Thursday 28 November 2013

Comel Is My Pet 14



YES?”
            “May I come in?”
            Shasha mengerutkan dahi. Siapa pulak lelaki mata biru ni? Siap minta izin nak masuk pulak tu.
            “Who are you?” Soal Shasha.
            “My name is David and I’m here to meet Ku Putera.”
            Kerutan di dahi kian jelas. Ku Putera? Siapa pulak Ku Putera ni? Mat Saleh ni salah rumah ke apa?
            “Erm… pardon?”
            “I’m here to meet Tengku Putera Shayarel Amer. I know he is here and I want to meet him. If you don’t mind, may I come in?”
            Eh, kejap! Kenapa aku macam pernah dengar nama tu? Oh, crap! Mata Shasha terus membulat apabila dia sudah mampu mengingat nama tersebut. Tengku Putera Shayeral Amer! Lelaki itu merupakan cef terkemuka dunia. Dan lelaki itu… lelaki itu…
            Mata Shasha melihat ke arah tangga. Gulp! Lelaki itu kini berada di atas, di tingkat dua. Tengku Putera Shayarel Amer, cucu Tengku Meimun Maisara yang merupakan pewaris Putera’s Company, syarikat yang gah itu tengah bergaduh dengan sahabatnya di atas! Aduh, Nan! Masalah dah datang, Nan!
            “May I, miss?” Tanya David lagi.
            “Erm… ye… yeahsure!” Tergagap-gagap dia memeberi kebenaran. Mesti David ni orang Tengku Meimun Maisara. Aduh, masalah!
            Sebaik saja sampai di tingkat dua, Nan dan Arel masih lagi dalam posisi yang sama. Masing-masing masih bercekak pinggang dan beradu mata. Haish! Sampai bila lagi dia orang ni lawan mata?
            “Ehem…” David berdehem membuatkan Nan dan Arel mengalihkan mata mereka kepada David.
            Nan mengerutkan dahi melihat gerangan lelaki mata biru itu. Siapa pulak lelaki ala Brad Pitt ni?
            Arel turut mengerutkan dahi melihat kelibat David di situ. Buat seketika dia menjadi hairan tetapi kemudian dia menjadi cemas pulak. Keluhan lega dilepaskan apabila hanya David saja yang muncul, pengawal peribadi nendanya tiada.
            “Ku Putera…” David menundukkan sedikit tubuhnya tanda hormat pada Arel.
            Ku Putera? Siapa tu? Si mamat kerek ni ke? Nan menjeling sekilas ke arah Arel sambil memeluk tubuh.
            “David! What are you doing here?” Soal Arel. Takkanlah nenda yang hantar David untuk paksa aku pulang. Tapi macam mana David tahu kedudukan aku? Ini mesti kerja si Safuan. Budak tu memang tak boleh diharap! Wajah Arel berubah kelat.
            “Ku Sara send me here to make sure that you are safe, Ku Putera.”
            “That’s it?” Soal Arel sambil menjongketkan sebelah keningnya.
            Anggukan David membuatkan Arel melepaskan keluhan lega. Fuh! Nasib baik.
            “Then… You will back to Korea?” Tanya Arel lagi dan David sekali lagi menganggukkan kepala.
            “But before that, I need you to do me a favour, David.” Ujar Arel sambil menjeling ke arah Nan di sebelahnya.
            “Yes, Ku Putera…”
            Arel memusingkan badan dan menghadap Nan yang langsung tidak ingin memandang ke arahnya. Comel… Comel… you will never get away from me!
            “Aku nak saman perempuan ni!” Ujar Arel sambil menudingkan jari ke arah Nan.
            David mendongak memandang Arel sebelum pandangannya jatuh pada Nan di sebelah Arel.
            Mata Shasha membulat. Peluh dingin mula mengalir di dahi.
            Nan yang tadinya membuang pandang ke luar tingkap kaca dengan pantas memandang tajam ke arah Arel. Bibirnya diketap kuat. Ugh! Lelaki ni memang sengaja! Dia sengaja nak susahkan aku!
            Arel menjongketkan sebelah keningnya melawan pandangan tajam Nan itu. Bibirnya tersenyum sinis. Rasakan! Siapa suruh kau cabar aku? Kan dah kena. Lagipula, kalau kau tak cabar aku, kau tetap akan kena dengan aku. Banyak sangat yang kau kenakan aku di Korea.
            “Yes, Ku Putera. I will.”
            “Eh, kejap… kejap!” Shasha segera menghampiri Nan dan Arel. Dia harus selamatkan Nan.
            “Saya minta sangat agar Ku Putera tak saman Nan. Saya minta sangat. Tolonglah! Nan tak mampu nak bayar saman sebanyak dua ratus juta tu.” Shasha merayu kepada Arel bagi pihak Nan.
            Nan mengerutkan dahi. Kenapa pulak Shasha panggil mamat ni Ku Putera? Buang tabiat?
            “Apa nama, cik?” Soal Arel kepada Shasha dengan suara yang lembut dan senyuman romeonya.
            Nan sudah menjulingkan mata ke atas. Sudah! Terserlah sikap playboynya tu. Eeee!
            Shasha sekali lagi menelan liur. Kali ni bukan sebab takut tapi sememangnya suara Arel dan senyuman manisnya itu sudah mencairkan hatinya. Aduh! Gila hensem lelaki ni. Terpikat aku!
            “Na… nama saya… Shasha.” Sehingga gugup  dibuatnya. Nak sebut nama pun tergagap dah.
            “Beginilah, cik Shasha. Saya pelik betul. Bukan awak yang buat kesalahan jadi kenapa cik pulak yang merayu dengan saya?” Ujar Arel lembut kepada Shasha tapi matanya melirik ke arah Nan bersama senyuman sinis.
            Shasha menyiku Nan tetapi gadis itu hanya buat bodoh. Ish, minah ni! Dia sudah dalam masalah besar tapi masih nak ego? Haish!
            Nan mengunci mulutnya rapat-rapat. Dia faham sangat kenapa Shasha menyikunya. Nak aku mina maaflah tu. Sorry! Aku tak akan minta maaf dengan Arel! Bukannya aku tak tahu lelaki ini ada agenda yang tersembunyi. Eleh! Tengok muka pun aku boleh tahu.
            “Sorry seems to be the hardest word.” Kata Arel setelah melabuhkan duduk pada sofa.
            “Kau nak aku minta maaf dengan kau ke?” Soal Nan kepada Arel yang sedang enak duduk di sofa empuk warna hitam itu.
            “Well…” Arel hanya menjongketkan bahu sebelum melemparkan senyuman sinis kepada Nan. Kakinya disilangkan sambil memandang ke arah Nan yang masih berdiri itu.
            Grrr! Lelaki ni memang nak cari pasal dengan aku ke apa?!
            “Kau nak apa sebenarnya?” Nan memandang tajam ke arah Arel. Melihat senyuman sinis Arel itu membuatkan dia sakit hati. Ugh! Ini ni kes nak balas dendam sebab di restoran dan di Everland waktu di Korea tu ke?
            “Tolonglah Ku Putera jangan saman kawan saya ni. Nan sanggup buat apa saja asalkan dia tak kena saman.” Ujar Shasha.
            Nan tersentak mendengar kata-kata Shasha. Aku sanggup buat apa saja? Kau gila ke?! Soal Nan dengan isyarat mata kepada Shasha.
            Habis tu? Kau nak kena saman? Eh, fikirkan nasib ibu kau dekat kampung boleh tak? Kau ada duit ke nak bayar dua ratus juta tu? Balas Shasha melalui isyarat mata jugak.
            Ugh! Nak je aku bunuh si Shasha ni. Suka hati dia je nak cakap apa. Tapi memang betul pun aku tak boleh bayar saman Arel tu. Ahhh! Jerit Nan di dalam hati.
            Sekali lagi Arel tersenyum sinis melihat gelagat dua orang gadis di hadapannya itu.
            “Hmm, that offer’s quite interesting.” Gumam Arel tapi masih mampu didengari oleh Nan dan Shasha.
            “Okey, aku tak akan saman kau tapi dengan syarat.” Arel berdiri daripada duduk dan melangkah mendekati Nan yang memandangnya tajam.
            “Kalau kau tak nak aku saman kau, kau mesti ikut syarat aku.”
            Kini jarak Arel dengaan Nan hanya satu meter.
            “Hmm, syarat apa?” Soal Nan sambil menjongketkan kening.
            Arel menyungging senyuman, senyuman yang mengandungi maksud tersirat.
            “Kau…” Arel berjeda sambil jari telunjuknya naik menunjuk tepat ke arah wajah Nan.
            “Kau kena kahwin dengan aku.”
            Semua yang berada di situ terkedu termasuk Shasha dan David.
            Arel menjongketkan sebelah keningnya kepada Nan.
            Mata Nan pulak terbuntang memandang Arel di hadapan mata. Rahangnya turut jatuh dek terkejut dengan syarat yang dikemukakan Arel itu. Sudah! Bala! Matilah aku! Oh tidak!!!

p/s: sory sbb lmbt sgt post n3 bru, bz ckit huhu... jgn lpa komen ya ^_^

13 comments: