Friday 15 November 2013

Comel Is My Pet 13



PERLAHAN-LAHAN mata yang terpejam dibuka. Buat sesaat dua, lelaki tinggi lampai itu tidak bergerak walau seinci pun. Nan mula cuak tetapi dahinya sudah berlapis-lapis. Aik? Dia tak jatuh tapi tak pulak dia menoleh ke belakang. Apa dah jadi ni? Nan pantas mengeratkan genggaman pan di tangan apabila melihat lelaki tinggi lampai itu mula menoleh ke belakang ingin berhadapan dengannya.

            Mata Nan membulat.
            Mata Arel terbuntang.
            Masing-masing menunjukkan jari telunjuk ke arah muka masing-masing dengan riak terkejut.
            “Kau!!!” Jerit Arel kepada Nan. Tiba-tiba pandangan Arel berpinar-pinar. Wajah Nan semakin kabur dan akhirnya menjadi gelap. Akhirnya dia terjatuh ke hadapan dan menghempap tubuh Nan.
            Nan semakin kalut apabila meihat tubuh lelaki di hadapannya itu yang terhuyung-hayang. Belum sempat melarikan diri, lelaki itu terlebih dahulu jatuh ke arahnya dan terus menghempapnya.
            “Ahhh!!!” Jerit Nan.
            “Oit, bangunlah! Oit!” Nan memukul-mukul belakang badan lelaki itu. Apabila tidak menerima sebarang respon, Nan merengus kasar.
            “Haish, menyusahkan betul! Lain kali kalau nak jatuh tu jatuh ke belakanglah, bukannya jatuh ke depan. Tak pasal-pasal aku dihempapnya. Haish! Lambat betul nak bagi respon dengan pukulan kuat pan aku. Pelik betul! Arghhh!”


“KENAPALAH kau pergi hempuk kepala dia ni.”
            Nan hanya mencebik. Dia langsung tidak memandang wajah Shasha yang jelas tengah bengang dengannya. Matanya hanya memandang ke arah sofa hitam yang sejak enam puluh minit yang lalu menampung sekujur tubuh tinggi lampai.
            “Sekarang ni kita nak buat apa? Cuba kau beritahu aku.” Shasha sudah memandang tajam ke arah Nan sambil memeluk tubuh.
            “Apa susah, kita tunggu je la dia bangun. Lepas itu kau tanya dengan dia apa yang dia nak.” Dengan riak muka yang kosong dan selamba Nan menjawab.
            “Itu pun kalau dia bangun. Kalau dia tak bangun macam mana?”
            “Kenapa pulak dia tak bangun? Dia bukannya dah mati, cuma pengsan je.” Kata Nan bersama kerutan di dahi.
            “Yakinnya kau dia pengsan! Kalau dia koma macam mana? Wei! Yang kau pukul tu kepala orang, bukannya kepala patung.” Ujar Shasha dengan nada suara yang risau tapi dalam masa yang sama dia juga geram dengan Nan.
            “Ish, kau ni! Kalut sangatlah. Jangan risaulah!”
            “Aku kalut? Haah, aku memang tengah kalut sekarang ni. Aku tengah kalut sebab aku takut kau tahu tak? Aku takut kalau apa-apa terjadi dengan lelaki ni. Naya kita!”
            Nan langsung tidak membalas kata-kata Shasha itu. Entahlah! Dia juga tidak tahu kenapa Shasha yang terlebih risau dalam hal ini. Ek eleh! Bukan dia yang pergi hempuk kepala lelaki ini dengan pan tapi aku. Aku yang buat hal pun tak risau macam dia.
            “Nan!” Jerit Shasha apabila Nan langsung tidak mengendahkannya. Haish! Geram betul aku dengan budak ni. Eh, kejap! Kenapa pulak aku yang risau terlebih ni. Ugh!
            “Ala, jangan risau boleh tak. Aku pukul tu memanglah kuat tapi tak sampai membunuh dan koma. Chill beb!”
            “Chill kepala tengkorak kau! Kenapa kau pukul kepala dia ni Nan? Sudahlah kau call aku tengah-tengah malam tadi gara- gara kes kau ni. Haish! Tak faham aku." Aku dah syok-syok nak log in ke alam mimpi, katil pulak bergegar. Ingatkan gempa bumi rupanya vibrate telefon. Siapa lagi kalau bukan panggilan daripada si Nan ni. Melepas aku nak jumpa Lee Min Ho.
            “Ish, kau ni! Aku pukul kepala dia sebab aku fikir dia ni penjahat ke apa ke? Apa punya soalan dah!” Kini Nan pulak yang tengah geram dengan Shasha. Huh! Boleh pulak dia soal aku kenapa aku pukul kepala lelaki ni? Haish! Soalan bonus!
            Kini giliran Shasha pulak yang terdiam. Haah kan? Ya tak ya jugak. Huh! Kenapa dengan kau ni Shasha? Kenapa kalut semacam ni?
            “Eh, aku peliklah dengan kau. Aku yang hempuk kepala dia sampai pengsan tapi kau pulak yang terlebih risau. Lelaki ni pengsan je bukannya mati. Kau kenapa?” Soal Nan kepada Shasha.
            “Entah! Aku pun tak tahu kenapa aku pulak yang terlebih risau. Aku cuma… cuma rasa tak sedap hati.” Shasha mengeluh lemah di penghujung katanya. Sememangnya itu yang dia rasa kini. Hatinya tidak enak.
            “Kenapa pulak kau rasa tak sedap hati?” Nan mengerutkan dahi memandang wajah Shasha. Haish, cik muda Shasha ni pulak yang buat aku tak sedap hati sekarang. Apa pulak yang tak kena ni?
            “Entah!” Ujar Shasha sambil menjongketkan kedua-dua bahunya.
            “Sudahlah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Perasaan kau je tu.”
            Shasha hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Nan itu. Mungkin hanya perasaannya saja.
            “Oh ya! Esok malam kau kena terbang pergi Paris kan?”
            “Mungkin jadi mungkin tak jadi. Tengok keadaan.” Jawab Shasha sambil memandang wajah lelaki yang tengah berbaring di atas sofa hitam itu.
            “Kenapa?”
            “Pasal kes kau ni la. Nanti esok lelaki ni bangun, lain pulak kes yang terjadi. Entah apa yang akan berlaku kalau dia tahu kau pergi hempuk dia dengan pan.” Ujar Shasha sambil menjeling ke arah Nan.
            “Pedulilah dia sana. Kita pun belum tahu sama ada dia ni baik atau tak kan? Jadi aku rasa aku tak salah langsung dalam hal ni.” Ujar Nan selamba.
            “Kau yakin ke kau langsung tak salah dalam hal ni?” Soal Shasha sambil kening terangkat sebelah.
            “Memang aku tak salah langsung! Sudahlah ketuk pintu kuat bagai nak rak. Lepas tu ketuk pintu tapi tiada suara langsung. Mestilah aku fikir yang bukan-bukan waktu tu. Tambahan pulak, waktu dia ketuk pintu tu dah jam dua belas tengah malam. Mahunya aku cuak! Siapa-siapa yang dalam situasi aku ni pun takut kau tahu.” Nan hanya menjeling tubuh lelaki yang berada di atas sofa itu. Huh!
            “Hmm, kau tak kenal ke dengan lelaki ni?” Soal Shasha pulak.
            Nan menoleh memandang Shasha. Dilihatnya Shasha begitu asyik memandang wajah lelaki itu. Aik? Takkan dah jatuh cinta kut? Tapi memang tidak dapat dinafikan wajah lelaki itu sememangnya kacak. Itu yang dia terkejut sewaktu lelaki itu menoleh memandangnya tadi. Terkejut bukan kepalang apabila ternyata lelaki yang dia hempuk itu kacak orangnya. Memang peliklah sebab takkanlah banduan yang menjadi perogol dan pembunuh ni kacak oranngnya. Bukan kacak yang biasa-biasa tapi memang kacak yang amat.
            “Hmm, tak! Aku tak kenal langsung lelaki ni. Kenapa? Kau kenal ke?” Soal Nan tanpa lepas dari memandang wajah lelaki itu. Wajah yang putih kemerah-merahan tanpa sebarang jerawat. Macam model pulak tapi kalah model. Yang ni lagi kacak rasanya. Eh, kejap! Kenapa pulak aku puji-puji lelaki misteri ni?
            “Memanglah aku tak kenal tapikan…” Shasha berjeda seketika. Seolah-olah dia sedang berfikir tentang lelaki itu.
            “Tapi apa?”
            “His face seems familiar. Aku tak kenal tapi wajah dia macam pernah nampak.”
            Nan menjongketkan kedua-dua keningnya ketika memandang wajah Shasha. Biar betul cik muda Shasha ni?
            “Hmm, sudah-sudahlah berfikir pasal dia ni. Aku mengantuk nak tidur ni. Malam ni kau tidur sini ke?” Ujar Nan lalu berdiri daripada sofa begitu juga dengan Shasha.
            “Haah, aku tidur sini. Aku dah beritahu keluarga aku dan dia orang okey je.” Kata Shasha lalu mula bergerak menaiki tangga ke tingkat tiga.
            Nan hanya menganggukkan kepalanya. Haih! Tak pasal-pasal pulak Shasha kena tidur sini sedangkan hari Khamis ini Shasha sepatutnya tidur di rumah keluarganya. Nan bergerak mendekati sekujur tubuh yang tengah baring tidak sedarkan diri itu.
            Ini semua gara-gara kau! Kenapalah kau ketuk pintu rumah aku malam-malam buta? Kalau tak, mesti kau tak kena hempuk dengan aku. Nasib baik banduan yang lari dari penjara tu dah kena tangkap petang tadi. Maksudnya kau bukanlah penjenayah jadi taklah aku serahkan kau dengan polis. But still aku tak tahu kau siapa. Apalah yang kau nak dengan aku. Bukannya aku kenal kau pun kan? Eh, tapi rasanya kau kenal aku. Kalau tak kenapa kau terkejut tengok aku tadi sebelum kau pengsan kan?
            “Tapi betul jugak cakap Shasha tadi. Muka kau ni macam familiar pulak.” Monolog Nan sendiri. Setelah itu, dia berlalu ke tingkat atas dan meninggalkan lelaki itu sendiri.
            Esok kalau kau dah bangun baru aku soal siasat kau siapa. Kalau kau penjahat memang tak menyesal aku hempuk kau dengan pan besar tu. Kalau kau orang yang baik-baik, memang nasib kaulah kena hempuk dengan aku.


“NAMPAKNYA dia dah nak sedarlah, Nan.” Ujar Shasha separuh berbisik kepada Nan.
            “Hmm…”
            Arel membuka mata dan pandangannya terasa silau dek biasan cahaya matahari. Perlahan-lahan dia bangkit daripada pembaringan. Dia mengerang sakit apabila terasa kepalanya sengal seperti baru dipukul dengan barang keras.
            “Aduh! Sakitnya kepala aku. Siapa pulak yang baik hati pukul kepala aku ni?” Gumam Arel perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Shasha dan Nan yang hanya duduk bertentangan dengan Arel.
            Shasha menjeling sekilas ke arah Nan disebelahnya apabila mendengar rungutan lelaki itu. Riak wajah Nan yang kosong itu membuatkan Shasha mengetap bibirnya. Geram betul dengan sahabatnya yang seolah-olah tiada perasaan bersalah itu.
            Apabila matanya sudah tercelik luas, Arel semakin bingung dan hairan. Aik? Rumah siapa ni?
            “Aku ada di mana ni?” Arel membetulkan duduknya di atas sofa dan pada ketika itu jugalah matanya menangkap dua kelibat gadis yang sedang memandangnya.
            “Encik sekarang ni ada di rumah kami.” Ujar gadis yang tidak bertudung itu.
            Arel mengerutkan dahi. Siapa pulak perempuan ni? Aku kenal ke? Macam mana pulak aku boleh ada di rumah dia orang? Kemudian matanya beralih pulak memandang wajah gadis yang bertudung biru. Sebaik saja matanya jatuh pada wajah gadis itu, mata Arel membulat dan serentak juga dia berdiri.
            “I remember!” Jerit Arel.
            Nan menjongketkan sebelah keningnya memandang lelaki tinggi lampai itu. Yang dia terkejut sangat tengok aku ni kenapa? Hmm, mesti dia dah ingat aku ni siapa. Mesti dia tahu akulah orang yang pukul kepala dia dengan pan.
            Mata Arel terkelip-kelip memandang riak wajah Nan yang selamba itu. Ya, dia sudah ingat apa yang berlaku! Dia sudah ingat kenapa dia ada di sini dan dia ingat siapa yang pukul kepalanya sampai dia pengsan semalam!
            “Kau!!!” Jerit Arel kepada Nan tapi kali ini wajah Arel tegang dan merah padam wajahnya.
            Shasha sudah menelan liur yang terasa kelat. Aduh! Bala! Bala! Bala! Mesti dia dah tahu bahawa Nan yang pukul kepala dia semalam. Haish! Boleh pulak si Nan buat wajah selambanya. Budak ni tak pandai takut ke? Hei, Nan! Wake up! You’re in trouble!
            Nan tidak mempedulikan jelingan tajam Shasha. Matanya hanya memandang wajah lelaki tinggi lampai yang kini sedang menuding jari ke arahnya. Aik? Marah nampak? Marah betul ni.
            “Macam mana kau boleh ada di sini?!” Ujar Arel bersama rahangnya yang bergerak menahan amarah. Huh! Tak sangka aku boleh jumpa gadis ni di sini. Dan yang lebih sadis apabila gadis ini yang memukul kepalanya semalam!
            Shasha mengerutkan dahi. Pelik pulak dengan soalan lelaki ni. Kenapa pulak dia soal macam mana Nan boleh ada di sini? Kenapa tak soal kenapa Nan hempuk kepala dia sampai pengsan? Aik, biar betul?
            Jika Shasha sudah pelik, dia lagilah pelik. Jika Shasha ada seratus kerutan di dahi, kini dia pulak ada seribu kerutan di dahi. Kenapa pelik sangat soalan yang dia tanya ni? Aku kenal lelaki tinggi lampai ni ke? Aik? Sejak bila aku ada kenalan lelaki yang kacak nak mampus ni?
            “Don’t you remember me?” Soal Arel apabila melihat wajah bingung Nan.
            “Should I?” Soal Nan kembali.
            “Eh, jangan nak pura-pura tak kenal aku. Oh, kau sengajakan pura-pura tak kenal aku setelah apa yang kau lakukan. Sebab kau memang bersalah kan!” Arel menggenggam kuat tangannya. Huh! Aku tak akan lepaskan kau dengan begitu mudah!
            Kerutan di dahi Nan semakin kelihatan. Siapa pulak lelaki ni? Kenapa pulak aku kena pura-pura tak kenal dia? Aku bersalah? Aku bersalah sebab apa?
            “Hei! Tak payah nak tunjuk muka innocent. Oh, tak kenal aku ya? Maybe I should kiss you baru kau akan kenal aku? Tak gitu?”
            Shasha semakin bingung. Pulak dah! Apa kes ni sampai kena kiss kiss ni?
            Mata Nan terkebil-kebil melihat wajah tegang lelaki itu. Kiss? Eh, kejap! Kejap! Kenapa aku macam pernah dengar ugutan ni? Kenapa aku macam pernah dengar suara kerek ni?
            “Emm… saya nak tanya sikit. Encik ni kenal kawan saya ke?” Soal Shasha apabila lelaki itu mahupun Nan diam membisu. Masing-masing saling berlaga mata. Yang satu tu memandang dengan riak wajah yang tegang dan satu lagi pulak duk terkebil-kebil. Apa kes?!
            “Erm… maybe kawan saya ni kawan encik dulu ke? Ataupun encik ni salah orang ke?” Sambung Shasha lagi apabila melihat lelaki itu langsung tidak membalas.
            Arel hanya tersenyum sinis mendengar pertanyaan gadis yang tidak bertudung itu.
            “Walaupun kau dah bertudung, I still remember you especially your round eyes.” Ujar Arel sambil memandang tajam ke arah Nan. Kemudian, matanya beralih pulak memandang Shasha bersama senyuman sinis.
            “She is not my friend, miss. But she is my…” Arel kembali melabuhkan duduk di atas sofa hitam sambil memandang tajam ke arah Nan.
            “She is my, pet.
            Mata Nan terjengil dan spontan dia pulak yang berdiri kerana terkejut yang amat. Rahang Shasha pulak sudah terjatuh mendengar kata-kata selamba lelaki itu.
            “Is it right, Comel?” Sebelah keningnya terjongket memandang wajah Nan yang jelas terkejut itu.
            “Kau!!!” Jerit Nan sambil menuding jari ke arah Arel. “Mamat kerek!” Aku dah ingat dah! Satu-satunya orang yang panggil aku Comel ialah Arel!
            Arel memandang tajam wajah Nan. Aku dipanggil mamat kerek? Huh! Memang tak patut langsung!
            “Macam mana kau boleh ada di sini?!” Soal Nan sambil memandang tajam ke arah Arel yang juga sedang memandangnya tajam.
            Ugh! Kenapa lelaki yang aku hempuk semalam tu rupanya Arel? Kenapa lelaki yang ketuk pintu rumah aku semalam tu dia? Kenapa dia ada di sini? Dan kenapa pulak aku tak boleh perasan lelaki yang aku hempuk tu Arel si mamat kerek?!
            “Hei! Aku tanya kenapa kau boleh ada di sini? Kau sepatutnya ada di Korea bukan Malaysia!”
            Korea? Si Nan kenal lelaki ni ke? Semalam cakap tak kenal? Desis hati Shasha. Tak berani dia hendak bertanya terus dengan sahabatnya itu kerana melihat saja wajah gadis itu sudah cukup membuatkan dia kecut perut.
            “Suka hati akulah aku nak di Korea ke di Malaysia ke. Kau peduli apa?” Ujar Arel sinis. Tak guna dia berlembut dengan gadis ini. Gara-gara Comel lah dia jadi pelarian. Kalau bukan sebab gadis itu dia tak akan diugut dan dikuarantinkan.
            Nan merengus kasar seraya memeluk tubuh. Ish, mamat ni kan! Menyakitkan hati betul. Sejak di Korea lagi, mamat ni memang tak pernah tak menyakitkan hati.
            “Aku nak tanya, kenapa aku boleh di sini, di rumah kau? Aku sepatutnya ada di rumah keluarga Safuan bukannya rumah engkau. Kau culik aku ke?” Sudah terang lagi bersuluh dia yang tersalah rumah. Bukannya dia nak pun tapi memang si Safuan yang salah bagi alamat. Haish! Memang masin mulut aku semalam. Dia sengaja berkata begitu dengan Comel sebab dia ingin menyakitkan hati gadis itu. Nampaknya dia berjaya apabila wajah Comel semakin merah memandangnya.
            “Aku culik kau?!” Jerit Nan kepada Arel tetapi lelaki itu hanya memandangnya dengan selamba sedangkan Shasha disebelah sudah terkejut kerana jeritan Nan itu.
            Dadanya semakin berombak dan nafasnya juga sudah turun naik menahan marah. Eeee!!! Mamat ni memang sengaja nak sakitkan hati aku! Kau sengajakan? Takpe… takpe… kau dengar apa yang aku nak balas.
            “Betullah tu! Memang aku yang culik kau. Aku culik kau sebab aku nak bunuh kau. Lepas tu aku akan kerat- kerat badan kau into pieces. Then, keratan-keratan badan kau tu aku jadikan santapan breakfast untuk anjing kat hujung jalan tu hah.” Huh! Baru puas hati aku!
            Arel mengetap bibirnya. Ugh! Mulut gadis ni memang nak kena! Dia ingat aku ni makanan ke apa?
            “Sebenarnya aku kesian dekat anjing di hujung jalan tu. So aku jadikan kau sebagai makanan anjinglah, sebab kalau kau hidup pun aku yang sakit hati jadi cara yang terbaik adalah dengan bunuh kau. Baru aman dunia!” Nan tersenyum sinis apabila melihat wajah tegang Arel yang semakin merah.
            “Eh, kau!!!” Arel sudah berdiri sambil menuding jari ke arah Nan tetapi belum sempat dia menghabiskan kata, Nan sudah mencantas terlebih dahulu.
            “Ish… ish… ish… kesian. Aku ni manusialah bukan lembu. Aku tak tahu pulak yang kau ni buta.” Ujar Nan lagi sengaja menyakitkan hati Arel yang kian hangat itu.
            “Apa yang kau merepek ni?”
            “Betul apa aku cakap. Cow tu lembu bukan manusia. Sudah terang lagi bersuluh aku ni manusia, kenapa pulak kau cakap aku ni cow?”
            Arel menyepetkan mata memandang Nan yang tersenyum sinis itu. That’s it! She is too much! Arel segera melangkah mendekati Nan manakala Nan hanya menanti kedatangan Arel itu dengan wajah yang tegang. Apa kau fikir aku nak takut dengan kau? Silaplah, bro!
            “Eh, cup… cup…cup…” Shasha pantas menghalang Arel dari mendekati Nan dan menarik tangan Nan agar menjauh. Sebelum perang dunia ketiga meletus, baik aku leraikan. Tak pasal-pasal nanti hancur rumah ni dia orang bom.
            “Sebelum korang nak bergaduh dan isytiharkan perang, aku nak tanya sedikit jap. Korang berdua ni saling kenal ke?” Tanya Shasha.
            “Sampai bila pun aku tak akan lupa perempuan ni. Kalau bukan sebab dia, aku tak akan dikuarantinkan. Kalau bukan sebab dia, aku tak akan diugut. Kalau bukan sebab dia aku tak akan jadi pelarian melarikan diri dari rumah ke Malaysia. Dia punca segalanya!” Ujar Arel dengan wajah yang merah. Urat-urat hijau juga sudah kelihatan didahi dan leher lelaki itu.
            Nan hanya mencebik. Ceh! Aku pulak yang salah? Kalau bukan dia yang cari pasal dulu, tak ada maknanya aku nak kenakan dia balik.
            “Oh, aku je yang salah? Aku punca segalanya? Hei, kau silaplah! Siapa suruh kau cari pasal dengan aku dulu? Kau sesedap rasa je nak anggap sebagai pet kau kan? Sesuka hati kau je kan nak lamar aku jadi pet kau? Eh, aku rasa terhina kau tahu tak! Aku ni manusia bukannya binatang yang kau nak jadikan sebagai pet. Lagi satu, siapa suruh kau panggil aku Comel? Dah tu nama Comel tu nama kucing peliharaan kau kan? Kau fikir aku tak sakit hati ke, hah?! Bukan itu saja, kau pulak sesedap hati je kan kenalkan aku dengan semua orang yang aku ni Comel, your pet. Eh, kau tu memalukan dan menyakitkan hati aku tahu tak!” Kini Nan pulak yang melempiaskan marah kepada lelaki itu.
            Kini masing-masing bercekak pinggang dan memandang satu dengan lain dengan wajah yang penuh kebencian. Masing-masing beradu mata dan tiada siapa yang ingin mengalah. Shasha pulak sudah menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Erk? Bagi aku dua-dua pun salah. Yang malangnya lagi, dua-dua pun tengah ego sekarang ni. Haish!
            “Apa pandang-pandang? Tak puas hati? Hah?” Tempelak Nan apabila Arel langsung tidak ingin mengalihkan matanya daripada mata Nan.
            “Memang! Memang aku tak puas hati!” Jawab Arel bersama rahang yang bergerak-gerak. Ugh! Kalau tak memikirkan Nan ni perempuan, sudah lama penumbuknya singgah pada pipi gadis itu.
            “Jadi? Ada aku kisah? Habis tu kau nak buat apa?” Ek eleh! Pirah! Kau fikir aku takut ke dengan renungan maut kau tu? Kau fikir aku akan mengalah dengan wajah bengis kau tu?
            “Kau akan menyesal, Comel! Aku akan buat sesuatu yang akan buat kau menyesal!”
            “Do I look like I care?” Soal Nan kembali. Memang dia sengaja ingin mencabar lelaki itu.
            Dan ternyata Arel berasa tercabar. Jarak antara mereka berdua didekatkan. Kepalanya ditundukkan dan kini wajahnya dengan Nan tidak sampai lima inci pun.
            Shasha semakin kalut melihat situasi itu. Semakin cemas hatinya apabila mendengar kata-kata Arel yang berbaur ugutan itu. Aduh, dia orang dua ni! Betul-betul nak berperang ke dia orang berdua ni?
            “Kau dengar sini, Comel. Aku akan berkira dengan kau sebab kau pukul kepala aku semalam dan menyebabkan aku pengsan.” Memang jelas kelihatan urat hijau di dahinya tetapi Nan langsung tidak berasa gentar.
            “Apa yang boleh kau buat?” Tanya Nan sambil menjongketkan kedua-dua keningnya.
            Shasha semakin rasa tidak sedap hati. Aduh! Kenapalah si Nan nak cabar si Arel? Dia tak tahu ke seorang lelaki ni tidak boleh dicabar. Kalau mereka dah tercabar memang naya jawabnya.
            “Kau dengar sini, Comel. Aku akan saman kau dengan seratus juta ringgit Malaysia sebab cederakan aku dengan sengaja. Aku juga akan saman kau dengan seratus juta ringgit Malaysia sebab buat kepala aku sakit sampai berdenyut-denyut. Aku tak main-main, Comel!”
            Nan hanya diam tidak membalas tetapi matanya semakin tajam memandang anak mata Arel. Tak guna! Dia nak saman aku? Gila! Dia nak saman aku sebanyak dua ratus juta ringgit?!
            Shasha pulak sudah tersentak. Matanya sudah terbuntang memandang Nan dan Arel silih berganti. Mulut juga terbuka kerana terkejut dengan bicara Arel itu. Matilah! Nan! You’re in a big trouble! Dua ratus juta?! Mana nak cilok duit sebanyak itu?!
            Tok! Tok! Tok!
            Tiba-tiba bunyi locen rumah diikuti dengan ketukan pintu di tingkat bawah kedengaran. Ketiga-tiga pasang mata memandang ke arah tangga.
            Arel sudah tersenyum sinis.
            Nan memandang tajam ke arah Arel.

            Shasha pulak semakin kecut perut.

p/s: jgn lpa komen ya guys ^_^

11 comments: