Saturday 28 September 2013

Comel Is My Pet 6



SUASANA di ruang tamu kediaman Tengku Meimun Maisaara begitu hening. Sejak tiga puluh minit yang lalu, baik Arel mahupun Tengku Meimun, masing-masing tidak bersuara. Tengku Meimun hanya duduk bersandar sambil memeluk tubuh memandang tajam ke arah Arel manakala Arel pulak hanya duduk dengan tenang sambil bersilang kaki bermain dengan telefon bimbit di tangan.

      You have done a big mistake, young man.” Tegas suara Tengku Meimun membuatkan kesemua pekerja-pekerja yang berdiri di ruang tamu mewah itu tertunduk.

     Mendengar suara nendanya yang lembut tapi tegas itu, Arel segera mendongak memandang hadapan. Wajahnya tika itu begitu tenang setenang air tasik yang tidak berkocak tetapi sebenarnya hatinya berdetak hebat.

     “Apa lagi kesalahan Arel nenda?” Tanya Arel bersama keluhan kecil. Sejak kebelakangan ini, ada saja kesalahannya di mata nenda. Bukankah dia sudah ‘cuci tangan’ dari menjadi playboy? Kalau sekadar flirting tu biasalah. It is not a big deal!

     Tengku Meimun hanya tersenyum sinis mendengar soalan cucunya itu. Bodyguard di tepinya digamit dan tangan kirinya dihulurkan. Beberapa kepingan gambar di tangan dilihat sekilas sebelum dilemparkan di atas meja.

     Arel hanya memerhatikan tingkah laku nendanya sehinggalah Tengku Meimun melemparkan beberapa kepingan gambar di atas meja. Arel melepaskan helaan nafas berat sebelum mencapai kepingan gambar tersebut. Sebaik saja gambar itu menjadi santapan mata, dahinya berkerut. Kesemua gambar itu dibelek dan setelah selesai, gambar tersebut kembali diletak di atas meja. Tanpa sedar bibirnya menguntumkan senyum. Mengingat kembali gambar tersebut, membuatkan dia tersenyum bersama gelengan kecil.

     “Do you think this is a joke?

     Arel segera mematikan senyuman dan berdehem seketika. Mendengar nada suara nenda yang meninggi itu membuatkan dia tidak berani mempamerkan senyuman.

     “Nenda, I can explain...” Ujar Arel lalu duduk menegak.

     “Oh, please…” Nada Tengku Meimun berbaur sinis.

     “First of all, Arel mengaku memang gambar tu semuanya betul tapi… ada tapinya, nenda…” Tengku Meimun menjongketkan sebelah keningnya apabila Arel berjeda seketika.

     “But that picture was taken ten years ago, nenda. I was eighteen in that picture. Nenda bukan tak tahu Arel dah jadi playboy when I was in high school. So, what is the big deal?” Ujar Arel selamba. Arel mengerutkan dahi apabila nendanya tersenyum kepadanya.

     “Oh… So Arel nak cakap that this picture of you making love with some Korean girl which was not your wife is not a big deal? Macam tu?” Arel hanya mengangguk mendengar bicara nendanya.

     “Then, in that case nenda akan tutup Romeo’s Restaurant.”

      “What!!!” Daripada duduk, kini Arel sudah berdiri. Sungguh dia terkejut dengan kata-kata nendanya itu. Matanya membuntang memandang nendanya yang hanya selamba memandangnya.

      “Nenda! Gambar ni tiada kaitan langsung dengan Romeo’s Restaurant! This is not fair at all!” Arel membentak.

     “Whether you like it or not, nenda tetap akan tutup. Thanks to you. Gara-gara Arel buat hal even that picture was taken ten years ago, nenda tak peduli. Nenda dah pernah cakap dengan Arel, kalau Arel buat hal, Romeo’s Restaurant yang akan terima nasibnya.”    

     “Oh, no no no! Nenda tak boleh tutup Romeo’s Restaurant. Itu restoran Arel! Nenda tak boleh ikut suka hati nak hancurkan kerjaya Arel!” Arel mengetap kuat bibirnya dan matanya tajam memandang Tengku Meimun.

     “I spent so much money for you Arel dengan harapan Arel akan kerja dengan company kita but what have you done? Arel bazirkan duit buka restoran Arel tu.”

     “But I have promised you yang Arel tetap pergi kerja di company tu kan. I did!” Ujar Arel geram. Ugh!

     “And I did told you that you must spent at least five hours in the office a day tapi apa yang Arel buat? Arel masuk kerja sehari sebulan dan apa yang Arel buat? You just visit the office for only an hour or less. Arel fikir nenda tak tahu ke?!” Kali ini Tengku Meimun sudah meninggikan suara kepada Arel. Dia turut memandang tajam anak mata Arel tetapi Arel sudah melarikan matanya.

     Renungan tajam nendanya tidak dibalas. Dia menguak kasar rambutnya ke belakang bersama kegelisahan di hati. Dia tahu tembelangnya sudah lama pecah tapi dia tidak pernah kisah langsung. Lagipula nendanya tidak pernah mempertikaikan ketidakhadirannya di ofis tapi kenapa baru hari ini isu itu dibangkitkan. Ahhh! Romeo’s Restaurant tidak boleh ditutup! Itu merupakan hasil titik peluhnya.

    “Nenda terlalu manjakan Arel, itu yang naik lemak. Makin lama makin susah nak diurus!” Ujar Tengku Meimun dengan rengusan kasar.

     “Gara-gara Arel tak balik rumah minggu lalu dan langsung tak masuk ofis, nenda dah kuarantin Arel selama satu bulan and again what you did? Arel larikan diri dari tingkap dan belasah bodyguard nenda yang mengawal pagar. Bukan itu saja, gara-gara terlalu risau dan rindukan Arel, your mum came here to Korea and what did she get? She get heartattack because of that stupid picture!”

     Arel hanya diam tidak membalas. Dia hanya membalas renungan nendanya yang sememangnya tengah baran dengannya tetapi hanya untuk beberapa saat sebelum mata dikalihkan. Pekerja-pekerja di kediaman mewah itu semuanya menikus. Masing-masing menundukkan kepala mendengar suara nendanya yang kuat itu.

     “Romeo’s Restaurant will be closed! Arel kena tumpukan sepenuh perhatian dengan Putera’s Company. You will be the CEO dalam masa tiga bulan akan datang dan sementara itu, Arel akan dikuarantinkan. This time kalau Arel lari, Arel tak akan dapat satu sen pun harta nenda.”

     Arel merengus kasar mendengar bicara nendanya itu. Huh! Kenapa aku mesti kena kuarantin!

     “I never interested in business, nenda. Cita-cita Arel nak jadi cef bukannya CEO. One more thing nenda, I don’t give a damn with your money. Arel tak pernah kisah langsung dengan duit nenda. Nenda tak boleh ugut Arel macam ni!”

     Tengku Meimun yang ingin berlalu kembali menoleh memandang Arel. Kata-kata cucunya membuatkan dia bengang. Sememangnya dia tahu Arel tidak pernah kisah dengan duitnya kerana cucunya sendiri berduit kerana kerjayanya sebagai seorang cef terkemuka dan pemilik Romeo’s Restaurant yang sememangnya terkenal di mata dunia.

     “Okay, let’s make a deal.” Wajah Tengku Meimun yang tadinya garang dan kelat bertukar menjadi tenang. Arel yang sedar akan perubahan itu semakin gelisah.

     “Arel tak nak nenda tutup Romeo’s Restaurant kan? Okey nenda tak akan tutup but with one condition.” Arel hanya menjongketkan kedua belah keningnya.

     “Nenda nak Arel kahwin.”

     “What!!!


TIBA-TIBA telefon bimbit Nan berdering. Dengan rasa malas Nan membuka kelopak mata tetapi hanya untuk tiga saat. Tangan kanannya dikeluarkan daripada gebar lalu meliar mencari telefon bimbitnya yang terletak pada atas meja tepi katil. Apabila telefon bimbit dimatikan, Nan kembali terlena.

     My heart’s a stereo it beats for you so listen close hear my…

     Sekali lagi telefon bimbitnya menyanyikan lagu Adam Levine itu. Kali ini, Nan langsung tidak mempedulikan telefon bimbitnya yang memekik minta di angkat sebaliknya dia menutup kepalanya dengan bantal.

     “Aku nak tidurlah…”Sempat lagi Nan berkata di sebalik bantal yang menutup kepalanya.

     Akhirnya telefon bimbit itu senyap namun hanya untuk seketika apabila lagu Stereo Hearts itu kembali berkumandang. Dengan rasa bengang Nan mengalihkan bantal daripada mukanya dan mencapai telefon bimbitnya itu.

     “Hello… Ada apa call ni? Tak tahu ke sekarang ni pukul berapa? Orang nak tidurlah!” Ujar Nan garang dengan suara yang serak.

     “Amboi, anak dara ni! Begitu Nan cakap dengan ibu?”

     Pantas saja mata Nan membulat dan terduduk tegak sebaik mendengar suara Puan Hamsiah di talian. Dengan segera dia memandang skrin telefon. Gulp! Memang ibu! Telefon kembali dilekapkan pada telinga dan sebelah tangannya lagi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     “Erk… ibu rupanya. Fikirkan siapa tadi.” Ujar Nan, kali ini dengan nada suara yang lembut.

     “Habis Nan fikir siapa? Dah banyak kali ibu call tapi Nan matikan. Baru sekarang nak jawab.” Nan hanya mampu tersengih apabila mendengar bicara ibunya yang jelas tengah bengang dengannya. Haih, memang salah aku pun.

     “Maaflah, ibu.”

     “Maaf mu tak diterima!” Amboi, ibu! Kerasnya hati. Nan hanya mencebik.

     “Ibu nak apa call, Nan? Sekarang masih malam lagilah ibu.” Ujar Nan sambil menguap. Memang tak senonoh langsung anak dara Puan Hamsiah ni.

     “Masih malam?!” Puan Hamsiah terjerit membuatkan bahu Nan terhinjut. Aik? Apesal ibu terkejut pulak? Tak betul ke apa yang aku cakap?

     “Ain Nurhanani binti Razak! Kamu sedar tak sekarang dah pukul berapa?” Ujar Puan Hamsiah masih lagi dengan suara yang lantang.

     Pantas saja Nan bangun dari katil dan membuka langsir. Sebaik saja langsir dibuka, pancaran matahari memancar masuk kedalam bilik. Bilik yang tadinya gelap dan kelam serta merta menjadi terang benderang. Nan menelan liur.

     “Hah! Sekarang dah pukul berapa?” Soal ibunya dengan nada yang tertahan-tahan.

     Nan hanya tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya. Rambut yang sedia kusut bertambah kusut jadinya. Manalah aku tahu dah pagi. Macam sekejap je aku tidur semalam. Sekilas dia memandang jam pada dinding yang menunjukkan pukul tujuh pagi.

     “Nan tak tahu pulak sekarang dah pagi.” Perlahan saja suara Nan berbicara.

     “Hah! Tahu pun sekarang ni dah pagi. Kenapa tak bangun-bangun lagi? Apa nak jadi dengan kau ni Nan? Anak dara jenis apa kau ni, hah? Masih tak berubah langsung. Bila lagi…”

     Nan hanya mengeluh lemah. Hmmm, ibu dah mula berceramah dah. Entah bila nak habis ceramah ibu ni. Ibu kalau dah mula buka mulut mesti susah nak berhenti. Haish! Apesal aku boleh cari bala macam ni? Kan dah kena ceramah oleh ibu. Tapi sekarang masih awal kan?

     “Ain Nurhanani!”

     Tiba-tiba saja Puan Hamsiah menyergah Nan membuatkan Nan berdiri tegak. Matanya yang layu terus menjadi segar. Tidak menyangka dia akan disergah tiba-tiba.

     “Yes, maam! Eh… ya, ibu!” Haish! Kalut sangat sampai tersebut maam pulak dah.

     “Ibu tak tahulah nak cakap apa lagi dengan kamu, Nan. Ibu beri nasihat bukannya nak didengar. Buang liur je.” Ujar Puan Hamsiah sedikit berjauh hati membuatkan Nan diam membisu. Bukan niatnya untuk membuat Puan Hamsiah berjauh hati tapi dia baru saja bangun tidur dan masih mamai. Macam mana nak masuk nasihat?

     “Ibu nak kamu balik kampung sekarang juga!” Ujar Puan Hamsiah berupa arahan membuatkan mata Nan membuntang.

     “Se… sekarang?” Soal Nan tidak percaya.

     “Ya, sekarang! Ibu nak Nan pulang sekarang jugak. Jangan nak mengelat!”

     “Tapi ibu…” Nan mengusap-usap tengkuknya apabila mendengar arahan ibunya itu.

     “Tiada tapi-tapi. Nan wajib balik kampung sekarang jugak!” Klik! Talian sudah diputuskan.

     Nan memandang kosong telefon bimbitnya. Untuk seketika dia menjadi blur sekejap. Arahan ibunya membuatkan dia bingung. Kenapa dia harus pulang sekarang? Aduh, malasnya! Sudahlah dia baru pulang Malaysia semalam. Letihnya masih bersisa. Nak balik kampung pulak mengambil masa hampir dua jam perjalanan. Huh! Apa yang tak kena ni?


NAN memandang tajam wajah Puan Hamsiah disebelahnya. Sambil mengetap bibir dia mengalihkan pulak wajahnya ke hadapan. Kedua-dua tangannya sudah digenggam erat. Peluh yang sedang mengalir didahi dikesat perlahan dengan tangan. Sekali lagi dia menoleh memandang Puan Hamsiah yang hanya selamba memberikan senyuman kepada tetamu dihadapan mereka itu. Apabila kepalanya kembali ditoleh ke hadapan, kedua-dua susuk tubuh yang sedang duduk di sofa itu masih lagi menjamu pandangan matanya.
        
      “Sebenarnya kami datang sini membawa hajat.” Ujar lelaki separuh abad itu. Wanita yang berada disebelahnya pula hanya tersenyum.
        
      Hajat? Hajat apa ni? Aduh, gawat! Jiwa Nan masih belum tenteram. Perkataan hajat yang disebut oleh Haji Kassim itu betul-betul membuatkan dia tidak senang duduk. Peluh sekali lagi mengalir di dahi. Kali ni hanya dibiarkan saja tidak dikesat. Dia lebih memikirkan tentang hajat yang dikatakan Haji Kassim itu daripada memikirkan tentang peluhnya.
        
      “Hajat kami bertandang ke sini sebenarnya hendak menyunting bunga di taman.” Bersama senyuman lebar Hajah Ruksiah berkata-kata.

     Nan terpempan! Puan Hamsiah terkedu! Perlahan-lahan Nan menoleh memandang ibunya yang juga sedang memandangnya. Pandangan matanya jelas menunjukkan yang dia terkejut, begitu juga dengan ibunya.
        
      Hajat? Menyunting? Bunga? Matilah aku!!! Jerit suara hati Nan. Peluh sudah tidak henti-henti mengalir di dahi. Jantungnya juga sudah berlari bagai di kejar anjing gila. Mindanya juga sudah bercelaru. Tidak pernah menyangka dia akan disunting hari  ini. Patutlah semalam aku mimpi aku ada di taman bunga, rupanya aku yang jadi bunga nak kena sunting hari ni. Aduh!!!
         
     “Erm… Haji dengan Hajah ni nak menyunting bunga apa? Raa… rasanya saya ada tanam bunga tahi ayam je. Takde lah sampai setaman. Dua pasu je.” Perlahan dan lembut saja suara Puan Hamsiah berkata-kata.
         
     Nan yang mendengar sudah ingin menghamburkan ketawa tetapi ditahan. Bunga tahi ayam? Buat apa pulak orang nak sunting bunga tahi ayam? Hei, tak pernah dibuat orang. Haish! Sekarang ni bukannya masa nak berketawa. Masih ada perkara yang perlu diselesaikan.
         
     “Ala… pura-pura tak faham pulak Siah ni. Kami datang ni nak menyunting bunga yang ada dekat sebelah kamulah.” Sekali lagi Hajah Ruksiah menuturkan kata. Haji Kassim yang berada di sebelahnya hanya mengangguk mengiyakan kata isterinya itu.
          
     Gulp! Aku dah agak! Tadi waktu ibu call supaya wajib balik kampung hari ni memang aku dah syak ada sesuatu yang berlaku. Aduh! Masalah besar ni. Kenapalah nak sunting aku? Tak tahu ke yang aku ni tak layak jadi menantu? Jadi hantu tu bolehlah!
          
     “Erk… erm… si Nan ni ke?” Ujar ibu tersekat-sekat sambil menunjukkan jari ke arah Nan yang berada di sebelahnya. Kedua-dua tetamu itu hanya menganggukkan kepala.
         
     Nan yang melihat anggukkan tersebut sekali lagi menelan liur. Haish! Kenapa angguk? Lain kali geleng kepalalah! Nan semakin tidak senang duduk. Kipas yang berputar laju diatas siling tidak terasa dinginnya kerana sedari tadi peluh masih tidak berhenti mengalir.
         
     “Ke… kenapa saya pulak?” Perlahan-lahan dia bertanya. Yelah, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nak pinang aku ni apa kes?  Aku ada tackle anak teruna orang ke baru-baru ni? Rasanya takde, kan? Aku baru balik Korea. Ish, siapa yang berkenan kat aku ni?! Atau ini semua kerja ibu? Mesti ibu kenan-kenankan aku dengan anak Hajah Ruksiah. Tapi kenapa ibu pun terkejut jugak?
         
     “Sebab anak teruna kami dah berkenan sangat dengan kamu, Nan. Bila dia beritahu dekat mak cik dengan pak cik yang dia berkenan dekat kamu, memang kami pun terkejut jugak. Yelah, takut kalau kamu tolak.” Senyuman pada kedua-dua mereka masih belum surut lagi. Aku je yang tengah kelu.
         
     “Mak cik tak kisah kalau kamulah pilihan anak kami sebab mak cik tahu yang kamu baik dan lembut orangnya. Kamu hormat orang tua dan pandai jaga diri. Cantik dan manis pulak tu. Siapalah yang tak berkenan.” Puji Hajah Ruksiah kepada Nan.
         
    Nan yang mendengar pujian tersebut sudah menjongketkan sebelah keningnya. Erk? Betul ke semua description tu ada pada aku? Hmmm, tak tahulah pulak aku. Wah, ada orang puji akulah! Eeee… bestnyerrr! Eh eh… jangan perasan terlebih pulak Nan, masalah belum selesai lagi ni!
         
     “Be… beginilah mak cik, pak cik bukannya saya nak memilih sangat siapa bakal suami saya tapi masalahnya…” Nan berjeda seketika. Dipandangnya wajah Puan Hamsiah di sebelahnya sebelum dia mengalihkan pandangan kearah kedua-dua wajah dihadapannya. Jelas wajah ibunya memandang tajam ke arahnya. Nak suruh aku terima lah tu!
         
     Aku nak cakap ke tak? Kalau aku tak cakap nanti dia orang fikir aku setuju. Yelah, orang selalu saja anggap yang diam tu tandanya setuju. Kalau macam tu memang hancurlah masa depan aku. Tapi kalau aku cakap straight forward takut pulak dia orang kecil hati nanti sedangkan aku baru je kena puji pandai hormat orang tua. Kalau mengguriskan hati dia orang, dah tak hormatlah tu kan? Aduh, payah ni payah!
         
     “Apa masalahnya?” Sergah Hajah Ruksiah dengan tiba-tiba.
         
     “Masalahnya saya kena tolak, mak cik!” Dengan serta-merta ayat itu yang terluncur dari mulut Nan dengan suara yang sedikit terjerit. Pantas saja dia menekup mulut dengan kedua-dua tanganya. Matanya turut membulat apabila dia disergah sebegitu rupa.
         
     Puan Hamsiah hanya mengetap bibir tanda geram. Pandangannya turut terarah pada Nan yang hanya menunjukkan wajah tidak bersalahnya itu. Kemudian, matanya dilarikan pulak memandang wajah Hajah Ruksiah dan Haji Kassim yang jelas terkejut dengan penolakkan Nan.
         
     “Maafkan saya Haji, maafkan saya Hajah.” Dengan suara yang serba salah Puan Hamsiah menuturkan kata maaf.
         
     “Takpe lah Siah, kami memang dah agak ini jawapannya.” Begitu sayu suara Hajah Ruksiah apabila menuturkan kata. Nan yang mendengar hanya tersenyum kelat.

     “Maafkan Nan, mak cik, pak cik.” Kali ni, Nan pulak yang menuturkan kata maaf sambil menundukkan sedikit kepalanya.
         
     “Bukan salah kamu Nan. Mak cik dengan pak cik memang dah bagi tahu dekat si Zaid yang kamu memang tak akan terima dia. Dia tu je yang degil, katanya kamu pasti tak akan tolak. Kami datang sini pun nak mencuba nasib.” Ujar Haji Kassim bersama senyuman yang jelas kelihatan kelat. Hajah Ruksiah turut melemparkan senyuman hambar kepadanya.
         
     Zaid? Muhammad Zaid Afiq? Pelanggan tetap yang menempah cupcake aku? Apesal dia pinang aku? Erk? Aku tak tahu pulak dia tu anak Haji Kassim dengan Hajah Ruksiah. Patutlah dia macam kenal aku. Eh, apesal aku tak tahu? Haji Kassim dengan Hajah Ruksiah kan jiran sekampung, macam mana aku boleh tak perasan pulak?
         
     Fuh! Nasib baik aku tak terima pinangan ni. Syukur alhamdulillah. Nan sudah tersenyum lega. Dia hanya melihat ibunya menghantar kedua-dua tetamu itu keluar ke pintu rumah manakala Nan sudah enak bersandar pada sofa sambil menyilangkan kaki. Sekarang baru normal balik jantung aku.
         
     “Hah, gembira? Lega? Puas hati kamu?” Mata Nan yang tadinya terpejam terus saja dicelik apabila mendengar suara ibunya yang jelas tidak puas hati itu. Senyumannya yang belum mati semakin melebar apabila melihat ibunya yang sudah pun bercekak pinggang dihadapannya.
         
     “Gembira? Memang Nan gembira. Lega? Of course Nan tengah lega sekarang ni. Puas hati? Hmmm, yang itu Nan tak berapa faham.” Nan hanya tersengih-sengih memandang wajah masam ibunya.
         
     Gembira dan lega? Memang itu yang aku rasa. Nasib baik aku tak terima pinangan tadi tu, kalau tak memang naya aku kena kahwin dengan Encik Zaid. Ish! Apesal lah dengan Encik Zaid ni? Tiba-tiba nak kahwin dengan aku ni apa kes? Bukan selama ni dia bercinta dengan orang lain ke? Selalu je datang tempah cupcake untuk girlfriend dia. Yang dia tiba-tiba nak kahwin dengan aku kenapa? Buang tebiat agaknya budak tu.
         
     “Yelah, puas hati kamu dah hancurkan impian ibu.” Nan sudah mengerutkan dahi. Dipandangnya wajah Puan Hamsiah yang masih kelat itu. Hmmm, aku tak terfikir pulak pasal tu. Apesal pulak impian ibu hancur? Ada kaitan dengan pinangan tadi ke? Eh, kenapa aku tak tahu? Hei, kau ni Nan! Semua pun kau tak tahu.
         
     “Kamu dah hancurkan impian ibu nak tengok kamu bersanding tau.” Nan sudah membuntangkan mata. Tidak beberapa lama kemudian Nan menghamburkan ketawa. Semakin lama semakin kuat. Perutnya juga ditekan dan air mata di tepi dikesat perlahan.
         
     “Kamu ketawakan ibu, Nan?!” Bibirnya digigit. Geram Puan Hamsiah dibuatnya apabila melihat anak daranya yang sedang tergelak sakan. Siap ada air mata pulak tu.
         
     “Ibu ni luculah.” Ujar Nan apabila dia sudah menghentikan ketawa. Ingin saja dia menyambung ketawa tetapi apabila melihat wajah ibunya yang masam mengalahkan asam jawa, di batalkan saja niatnya itu. Kalau ibu merajuk nanti, naya aku.
         
     “Apa yang lucunya? Salah ke kalau ibu nak lihat satu-satunya anak ibu ni kahwin, bersanding. Salah ke?” Puan Hamsiah yang tadinya bercekak pinggang sudah memeluk tubuh. Wajahnya sudah dialihkan memandang kotak televisyen yang hitam itu daripada memandang Nan.
         
     Nan menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Buat seketika dia hanya diam membisu, langsung tidak membalas kata Puan Hamsiah.

     “Ibu… Nan pernah kata yang Nan tak sedia nak kahwin lagi kan? Ibu janganlah paksa.” Ujar Nan seakan memujuk tetapi Puan Hamsiah pulak menjelingnya.

     “Dan ibu pun pernah katakan, selagi Nan tak kahwin selagi itulah ibu tak akan berhenti.” Kata Puan Hamsiah membuatkan Nan mengerutkan dahi.

     “Encik Zaid tu pun salah satu calon ibu ke?” Soal Nan. Setahunya, Encik Zaid merupakan pelanggannya jadi macam mana ibu boleh tahu pulak?

     “Hmm, ibu baru je tunjukkan gambar kamu dengan budak Zaid tu minggu lalu. Dia ada cakap yang dia kenal kamu sebab dia selalu beli kek cawan Nan tu.” Kata ibunya membuatkan mata Nan membulat.

     “Habis tu, ibu ke yang suruh dia meminang? Ibu! Kenapa buat Nan macam ni? Selama ni ibu suruh Nan pergi blind date je. Kenapa sekarang sampai suruh meminang pulak?!” Nan tidak puas hati. Wajahnya masam memandang ibunya.

     “Yang nak marah ibu ni kenapa? Ibu belum jadikan dia calon pun. Kau fikir ibu tak terkejut ke budak Zaid tu tiba-tiba nak meminang kamu. Ibu bukannya rapat dengan dia pun.” Ujar Puan Hamsiah sambil menjeling tajam ke arah Nan.

     Nan menggaru-garu pipiya. Dia hanya mampu tersengih apabila ternyata itu semua bukannya rancangan ibunya. Melihat wajah ibunya yang masam itu, Nan semakin serba salah.

     “Ala, ibu janganlah merajuk. Dah tak cantik dah ibu kalau muka masam macam ni.” Nan pantas saja memeluk bahu ibunya. Apabila ibunya memandang tajam wajahnya, dia hanya tersenyum, melihatkan giginya yang putih itu. Sempat lagi dia menunjukkan simbol peace kepada ibunya.
         
     “Kamu dengar sini, Nan. Lepas ni ibu dah tak carikan kamu calon suami lagi. Lain kali kalau ada orang yang nak hantar meminang ibu terus terima. Ibu tak peduli Nan setuju ke tak, calon suami kamu tu buruk ke tak, ibu tetap terima! ” Sebaik saja Puan Hamsiah menghabiskan kata, ibunya terus saja berlalu menuju ke dapur dan meninggalkan Nan yang terpinga-pinga.
          
     “Bi… Biar betul?” Buat seketika Nan terkebil-kebil memandang ke arah dapur. Aku tak salah dengar kan?

     “What!!!” Kali ini Nan menjerit kecil setelah memproses sepenuhnya kata-kata ibunya tadi. Matanya membulat dengan riak wajah yang jelas terkejut dan tidak puas hati.

     “Keputusan muktamad!” Laung ibunya dari dapur membuatkan Nan menghentak-hentakkan kakinya.

     “Ibu tak boleh buat Nan macam ni!” Nan memeluk tubuh sambil mengetap bibir. Kenapa ibu beriya-iya sangat nak aku kahwin? Eeee, bencinya!!!


p/s: sory sbb lama bru post n3, penulis bru je hbis exam hehe... so lps ni penulis akan kerap post n3 bru so plzzz komen ya? smua komen dn pndapat amatlah dihargai ^_^

6 comments: