Monday 9 December 2013

Comel Is My Pet 15



“NAN tak nak!” Nan membentak keras lalu memeluk tubuh.
            “Ibu tak tanya pun kalau Nan nak ke tak.” Ujar Puan Hamsiah tanpa memandang ke arah Nan yang tengah cemberut tu.
            “Ibu!” Nan meletakkan kembali kedua-dua tangannya di sisi.
            “Tak payah nak jerit-jerit. Keputusan muktamad!” Puan Hamsiah berjalan menuju ke dapur dan Nan dibelakang membuntutinya.
            “Ibu, Nan tak nak…” Nan merengek sambil memegang lengan ibunya.
            Puan Hamsiah terus menoleh memandang anaknya itu. Tajam matanya memandang anaknya yang sedang membuat muka simpati.
            “Ain Nurhanani! Kamu akan bernikah pada minggu ni iaitu pada hari Jumaat. Sebarang bantahan tidak akan di terima! Kalau kamu nak membantah, pergi bantah dengan bakal suami kamu tu.”
            Nan memuncungkan mulut. Sampai hati, ibu!
            “Memang ibu sampai hati pun.” Ujar Puan Hamsiah tiba-tiba.
            Aik? Ibu ni macam tahu-tahu je aku cakap apa dalam hati.
            “Ibu sudah pernah cakap dengan kamu, Nan. Ibu tetap akan kahwinkan kamu dengan sesiapa yang meminang kamu. Ibu akan terima pinangan tu sama ada kamu suka atau tak. Sekarang ni ibu dah terima pinangan orang jadi kamu jangan nak mengelat, nak memujuk rayu dengan ibu.”
            Nan segera berlalu ke ruang tamu. Dia merengus kasar mendengar bicara ibunya itu. Eeee! Geramnya aku! Tak guna kau Arel! Arghhh! Sakit hati dengan Arel! Sakit hati jugak dengan si Shasha tu. Ada ke patut dia pergi bagi alamat kampung aku dengan si Arel? Ugh!
            “Kahwin dengan kau?! Kau gila apa?” Jerit Nan kepada Arel. Semakin sakit hati dibuatnya apabila Arel hanya tersenyum sinis. Eeee! Benci!
            “Itu syarat aku dan kau…” Arel melangkah dua tapak ke hadapan dan menuding jari ke arah Nan.
            “Kau kena ikut syarat aku. Faham?”
            “Aku tak nak kahwin dengan kau la!” Jerit Nan kepada Arel.
            “Apa kau fikir aku nak sangat kahwin dengan kau? Eh, beruk lagi lawa daripada kau.” Ujar Arel dengan sinis.
            Wajah Nan semakin merah. Kurang ajar! Dia bandingkan aku dengan beruk? Eeee! Sakitnya hati!
            “Aku bagi kau dua pilihan. Kau nak aku saman kau ke atau kau nak kahwin dengan aku?” Arel memeluk tubuh sambil memandang tanpa riak wajah Nan.
            Nan hanya diam tidak membalas. Sabar Nan, sabar. Cool down. Jangan cepat melatah. Lagi cepat kau marah lagi suka mamat tu. Dia kan memang sengaja nak sakitkan hati kau. Dia memang takkan puas kalau tak sakitkan hati kau.
            Arel mengerutkan dahi apabila Nan tiba-tiba tersenyum sinis kepadanya. Tadi muka punya main bengis tapi sekarang boleh pulak dia tersenyum sinis dengan aku.
            “Minta maaflah tapi kalau kau nak kahwin dengan aku kau kena jumpa dengan ibu aku.” Ujar Nan dengan sinis.
            “That is not a big deal, Comel. Bukannya aku tak boleh jumpa ibu kau.”
Tiba-tiba Shasha menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada Arel. Teks yang tertera di skrin telefon dibaca tanpa disedari oleh Nan.
            “Memanglah kau boleh jumpa dengan ibu aku tapi ibu aku tak ada di sini. Ibu aku ada di kampung. Kau tahu ke mana kampung aku? Sampai bila-bila pun aku tak akan beritahu kau mana kampung aku.” Nan menoleh memandang wajah Arel. Pelik dia rasakan apabila lelaki itu tersenyum melihatnya.
            “Oh, kau tak nak beritahu aku? Ala, tak payah susah-susah sebab aku dah dapat alamat kampung kau.”
            Mata Nan terbuntang melihat telefon bimbit Shasha ditangan lelaki itu. Dia terus menoleh memandang wajah Shasha dengan tajam. Gadis itu dilihatnya langsung tidak ingin memandangnya.
            Ugh! Kenapa Shasha beritahu Arel alamat kampung aku? Eeee! Kurang asam jawa punya kawan! Boleh pulak dia komplot dengan lelaki tu?!
            “Since kau tak boleh nak bayar saman jadi aku akan anggap yang kau terima syarat aku. Kau akan kahwin dengan aku. Is it?” Arel menjongketkan sebelah keningnya kepada Nan.
            Nan hanya memeluk tubuh memandang anak mata Arel dengan tajam. Kecil sungguh dilihatnya Arel didepan mata. Nak je aku makan lelaki ni. Arghhh!
            “Diam tandanya setuju. Okey, deal! Jom, David! Kau tolong aku sekejap sebelum kau balik Korea.”
            Setelah itu Arel dan David berlalu pergi.
            “Eeee! Bencinya aku dengan mamat tu! Ahhh!!!” Jerit Nan sepuas hati.
            Wajahnya kini merah semerahnya. Dadanya berombak ganas dan nafasnya juga turun naik disebabkan perasaan marahnya. Kalau membunuh itu buka satu kesalahan dan bukannya satu dosa, memang sudah lama dia tikam Arel sampai mati!
            Nan kemudiannya memandang tajam ke arah Shasha yang sudah kecut perut itu.
            “Kau ni kawan aku kawan Arel?!”
            “Erk… aku… mmm… aku nak pergi tandas. Bye!” Dengan pantas Shasha berlari menuju ke tangga. Cabut! Nan dah nak naik hantu tu!
            “Shasha!!!” Nan pantas mengejar Shasha yang sudah cabut lari itu.
            “Oit, Nan! Mengelamunlah pulak dia. Eh, telefon kamu tu dari tadi berbunyi. Tak nak jawab ke?” Suara Puan Hamsiah memecahkan lamunannya tentang kejadian kelmarin. Huh!
            Arel memang gila! Tak disangka-sangka, pada hari dia diugut untuk disaman, diletakkan syarat untuk kahwin, pada hari itu jugaklah Arel pergi meminang dia di kampung. Memang gila! Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya apabila pada waktu malam, ibu tiba-tiba telefon dan mengatakan bahawa ibu sudah terima pinangan Arel. Ugh! Si Arel ni tengah desperate ke apa?
            “Ibu! Nan tak nak kahwin!!!”
            Puan Hamsiah hanya memekakkan telinga.

“KAU ni pekak ke apa?”
            Nan mengerutkan dahi sebelum merengus kasar.
            “Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak cakap aku pekak kenapa? Kau nak cari pasal dengan aku ke?” Tempelak Nan pulak. Sesuka hati dia je cakap aku pekak.
            “Eh, dah nak dekat sepuluh kali aku call, kenapa tak jawab? Kau nak aku hempas telefon kau ke lantai ke?”
            Nan menjarakkan telefon bimbitnya daripada telinganya. Bingit betul! Macamlah aku ni ada sound problem sampai dia nak jerit-jerit. Ugh!
            “Suka hati akulah nak jawab ke tak. Aku malas nak jawab kalau kau call sebab nak sakitkan hati aku. Hah! Apa kau nak?” Nan bingkas bangun daripada sofa dan berjalan ke luar rumah. Dia tidak ingin ibunya mendengar perbualannya dengan Arel.
            “Boleh tak cakap dengan aku tu baik-baik sikit. After all, I am you future husband, right?”
            Nan mencebik mendengar perkataan ‘future husband’ itu. Ugh! Sakit hati aku dengar perkataan tu.
            “Nak cakap dengan kau baik-baik? In your dream! Tak ada maknanya aku nak cakap baik-baik dengan kau.” Nan tersenyum sinis. Kalau Arel ada di hadapannya kini, mahu saja di cekik-cekik lelaki itu. Biar putus nafas lagi bagus.
            “Hmm, suka hati kau la.” Ujar Arel tanpa nada. Sebenarnya dia sudah malas nak bertekak mulut dengan Nan. Gadis itu memang tak akan mengalah punya. Ada saja yang dijawabnya nanti.
            “Yeah, whatever! Hah! Kau nak apa call aku ni? Baik cakap cepat. Aku dah malas nak dengar suara kau lagi. Dengar suara pun aku dah menyampah yang amat.”
            “Aku nak jumpa kau sekarang.”
            “Buat apa nak jumpa.” Nan mengerutkan dahi. “Kau nak sakitkan hati aku lagi ke?”
            “Boleh tak jangan prejudis dengan aku.” Soal Arel kegeraman.
            “Tak boleh! Dengan kau memang aku harus prejudis.”
            Arel mengetap bibir kuat. Haish! Perempuan ni pulak yang sakitkan hati aku.
            “Aku nak jumpa dengan kau sekarang sebab aku nak bincang pasal perkahwinan kita.”
            “Aku tak nak!” Nan menjerit membuatkan Arel menjauhkan telefon bimbitnya daripada telinga. Aduh! Nyaring betul suara perempuan ni.
            “Kenapa tak nak pulak?”
            “Eh, kau yang nak sangat kahwin dengan aku kan? Aku langsung tak nak kahwin dengan kau pun. Not even in my dream! Lagi satu, kau yang pandai-pandai tentukan perkahwinan kita pada jumaat ni. Jadi kau sendirilah yang uruskan!” Nan memeluk tubuh dengan menggunakan sebelah tangannya saja.
            “Comel ku sayang…”
            “Jangan panggil aku sayang!” Grrr! Aku tak sayang dia langsung! Aku benci!
            “Like I care! Comel ku sayang, segala persiapan perkahwinan kita aku dah suruh David dan Shasha yang uruskan jadi kau tak payah risau. Aku call nak ajak jumpa ni sebab aku nak bincang pasal kita after married.”
            “Lepas kahwin kita buat haluan masing-masing. Aku ke timur kau ke barat.” Senang cerita! Jangan harap aku nak tinggal dengan Arel sebumbung. Mahu runtuh rumah nanti kalau tinggal serumah. Memang pasti!
            “Helo, Comel ku sayang! Ka ingat aku nak ambil kisah sangat ke pasal kau? Eh, kalau kau dah lenyap dari bumi ni pun aku tak kisah!”
            Nan mengetap kuat bibirnya. Eeee! Sakitnya hati aku dengan mamat ni!
            “Dah tu, buat apa nak jumpa dan bincang lagi?”
            “Tak payah banyak tanya! Apa yang aku tahu aku nak jumpa dengan kau sekarang.”
            “Aku dekat kampunglah, mangkuk!” Dush! Kan dah kena panggil mangkuk. Padan muka!
            Wajah Arel bertukar merah. Memang jelas kelihatan pada wajah yang putih itu. David di sebelahnya hanya membisu. Sedari tadi dia tidak membuka mulut. Dia juga turut bingung sebenarnya. Pantang berjumpa dan pantang bersuara, mesti bergaduh. Yang peliknya gadis itu juga menjadi pilihan Arel. Ingin saja dia melaporkan hal ini kepada Tengku Meimun Maisara kerana memang itu tugasnya tetapi Arel lebih awal memberikan amaran agar tidak memberitahu nendanya.
            “Mulut kau ni kan!” Arel cuba menenangkan diri. Nafas dihembus dan ditarik dalam. Bercakap dengan perempuan ini memang perlukan banyak kesabaran.
            “Aku malas nak bertekak mulut dengan kau. Apa yang aku tahu aku nak jumpa dengan kau petang ni jam empat. Kalau kau tak datang tepat pada masanya memang kau tengah cari masalah dengan aku. Jangan sampai aku beritahu hal yang sebenar kepada ibu kau, Comel.”
            Klik!
            Mata Nan terkebil-kebil melihat telefon bimbitnya di tangan. Dia matikan talian? Ugh! Mamat ni kan!
            Nan memeluk tubuh sambil memandang langit biru yang cerah. Sememangnya Puan Hamsiah langsung tidak tahu tentang hal yang sebenar. Apa yang ibu tahu, Arel datang meminang dengan keluarga Safuan dan mengatakan bahawa aku ni teman wanitanya sewaktu di Korea. Ugh! Memang menyakitkkan hati bila teringat tentang itu. Boleh pulak dia tipu ibu?
            Nan melepaskan keluhan. Ya, memang ibu tidak boleh tahu tentang hal yang sebenar. Kalau ibu tahu aku pukul kepala Arel sampai pengsan mesti aku pulak yang kena pukul dengan ibu. Kalau ibu tahu aku kena saman sebanyak dua ratus juta ringgit mesti ibu kena serang penyakit jantung. Huh… itu yang paling aku takutkan. Ibu tak boleh terkejut! Cukuplah ibu terpaksa menginap di hospital selama dua bulan apabila mendapat serangan penyakit jantung sebab perbuatan aku enam tahun yang lalu. Kesilapan terbesar yang pernah aku lakukan.

NAN mendongak apabila kerusi di hadapannya di tarik. Bibirnya tersenyum sinis apabila melihat gerangan yang sudah pun melabuhkan duduk dihadapannya.
            “Awalnya!” perli Nan. Huh! Awallah sangat! Hampir dua jam dia menunggu dan baru sekarang lelaki tu muncul.
            Arel hanya menayangkan riak wajah yang selamba. Dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atas kelewatannya.
            “Kenapa tak datang esok je? Aku ni memang suka tunggu orang. Lagi lambat lagi bagus!” Nan menghirup Milo Aisnya perlahan. Hatinya sekarang ini tengah terbakar. Harap dengan minuman ni bolehlah lega sikit. Ugh! Lelaki ini boleh pulak tayang muka toya?
            “Kenapa diam?” soal Nan sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya kepada Arel. Lelaki itu hanya selamba bersandar pada kerusi sambil menyilangkan kaki. Anak mata hazelnya juga tertumpu pada wajah Nan yang tenang pada luarannya.
            “Saja nak bagi peluang untuk kau perli aku sepuas-puasnya. Kalau kau dah puas perli dan puas cakap, aku nak kau diam dan dengar apa yang aku nak cakap pulak.”
            Nan hanya mencebik. Entah apa yang kau nak cakap pun aku tak tahu. Jangan sampai aku naik hantu sudah!
            “Now, listen! Jumaat ni kita nikah di kampung kau.”
            Itu aku tahulah! Tak payah nak cakap lagi boleh tak? Aku benci dengan perkataan nikah tu. Sebab pengantin lelakinya kau! Jerit Nan di dalam hati.
            “Lepas nikah, kita bermalam satu malam di rumah ibu kau.”
            Tak suka! Tak suka! Tak suka! Aku tak suka nak berlagak mesra dengan kau di depan ibu! Bentak Nan lagi di dalam hati.
            “Hari Sabtu pulak kita balik KL, balik rumah kau.”
            Bagus! Bagus! Bagus! Aku balik rumah aku dan kau nyah dari hidup aku! Yay! Sorak Nan di dalam hati.
            “Aku akan tinggal di rumah kau dan kita akan menjalani kehidupan like a lovely husband and wife.”
            Burrrrr!!!
            Air milo yang belum melalui tekaknya tersembur keluar, membasahi wajah tampan Arel. Dengan pantas tisu di atas meja dicapai dan mulutnya dilap. Wajah Arel yang basah langsung tidak menimbulkan rasa bersalah dalam hati Nan. Padan muka!
            “Kehidupan sebagai lovely husband and wife kepala hotak kau! Kenapa pulak kau kena tinggal di rumah aku? Banyak cantik!” Nan menjadi tidak puas hati. Eeee! Tak nak aku!
            Arel cuba mengumpul sisa kesabaran yang masih ada. Ugh! Tak guna punya perempuan! Habis wajah aku disemburnya! Sabar Arel, sabar. Haish! Salah sendiri jugalah. Siapa suruh sakat Nan. Kehidupan sebagai lovely husband and wife la apa la. Kau tak nak, aku lagilah tak nak! Beberapa helai tisu diambil dan mukanya dilap sebersih-bersihnya. Semakin sakit hatinya apabila melihat Nan tersenyum sinis kepadanya.
            “Listen!” ujar Arel tegas. Rahangnya bergerak. Wajahnya merah. Kini kesabarannya hanya senipis kulit bawang.
            “Jangan fikir yang aku nak sangat tinggal dengan kau. Kalau aku ajak kau tinggal dengan aku pun aku tahu yang kau takkan ikut sebab rumah kau tu restoran kau, kan? Aku bukannya kejam sampai nak suruh kau tutup restoran.” Matanya tajam melawan pandangan anak mata Nan. Haish dia ni kan! Memang mencabar kesabaran aku.
            Nan diam tidak membalas. Macam mana nak balas kalau apa yang dikatakan Arel itu ada benarnya.
            “Tapi…”
            “Tiada tapi-tapi. Kau fikir aku akan benarkan kau ke timur sementara aku barat, macam tu? For your information, aku kahwin dengan kau sebab aku nak balas dendam atas apa yang telah kau lakukan. Aku rasa kau tentu tahu dendam apa yang aku maksudkan.” Mata Arel mencerlung memandang Nan. Dendam ini tak akan mudah aku lupakan, Comel. Tak akan!
            Nan memeluk tubuh. Dia mengalihkan pandangan ke kanan.
            “Kau tahukan, disebabkan kau aku kena ugut oleh nenda. Disebabkan kau aku kena kuaratin dan disebabkan kau aku terpaksa larikan diri dari Korea ke Malaysia. Tak sedar lagi ke itu semua puncanya daripada kau!” Wajah Arel semakin tegang. Teringat tentang itu semua, dendamnya membara. Mungkin bagi orang lain, hal ini merupakan hal kecil tapi bukan dia.
            Nan mencebik. Gara-gara itu je nak berdendam dengan aku? Gara-gara itu dia ugut nak saman aku? Gara-gara itu dia nak letakkan syarat supaya aku kahwin dengan dia? What the hell is wrong with him!
            “You know what? This is weird sebab kau tak lawan cakap aku. Biasanya apa yang aku cakap, ada je kau nak bidas.” Arel bangun daripada kerusi dan bergerak ke sisi kanan Nan. Kepalanya ditundukkan dan kini bibirnya begitu hampir dengan telinga gadis itu.
            Nan menolehkan wajahnya ke kiri. Tak ingin aku nak tengok wajah kerek tu! Ni nak apa dekat-dekat? Ugh! Entah apa saja motif lelaki ini.
            “Kita akan tinggal serumah sama ada kau suka atau tidak. You have no choice at all! Aku akan pastikan dendam aku berbayar! Just wait and see!” Sejurus itu dia berlalu meninggalkan Nan yang terkaku seorang diri.

            Nan terkedu. Matanya bulat apabila mendengar bisikan Arel yang begitu dekat dengan telinganya itu. Jantungnya juga sudah berubah rentak. Tangan kanan dilekapkan pada dadanya. Oh my hati! What is wrong with you? Perasaan apa ni? Takut atau…? Tak mungkin!!!

p/s: jgn lpa komen dear ^_^

6 comments: