PERLAHAN-LAHAN mata yang terpejam
dibuka. Buat sesaat dua, lelaki tinggi lampai itu tidak bergerak walau seinci
pun. Nan mula cuak tetapi dahinya sudah berlapis-lapis. Aik? Dia tak jatuh tapi
tak pulak dia menoleh ke belakang. Apa dah jadi ni? Nan pantas mengeratkan
genggaman pan di tangan apabila melihat lelaki tinggi lampai itu mula menoleh
ke belakang ingin berhadapan dengannya.
Mata Nan membulat.
Mata Arel terbuntang.
Masing-masing menunjukkan jari
telunjuk ke arah muka masing-masing dengan riak terkejut.
“Kau!!!” Jerit Arel kepada
Nan. Tiba-tiba pandangan Arel berpinar-pinar. Wajah Nan semakin kabur dan
akhirnya menjadi gelap. Akhirnya dia terjatuh ke hadapan dan menghempap tubuh
Nan.
Nan semakin kalut apabila
meihat tubuh lelaki di hadapannya itu yang terhuyung-hayang. Belum sempat
melarikan diri, lelaki itu terlebih dahulu jatuh ke arahnya dan terus
menghempapnya.
“Ahhh!!!” Jerit Nan.
“Oit, bangunlah! Oit!” Nan
memukul-mukul belakang badan lelaki itu. Apabila tidak menerima sebarang
respon, Nan merengus kasar.
“Haish, menyusahkan betul!
Lain kali kalau nak jatuh tu jatuh ke belakanglah, bukannya jatuh ke depan. Tak
pasal-pasal aku dihempapnya. Haish! Lambat betul nak bagi respon dengan pukulan
kuat pan aku. Pelik betul! Arghhh!”
“KENAPALAH kau pergi hempuk kepala dia
ni.”
Nan hanya mencebik. Dia
langsung tidak memandang wajah Shasha yang jelas tengah bengang dengannya.
Matanya hanya memandang ke arah sofa hitam yang sejak enam puluh minit yang
lalu menampung sekujur tubuh tinggi lampai.
“Sekarang ni kita nak buat
apa? Cuba kau beritahu aku.” Shasha sudah memandang tajam ke arah Nan sambil
memeluk tubuh.
“Apa susah, kita tunggu je
la dia bangun. Lepas itu kau tanya dengan dia apa yang dia nak.” Dengan riak
muka yang kosong dan selamba Nan menjawab.
“Itu pun kalau dia bangun.
Kalau dia tak bangun macam mana?”
“Kenapa pulak dia tak
bangun? Dia bukannya dah mati, cuma pengsan je.” Kata Nan bersama kerutan di
dahi.
“Yakinnya kau dia pengsan!
Kalau dia koma macam mana? Wei! Yang kau pukul tu kepala orang, bukannya kepala
patung.” Ujar Shasha dengan nada suara yang risau tapi dalam masa yang sama dia
juga geram dengan Nan.
“Ish, kau ni! Kalut
sangatlah. Jangan risaulah!”
“Aku kalut? Haah, aku memang
tengah kalut sekarang ni. Aku tengah kalut sebab aku takut kau tahu tak? Aku
takut kalau apa-apa terjadi dengan lelaki ni. Naya kita!”
Nan langsung tidak membalas
kata-kata Shasha itu. Entahlah! Dia juga tidak tahu kenapa Shasha yang terlebih
risau dalam hal ini. Ek eleh! Bukan dia yang pergi hempuk kepala lelaki ini
dengan pan tapi aku. Aku yang buat hal pun tak risau macam dia.
“Nan!” Jerit Shasha apabila
Nan langsung tidak mengendahkannya. Haish! Geram betul aku dengan budak ni. Eh,
kejap! Kenapa pulak aku yang risau terlebih ni. Ugh!
“Ala, jangan risau boleh
tak. Aku pukul tu memanglah kuat tapi tak sampai membunuh dan koma. Chill beb!”
“Chill kepala tengkorak kau! Kenapa kau
pukul kepala dia ni Nan? Sudahlah kau call
aku tengah-tengah malam tadi gara- gara kes kau ni. Haish! Tak faham aku."
Aku dah syok-syok nak log in ke alam
mimpi, katil pulak bergegar. Ingatkan gempa bumi rupanya vibrate telefon. Siapa lagi kalau bukan panggilan daripada si Nan
ni. Melepas aku nak jumpa Lee Min Ho.
“Ish, kau ni! Aku pukul
kepala dia sebab aku fikir dia ni penjahat ke apa ke? Apa punya soalan dah!”
Kini Nan pulak yang tengah geram dengan Shasha. Huh! Boleh pulak dia soal aku
kenapa aku pukul kepala lelaki ni? Haish! Soalan bonus!
Kini giliran Shasha pulak
yang terdiam. Haah kan? Ya tak ya jugak. Huh! Kenapa dengan kau ni Shasha?
Kenapa kalut semacam ni?
“Eh, aku peliklah dengan kau.
Aku yang hempuk kepala dia sampai pengsan tapi kau pulak yang terlebih risau.
Lelaki ni pengsan je bukannya mati. Kau kenapa?” Soal Nan kepada Shasha.
“Entah! Aku pun tak tahu
kenapa aku pulak yang terlebih risau. Aku cuma… cuma rasa tak sedap hati.”
Shasha mengeluh lemah di penghujung katanya. Sememangnya itu yang dia rasa
kini. Hatinya tidak enak.
“Kenapa pulak kau rasa tak
sedap hati?” Nan mengerutkan dahi memandang wajah Shasha. Haish, cik muda
Shasha ni pulak yang buat aku tak sedap hati sekarang. Apa pulak yang tak kena
ni?
“Entah!” Ujar Shasha sambil
menjongketkan kedua-dua bahunya.
“Sudahlah. Jangan fikir yang
bukan-bukan. Perasaan kau je tu.”
Shasha hanya mengangguk
mengiyakan kata-kata Nan itu. Mungkin hanya perasaannya saja.
“Oh
ya! Esok malam kau kena terbang pergi Paris kan?”
“Mungkin jadi mungkin tak
jadi. Tengok keadaan.” Jawab Shasha sambil memandang wajah lelaki yang tengah
berbaring di atas sofa hitam itu.
“Kenapa?”
“Pasal kes kau ni la. Nanti
esok lelaki ni bangun, lain pulak kes yang terjadi. Entah apa yang akan berlaku
kalau dia tahu kau pergi hempuk dia dengan pan.” Ujar Shasha sambil menjeling
ke arah Nan.
“Pedulilah dia sana. Kita
pun belum tahu sama ada dia ni baik atau tak kan? Jadi aku rasa aku tak salah
langsung dalam hal ni.” Ujar Nan selamba.
“Kau yakin ke kau langsung
tak salah dalam hal ni?” Soal Shasha sambil kening terangkat sebelah.
“Memang aku tak salah
langsung! Sudahlah ketuk pintu kuat bagai nak rak. Lepas tu ketuk pintu tapi
tiada suara langsung. Mestilah aku fikir yang bukan-bukan waktu tu. Tambahan
pulak, waktu dia ketuk pintu tu dah jam dua belas tengah malam. Mahunya aku cuak!
Siapa-siapa yang dalam situasi aku ni pun takut kau tahu.” Nan hanya menjeling
tubuh lelaki yang berada di atas sofa itu. Huh!
“Hmm, kau tak kenal ke
dengan lelaki ni?” Soal Shasha pulak.
Nan menoleh memandang
Shasha. Dilihatnya Shasha begitu asyik memandang wajah lelaki itu. Aik? Takkan
dah jatuh cinta kut? Tapi memang tidak dapat dinafikan wajah lelaki itu
sememangnya kacak. Itu yang dia terkejut sewaktu lelaki itu menoleh
memandangnya tadi. Terkejut bukan kepalang apabila ternyata lelaki yang dia
hempuk itu kacak orangnya. Memang peliklah sebab takkanlah banduan yang menjadi
perogol dan pembunuh ni kacak oranngnya. Bukan kacak yang biasa-biasa tapi
memang kacak yang amat.
“Hmm, tak! Aku tak kenal
langsung lelaki ni. Kenapa? Kau kenal ke?” Soal Nan tanpa lepas dari memandang
wajah lelaki itu. Wajah yang putih kemerah-merahan tanpa sebarang jerawat.
Macam model pulak tapi kalah model. Yang ni lagi kacak rasanya. Eh, kejap!
Kenapa pulak aku puji-puji lelaki misteri ni?
“Memanglah aku tak kenal
tapikan…” Shasha berjeda seketika. Seolah-olah dia sedang berfikir tentang
lelaki itu.
“Tapi apa?”
“His face seems familiar. Aku tak kenal tapi wajah dia macam pernah
nampak.”
Nan menjongketkan kedua-dua
keningnya ketika memandang wajah Shasha. Biar betul cik muda Shasha ni?
“Hmm, sudah-sudahlah
berfikir pasal dia ni. Aku mengantuk nak tidur ni. Malam ni kau tidur sini ke?”
Ujar Nan lalu berdiri daripada sofa begitu juga dengan Shasha.
“Haah, aku tidur sini. Aku
dah beritahu keluarga aku dan dia orang okey je.” Kata Shasha lalu mula bergerak
menaiki tangga ke tingkat tiga.
Nan hanya menganggukkan
kepalanya. Haih! Tak pasal-pasal pulak Shasha kena tidur sini sedangkan hari Khamis
ini Shasha sepatutnya tidur di rumah keluarganya. Nan bergerak mendekati
sekujur tubuh yang tengah baring tidak sedarkan diri itu.
Ini semua gara-gara kau!
Kenapalah kau ketuk pintu rumah aku malam-malam buta? Kalau tak, mesti kau tak
kena hempuk dengan aku. Nasib baik banduan yang lari dari penjara tu dah kena
tangkap petang tadi. Maksudnya kau bukanlah penjenayah jadi taklah aku serahkan
kau dengan polis. But still aku tak
tahu kau siapa. Apalah yang kau nak dengan aku. Bukannya aku kenal kau pun kan?
Eh, tapi rasanya kau kenal aku. Kalau tak kenapa kau terkejut tengok aku tadi
sebelum kau pengsan kan?
“Tapi betul jugak cakap
Shasha tadi. Muka kau ni macam familiar
pulak.” Monolog Nan sendiri. Setelah itu, dia berlalu ke tingkat atas dan meninggalkan
lelaki itu sendiri.
Esok kalau kau dah bangun
baru aku soal siasat kau siapa. Kalau kau penjahat memang tak menyesal aku
hempuk kau dengan pan besar tu. Kalau kau orang yang baik-baik, memang nasib
kaulah kena hempuk dengan aku.
“NAMPAKNYA dia dah nak sedarlah, Nan.”
Ujar Shasha separuh berbisik kepada Nan.
“Hmm…”
Arel membuka mata dan
pandangannya terasa silau dek biasan cahaya matahari. Perlahan-lahan dia bangkit
daripada pembaringan. Dia mengerang sakit apabila terasa kepalanya sengal
seperti baru dipukul dengan barang keras.
“Aduh! Sakitnya kepala aku.
Siapa pulak yang baik hati pukul kepala aku ni?” Gumam Arel perlahan tetapi
masih mampu didengari oleh Shasha dan Nan yang hanya duduk bertentangan dengan
Arel.
Shasha menjeling sekilas ke
arah Nan disebelahnya apabila mendengar rungutan lelaki itu. Riak wajah Nan
yang kosong itu membuatkan Shasha mengetap bibirnya. Geram betul dengan
sahabatnya yang seolah-olah tiada perasaan bersalah itu.
Apabila matanya sudah
tercelik luas, Arel semakin bingung dan hairan. Aik? Rumah siapa ni?
“Aku ada di mana ni?” Arel membetulkan
duduknya di atas sofa dan pada ketika itu jugalah matanya menangkap dua kelibat
gadis yang sedang memandangnya.
“Encik sekarang ni ada di
rumah kami.” Ujar gadis yang tidak bertudung itu.
Arel mengerutkan dahi. Siapa
pulak perempuan ni? Aku kenal ke? Macam mana pulak aku boleh ada di rumah dia
orang? Kemudian matanya beralih pulak memandang wajah gadis yang bertudung
biru. Sebaik saja matanya jatuh pada wajah gadis itu, mata Arel membulat dan
serentak juga dia berdiri.
“I remember!” Jerit Arel.
Nan menjongketkan sebelah
keningnya memandang lelaki tinggi lampai itu. Yang dia terkejut sangat tengok
aku ni kenapa? Hmm, mesti dia dah ingat aku ni siapa. Mesti dia tahu akulah
orang yang pukul kepala dia dengan pan.
Mata Arel terkelip-kelip
memandang riak wajah Nan yang selamba itu. Ya, dia sudah ingat apa yang
berlaku! Dia sudah ingat kenapa dia ada di sini dan dia ingat siapa yang pukul
kepalanya sampai dia pengsan semalam!
“Kau!!!” Jerit Arel kepada
Nan tapi kali ini wajah Arel tegang dan merah padam wajahnya.
Shasha sudah menelan liur
yang terasa kelat. Aduh! Bala! Bala! Bala! Mesti dia dah tahu bahawa Nan yang pukul
kepala dia semalam. Haish! Boleh pulak si Nan buat wajah selambanya. Budak ni
tak pandai takut ke? Hei, Nan! Wake up!
You’re in trouble!
Nan tidak mempedulikan
jelingan tajam Shasha. Matanya hanya memandang wajah lelaki tinggi lampai yang
kini sedang menuding jari ke arahnya. Aik? Marah nampak? Marah betul ni.
“Macam mana kau boleh ada di
sini?!” Ujar Arel bersama rahangnya yang bergerak menahan amarah. Huh! Tak
sangka aku boleh jumpa gadis ni di sini. Dan yang lebih sadis apabila gadis ini
yang memukul kepalanya semalam!
Shasha mengerutkan dahi.
Pelik pulak dengan soalan lelaki ni. Kenapa pulak dia soal macam mana Nan boleh
ada di sini? Kenapa tak soal kenapa Nan hempuk kepala dia sampai pengsan? Aik,
biar betul?
Jika Shasha sudah pelik, dia
lagilah pelik. Jika Shasha ada seratus kerutan di dahi, kini dia pulak ada
seribu kerutan di dahi. Kenapa pelik sangat soalan yang dia tanya ni? Aku kenal
lelaki tinggi lampai ni ke? Aik? Sejak bila aku ada kenalan lelaki yang kacak
nak mampus ni?
“Don’t you remember me?” Soal Arel apabila melihat wajah bingung
Nan.
“Should I?” Soal Nan kembali.
“Eh, jangan nak pura-pura
tak kenal aku. Oh, kau sengajakan pura-pura tak kenal aku setelah apa yang kau
lakukan. Sebab kau memang bersalah kan!” Arel menggenggam kuat tangannya. Huh!
Aku tak akan lepaskan kau dengan begitu mudah!
Kerutan di dahi Nan semakin
kelihatan. Siapa pulak lelaki ni? Kenapa pulak aku kena pura-pura tak kenal
dia? Aku bersalah? Aku bersalah sebab apa?
“Hei! Tak payah nak tunjuk
muka innocent. Oh, tak kenal aku ya? Maybe I should kiss you baru kau akan
kenal aku? Tak gitu?”
Shasha semakin bingung. Pulak
dah! Apa kes ni sampai kena kiss kiss
ni?
Mata Nan terkebil-kebil
melihat wajah tegang lelaki itu. Kiss?
Eh, kejap! Kejap! Kenapa aku macam pernah dengar ugutan ni? Kenapa aku macam pernah
dengar suara kerek ni?
“Emm… saya nak tanya sikit.
Encik ni kenal kawan saya ke?” Soal Shasha apabila lelaki itu mahupun Nan diam
membisu. Masing-masing saling berlaga mata. Yang satu tu memandang dengan riak
wajah yang tegang dan satu lagi pulak duk terkebil-kebil. Apa kes?!
“Erm… maybe kawan saya ni kawan encik dulu ke? Ataupun encik ni salah
orang ke?” Sambung Shasha lagi apabila melihat lelaki itu langsung tidak
membalas.
Arel hanya tersenyum sinis
mendengar pertanyaan gadis yang tidak bertudung itu.
“Walaupun kau dah
bertudung, I still remember you
especially your round eyes.” Ujar Arel sambil memandang tajam ke arah Nan.
Kemudian, matanya beralih pulak memandang Shasha bersama senyuman sinis.
“She is not my friend, miss. But she is my…” Arel kembali melabuhkan
duduk di atas sofa hitam sambil memandang tajam ke arah Nan.
“She is my, pet.”
Mata Nan terjengil dan
spontan dia pulak yang berdiri kerana terkejut yang amat. Rahang Shasha pulak
sudah terjatuh mendengar kata-kata selamba lelaki itu.
“Is it right, Comel?” Sebelah keningnya terjongket memandang wajah Nan
yang jelas terkejut itu.
“Kau!!!” Jerit Nan sambil
menuding jari ke arah Arel. “Mamat kerek!” Aku dah ingat dah! Satu-satunya
orang yang panggil aku Comel ialah Arel!
Arel memandang tajam wajah
Nan. Aku dipanggil mamat kerek? Huh! Memang tak patut langsung!
“Macam mana kau boleh ada di
sini?!” Soal Nan sambil memandang tajam ke arah Arel yang juga sedang
memandangnya tajam.
Ugh! Kenapa lelaki yang aku
hempuk semalam tu rupanya Arel? Kenapa lelaki yang ketuk pintu rumah aku
semalam tu dia? Kenapa dia ada di sini? Dan kenapa pulak aku tak boleh perasan
lelaki yang aku hempuk tu Arel si mamat kerek?!
“Hei! Aku tanya kenapa kau
boleh ada di sini? Kau sepatutnya ada di Korea bukan Malaysia!”
Korea? Si Nan kenal lelaki
ni ke? Semalam cakap tak kenal? Desis hati Shasha. Tak berani dia hendak
bertanya terus dengan sahabatnya itu kerana melihat saja wajah gadis itu sudah
cukup membuatkan dia kecut perut.
“Suka hati akulah aku nak di
Korea ke di Malaysia ke. Kau peduli apa?” Ujar Arel sinis. Tak guna dia
berlembut dengan gadis ini. Gara-gara Comel lah dia jadi pelarian. Kalau bukan
sebab gadis itu dia tak akan diugut dan dikuarantinkan.
Nan merengus kasar seraya
memeluk tubuh. Ish, mamat ni kan! Menyakitkan hati betul. Sejak di Korea lagi,
mamat ni memang tak pernah tak menyakitkan hati.
“Aku nak tanya, kenapa aku
boleh di sini, di rumah kau? Aku sepatutnya ada di rumah keluarga Safuan
bukannya rumah engkau. Kau culik aku ke?” Sudah terang lagi bersuluh dia yang
tersalah rumah. Bukannya dia nak pun tapi memang si Safuan yang salah bagi
alamat. Haish! Memang masin mulut aku semalam. Dia sengaja berkata begitu
dengan Comel sebab dia ingin menyakitkan hati gadis itu. Nampaknya dia berjaya
apabila wajah Comel semakin merah memandangnya.
“Aku culik kau?!” Jerit Nan
kepada Arel tetapi lelaki itu hanya memandangnya dengan selamba sedangkan
Shasha disebelah sudah terkejut kerana jeritan Nan itu.
Dadanya semakin berombak dan
nafasnya juga sudah turun naik menahan marah. Eeee!!! Mamat ni memang sengaja
nak sakitkan hati aku! Kau sengajakan? Takpe… takpe… kau dengar apa yang aku
nak balas.
“Betullah tu! Memang aku
yang culik kau. Aku culik kau sebab aku nak bunuh kau. Lepas tu aku akan kerat-
kerat badan kau into pieces. Then, keratan-keratan badan kau tu aku jadikan
santapan breakfast untuk anjing kat
hujung jalan tu hah.” Huh! Baru puas hati aku!
Arel mengetap bibirnya. Ugh!
Mulut gadis ni memang nak kena! Dia ingat aku ni makanan ke apa?
“Sebenarnya aku kesian dekat
anjing di hujung jalan tu. So aku jadikan kau sebagai makanan anjinglah, sebab
kalau kau hidup pun aku yang sakit hati jadi cara yang terbaik adalah dengan
bunuh kau. Baru aman dunia!” Nan tersenyum sinis apabila melihat wajah tegang
Arel yang semakin merah.
“Eh, kau!!!” Arel sudah
berdiri sambil menuding jari ke arah Nan tetapi belum sempat dia menghabiskan
kata, Nan sudah mencantas terlebih dahulu.
“Ish… ish… ish… kesian. Aku
ni manusialah bukan lembu. Aku tak tahu pulak yang kau ni buta.” Ujar Nan lagi
sengaja menyakitkan hati Arel yang kian hangat itu.
“Apa yang kau merepek ni?”
“Betul apa aku cakap. Cow tu lembu bukan manusia. Sudah terang
lagi bersuluh aku ni manusia, kenapa pulak kau cakap aku ni cow?”
Arel menyepetkan mata
memandang Nan yang tersenyum sinis itu. That’s
it! She is too much! Arel segera melangkah mendekati Nan manakala Nan hanya
menanti kedatangan Arel itu dengan wajah yang tegang. Apa kau fikir aku nak takut
dengan kau? Silaplah, bro!
“Eh, cup… cup…cup…” Shasha
pantas menghalang Arel dari mendekati Nan dan menarik tangan Nan agar menjauh.
Sebelum perang dunia ketiga meletus, baik aku leraikan. Tak pasal-pasal nanti
hancur rumah ni dia orang bom.
“Sebelum korang nak bergaduh
dan isytiharkan perang, aku nak tanya sedikit jap. Korang berdua ni saling
kenal ke?” Tanya Shasha.
“Sampai bila pun aku tak akan
lupa perempuan ni. Kalau bukan sebab dia, aku tak akan dikuarantinkan. Kalau
bukan sebab dia, aku tak akan diugut. Kalau bukan sebab dia aku tak akan jadi
pelarian melarikan diri dari rumah ke Malaysia. Dia punca segalanya!” Ujar Arel
dengan wajah yang merah. Urat-urat hijau juga sudah kelihatan didahi dan leher
lelaki itu.
Nan hanya mencebik. Ceh! Aku
pulak yang salah? Kalau bukan dia yang cari pasal dulu, tak ada maknanya aku
nak kenakan dia balik.
“Oh, aku je yang salah? Aku
punca segalanya? Hei, kau silaplah! Siapa suruh kau cari pasal dengan aku dulu?
Kau sesedap rasa je nak anggap sebagai pet
kau kan? Sesuka hati kau je kan nak lamar aku jadi pet kau? Eh, aku rasa
terhina kau tahu tak! Aku ni manusia bukannya binatang yang kau nak jadikan sebagai
pet. Lagi satu, siapa suruh kau panggil aku Comel? Dah tu nama Comel tu nama
kucing peliharaan kau kan? Kau fikir aku tak sakit hati ke, hah?! Bukan itu
saja, kau pulak sesedap hati je kan kenalkan aku dengan semua orang yang aku ni
Comel, your pet. Eh, kau tu memalukan
dan menyakitkan hati aku tahu tak!” Kini Nan pulak yang melempiaskan marah
kepada lelaki itu.
Kini masing-masing bercekak
pinggang dan memandang satu dengan lain dengan wajah yang penuh kebencian.
Masing-masing beradu mata dan tiada siapa yang ingin mengalah. Shasha pulak
sudah menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Erk? Bagi aku dua-dua pun
salah. Yang malangnya lagi, dua-dua pun tengah ego sekarang ni. Haish!
“Apa pandang-pandang? Tak
puas hati? Hah?” Tempelak Nan apabila Arel langsung tidak ingin mengalihkan
matanya daripada mata Nan.
“Memang! Memang aku tak puas
hati!” Jawab Arel bersama rahang yang bergerak-gerak. Ugh! Kalau tak memikirkan
Nan ni perempuan, sudah lama penumbuknya singgah pada pipi gadis itu.
“Jadi? Ada aku kisah? Habis
tu kau nak buat apa?” Ek eleh! Pirah! Kau fikir aku takut ke dengan renungan
maut kau tu? Kau fikir aku akan mengalah dengan wajah bengis kau tu?
“Kau akan menyesal, Comel!
Aku akan buat sesuatu yang akan buat kau menyesal!”
“Do I look like I care?” Soal Nan kembali. Memang dia sengaja ingin
mencabar lelaki itu.
Dan ternyata Arel berasa
tercabar. Jarak antara mereka berdua didekatkan. Kepalanya ditundukkan dan kini
wajahnya dengan Nan tidak sampai lima inci pun.
Shasha semakin kalut melihat
situasi itu. Semakin cemas hatinya apabila mendengar kata-kata Arel yang
berbaur ugutan itu. Aduh, dia orang dua ni! Betul-betul nak berperang ke dia
orang berdua ni?
“Kau dengar sini, Comel. Aku
akan berkira dengan kau sebab kau pukul kepala aku semalam dan menyebabkan aku
pengsan.” Memang jelas kelihatan urat hijau di dahinya tetapi Nan langsung
tidak berasa gentar.
“Apa yang boleh kau buat?”
Tanya Nan sambil menjongketkan kedua-dua keningnya.
Shasha semakin rasa tidak
sedap hati. Aduh! Kenapalah si Nan nak cabar si Arel? Dia tak tahu ke seorang
lelaki ni tidak boleh dicabar. Kalau mereka dah tercabar memang naya jawabnya.
“Kau dengar sini, Comel. Aku
akan saman kau dengan seratus juta ringgit Malaysia sebab cederakan aku dengan
sengaja. Aku juga akan saman kau dengan seratus juta ringgit Malaysia sebab
buat kepala aku sakit sampai berdenyut-denyut. Aku tak main-main, Comel!”
Nan hanya diam tidak
membalas tetapi matanya semakin tajam memandang anak mata Arel. Tak guna! Dia
nak saman aku? Gila! Dia nak saman aku sebanyak dua ratus juta ringgit?!
Shasha pulak sudah
tersentak. Matanya sudah terbuntang memandang Nan dan Arel silih berganti.
Mulut juga terbuka kerana terkejut dengan bicara Arel itu. Matilah! Nan! You’re in a big trouble! Dua ratus
juta?! Mana nak cilok duit sebanyak itu?!
Tok! Tok! Tok!
Tiba-tiba bunyi locen rumah diikuti dengan ketukan pintu di
tingkat bawah kedengaran. Ketiga-tiga pasang mata memandang ke arah tangga.
Arel sudah tersenyum sinis.
Nan memandang tajam ke arah
Arel.
Shasha pulak semakin kecut perut.
Shasha pulak semakin kecut perut.
p/s: jgn lpa komen ya guys ^_^
nak lagi...
ReplyDeleteok ^_^
DeleteBest yArh .. mw lg ..
ReplyDeletetq izza ^_^
DeleteUwc0me .. super duper best arh karya akak ..
Deletebiasa2 je izza, krya 1st :)
Deletesapa yg dtg tu... aduh mulut nan nie.. xleh bla ek... cepat2 sambung k...
ReplyDeletejodoh nan yg dtg mnjenguk tu huhu
DeleteSambung sambung..
ReplyDeleteakn d smbg scepat mngkin ^_^
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete