Monday 28 October 2013

Comel Is My Pet 11



“AKU baru je sampai Malaysia. Ahhh! I am so so so happy!” Ujarnya bersama senyuman yang lebar. Akhirnya, dia bebas tanpa kongkongan siapa-siapa. Lapangan Terbang KLIA yang sesak dengan manusia itu tidak membuatkan dia rimas malah gembira.

             “Ceh! Dia di sana tengah happy, aku di sini langsung tak happy kau tahu tak!”

            “Aik? Apa kes ni brader?” tanyanya bersama sengihan.

            “Apa kes? Kau tanya aku apa kes!” Suara itu semakin meninggi.

            “Chill, bro!” Dia tergelak kecil membuatkan beberapa orang disebelahnya yang juga sedang menunggu beg mereka dikeluarkan memandang ke arahnya.

            “Chill kepala otak kau! Eh, gara-gara kau, nenda dah pasangkan aku bodyguard! Tak pasal-pasal aku ada bodyguard 24/7 di sisi.” Safuan di talian merengus tidak puas hati.

            Arel semakin tergelak kuat. Beberapa orang yang sedang memandangnya pelik tidak dihiraukan. Memikirkan tentang kata-kata Safuan itu, dia dapat tahu betapa seksanya diekori oleh dua orang pengawal peribadi nenda di sisi siang dan malam. Kalau nak pergi tandas pun, dia orang ikut juga tau!

            “Nampaknya kau dah alami perasaan aku sebelum ni. Amacam? Terseksa tak?” Setelah mengambil bagasi hitam berodanya, Arel mula mengorak langkah.

            “Huh! Baru sekarang aku tahu kenapa kau nekad sangat nak lari pergi Malaysia. Tapi kau tak patut libatkan aku! Tengok apa dah jadi!”

            Arel hanya tersengih mendengar rungutan Safuan itu.  Kalau dia berada di tempat Safuan sekarang, dia juga sudah pastinya tengah bengang dan merungut tidak puas hati.

            “Bertahan je la. Eh, tapi kenapa pulak nenda pasangkan kau bodyguard 24/7?” Arel mengerutkan dahi apabila memikirkan tentang soalannya itu. Selama ini, nenda letakkan pengawal peribadi di sisinya untuk memastikan dia tak lari. Yalah, dia kan selalu saja tidak pulang rumah.


            “Nenda kata aku ni rakan sekongkol kau. Aku dah di cop sebagai orang yang tak boleh dipercayai. Dia kata kalau aku jumpa dengan kau, bolehlah bodyuard dia ni terus tangkap kau balik sini.”

            “Lah… aku kan di Malaysia bukannya di Korea. Macam mana pulak aku boleh jumpa kau?”

            “Well… aku ada beritahu dia yang aku akan pergi Malaysia.”

            “What?! Kau datang Malaysia buat apa?” Arel menjadi tidak keruan. Tidak! Safuan tidak boleh datang Malaysia. Kalau Safuan datang Malaysia, pengawal peribadinya juga akan ikut. Macam mana kalau mereka terserempak nanti? Macam mana kalau dia ditangkap dan dibawa balik pergi Korea? Ahhh! Itu tak boleh berlaku!

            “Kau ni gembira sangat sampai hilang ingatan ke? Keluarga aku kan ada di Malaysia jadi salah ke aku sebagai anak datang melawat?”

            Arel menggaru kepalanya yang masih bertopi itu. Ya tak ya juga kan. Dia lupa tentang keluarga Safuan yang menetap di Malaysia.

            “Kau tak payah risaulah. Buat masa terdekat ni aku tak akan pergi Malaysia dulu.”

            Bicara Safuan yang seterusnya membuatkan Arel melepaskan keluhan lega.

            “Hah!” Tiba-tiba Safuan mejerit membuatkan Arel tersentak. Sakit telinganya kerana Safuan menjerit betul-betul di tepi telinganya.

            “Kau ni apa kes sampai menjerit? Pekak telinga aku!”

            “Eh, kenapa kau lari pergi Malaysia tak bawa si Comel ni sekali?” Safuan menyoal dengan nada suara bengang.

            “Kau pernah dengar orang lari dari rumah bawa kucing ke?” Arel mencebik mendengar soalan Safuan itu. Soalan yang bernas betul!

             “Ahhh aku tak peduli! Kau bukannya tak tahu yang aku ni alah dengan haiwan berbulu. Eh, gara-gara kau dah tiada, aku yang dijadikan mangsa tau. Sekarang ni aku yang kena jaga dan uruskan kucing kau tu. Eeee… geli!”

            Arel tergelak kuat mendengar bicara dan rungutan sahabatnya itu. Sememangnya dia tahu Safuan amat geli dengan haiwan yang berbulu.

            Tiba-tiba Arel terlanggar seseorang ketika dia sedang ketawa sehinggakan selendang di bahu gadis itu terjatuh. Arel segera meminta maaf apabila gadis itu menunduk untuk mengutip selendangnya yang jatuh.

            “Ops, sorry!” Apabila melihat gadis itu mengangguk, Arel segera mengorak langkah untuk berlalu pergi tanpa menunggu gadis itu menegakkan badan dan memandang wajahnya.

            “Hello, bro? Are you there?

            “ Ya ya ya, aku still ada ni.”

            “Ingatkan dah jumpa puteri kayangan dah.”

            Arel tersenyum nipis. “Belum lagilah. Hah! Jaga kucing aku tu bagus-bagus. Kalau aku tahu kau dera kucing aku dan tak berikan kasih sayang yang secukupnya, aku kerjakan kau cukup-cukup!” ujar Arel dengan suara yang sengaja digarangkan.

            “Eh, kau…” Safuan tidak sempat menghabiskan ayat apabila Arel pantas mencantas.

            “Okey la, aku chow dulu. Annyeong!”

            Klik! Talian diputuskan tanpa menanti bicara Safuan yang seterusnya. Dia tergelak kecil apabila membayangkan wajah kelat Safuan ketika itu. Sudah tentunya lelaki itu tengah bengang dengannya.


“KAK Nan tak pernah terfikir nak sediakan menu lain selain cupcakes and drinks tak?”

            “Hmm, menu apa yang Amil maksudkan?”

            “Maksud Amil, Kak Nan tak nak ke sediakan makanan lain? Nasi goreng ke, mee goreng ke, mee basah ke…”

            “Okey okey okey… Kak Nan faham maksud Amil tu. Tapi siapa pulak yang nak masak? Siapa yang jadi tukang masak?”

            “Mestilah Kak Nan yang jadi tukang masak. Kak Nan kan chef kedai ni.” Amil sudah tersenyum sambil menaikkan kedua-dua keningnya.

            “Kak Nan?!”

            My heart’s a stereo it beats for you so listen close hear my…

            Lamunan Nan serta merta terbang menghilang apabila telefon pintarnya menyanyikan lagu Adam Levine itu.

            “Helo?”

            “Hah, Nan! Best tak home alone?”

            Ceh! Cik muda Shasha yang telefon rupanya. Ini mesti nak sakitkan hati aku ni.

            “Kalau kau telefon sebab nak sakitkan hati aku, aku matikan talian je la!” Nan mendengus sebelum dia berkira-kira ingin menekan punat merah pada skrin telefon.

            “Eh, janganlah! Aku main-main je pun. Janganlah sentap wahai kawanku yang comel.” Suara Shasha yang tergelak kecil di talian membuatkan Nan mencebik.

            “Tak payah nak bodek aku. Hah! Kenapa telefon aku?”

            “Lah… salah ke kalau aku tanya khabar kawan aku yang tengah bersendirian dekat rumah.” Sekali lagi kedengaran Shasha yang tengah tergelak.

            “Khabar baik! Dah tanya khabar kan? Okey, bye.”

            “Eh, jangan dulu! Kau dah makan malam ke? Kau makan apa?” Soal Shasha lagi.

            “Baru habis makan. Makan maggi kari dengan telur je.” Nan merengus kuat apabila buat kali ketiganya Shasha mengetawakannya.

            “Alololo… kesian kawan aku makan maggi dengan telur je.”

            “Whatever!” Nan memeluk tubuh dengan satu tangan.

            “Kau nak tahu tak, malam ni mummy masakkan aku tom yam seafood tau. Fuh! Aromanya begitu menusuk hidung.”

            “Kurang asam jawa kau, Shasha!” Nan semakin sakit hati. Ugh! Budak Shasha ni memang nak kena ni!

            “Ops, terlebih sudah!” Shasha sudah tergelak kuat sambil menekan-nekan perutnya. Dapat dia bayangkan wajah cemberut Nan ketika ini. Mesti lawak punya!

            “Sudahlah! Makin aku dengar, makin nak sakitkan hati aku.”

            “Itulah! Aku dah kata, ikut aku balik sini tapi kau tak nak. Kalau tak dapat jugak kau makan yang sedap-sedap. Kan dah sentap.”

            “Eh, aku sentap sebab kaulah!”

            “Okey, sorry! Eh, dinner is served. Aku makan dulu tau. Chow!” Talian sudah dimatikan tanpa sempat Nan membalas kata lagi.

            “Kureng betul si Shasha ni. Dia makan sedap-sedap kat sana tapi aku makan maggi je sini. Ceh!” Mulut Nan terkumat-kamit memarahi Shasha.

            Sememangnya selama ini, Shasha yang menjadi tukang masak di rumah. Antara mereka berdua, Shasha yang pandai masak. Kalau nak harapkan dia, memang confirm makan maggi je la. Itu je yang dia pandai masak. Ibu dekat kampung pun sudah putus asa untuk menasihatinya belajar mmasak. Dah memang dia tak minat nak memasak. Dia minat buat kek cawan je.

            Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang dipakainya tadi, Nan turun ke tingkat satu untuk ke dapur kedai. Dia ingin mencuba resepi baru kek cawannya yang baru saja dia fikir tadi pagi. Setelah menghantar Kak Cham dan dua orang kembar itu ke lapangan terbang, dia ke beberapa kedai desert untuk mencari ilham tentang resepi baru kek cawannya.

            Ketika sedang mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan, mindanya kembali teringat tentang perbualannya dengan Amil.

            “Kenapa nak tambah menu pulak?”

            “Bukannya apa Kak Nan tapi kan lagi bagus kalau ada menu tambahan. Lagipula hari tu ada pelanggan beri cadangan supaya kita hidangkan makanan yang berat.”

            Nan meletakkan sekotak telur di atas meja sebelum melabuhkan duduk pada kerusi. Kata-kata Amil yang disokong oleh Amir beberapa hari yang lalu itu membuatkan fikiran Nan sedikit terganggu.

            “Aku mana pandai masak. Buat kek dengan cupcake ni aku tahulah. Takkan aku nak cari tukang masak kut?”



6 comments:

  1. nk lagi.....best citer nih..,>_<

    ReplyDelete
  2. nk lg.. seronok sgt2... hehehe. confirm nnt arel yg keje ngan nan.. hehehehe.. kawin kan je dia org.... :-)

    ReplyDelete