu ibu apa yang kurangnya dengan si Azfar tu? Orangnya pandai, kerja sebagai jurutera dan dia tu hafiz pula tu. Hah, cuba beritahu ibu apa yang kurang?Apa masalah dia?”

      Nan mengeluh lemah. Kurang? Memang anak kawan ibunya si Azfar tu tiada kurangnya dan tiada masalah. Masalah itu ada padanya. Umurnya baru saja mencecah 25 tahun tapi ibu dah kemaruk sangat suruh aku kahwin. Huh, aku mana sedia lagi. Lagipun perkahwinan antara dua orang insan adalah kerana cinta. Cinta itu perlu wajib wujud! Kalau memang hati ini tiada rasa cinta untuk Azfar buat apa nak paksa? Ish, tak baik untuk kesihatan!

     “Ibu, Nan masih muda lagi. Kenapa ibu beria-ia sangat nak Nan kahwin? Tak bolehkah ibu biarkan Nan enjoy masa muda remaja Nan ni?”

     Puan Hamsiah menjeling tajam kepada Nan.

     “Apa salahnya kahwin awal? Lagipun Nan dah ada calon suami jadi apa salahnya? Masa ibu muda dulu pun ibu kahwin awal dengan arwah ayah kamu. Ibu kahwin waktu umur 18 tahun. Hah, tak ada masalah pun. Elok je bahagia.”

     Ugh! Nan merengus. Dia ada calon suami? Eh, itu bukan aku yang cari tapi ibu!

     “Nan tak kira! Nan tetap tak nak kahwin dengan si Azfar tu.” Ujar Nan tegas seraya memeluk tubuh.

     “Okey, kalau Nan dah cakap macam tu ibu tak paksa.”

     Mata Nan membulat. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman kemenangan tetapi ayat ibu yang seterusnya membunuh senyuman yang baru saja ingin terbit di bibir.

     “Nanti ibu kenalkan Nan dengan anak sulung Mak Cik Salmah yang baru pulang dari Australia tu. Tak silap ibu namanya Asyraf.” Dengan selambanya Puan Hamsiah berkata-kata tanpa mempedulikan riak wajah Nan yang sudah berubah itu.

     Nan ternganga seketika. Calon lagi? What?! Ibu ni memang tak reti putus asa ke? Ibu, Nan tak nak kahwin!

     “Ibu, Nan tak nak! Biar seribu calon suami yang ibu kenalkan Nan tetap tak nak. Keputusan Nan muktamad!” Daripada duduk Nan kini berdiri. Wajahnya kelat dan masam. Muncung di bibir juga sudah kelihatan.

     “Selagi Nan tak kahwin, ibu tetap akan carikan calon suami untuk Nan. Biar sampai sepuluh ribu orang calon sekalipun ibu sanggup. Keputusan ibu juga muktamad! Tiada koma-koma. Noktah!” Sejurus saja menghabiskan pendiriannya, Puan Hamsiah berlalu ke dapur meninggalkan Nan yang terkedu seorang diri.

      Terbuntang mata Nan saat mendengar kata putus ibunya itu. Kalau dah macam tu gayanya memang dia tidak akan dapat lari lagi. Kalau sudah hitam kata ibu, maka hitamlah.

     Nan memegang kepalanya yang runsing dan rambutnya yang tadi tersisir rapi sudah kusut apabila dia meramas-ramas rambut berulang kali.

     “Arghhh! Bencinya!!!”

     Tiba-tiba Nan teringatkan sesuatu. Dengan pantas dia mencapai beg galasnya dan mengeluarkan telefon bimbit samsung galaxy S4 miliknya. Jari jemarinya lincah mendail seseorang dan apabila telefon pintar itu dilekapkan pada telinga, dalam beberapa saat panggilannya bersambut.

     “Hel...”

     “Aku nak ikut!” Tanpa memberi kesempatan untuk Shasha menghabiskan kata Nan terlebih dahulu bersuara.

     “Hah?”

     “Aku kata aku nak ikut!”

     “Kau nak ikut pergi mana?”

     “Aku nak ikut kau pergi Korea.” Kali ini nada suara Nan mendatar.

     “Kau nak pergi mana?!” Soal Shasha dengan rasa tidak percaya.

     “Aku nak pergi Korea!”


LANGKAH kaki dibawa masuk ke dalam kedai Sweet Cupcakes and Cakes itu. Kedai yang terletak di tepi deretan kedai itu sememangnya telah menarik minatnya. Sebaik saja melangkah masuk, Nan tepegun dengan hiasan kedai yang sememangnya memukau pandangannya. Tema warna coklat kayu dan merah jambu lembut sememangnya gabungan warna yang hebat.

     “Hwanhyeong!” Sapa gadis korea yang bekerja dekat kaunter itu.

     Nan hanya tersenyum manis kepada gadis bermata sepet itu. Kemudian, matanya diarahkan pula pada kek yang terhidang di sebalik kaca. Badan dibongkokkan sedikit untuk melihat pelbagai jenis kek yang sedap-sedap belaka itu. Semakin dia ke kanan, kek yang tadinya besar menjadi semakin kecil dan akhirkan kek cawan yang menjadi santapan mata.

     “Wah, ada cupcake!” Mata bulat Nan bersinar apabila melihat kek cawan yang comel-comel itu.

     Dia sememangnya peminat tegar kek cawan. Bukan saja minat makan tetapi dia juga merupakan pakar membuat cupcake. Jadi kalau ada sesiapa yang nak tempah cupcake yang comel-comel silalah membuat pesanan dengan Nan. Ehem, sila ambil nombor ya. Almaklumlah, popular. Haish, perasan!

     Sedang dia asyik memilih kek cawan yang comel-comel itu untuk dinikmati di petang hari, seorang pemuda dengan blazer kelabu berdiri di sebelahnya. Pemuda itu juga menunduk untuk melihat cupcake yang dipamerkan. Nan menoleh ke kanan apabila merasakan kedudukannya dengan pemuda itu terlalu rapat. Lagi satu sentimeter bahu mereka akan bersentuhan. Walaupun melihat dari sisi lelaki itu, Nan sudah mampu mengatakan bahawa lelaki itu kacak orangnya. Mungkin menyedari wajahnya diperhati, lelaki itu menoleh ke kiri memandang Nan.

     Nan terkedu! Saat matanya bertentang mata dengan lelaki itu, jantungnya seolah-olah berhenti berdegup.
   
     ‘OMG! He is so... handsome!’ desis hati Nan.

     Dia terkaku melihat wajah gadis di hadapannya ini. Matanya tidak mampu dilarikan daripada merenung wajah gadis yang putih mulus ini lebih-lebih lagi sepasang mata bulat yang merenung matanya. Panahan mata gadis itu seolah-olah menusuk hatinya.

     ‘Wow! Bulatnya mata dia,’ bisik hatinya.

     Wajah Nan membahang. Dia pantas menoleh memandang cupcake di hadapan apabila menyedari dia terlalu asyik merenung wajah tampan pemuda Korea itu. Sungguh dia malu apatah lagi lelaki itu kini sering menjeling ke arahnya bersama senyuman. Entah senyuman ikhlas ke senyuman sinis. Dia yang ingin memilih cupcake juga tidak senang.

     “Gamsahabnida!” Ujar pekerja kaunter itu sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada Nan.

     Sekali lagi Nan hanya mampu tersenyum untuk membalas.

     Mata Nan liar mencari meja kosong kerana kebanyakannya sudah penuh. Akhirnya dia mendekati sebuah meja di tepi tingkap kaca. Piring dengan cupcake tiga biji di atasnya itu diletak pada permukaan meja sebelum punggungnya dilabuhkan.

     “Hi, yeogi anjeul su issseubnikka? (Boleh saya duduk sini?)”

     Nan mendongak ke atas. Apabila matanya bertemu dengan mata milik si dia yang menyoal dia terkedu. Matanya terkebil-kebil memandang si jejaka yang hanya tersenyum melhat gelagatnya.

     ‘Alamak! Mamat Korea yang hensem tadi tu lah. Eh, dia nak apa? Dia nak pikat aku ke?’ desis hati Nan yang perasan itu.

     “Yeogi anjeul su issseubnikka? (Boleh saya duduk sini?)” Sekali lagi si pemuda Korea menyoal.

     Nan mengerutkan dahi. Matanya terarah pula pada tangan kanan si pemuda yang memegang kepala kerusi itu. Hmmm, dia nak duduk kut. Menyedari akan hal itu matanya meliar memerhati sekelilling kedai. Sememangnya semua meja sudah penuh dengan para pelanggan.

     “Nan hal su isseo? (Bolehkan?)”

     Nan sekali lagi memandang si pemuda Korea itu. Bibirnya menguntumkan senyuman yang kekok sambil menganggukkan kepalanya.

     Lelaki itu terus mengambil tempat di hadapan Nan. Apabila sudah duduk bertentangan dengan Nan, lelaki itu sekali lagi melemparkan senyuman yang manis kepada Nan. Nan pula sudah tersipu malu. Buat beberapa minit, suasana antara Nan dengan lelaki Korea itu tetap sepi. Cupcake di tangan hanya dikuis-kuis saja. Hendak makan terasa segan pula.

     ‘Aduh, jangan tengok akulah. Tengok aku macam nak telan buat apa?’ monolog hati Nan.

     Nan menjadi tidak keruan. Walaupun sejuk, tangannya tetap berpeluh. Lelaki dihadapannya ini sejak dari tadi galak merenungnya. Dia dapat rasakan lelaki itu sedang tajam memandangnya. Haish! Tak pasal-pasal aku jadi gadis melayu terakhir. Dari tadi duk tersipu malu je.

     “Gwiyeoun. Dangsineun neomu gwiyeowoyo! (Comel. Awak comel sangat!)” Ujar lelaki itu bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

     Nan mendongak memandang lelaki itu. Matanya hanya terkelip-kelip. Riak wajahnya hanya kosong. Sebenarnya, dia tidak tahu ingin berkata apa.

     “The truth is, dangsinui nuneul laundeu. Dangsineun salang hagi ttaemune dangsineun naleul maeu gamdong handa. Dangsineun alji ? (Yang sebenarnya, mata awak bulat. Awak buat saya terpikat sebab awak comel sangat. Awak tahu tak?)” Ujar lelaki itu. Matanya hanya galak merenung Nan. Tidak dilepaskan walaupun sesaat bersama senyuman herotnya.

     Nan tetap tidak memberi sebarang reaksi. Sedari tadi dia hanya terkebil-kebil memandang lelaki itu. Matanya yang bulat hanya berkelip-kelip. Sebenarnya dia bingung. Shasha, tolong aku!

     “Do you understand what I’m talking about?” Kali ini lelaki itu bertutur dalam bahasa Inggeris.

     Dengan pantasnya Nan menggeleng. Melihat gelengan Nan, lelaki itu terus melepaskan tawa. Gelagat Nan itu sungguh melucukan. Patutlah gadis ni macam orang blur. Dari tadi terkebil-kebil tengok aku. Tak faham rupanya.

     Nan hanya menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Sememangnya dia langsung tidak faham biar sepatah pun apa yang lelaki itu katakan tadi. Dia memang langsung tidak faham bahasa Korea apatah lagi untuk menuturkan bahasa itu.

     “Oh, my! You are not Korean? I’m so sorry!” Ujar lelaki itu dengan sisa tawanya.

     Apa? Muka aku macam muka orang Korea ke? Ish, memang tak!

     “So… you don’t even understand what I said? Would you like me to repeat?”

     Perlahan-lahan Nan mengangguk kepala. Lelaki Korea itu hanya tersenyum.

     “Well, I say that you are cute. So cute!” Kata lelaki itu sambil menongkat dagu memandang Nan.

     Dengan serta merta wajah Nan membahang. Aduh! Mamat Korea yang hensem ni kata aku comel! Eeee, malunya! Ehem, sebenarnya suka sangat tahap maksima.

     “Hey cutie pie, can I ask you something?”

     Nan hanya tersipu malu. Dia tidak menjawab soalan lelaki itu tetapi hanya mengangguk. Haish! Dia panggil aku cutie pie. Wah, sukanya! Amboi, gediknya kau Nan.

     “Would you be my girlfriend?” Dengan selambanya pemuda Korea itu melamarnya.

     Nan terkedu. Sekali lagi matanya terkedip-kedip memandang wajah selamba lelaki dihadapannya ini. Urat saraf telinga aku yang bermasalah ke wayar dekat otak lelaki ni yang terputus? Betul ke dia baru lamar aku jadi teman wanita dia? OMG! Lelaki ni dah gila ke? Aku dah jatuh suka dengan orang tak siuman!

     “No no no!”

     Nan tersentak. Haish! Dia ni buat aku terkejut je. Tiba-tiba menjerit dekat aku ni apesal? Buang tabiat?

     “I don’t want you to be my girlfriend. But...”

     Nan hanya menjongketkan sebelah keningnya. Aik, kau tak nak aku jadi girlfriend kau? Pulak dah... Nak lamar aku jadi wife kau pulak ke?

      “I want you to be my pet.”

     Nan tergamam. Matanya yang sedia bulat itu terbeliak. Mulutnya yang tertutup tadi kini ternganga. Sungguh dia terkejut, tersentak, tergamam dan semua yang seerti dengannya.

     “Dear sweetheart that just stole my heart, will you be my pet?” Ujar lelaki itu dengan penuh mengharap bersama senyuman dan suara yang menggoda.

     “Hah?!” Nan terjerit kecil.

     Pemuda Korea tu hanya tersenyum herot. Memang sudah dijangkakan apa reaksi gadis itu terhadapnya. Lagipula, riak wajah Nan yang terkejut itu juga menarik hatinya. Makin comel di matanya!

     “Gila!!!” Jerit Nan.

     Nan pantas meninggalkan lelaki Korea itu. Mata-mata yang memandang sudah tidak dipedulikan. Eeee, tak nak aku dengan orang kurang siuman tu! Ugh! Mamat tu baru je lamar aku? Dia lamar aku jadi pet dia? He is totally insane!

     Lelaki itu hanya terkebil-kebil melihat Nan yang meninggalkannya. Saat tubuh Nan menghilang di sebalik pintu kedai, bibirnya terukir sebuah senyuman.

p/s : just enjoy ok and please komen ya... no harm ^_^


3 comments: