Friday 10 January 2014

Comel Is My Pet 19



“NAN!!! Kenapa lambat sangat kau dekat dapur? Aku suruh kau masak sarapan aku dalam masa sepuluh minit sahaja tapi sampai sekarang sarapan aku belum siap lagi?! Kau tengah masak makanan ke tengah buat makanan, hah?!!” Tengkingan daripada Tuan Arel bergema di setiap pelosok rumah banglo tiga tingkat tersebut. Nan yang pada ketika itu sedang memegang pinggan kaca terkejut lantas terlepas pegangan.

            Prang!!! Pinggan kaca tersebut terhempas. Alamak! Matilah aku! Mesti Tuan Arel mengamuk sakan dengan aku. Nan sudah mula kecut perut. Peluh juga sudah mula mengalir.
            “Hei! Tak guna punya perempuan! Kau pecahkan pinggan kaca lagi! Hei, kau ni memang nak kena ke?!" Tuan Arel sekali lagi memarahi Nan yang telah memecahkan pinggan kaca untuk kali kedua puluh.
            “Ma… maafkan sa… saya tuan. Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja!” Nan sudah terketar- ketar memandang Tuan Arel. Tuan Arel kini dilihat seperti singa jantan yang hendak menerkam mangsanya. Bergenang air jernih di tubir mata. Bila-bila masa air matanya akan laju menuruni pipi.
            “Maaf maaf! Maaf je la yang kau tau kan! Hei, kalau masalah dapat diselesaikan dengan perkataan maaf tak perlulah ada undang- undang dan polis bagai!" Sekali lagi suara Tuan Arel bagaikan halilintar bergema di rumah tersebut.
            Nan hanya mampu tunduk memandang lantai. Dia hanya diam menikus dan tidak berani mencelah. Sungguh dia begitu takut dengan Tuan Arel. Badannya kini terasa menggigil dan lidahnya kelu untuk berkata- kata.
            “Hah, kenapa diam?! Kali ni aku takkan lepaskan kau. Aku akan bunuh kau! Aku nak bunuh kau!" Tuan Arel pantas mendekati Nan dan terus mencekik Nan dengan sekuat hatinya.
            Nan panik! Nafasnya kini tersekat- sekat. Didepan matanya kini, Tuan Arel kelihatan sungguh menakutkan. Wajah itu merah padam dan menyeramkan.
            “Haha! Aku nak bunuh kau! Bunuh kau!!!”  Hilai tawa Tuan Arel kuat menerjah telinganya. Tubuhnya kian lemah dan kakinya longlai tidak berdaya.
            “Tidak!!!” Lantas Nan mencelikkan mata dan bangkit daripada tidurnya. Nan melihat sekeliling dan ternyata dia masih lagi berada di dalam kamarnya. Kedua- dua tangan yang mencekik lehernya pantas diturunkan.
            Astaghfirullahalazim! Aku mimpi je rupanya. Eh, kejap! Tuan Arel? Tidak!!! Aku takkan biarkan mimpi aku jadi kenyataan. Itu semua tidak boleh terjadi.  Tidak sesekali! Aku tak boleh biarkan dia buli aku. Arghhh! Sebelum dia buli aku, aku akan buli dia dulu. Ya! Aku tak boleh kalah! Aku tak boleh tunduk dengan Arel!
            Nan mengambil tualanya yang di sangkut di belakang pintu dan terus menuju ke dalam kamar mandi. Dia harus segera membersihkan tubuhnya dan akan memulakan misi membuli Arel secepat mungkin.
            “Kau nak buli aku sebab kau nak balas dendam kan, Arel? Huh! Aku tak akan biarkan!”

“OKEY! Aku akan buat macam ni,” Nan memegang tombol pintu tetapi belum pun tombol pintu dipulas, Nan melepaskan pegangan.
            “Eh eh eh… Tak boleh tak boleh! Bahaya tu! Bahaya bahaya bahaya...." Nan kembali berjalan mundar-mandir didalam biliknya.
            “Hah! Kalau cara tu tak boleh, cara ni boleh!” dengan senyuman lebar, Nan ingin memegang tombol pintu bilik tetapi niatnya itu dimatikan serta merta. Senyumannya juga mati.
            “Tak tak tak… Aku tak la sekejam itu, aku kan baik orangnya, mana boleh buat macam tu. No no no!” Nan sekali lagi berjalan ke kiri ke kanan dan ke kiri ke kanan dengan ibu jari dan jari telunjuknya di dagu. Itulah kelakuannya sejak tiga puluh minit yang lalu. Dia sebenarnya tengah kusut memikirkan idea. Idea? Idea apa? Haish! Idea apa lagi kalau bukan idea nak kenakan Arel.
            “Kalau aku orang yang bijak, apa yang aku akan buat, ya? Hmm…”
            Tok! Tok! Tok! Belum sempat mentol ideanya menyala, pintu biliknya diketuk.
            “Comel, bangun! Kau nak tidur sampai Zuhur ke?” suara Arel kedengaran di sebalik pintu.
            Nan mencebik. Tombol pintu dipulas dan pintu bilik dibuka seluas-luasnya.
            “Hah! Kau nak apa kacau Tuan Puteri awal-awal pagi?” soal Nan sambil bercekak pinggang memandang Arel di hadapannya.
            Arel menjongketkan kedua belah keningnya.
            “Tuan Puteri? Sejak bila pulak kau jadi Tuan Puteri? Jangan nak perasan boleh tak? Kembang tekak aku bila dengar kau bahasakan diri tu Tuan Puteri.” Arel memeluk tubuh memandang Nan.
            “Whatever! Cubaan kau untuk menyakitkan hati aku tak berjaya. Kau nak apa kacau aku? Cakap cepat!” Nan cuba untuk menahan sabar. Dia tipu Arel sebenarnya. Memang bohong kalau dikatakan Arel tidak berjaya menyakitkan hati dia. Sebenarnya dia memang tengah sakit hati sebenarnya. Apa saja yang keluar daripada mulut lelaki itu, tiada yang menyenangkan hati.
            “Aku nak tanya kau sesuatu.”
            “Nak tanya apa?” soal Nan malas.
            “Sekarang pukul berapa?” Nan mengerutkan dahi memandang lelaki yang memakai T-shirt polo warna biru cair dihadapannya ini.
            “Takkan la kau ni miskin sangat sampai tiada jam? Tapi aku rasa kau ni orang kaya sebab aku tahu kau ada limousin. Buat apa kau nak tanya aku sekarang jam berapa?”
            “Memang aku tak nafikan yang aku kaya. Terima kasih sebab puji aku.” Arel tersenyum herot apabila Nan sudah mencebik mendengar bicaranya itu.
            Ek eleh! Baru puji sikit dah perasan tahap maksima.
            “Tapi aku tak minta kau untuk puji aku kaya, aku cuma nak kau jawab soalan aku. Sekarang pukul berapa?” soal Arel lagi.
            “Ish! Kau pergilah tengok sendiri. Macamlah ruang tamu tu tiada jam dekat dinding. Huh!”
            “Nope! Aku nak kau yang jawab soalan aku. Aku nak kau yang beritahu aku sekarang pukul berapa,” ujar Arel selamba dengan riak wajah yang kosong. Dia langsung tidak mempedulikan Nan yang sudah membuat muka.
            “Aku tak tahu sekarang jam berapa la! Sibuk nak tanya aku kenapa?” Bengang Nan dibuatnya.
            “Kalau tak tahu pergilah tengok jam kau sekarang. Kau tak miskin sangat sampai tiada jam dalam bilik kau kan?” Sebelah kening dijongket memandang wajah Nan.
            “Ish, menyusahkan! Sendiri boleh tengok jam dekat ruang tamu, dengan aku jugak dia tanya. Memang sengaja nak menyusahkan atau lebih tepat lagi mencari masalah dengan aku,” bebel Nan tetapi kakinya tetap melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat jam digital yang tergantung pada dinding.
            “Sekarang dah pukul tujuh lima puluh lima minit dua puluh saat pagi! Dah tahu kan? Puas hati? Jadi dipersilakan untuk pergi dari sini dan jangan kacau aku.” Ambik kau! Siap dengan saat aku kasi. Nan juga berpeluk tubuh sambil merenung tajam wajah Arel.
            Arel menguntumkan senyum dan menganggukkan kepalanya berkali-kali.
            “You know what, Comel?”
            Nan mengerutkan dahi. Apa lagi dia nak ni? Haish!
            “Hah, apa?” tanya Nan malas.
            “Comel ku sayang, lagi empat minit dan empat puluh saat nak masuk jam lapan pagi. Suamimu ini tengah lapar. Where is my breakfast? Suamimu ini belum sarapan lagi sebab dia tunggu punya tunggu punya tunggu, wife dia tak turun-turun pulak. Jadi suamimu yang baik hati ini pun naik la ke atas dan nak arahkan isterinya sediakan sarapan. Ada faham?” ujar Arel tanpa segaris senyuman.
            Meluat betul! Banyak cantik punya ayat! Ini nak suruh aku buatkan dia sarapan pulak. Hello? Dia tak tahu ke yang aku ni tak pandai masak? Kalau aku tahu masak pun aku tak akan masakkan untuk lelaki ini. Tak sudi! Biar mati kelaparan pun aku tak kisah.
            “Arel ku darling, isterimu ini langsung tidak kisah suaminya kelaparan. Where is your breakfast? Masak sendiri! Isterimu ini tak akan sediakan sarapan untuk suaminya biarlah sampai perut suaminya tu menyanyi lagu dondang sayang ke lagu rock ke, isterimu ini tak akan ambil peduli!” Wajah Nan kelat. Banyak cantik kau nak suruh aku sediakan sarapan! Aku tak nak!
            “Boleh tak kau dengar cakap aku?”
            “Kenapa pulak?”
            “Sebab aku suami kau!”
            “Do I look like I care?”
            Arel mengetap bibir. Tajam matanya merenung mata Nan. Haish! Perempuan ni kan!
            “Eh, memasak ni tanggungjawab kau la! Sedar diri sikit yang kau tu isteri aku. Apa yang aku suruh wajib patuh. Tak ingat ke apa yang ibu cakap kelmarin? Kau kena patuh dengan suami kau dan suami kau tu aku. Jadi sekarang aku suruh kau masakkan sarapan untuk aku maka pergilah sediakan!” keras Arel memberi arahan.
            “Aku tetap tak nak! Biar apa yang kau nak cakap sekali pun aku tetap tak akan ikut cakap kau. Sampai bila-bila pun tak akan!” Kau ingat aku akan patuh dengan kau? Kau fikir bila kau ungkit pasal apa yang ibu katakan kelmarin aku akan tunduk dengan kau? Silaplah, Arel!
            “Kau ni kan!” Arel semakin bengang. “Buat je la apa yang aku suruh. Susah sangat ke nak buatkan sarapan untuk aku? Okay, fine! Aku tak akan paksa kalau kau tak nak tapi jangan marah aku kalau aku mengadu hal ni dengan ibu. Jangan pulak kau menyesal kalau ibu kecewa dengan kau sebab menjadi seorang isteri yang suka melawan kata.” Arel tersenyum sinis.
            Dia bukannya teringin sangat mahukan Nan membuatkan dia sarapan. Dia bukannya tidak tahu memasak. Dia kan chef jadi tak susah mana pun kerja memasak ni. Dia hanya sengaja ingin membuli Nan. Dia tak akan biarkan Nan duduk senang lenang. Lagipula dia pasti sangat yang Nan tidak tahu dia pandai masak apatah lagi seorang cef.
            “Eh, kau...” belum sempat Nan menghabiskan kata, Arel terlebih dahulu mencelah. Bukannya dia tidak tahu Nan ingin memarahinya. Jadi, sebelum dimarah lebih baik dia potong percakapan Nan itu.
            “Dah dah dah! Sekarang ni aku nak kau turun ke dapur dan sediakan sarapan aku. Jangan banyak cakap!”  Sejurus itu, Arel berjalan ke tingkat dua meninggalkan Nan yang masih lagi tercegat di depan pintu.
            “Arghhh!” Turun naik nafasnya menahan amarah yang mencengkam dada apabila mendengar ugutan Arel sebentar tadi. Eeee! Sakitnya hati aku! Suka hati dia je nak suruh aku sediakan sarapan untuk dia. Tanggungjawab konon. Pirah!
            “Tak apa… tak apa… Kau lapar sangat kan? Kau nak sangat aku sediakan kau sarapan kan? Fine! Aku akan masak dan sediakan sarapan yang paling ‘istimewa’ untuk kau.” Nan tersenyum penuh makna.
            “Aku tahu kau sengaja nak kenakan aku Arel. Huh! Kita tengok siapa yang terkena!”
            Nan menuruni tangga dan terserempak dengan Arel yang masih lagi berada di kaki tangga dan sedang bercekak pinggang menanti kehadirannya.
            “Kenapa lambat sangat? Lembab!” Arel sengaja menanti Nan di kaki tangga. Sengaja jugak dia memarahi Nan untuk menaikkan lagi suhu kemarahan isterinya itu.
            Kepala Nan rasa ingin meletup. Lembab? Dia kata aku lembab! Haish! Kerja lelaki ni memang untuk sakitkan hati aku ke? Huh! Sabar Nan, sabar. Jangan melenting. Kalau marah, misi untuk kenakan Arel tak akan berjalan lancar. Chill, girl!
            “Suamiku… suamiku ini nak makan apa?” tanya Nan dengan lemah lembut bersama senyuman manisnya.
            Terjongket sebelah kening Arel. Aik? Takkan la aku ugut sikit, sikap pun berubah. Atau… Dia tengah perli aku kut? Alang-alang dah tanya, order je la makanan yang kau nak, Arel.
            “Aku nak makan nasi lemak dan karipap. Air pulak aku nak kau bancuh air Nescafe kurang manis.”
            “Baiklah suamiku, isterimu ini akan menurut perintah.” Nan berjalan menuruni tangga ke ruang dapur.
            Arel yang sudah pun duduk di sofa ruang tamu mengerutkan dahi. Pelik! Itu yang dia rasakan apabila Nan bercakap baik-baik dengannya. Entah-entah si Comel tu ada muslihat kot. Ada kemungkinan tu!
            Nan yang sudah pun menyediakan bahan di singki menggumam tidak puas hati. Ceh! Tinggal dekat Korea sampai muka pun macam muka orang Korea. Tapi selera pulak selera orang Melayu tulen. Bukannya dia tidak pandai masak. Semua orang pun tahu nak masak tapi rasa masakan tu je yang hancur. Nan tersenyum sinis.
     “Kau nak makan makanan Melayu kan, Arel? Kau akan dapat! Kau tak akan lupa sampai bila-bila!”

“COMEL!!!” suara yang menjerit nama Nan bergema di setiap pelosok rumah banglo.
            Cabut Nan, cabut! Nan pantas berlari keluar daripada dapur sambil mengekek tawa dan menaiki tangga ke biliknya. Dalam keadaan yang tengah kalut itu, telefonnya berbunyi.
            “Hello, Shasha! Kau call aku tepat pada masanya. Jumpa aku dekat tempat biasa sekarang,” tanpa memberi kesempatan untuk Shasha bercakap, Nan terlebih dahulu mematikan panggilan. Setelah mencapai tas tangannya, Nan bergegas meninggalkan bilik dan keluar daripada rumah. Bibirnya tidak henti-henti menguntumkan senyuman yang lebar.
            “Bye, Arel!” Sempat lagi dia menjerit kepada Arel yang sudah semestinya bertukar menjadi ‘The Incredible Hulk’. Puas sudah hatinya! Yes! Aku dapat kenakan Arel si mamat kerek!

p/s: untuk bab ni pendek kot? btw enjoy n jgn lpa komen ^_^ (klu pndek sgt sy post lgi ari ahad kot ;))

4 comments: