Wednesday 9 October 2013

Comel Is My Pet 8



“SILA datang lagi.” Ujar Nan bersama senyuman manis kepada pelanggang terakhirnya.

      “Amir! Amil! Kemaslah meja tu, dah nak tutup kedai ni.” Laung Nan kepada dua orang anak kembar Kak Cham itu.

     “Sudah-sudahlah makan. Kamu berdua ni tak habis-habis makan. Pergi kemas meja tu cepat! Lepas tu sapu lantai dan bersihkan apa yang patut.” Marah Kak Cham kepada kedua-dua anaknya yang hanya tersengih.

     “Kita orang nak kemaslah ni. Cupcake Kak Nan ni memang sedap! Sampai menjilat jari!” Ujar Amir sambil menyengih kepadanya.

     “Betul tu. Memang superb! Memang patut pun customer banyak.” Kata Amil pulak sambil menunjukkan kedua-dua ibu jarinya kepada Nan.

     Nan tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah dua orang kembar itu. Umur mereka yang baru mencecah dua puluh tahun itu langsung tidak menunjukkan kematangan. Sepanjang dua bulan dia bekerja dengan adik-beradik itu, perangai mereka macam budak-budak ribena. Kembar itulah yang menceriakan suasana dan membuatkan bibirnya tak lekang dengan senyuman. Ada saja telatah mereka yang mencuitkan hati. Mereka tidak pernah serius walaupun puas ditegur dan dimarah oleh Kak Cham.

     “Sebelum balik ambillah lebihan cupcake tu, bawa pulang rumah.” Nan tersenyum apabila melihat wajah Amir dan Amil bercahaya. Sukalah tu.

     “Eh, tak payah Nan. Banyak lagi cupcake tu. Simpan untuk dijual esok sajalah.” Ujar Kak Cham sambil menjeling tajam ke arah Amir dan Amil yang mencebik.

     “Mana ada banyak. Tinggal sedikit saja tu, Kak Cham. Anggaplah saya belanja budak berdua tu.”

     “Yes! Yes! Yes!” Jerit Amir sambil terlompat suka.

     “Hah, dengar tu mak! Kak Nan belanja kita orang tau. Mak tak boleh marah.” Ujar Amil pulak bersama senyuman mengejek kepada ibunya. Kak Cham yang melihat reaksi anaknya itu hanya tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala.

     “Hati-hati bawa kereta Kak Cham.” Pesan Nan apabila melihat Kak Cham dan kedua-dua anaknya ingin meninggalkan kedai.

     “Yalah, Kak Cham balik dulu. Assalamualaikum!”

     Selepas menjawab salam Kak Cham, dia membalas lambaian Amir dan Amil. Tergelak Nan dibuatnya apabila melihat Amir dan Amil yang saling tolak-menolak untuk melambai kepadanya. Apabila kereta kancil Kak Cham hilang dari pandangan mata, Nan melihat jam pada dinding kedai.

     ‘Hmmm, dah masuk maghrib ni.’

     Setelah mengunci pintu, Nan bergegas naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Nan segera membuka mesej yang dihantar oleh Shasha itu. Bibirnya melepaskan keluhan.

     Tak payah tunggu aku malam ni sebab aku pulang lambat. Sorry sebab tak dapat temankan kau dinner lagi malam ni. Sorry ya…

     “Budak ni pulang lambat lagi nampaknya. Haih, sunyinya!”


TOK! Tok! Tok!

     Arel yang pada ketika itu tengah bermain dengan telefon Samsung Galaxy S4 terus saja mengalihkan pandangan pada pintu biliknya.

     “Come in!” Jerit Arel lalu meletakkan telefonnya pada sisi.

     “Hey, bro! What’s up man!

     Wajah Arel yang kelat itu terus saja berubah. Wajahnya bercahaya bersama senyuman lebar tersungging di bibir.

     “Hey, man! What took you so long?” Arel segera  mempelawa Safuan duduk pada sofa di sudut bilik. Arel turut bergerak mendekati Safuan.

     “Patient ramai sangat. Anyway… kenapa ada bodyguard depan bilik kau tu? Dia orang siap soal siasat aku lagi. Apa yang kau dah buat?” Tanya Safuan setelah dia duduk dengan selesa berhadapan dengan Arel.

     “Apa lagi… nak pastikan aku tak larilah! Huh! Didn’t I tell you before?” Wajah Arel bertukar bengang dan merah.

    “Oh ya! Now I get it. So… it seems that you’re gonna be CEO huh?  Bangga aku ada kawan jadi CEO ni.” Safuan tergelak kecil apabila Arel melemparkan kusyen sofa kepadanya.

     “Kau jangan nak naikkan darah aku ya, Safuan. Kau fikir aku nak jawatan CEO tu? Eh, aku langsung tak ingin! Boleh pulak nenda ugut aku? Hei, nenda ugut nak tutup Romeo’s Restaurant! Gila apa!” Arel merengus kasar. Selama dua bulan dia dikuarantin, nenda tak sudah-sudah mengingatkannya tentang ugutan tersebut, membuatkan dia bengang.

     “So kau nak buat apa? Are you really gonna marry soemone?” Soal Safuan sambil mendekatkan diri dengan Arel.

     “Do I have a choice? Kerja dengan Putera’s company or kahwin. Itu je syaratnya kalau tak nak Romeo’s Restaurant ditutup.”

     “Jadi kau rela kahwin instead pegang jawatan CEO?”

     “I told you before, aku tak minat bisnes dan yang penting aku nak berdikari. Kalau kahwin yang harus aku pilih, aku tak kisah.”

     “Kau nak kahwin dengan siapa pulak? Minah Korea? Minah mata biru? Minah mata hijau? Atau…”

     “Atau?”

     “Comel your pet?

     Arel merengus kasar apabila mendengar nama Comel disebut. Kalau dulu, dia kerap tersenyum dan hatinya tercuit apabila mengingatkan tentang Comel tapi kini semuanya berubah.  Mendengar saja nama Comel disebut sudah membuat dia sakit hati.

     “Aik, marah nampak? Bukan Comel tu your latest girlfriend ke?”

     “She is not my girlfriend!” Tanpa sedar nada suara Arel meninggi menafikan pernyataan Safuan itu. Wajahnya juga merah.

     “Ops, sorry. Yeah, she is not your girlfriend but your pet. Eh, kau ni kejam betullah cakap dia tu pet kau. Tiada gelaran lain ke kau nak beri dekat dia.”

     “Kejam tak kejam, ada aku kisah? I don’t give a damn! Huh! Like I care.” Arel memeluk tubuh sambil bersandar pada sofa.

     “Kenapa marah sangat ni, bro?” Safuan menjadi pelik melihat wajah tegang Arel apabila perihal Comel keluar dari bibirnya.

     “Dialah penyebab kepada semua masalah yang aku hadapi sekarang!”

     “Kenapa?” Soal Safuan bersama kening yang terangkat sebelah.

     “Eh, kalau kau nak tahu, gara-gara Comel aku kena kuarantin! Waktu kita orang tengah dinner dan bermain dekat Everland hari tu, boleh pulak dia bagi tahu dengan bodyguard nenda aku ada di mana. Tak pasal-pasal aku kena heret. Gara-gara dialah aku kena kuarantin sekarang. Ugh! Menyakitkan hati betullah perempuan tu.”

     “Oh, dia yang dedahkan kau rupanya. But you know what… that girl’s unique. Aku tak pernah jumpa perempuan yang berani tolak kau. Tapi Comel tu siap bergaduh dengan kau dekat klinik aku lagi.”

     “Are you interested in her?” Soal Arel sambil menyepetkan mata memandang Safuan. Tajam dia mencerlung memandang Safuan ketika ini.

     “Well, Comel tu memang comel. I think every guy will fell for her. Kenapa? Kau betul-betul nak jadikan dia as your wife ke?”

     “Comel nak jadi isteri aku?” Ujar Arel dengan sinis. “ Once a pet, always a pet.” Tapi… bagus juga cadangan nak jadikan Comel isteri aku. Biar aku balas dendam dengan cara ni. Kalau dah kahwin nanti, tahulah aku apa aku nak buat sebab buat aku macam ni. Dendam harus dibalas! Itulah balasannya kerana menyebabkan Tengku Putera Shayarel Amer dimalukan dan dikuarantinkan.

     “Hmmm… tengoklah.”

     Safuan menjongketkan keningnya. Aik! Tadi cakap once a pet, always a pet. Cakap macam Comel tu tak layak nak dijadikan isteri tapi sekarang cakap lain pulak. Tengoklah? Kalau Arel dah cakap macam tu, kemungkinan Arel mengahwini Comel adalah 50 peratus. Tapi… nak ke si Comel tu kahwin dengan Arel?

     “Tapi…” Safuan berjeda sambil memandang musykil ke arah Arel. Arel pulak menjongketkan sebelah keningnya kepada Safuan.

     “Kau nak kahwin? Tengku Putera Shayarel Amer bakal berkahwin dan menjadi suami orang? Betul ke kau ni Arel yang aku kenal?” Ujar Safuan sambil meletakkan jari jemarinya pada dagu.

     “Mangkuk kau Safuan!” Arel sekali lagi melemparkan kusyen sofa kepada Safuan tetapi lelaki itu hanya tergelak sambil menepis kusyen yang dilemparkan.

     “Tak betul ke apa yang aku cakap? Arel si playboy akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya dan akan berkahwin kerana diugut oleh nendanya, Tengku Meimun Maisara.” Kata Safuan sambil berdiri tegak seolah-olah sedang membuat pengumuman di perhimpunan saja lagaknya.

     Arel mengetap bibir kuat sambil memandang tajam ke arah Safuan yang tersengih. Sangkakan dia saja yang tak matang tapi rupanya kawannya yang sudah jadi doktor ni juga dua kali lima dengannya. Sama-sama k.o.

     “Kau jangan nak perli aku Safuan. Jangan sampai buku lima aku sampai dekat muka kau. Tak pasal-pasal muka yang tak berapa hensem tu jadi lagi buruk.”

    “Relaks bro, relaks. Amboi, suka hati dia je cakap muka aku tak berapa hensem. Eh, muka aku ni lagi hensem dari kau!”  Ujar Safuan membangga diri membuatkan Arel mencebik.

     “Hensem kunun. Kalau kau tu hensem, sepatutnya dah ada girlfriend. Ini tak! First love pun tiada. Kesian…” Arel tergelak kuat apabila melihat jelingan tajam Safuan.

     “Dah dah dah. Kalau aku layan kau mengarut, sampai tahun depan pun tak habis lagi. Hah, kau nak apa dengan aku sampai panggil aku datang rumah kau ni.” Soal Safuan lalu kembali melabuhkan duduk pada sofa hadapan Arel.

     Arel menyungging sebuah senyuman lebar apabila mendengar pertanyaan Safuan. Hampir saja dia lupa tujuan dia memanggil Safuan ke rumahnya walaupun hari sudah malam.

     “Aku ada plan.” Ujar Arel dengan kening terangkat sebelah.

     “Plan?” Dahi Safuan sudah berkerut.

     “Yep, plan. Baik punya plan!” Keningnya diangkat berkali-kali bersama senyuman yang semakin lebar.

     Kerutan di dahi Safuan kian jelas. Mendengar suara Arel yang lain semacam itu saja sudah membuatkan dia pelik. Melihat senyuman Arel yang penuh tersirat itu juga sudah menimbulkan tanda tanya di benak. Entah mengapa dia dapat rasakan rancangan Arel ini sesuatu yang akan merisaukan dan bakal mewujudkan ribut taufan katrina malah lebih teruk.

     “Aku terlibat sekali ke?” Di dalam hati Safuan, dia berdoa agar dia tidak terlibat dalam rancangan Arel. Namun, rahangnya jatuh apabila Arel mengangguk laju.

     “Absolutely! Kau watak yang paling penting dalam menjayakan plan aku.”

     “Aa… Aku?” Jari telunjuknya menuding ke arah dadanya bersama wajah yang penuh tanda tanya.

     “I’m counting on you, bro!” Ujar Arel sambil menepuk bahu Safuan berkali-kali.

     Gulp! Mata Safuan membuntang.



5 comments:

  1. best2.. bila nk sambung nie..... bila arel nk g jumpe comel dia... heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x lma lgi dia org bjmpa la tu hehe.. juz wait 4 d next n3 ^_^

      Delete
    2. ok2.. x sabo nie... ape lah arel tu punya perancangan ek....

      Delete