Tuesday 17 December 2013

Comel Is My Pet 16



“AKU terima nikahnya Ain Nurhanani binti Razak...”
            “Sah....Sah...”
            Itu sajalah yang didengar oleh Nan dengan jelas. Mungkin bagi hadirin yang hadir pada hari tersebut, ucapan yang penuh nada yakin itu begitu jelas didengar oleh setiap orang tapi bukan dia. Mungkin kalimah yang terucap itu amat dinanti-nantikan oleh berjuta-juta wanita di dunia ini tapi sekali lagi bukan dia! Saat bergelar isteri kepada seorang lelaki! Tetapi tidak bagi Nan!
            “Kau menangis ke Nan? Kau terharu? Ala, janganlah menangis. Don’t cry, girl.” Pujuk Shasha sambil menggenggam erat tangan Nan yang sejuk sesejuk ais di kutub utara.
            Memanglah aku menangis tapi aku menangis bukan kerana terharu tetapi kerana kau Shasha! Gara-gara kau aku terpaksa menamatkan zaman solo aku. Gara-gara kau aku terpaksa menghadap muka si Arel kerek tu! Shasha… kenapa kau bagi alamat kampung aku dengan Arel? Kenapa kau komplot dengan dia? Sob… sob… sob…
            “Janganlah menangis lagi. Aku yakin kau akan bahagia dengan dia.”
            “Bahagia? Macam mana nak bahagia kalau aku dengan dia berjumpa pun sebij macam anjing dengan kucing.” Nan menjeling tajam Shasha yang berada disebelahnya.
            Shasha hanya tersengih. Betul jugak tu. Dia orang berdua memang sebiji macam anjing dengan kucing. Harap-harap amanlah rumahtangga dia orang lepas ni.
            “Shasha aku tak nak kahwin! Aku tak nak kahwin dengan Arel…” Ujar Nan dengan air mata yang masih berlinangan di pipi.
            “Janganlah macam tu Nan. Sekarang ni kau dah sah jadi isteri dia pun. Lagipula Arel tu hensem apa? Gila hensem!” Sempat lagi Shasha memuji Arel membuatkan Nan bengang.
            “Aku tak nak! Kalau kau nak, kau je la ambil si Arel tu jadi suami kau. Aku tak boleh nak hadap dia. Dia tu menyakitkan hati aku! Aku nak lari. Shasha aku nak lari! Kau tolong aku lari dari sini ya? Please, Shasha… Aku best friend forever kau bukan? Tolong aku ya?” Nan bersuara lagi sambil bersedia untuk bangun daripada sisi Shasha. Nak pergi mana? Sedia nak larilah apa lagi.
            “Nan, Arel nak datang untuk batalkan air sembahyang ni. Cuba angkat sikit muka tu." Suara Puan Hamsiah kedengaran sebelum sempat dia melarikan diri.
            Wajah Nan cemberut. Ala, kenapa cepat sangat tuan kadi baca doa. Lain kali lambatlah sikit barulah sempat nak lari. Arghhh!!! Tiba-tiba rasa berdebar pulak dada ini. Apabila melihat susuk tubuh tegap dihadapan dan mata bertentangan, seakan ada perasaan halus menyusup ke dalam hati. Hensem pulak mamat kerek ni. Ala dia memang hensem pun, perangai je yang hodoh.
            Saat cincin bermata berlian disarungkan pada jari manisnya, air mata kembali bertakung di tubir mata. Saat bibir lelaki Arel melekap pada dahinya, air matanya perlahan menuruni pipi.
            Aku sudah sah menjadi isteri Arel! Dia sudah menjadi suamiku. Perkahwinan yang berlangsung atas sebuah ugutan dan syarat. Atas sebuah dendam!
            “Jangan menangis, sayang. I will ‘take care’ of you.” Bisik Arel perlahan apabila dia menyapu air mata Nan yang laju membasahi pipi dengan ibu jarinya.
            Perkataan ‘take care’ itu ditekankan. Nan hanya membiarkan Arel menyapu air matanya. Dia nak jaga aku? Memang aku harus berjaga-jaga selepas ini. Uwaaa!!! Habislah aku lepas ni!

FUH! Keluhan lega terlepas dari bibir. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Matanya memandang siling putih sebelum dipejam rapat. Penatnya! Aku sangkakan ibu akan jemput saudara mara dan kenalan rapat je tapi rupanya tidak. Sudahlah satu kampung dijemput, yang tak kenal pun dijemput. Bukan setakat kampung ni je, tapi kampung sebelah pun ibu jemput. Huh!
            “Ehem…”
            Mata yang terpejam terus dicelik apabila mendengar suara orang berdehem. Matanya terpaku pada siling putih tanpa ada niat untuk bangun daripada pembaringan.
            “Penat ke?” soal Arel. Songkok dikepala dibuka dan diletakkan di atas meja solek. Buat seketika di memerhatikan sekeliling bilik yang berwarna ungu lembut itu sebelum matanya jatuh pada tubuh Nan, isteri yang dinikahinya tadi pagi.
            “Hmm…” gumam Nan.
            “Sudah solat maghrib?” soal Arel lagi.
            Nan pantas bangun daripada pembaringan apabila mendengar pertanyaan Arel itu. Dipandangnya wajah Arel yang jelas kepenatan itu. Lelaki itu masih lagi memakai baju Melayu putih.
            “Kenapa tengok aku macam tu? Aku tanya soalan yang salah ke?” Arel menjongketkan kedua-dua keningnya kepada Nan apabila melihat wajah Nan yang tengah pelik.
            “Kalau kau belum solat lagi, jom solat jemaah.”
            Nan seolah-olah terkedu mendengar ajakan Arel sebentar tadi. Solat jemaah? Arel pandai solat ke? Ya Allah, Nan! Dia tu orang Islam, memanglah dia pandai solat. Kenapa prejudis sangat ni?!
            “Erk… kenapa kau menangis pulak ni? Tak puas menangis lagi ke tadi pagi?” Arel sudah menggaru kepalanya. Bingung kepalanya apabila melihat Nan tiba-tiba menangis.
            Tanpa Nan sedar, air mata sudah mengalir di pipinya. Ya Allah! Betapa berdosanya dia. Mengapa dia harus prejudis terhadap suaminya? Mengapa dia harus fikir bahawa Arel tidak tahu bersolat. Ya Allah! Ampunilah aku!
            “Eh, serius! Kau menangis ni kenapa? Aku belum start dera kau lagilah. Aku cuma tanya kalau kau dah solat ke belum?” soal Arel sekali lagi apabila melihat Nan menyapu air matanya sendiri. Huh! Bingung aku dibuatnya. Perempuan dengan air mata memang tak boleh nak dipisahkan.
            Nan hanya menggelengkan kepala untuk menjawab soalan Arel itu.
            “Nak solat jemaah tak?” soal Arel lagi.
            Nan menganggukkan kepala. Tanpa memandang wajah Arel, dia bangun daripada katil dan berjalan menuju ke bilik air.
            “Isteri aku ni dah kenapa?” soal Arel sendiri apabila pintu tandas sudah tertutup rapat.
            Arel meletakkan tangan kanan pada dagunya seolah-olah berfikir. Hmm, emosi perempuan memang selalu terganggu ke? Sewaktu melayan tetamu tadi, elok saja Nan menjeling dan menyiku perutnya apabila dia memaut pinggang perempuan itu. Tapi tadi, sepatah kata pun tak terkeluar daripada mulut comel isterinya. Nan hanya mengangguk dan menggeleng menjawab pertanyaannya.
            Tiba-tiba Nan keluar daripada bilik air membuatkan lamunan Arel tercantas.
            “Aik? Kenapa…”
            “Tepilah!” Nan menolak tubuh Arel yang menghalang laluannya. Dia melangkah ke arah almari dan mengambil pakaiannya. Kemudian, Nan kembali masuk ke dalam tandas.
            Ceh! Arel mencebik. Aku baru je nak tanya kenapa belum mandi lagi. Boleh pulak dia marah aku suruh ke tepi. See! Emosi seorang wanita memang selalu terganggu. Tadi muka macam sedih. Siap menangis lagi tu. Bercakap pun tak. Aku ingatkan dah berubah jadi isteri yang solehah tapi rupanya tak. Sekarang ni dia dah balik dengan peragai asalnya. Jiwa kacau betul!

“SUAMI kamu mana, Nan?” tanya Puan Hamsiah kepada anaknya yang baru saja muncul di dapur.
            “Hmm, di atas ibu.” Nan menjawab malas. Di menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan duduk.
            “Kenapa tak turun sekali?” Puan Hamsiah memandang anak gadis itu dengan kerutan di dahi.
            “Entah!” jawab Nan tanpa memandang wajah ibunya. Suasana rumahnya kembali sunyi. Semua sanak saudara dan tetamu sudah pun pulang sebentar tadi. Kini hanya tinggal dia, ibu dan Arel saja di rumah.
            Puan Hamsiah mengetap bibir mendengar jawapan Nan yang acuh tidak acuh itu. Geram betul dengan anaknya yang seorang itu.
            “Kamu ni kenapa?” soal puan Hamsiah yang sudah pun bercekak pinggang memandang Nan.
            “Kenapa apanya ibu?” Nan bingung.
            “Kamu dengan suami kamu tu ada masalah ke? Ibu tengok macam kamu tak suka saja dengan si Arel tu. Kamu ada sembunyi sesuatu daripada ibu ke?”
            Gulp! Nan menjadi panik seketika mendengar pertanyaan ibunya itu. Aduh! Ibu dah hidu sesuatu ke? Haish, kau ni Nan! Cubalah berlakon sikit depan ibu. Nanti ibu syak yang bukan-bukan, baru tahu! Kalau tembelang pecah memang cari bala namanya tu!
            “Ish, ibu ni! Kita orang mana ada masalah. Ibu janganlah fikir yang bukan-bukan. Kalau Nan tak suka Arel, buat apa pulak Nan kahwin dengan dia.” Dengan lagak yang tenang, Nan berkata-kata.
            “Betul ni?” soal puan Hamsiah lagi minta kepastian.
            “Betul! Buat apa Nan nak tipu pulak. Menipu tu kan satu dosa.” Memang! Memang kau dah berdosa pun Nan! Berdosa sebab menipu ibu. Ala! Tipu sunat tak apa. Eh, mana ada istilah tipu sunat. Suka hati kau je kan, Nan!
            “Hmm, kalau macam tu pergi panggil suami kamu tu suruh turun. Dia belum makan lagi tu.” Puan Hamsiah kembali berpaling ke singki dan menyudahkan kerjanya yang tergendala.
            Nan pulak sudah melepaskan keluhan lega. Fuh! Nasib baik tembelang belum pecah lagi.
            “Erk… kena panggil sekarang ke?”
            “Habis tu? Kamu nak biarkan suami kamu tu kebulur ke?” Puan Hamsiah menjeling tajam ke arah Nan yang hanya tersengih.
            Dengan rasa malas Nan bergerak menuju ke biliknya. Tanpa mengetuk pintu dia memulas tombol pintu dan menjengukkan kepala ke dalam bilik.
            Tidur? Nan mengerutkan dahi apabila melihat susuk tubuh Arel yang tengah baring di atas katilnya dengan mata yang terpejam. Nan melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia mendekatkan diri dengan Arel dan berdiri di tepi katil.
            “Lah… tidur pulak dia. Sia-sia aku penatkan diri masuk bilik nak suruh kau makan. Huh!” Nan berpaling ingin keluar ke dapur semula tetapi belum sempat dia membuka langkah, tangannya ditarik membuatkan tubuhnya terjatuh ke atas katil.
            “Ahhh!!!” Nan menjerit tetapi mulutnya pantas ditutup oleh tangan kanan Arel. Manakala tangan kiri Arel pulak memaut pinggang Nan dan menarik gadis itu rapat dengannya.
            Nan tersentak apabila Arel tiba-tiba menariknya membuatkan dia terjatuh di atas katil di sisi lelaki itu. Mata Nan membulat. Dadanya berombak. Turun naik nafasnya juga sudah tidak teratur. Kini jarak wajahnya dengan wajah Arel tidak sampai dua inci pun. Sangat dekat sehinggakan dia dapat merasakan hembusan nafas hangat Arel pada wajahnya.
            “Hmm, tak sia-sia pun kau memenatkan diri masuk bilik sebab sekarang kau dah dapat pelukan aku. Best tak kena peluk dengan aku?” ujar Arel seakan berbisik. Matanya redup memandang wajah Nan yang terkaku itu.
            Nan segera tersedar. Mendengar kata-kata Arel yang kerek itu, dia segera tahu bahawa Arel sedang mempermainkannya. Ugh!
            “Lepaskan aku! Lepaskan! Lepaslah aku kata!” Nan meronta. Dia ingin melepaskan diri daripada pelukan Arel. Dia tidak ingin terbuai dengan godaan yang dicipta oleh Arel. Dia tak nak!
            “Kau fikir kalau kau meronta macam ni, kau boleh terlepas daripada aku ke?” Arel tersenyum sinis.
            Nan menjeling suaminya itu. Huh! Nan merengus  kasar. Dia tahu dia tak akan terlepas daripada Arel. Tenaga wanitanya memang tidak dapat melawan tenaga lelaki Arel. Tetapi dia tetap akan meronta minta dilepaskan daripada berdiam diri dan membiarkan dirinya dipeluk. Nanti entah apa pulak fikiran lelaki itu. Lagipula dia tidak sudi dipeluk oleh lelaki itu. Dia tak suka!
            “Lepaskan aku, Arel! Kau ni kenapa tiba-tiba peluk aku?!” Jerit Nan tetapi masih lagi dalam nada suara yang terkawal. Dia tidak ingin ibu diluar terdengar dia menjerit. Dia tidak ingin ibu syak dengan mereka berdua lagi.
            “Salah ke aku peluk isteri aku sendiri? Tak salah rasanya peluk isteri yang halal untuk aku buat apa saja.” Arel menjongketkan keningnya memandang wajah merah padam Nan itu.
            “Kenapa? Teringin nak rasa pelukan yang halal ke? Haah la! Aku lupa pulak, sebelum ni kau kan dah biasa peluk perempuan yang haram.” Nan tersenyum sinis. Puas hatinya apabila berjaya mengenakan Arel. Tetapi hatinya sakit apabila Arel hanya tersenyum mendengar dia memerli lelaki itu.
            “Betullah tu. Selama ni aku jamah benda yang haram. Sebelum ni aku sentuh wanita yang haram tapi sekarang aku nak jamah dan sentuh wanita yang halal and the girl is you.” Arel menjongketkan sebelah keningnya. Dia sengaja ingin menyakat dan menyakitkan hati Nan dan ternyata dia berjaya apabila mata Nan mencerlung memandangnya.
            “Kau jangan berani nak sentuh aku!” Nan memberi amaran. Arghhh! Aku tak rela disentuh oleh mamat kerek ni!
            “Comel ku sayang, I am touching you now. Aku tengah peluk kau ni, memanglah aku sentuh kan?”
            Nan melarikan anak mata ke arah lain.
            “Oh! Aku rasa aku tahu apa yang kau maksudkan dengan sentuh.” Arel mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Nan tetapi kepala Nan bergerak ke belakang.
            “Sentuh yang kau maksudkan ni… erm… sentuh untuk dapat baby tu kan?” Soal Arel dengan riak wajah yang nakal.
            Wajah Nan semakin membahang. Sepantas kilat anak mata memanah anak mata Arel dengan tajam.
            “Shut up!!!”
            Nan menggigit bibirnya. Ugh! Sakit betul hatinya dengan Arel apatah lagi lelaki itu kini sedang tergelak kecil. Arghhh! Menyakitkan hati betul!
            “Don’t you worry, dear…” Arel mengusap perlahan pipi Nan dan Nan pantas melarikan wajahnya membuatkan Arel tersenyum.
            “Aku tak akan sentuh kau sebab aku pun tak ingin!” Dalam sekelip mata, nada suara Arel bertukar serius.
            “Hei, jangan nak perasanlah! Kau fikir aku teringin sangat ke nak kau sentuh aku? Oh, please! Jangan nak perasanlah! Sekali kau tak ingin, seribu kali aku tak mahu!” Jerit Nan kepada Arel. Benci! Benci! Benci! Aku benci lelaki yang bernama Arel!
            Baru saja Arel ingin membalas kata, pintu bilik diketuk. Baik Arel mahupun Nan, masing-masing melihat ke arah pintu bilik.
            “Nan? Kamu ada kat dalam ke? Telefon bimbit kamu ni dari tadi berbunyi.”
            Nan kembali meronta minta dilepaskan tetapi Arel semakin mengeratkan pelukan.
            “Lepaslah, mangkuk!”
            “Boleh tapi dengan syarat...” Riak wajah Arel yang serius bertukar nakal.
            Wajah Nan semakin kelat. Syarat lagi? Ugh! Syarat apa pulak kali ni?!
            “Give me a  kiss on my lip.” Arel menjongketkan keningnya berkali-kali bersama senyuman herot. Mahu saja dia tergelak saat ini apabila melihat wajah Nan yang semakin merah.
            “Ibu!!!” Jerit Nan kuat.
            Arel tersentak. Dia pantas melepaskan pelukan apabila mendengar derapan kaki Puan Hamsiah yang semakin hampir. Terkejut bukan kepalang apabila Nan tiba-tiba menjerit.
            Sebaik saja pelukan dilepaskan, Nan memboloskan diri. Dia bingkas bangun dan mencapai bantal. Dengan rasa sakit hati dan geram, dia memukul Arel bertubi-tubi dengan bantal.
            “Eh, apa ni? Berhentilah! Wei, berhenti pukul aku!” Arel cuba menepis serangan daripada Nan itu. Dia menahan mukanya dengan tangan daripada terus dipukul dengan bantal oleh Nan.
            “Kenapa, Nan? Kenapa? Kenapa kamu jerit?” Soal Puan Hamsiah yang cemas disebalik pintu bilik yang masih tertutup rapat.
            “Ada lipas besar, ibu! Nan tengah pukul ni! Tak guna punya lipas! Nah, rasakan! Jangan harap aku akan lepaskan kau! Nah, ambil ni!” Nan masih terus-terusan memukul Arel dengan sekuat hati. Arghhh! Tak guna punya Arel! Nak minta kiss konon. Jangan harap!
            “Lipas? Eh, kau tengah pukul aku la!” Ujar Arel kegeraman tetapi masih dengan nada suara yang perlahan.
            “Biar padan muka! Bagi aku kau la lipas tu!”
            Akhirnya Nan berhenti daripada memukul Arel dengan bantal. Turun naik nafasnya kasar kerana penat memukul Arel dengan sehabis tenaga. Tidak teratur nafasnya kerana perasaan marah yang ditahan di dalam hati.
            “Lain kali kalau kau nak kena pukul lagi, kau buatlah permintaan yang bukan-bukan macam tadi, ya!” Bantal yang masih lagi berada ditangan dilemparkan kepada Arel. Kemudian dia terus meninggalkan bilik dengan wajah yang kelat.
            Arel hanya memandang susuk tubuh Nan sehingga hilang di sebalik pintu.
            “Garang juga Comel aku ni.” Arel tergelak kecil yang kemudiannya menjadi kuat dan semakin kuat. Entah apa yang akan terjadi sepanjang aku tinggal dengan Comel nanti. It must be interesting!

p/s: Hmm... saya tgh fikir sama ada nak buat novel or just post kat blog ke.. next year dh spm dh n now manuskrip still tggal sparuh... so guys mcm mna ya?

13 comments:

  1. Best! Sweeet haha. Writer bru form 4? Tak caya pulak. Btw, buatlah novel :)

    -mira-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe writer still bdk2 lgi.. insha allah klu tiada hlangan, sy akn buat novel ^_^

      Delete
  2. cite awk best la..klu boleh nk next entry cpt:) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah akan di post next n3 scepat mngkin ^_^

      Delete
  3. Best ! Waiting 4 next n3 .. ^^

    ReplyDelete
  4. buat novel pun boleh.. leh simpan buat tambah koleksi novel yg byk kat umah tu... hehehehe... ape pun best lah.. cepat2 masukkan bab seterusnya k

    ReplyDelete
  5. Post jak kat blog^_^……apapun sgt best..keep it up^_^

    ReplyDelete