Tuesday 28 January 2014

Comel Is My Pet 21



ONE day when the light is glowing, I’ll be in the castle golden…
            “Hello?” sapa Arel lemah sebaik saja panggilan telefon dijawab.
            “Kenapa ni sayang? Arel sakit ke?”
            Mata yang kuyu terus membulat. Arel melihat skrin telefonnya. Bonda! Telefon kembali dilekapkan pada telinga.
            “Bonda! Kenapa bonda call Arel?” Suara Arel yang lemah tidak bersemangat tadi terus bertukar kuat. Terkejut apabila bonda tiba-tiba menelefonnya. Nenda dah beritahu yang aku lari dari Korea ke? Atau… mungkin bonda dah tahu aku ada dekat Malaysia sekarang.
            “Aik, takkan la bonda tak boleh nak call anak kesayangan bonda ni nak tanya khabar?”
            Daripada bicara bondanya, Arel dapat mengagak bahawa bonda masih belum tahu tentang kesnya lari dari Korea. Selamat! Senyuman terukir di bibir sebelum dia berbaring pada sofa dan memandang siling.
            “Boleh la, bonda. Kenapa pulak tak boleh.”
            “Bonda tanya soalan tadi, Arel. Arel sakit ke sayang?” soal Tengku Melissa Huda yang tengah risau.
            “Arel sakit perut bonda. Dah banyak kali Arel keluar masuk tandas tahu!” Arel mengadu manja kepada bondanya. Kelmarin saja hampir berbelas kali dia masuk tandas. Hari keduanya ini tidaklah seteruk kelmarin tapi perutnya masih lagi memulas selang beberapa jam.
            “Kenapa boleh sakit, Arel? Arel buat bonda risau la.” Kerutan di dahi Tengku Melissa Huda semakin kelihatan. Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendengar anaknya yang sedang sakit. Tambahan pula, anaknya berada jauh daripadanya. Semakin risau hatinya.
            “Arel salah makan, bonda. Kelmarin, teruk perut Arel memulas tapi hari ni kurang sikit dah.” Dalam pada masa yang sama Arel mencebik. Salah makan la sangat! Padahal Comel, menantu bonda yang invisible tu yang pedajalkan Arel.
            “Susah hati bonda bila dengar suara Arel yang lemah macam ni. Bonda jaga Arel di Taiwan ya, sayang?”
            Arel pantas bangun dari pembaringan. Sebelah tangannya mengurut tengkuknya. Aduh! Anak bonda tak ada dekat Taiwan la.
            “Eh, tak payah la bonda. Kalau bonda nak datang Taiwan siapa pulak yang nak jaga butik bonda yang banyak tu.” Arel pantas memberi alasan. Uish! Tak boleh tak boleh!
            “Bonda risau la dengan kamu, Arel.” Tengku Melissa Huda melepaskan keluhan berat.
            “Ala, bonda tak payah la risau tentang Arel. Esok Arel sembuh la. Sakit Arel ni sekejap je.” Arel cuba untuk meyakinkan bondanya. Bonda tak boleh tahu bahawa aku ada di Malaysia. Nanti confirm bonda geledah satu Malaysia untuk cari aku. Bonda pun boleh jadi lebih dasyat daripada nenda. Fuh! Tak nak!
            “Hmm, yalah.” Akhirnya Tengku Melissa Huda mengalah. Lagipula, jika dia terbang ke Taiwan dan menjaga anaknya itu, siapa pulak yang akan menguruskan makan minum suaminya.
            Arel tersenyum lega. Nasib baik!
            “Bonda… Arel rindu sangat dengan bonda!” luah Arel dengan manja. Dia memang anak manja pun. Dengan bonda dan nenda, dia memang terlebih manja.
            “Manjanya anak bonda ni. Ingatkan dah besar panjang ni tak nak manja dengan bonda dah.” Tengku Melissa Huda tersenyum senang. Riang hatinya apabila mendengar suara anaknya yang merengek merindukannya.
            “Mestilah! Arel kan anak manja bonda.” Arel tersenyum lebar. Sungguh dia rindukan bondanya. Sudah berbulan lamanya dia tidak berjumpa dengan bonda.
            “Yalah! Kamu tu memang anak manja bonda. Hmm, mana abang kamu?”
            “Abang Dan? Manalah Arel tahu, bonda.” Arel mengerutkan dahi apabila bonda  bertanya tentang abangnya yang satu itu. Kali terakhir dia bercakap dengan abangnya pun hampir dua bulan yang lalu. Itupun hanya dalam telefon ketika dia dan Comel sedang menuju ke Everland.
            “Pelik. Semalam abang kamu ada call bonda. Dia cakap dia ada di Taiwan, ada bisnes deal. Takkan la dia tak tinggal dengan kamu?”
            “Mungkin dia tinggal di hotel la tu, bonda.”
            “Mungkin la tu.”
            Sebaik saja talian dimatikan, Arel memejamkan mata. Rindu pada bondanya sudah terubat. Sesaat kemudian, mata yang terpejam dibuka dan melihat sekilas jam pada dinding di ruang tamu itu.
            Pukul sembilan pagi? Aik? Kenapa Comel tak keluar-keluar dari bilik lagi? Haish! Perempuan ni memang jenis yang tidur sampai lewat tengah hari ke? Takkan la aku kena ketuk bilik dia lagi macam kelmarin? Huh! Menyusahkan!
            “Good morning!”
            Belum sempat dia bangun dan bergerak untuk mengejutkan Nan, Nan sudah pun menyapanya.
            “Awal kau bangun?” perli Arel dengan senyuman sinis.
            Nan hanya buat muka bodoh.
            “Kau nak pergi mana?” soal Arel dengan kerutan di dahi. Melihat Nan dengan seluar jean putih, tee hitam lengan panjang dan tudung biru gelap menimbulkan persoalan di benaknya. Macam nak keluar rumah je?
            “Aku nak jalan-jalan hilangkan stres. Tengok muka kau buat aku tekanan jadi lebih baik aku keluar.”
            Mata Arel terbuntang. Tengok muka aku boleh stres? Ini sudah lebih ni!
            “Eh, sepatutnya aku yang stres tengok muka kau! Kau yang selalu pedajalkan aku dengan teruk. Huh!”
            Nan hanya senyum segaris sambil menjongketkan bahu.
            “Aku tak akan pedajalkan kau kalau kau tak kenakan aku dulu. By the way, aku malas nak bertekak dengan kau jadi aku pergi dulu. Bye!” Baru saja dia ingin melangkah, bicara Arel membuatkan langkahnya pegun dengan mata yang bulat.
            “Apa kau cakap tadi?” soal Nan sambil bercekak pinggang.
            “Aku cakap aku nak ikut!” Arel sudah pun berdiri sambil melangkah ke arah Nan yang berada di hadapan tangga.
            “Kenapa pulak kau nak ikut?” Nan merengus tidak puas hati.
            “Sebab aku nak la! Aku boring terperuk dalam rumah ni. Semakin lama aku terkurung dalam rumah ni, semakin gila otak aku. Baru tiga hari aku dalam rumah ni macam-macam perkara yang dah terjadi.” Arel menjeling tajam ke arah Nan.
            Nan hanya mencebik. Eleh! Baru tiga hari. Aku akan pastikan kau tak tahan duduk serumah dengan aku dalam masa sebulan. Bila kau dah nyah dari hidup aku, baru aman dan damai dunia aku.
            “Tunggu aku kejap! Aku nak tukar baju.”
            “Tak padan dengan wajah yang pucat, nak juga keluar jalan-jalan. Kalau dah sakit tu duduk je la dalam rumah diam-diam.” Nan memeluk tubuh sambil membuang pandang ke arah skrin hitam televisyen.
            “Suka hati aku la! Yang kau beriya sangat tak nak aku ikut kau jalan kenapa? Kau takut terpikat dengan aku ke?” Sebelah keningnya diangkat tinggi bersama senyuman nakal tersungging di bibir.
            “Aku akan terpikat dengan kau? Sorry! Sampai bila-bila pun aku tak akan terpikat dengan kau. Jangan nak perasan!” Ketat wajah Nan apabila mendengar kata-kata Arel tadi. Ish! Tak ada maknanya aku akan terpikat dengan kau.
            “Kalau macam tu tunggu je la aku tukar baju. Lepas tu kita jalan sama-sama.”
            “Tak nak! Aku malas nak tunggu.” Baru saja dia ingin berlalu menuruni tangga, tangannya dipaut oleh Arel dengan kemas.
            “Hei, lepaskan aku!” Nan meronta minta dilepaskan tetapi pegangan Arel terlalu kemas.
            “Nope! Kita akan jalan sama-sama. This is an order!” Arel menarik tangan Nan dan memaksa gadis itu mengikuti langkahnya masuk ke dalam bilik.
            Wajah Nan semakin kelat. This is an order? Hei! Kau tu siapa nak bagi arahan dengan aku? Eeee! Tak suka! Hah! Ni kenapa pulak tarik aku masuk dalam bilik ni.
            “Eeee! Kenapa pulak kau tarik aku masuk dalam bilik kau?” soal Nan sebaik saja Arel menyuruhnya duduk di birai katil.
            Dahinya berkerut apabila melihat Arel mengunci pintu bilik sebelum berpaling memandangnya dengan senyuman herot di bibir.
            Gulp! Sudah! Apa pulak lelaki ni nak buat? Gundah gulana hati Nan ketika ini tetapi riak wajah yang tenang dipamerkan agar Arel tidak tahu tentang hatinya yang resah.
            “Kau tak nak tengok tubuh aku yang solid ke? Aku ada six packs.” Ujar Arel dengan lirikan dan senyuman nakalnya. Baju tee putihnya dibuka dihadapan Nan lalu dilemparkan di kaki Nan.
            “Ahhh!!!” Nan pantas menutup matanya dengan kedua-dua belah tangan. Tak guna punya Arel! Nak tunjukkan six packs dia depan aku buat apa? Aku tak nak la! Dadanya berdebar sepanjang mata ditutup. Entah kenapa debaran jantungnya tidak mahu surut.
            “Buka la mata… Rugi tak tengok six packs aku.” Usik Arel lagi sambil menyarung kemeja hitam pada tubuhnya. Seronok apabila dia dapat mengusik Comel.
            “Tak nak! Tak nak! Tak nak!” Eeee! Miang! Gatal! Uwaaa! Tolong aku! Aku tak nak dinoda oleh sesiapa.
            Arel tergelak kecil apabila melihat Nan yang tengah kalut. Dia sudah pun siap merapikan dirinya. Sekarang dia hanya berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu bilik dengan senyuman yang tidak mati di bibir.
            “Betul tak nak? Ish ish ish! Rugi tahu sebab tak tengok body suami kau yang hot ni.” Arel semakin galak mengusik apabila Nan hanya laju menggelengkan kepala. Sudah lama dia tidak mengusik gadis itu jadi sekarang dia nak usik puas-puas sebab sudah banyak peluang yang dia berikan kepada Nan untuk kenakan dia.
            “Tak nak!” Jerit Nan dengan nada suara yang tertahan seperti ingin menangis.
            “Janganlah macam tu, Comel sayang. Mungkin sayang malu tapi mahu kut? Tak pe, abang bukakan mata tu untuk sayang ya?” Arel tergelak kecil apabila gelengan kepala Nan semakin laju.
            “Aku tak nak!” Uwaaa! Aku tak nak mata aku ternoda! Nan semakin tidak keruan dan gelisah apabila dia mendengar derap kaki yang semakin menghampirinya.
            “Janganlah paksa aku, Arel. Aku tak nak…” Nan merengek minta simpati apabila tangan Arel menyentuh tangannya yang menutup mata.
            “Janganlah macam ni sayang. Abang nak sayang tengok body suami sayang yang hot ni je. Sekejap pun jadilah.” Arel menahan tawa yang semakin sukar. Seronok! Mengusik Nan sememangnya menyeronokkan.
            “Arel…” suara Nan meleret menyebut nama Arel memohon simpati. Sob… sob… sob… Aku tak suka! Takut! Ya! Dia tengah takut sekarang ni.
            Arel menarik kuat tangan Nan daripada menutup mukanya. Sebaik saja dia berjaya melarikan tangan Nan daripada menutup muka, mata Nan bulat memandang wajahnya yang sedang menunduk.
            “Chak!” Arel tersenyum lebar apabila melihat Nan yang terkebil-kebil.
            “Hot tak suami kau ni?” soal Arel dengan senyuman nakalnya.
            Mata Nan menjelajah daripada muka lelaki itu, turun melihat tubuh Arel yang berkemeja hitam dan jean biru tua. Mendengar gelak ketawa Arel yang semakin kuat di peluput telinganya, Nan sedar bahawa dirinya hanya dipermainkan oleh Arel. Wajahnya pantas berubah merah.
            “Arel!!!” Nan berdiri daripada birai katil lalu merenung tajam wajah Arel yang masih  lagi sedang mengetawakannya.
            “Ya, sayang!” sahut Arel dengan sisa tawanya.
            “Kau main-mainkan aku kan?” Suhu amarahnya semakin memuncak. Arel hanya mempermainkan dia. Arghhh! Benci benci benci!
            “Tak pun.” Arel pantas keluar daripada biliknya dengan sengihan di bibir.
            “I hate you!!!” Jerit Nan sambil menghentakkan kakinya.
            “But I love you.” Kepala Arel tersembul di pintu bilik untuk membalas kata-kata Nan itu.
            Mata Nan terbeliak apabila Arel muncul semula. Dengan perasan geram yang membuku, dia mencapai bantal di atas katil lalu dilemparkan dengan sekuat hati kepada Arel.
            Arel pantas mengelak lalu tergelak kecil melihat wajah cemberut Nan.
            “Jom, sayang!” Ajak Arel lalu terus berlalu. Lebih baik dia tunggu di kereta kalau tak habis semua bantalnya nanti dibaling ke arahnya.
            “Jangan panggil aku sayang la!”
            Arel yang sedang menuruni tangga hanya tersenyum mendengar jeritan Nan itu.
            “Sayang, cepatlah!”
            Eeee! Tak suka tak suka tak suka! Tak suka Arel panggil aku sayang! Sambil menghentak-hentak kaki, Nan berjalan keluar daripada bilik Arel dan berjalan menuruni tangga. Sakit hati!
            “Kita nak pergi mana, Comel sayang?” soal Arel sebaik saja Nan masuk masuk ke dalam kereta dan duduk di sisinya.
            “Apa kata kita pergi makan dulu, ya?” Arel hanya tersengih apabila Nan langsung tidak membalas kata-katanya. Gadis itu membuang pandang ke tepi tingkap sambil memeluk tubuh.
            “Mogok suara ke, Comel sayang?”
            Memang pun! Tempik Nan di dalam hati. Kalau bercakap dengan Arel hanya menyakitkan hati je. Diam lagi bagus.
            “Jawablah soalan abang, Comel sayang.”
            Buang tabiat! Bahasakan diri abang tu buat apa? Eeee! Geli tekak aku tahu!
            “Kalau sayang tak nak pandang muka abang dan jawab soalan abang, abang kiss sayang sekarang juga,” ugut Arel sengaja ingin menyakat. Hampir saja dia tergelak apabila Nan dengan pantas menoleh memandangnya dengan renungan tajam.

            “Ya ya ya! Pergi makan!” Ugh! Sakitnya hati! Dia ugut aku! 

p/s: sory sbb lma sgt x update next chapter.. pnulis sbuk sdikit.. btw enjoy n plsss kmen ya guys ^_^

7 comments:

  1. Weu..best sangat.. sambung cepat kay. ..

    ReplyDelete
  2. Thx guys.. will try to post nxt n3 bla free k ^_^

    ReplyDelete
  3. abang Dan tu Daniel ehh...llaki yg nan jmpa kat everland...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Will know sooner or later.. juz wait n see ^_^

      Delete
  4. ala nape pendek sgt... tp ape pun tetap best... cute lah

    ReplyDelete