Saturday 5 October 2013

Comel Is My Pet 7



“KAU nak bawa aku pergi mana ni, Shasha?” Soal Nan.
      “Tak lama lagi sampailah.” Shasha hanya tenang memandu manakala Nan disebelahnya hanya mencebik.

     Nan memandang ke luar tingkap kereta. Entah kemana Shasha hendak membawanya dia pun tidak tahu. Matanya dipejamkan dan ketika itulah mindanya kembali teringat tentang kata-kata ibunya di kampung dua hari yang lalu. Tanpa sedar keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

     “Kau masih fikirkan kata-kata ibu kau ke?” Tanya Shasha apabila mendengar keluan Nan itu. Pada awalnya, ketika mendengar cerita Nan tentang apa yang dikatakan oleh Puan Hamsiah, memang dia tergelak. Lucu apabila mengenangkan Nan dipaksa kahwin tetapi melihat keadaan Nan yang jelas tengah runsing membuatkan dia bersimpati kepada gadis itu. Entah mengapa Puan Hamsiah begitu beriya-iya menginginkan Nan kahwin secepat mungkin.

     “Aku stres lah, Shasha dengan ibu aku tu. Aku bukannya tak nak kahwin tapi dengan sikap ibu aku macam tu buat aku rasa tak nak kahwin terus.” Nan sudah memuncung sambil memeluk tubuh. Macamlah aku ni tak laku. Ugh!

     Shasha pulak sudah tergelak kecil. Simpati tu memang ada tapi dia tidak dapat menahan rasa lucu. Dia tahu dia tidak sepatutnya menggelakkan Nan tetapi dia tidak mampu menyembunyikan gelaknya. Setiap kali dia tergelak apabila Nan membicarakan tentang hal itu, tentu gadis itu menjelingnya.

     “Janganlah kau ketawa. Ugh!” Nan menjeling tajam ke arah Shasha yang masih lagi dengan sisa tawanya. Aku tengah runsing dia pulak enak ketawakan aku. Haish! Memang nak kena si Shasha ni.

     “Chill, girl…” Shasha hanya tersenyum menerima jelingan Nan. Hah! Kan aku dah kata. Nan dah jeling aku.

     Nan semakin tidak puas hati. Chill kepala tengkorak kau! Aku tak boleh nak chill ni. Huh! Aku memang bersyukur yang teramat sangat apabila ibu dah tak paksa aku buat blind date tapi dengan masalah baru ni buat aku tak senang duduk langsung. Harap-harap tak ada yang gatal nak meminang aku sekarang ni. Buatnya ibu betul-betul terima, naya aku. Arghhh! Aku confirm ibu mesti terima punya. Kalau dah putih kata ibu, putihlah. Kalau hitam, hitamlah!

     “Okey, kita dah sampai!” Ujar Shasha dengan bersemangat.

     Nan tersedar daripada lamunan. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar. Dahinya dikerut apabila matanya meliar melihat sekeliling yang begitu asing dengannya.

     “Kita di mana ni, Shasha? Kita nak tengok rumah siapa pulak ni? Rumah baru kau ke ni?” Soal Nan yang masih bingung. Melihat sahabatnya yang hanya tersenyum itu membuatkan Nan semakin tidak faham dengan situasi.

     “Jom ikut aku.” Shasha mengorak langkah ke hadapan manakala Nan membuntutinya di belakang.

     “Wah! Cantiklah rumah kau, Shasha. Landskap dia pun cantik.” Ujar Nan dengan kagum. Matanya sedari tadi meliar memerhati sekeliling. Di sudut kanan rumah putih itu terletak sebuah taman dan air terjun mini. Landskap yang indah itu begitu mengagumkan.

     “Rumah banglo tiga tingkat ni lagi cantik! Nampak sangat moden.” Sekali lagi Nan memuji bersama mata yang galak melihat kehebatan ciptaan manusia di hadapannya.

     “Suka tak?” Soal Shasha bersama senyuman lebar.

     “Memang gila kalau aku tak suka!”

     “Rumah ni kau punya.”

     “Hah!!!” Nan terjerit membuatkan Shasha tergelak kecil.

     Mata Nan tidak berkelip memandang wajah Shasha. Dia ingin melihat sama ada Shasha sekadar bergurau atau tidak tetapi melihat anggukan kepala sahabatnya membuatkan dia terkelu lidah. Sekali lagi Nan melihat rumah banglo yang tersergam indah itu sebelum kembali berpaling memandang Shasha.

     “Shasha…” Speechless! Ya, itu yang Nan rasakan ketika ini. Semuanya bagaikan mimpi!

     “Kau mainkan aku ke? Kau nak prank aku kan?” Kali ini kepala Nan tertoleh-toleh. Dia ingin mencari CCTV yang tersembunyi atau sesiapa yang dikenalinya.

     “Aku tak main-mainlah. Rumah ni memang kau yang punya. Kenapa? Tak percaya?” Senyuman lebar masih lagi tersungging dibibir. Geli hatinya apabila mata Nan yang bulat semakin bulat memandangnya. Gadis itu langsung tidak percaya dengannya.

     “Biar betul?” Mata Nan terkelip-kelip memandang Shasha.

     “Betul!” Ucap Shasha dengan yakin.

     “Are you sure?” Nan sudah memandang rumah putih yang tersergam indah itu.

     “Absolutely!

     “Really?

     Shasha sudah mengetap bibir tanda geram dengan Nan. Melihat Nan yang mengerutkan dahi membuatkan dia menjuling mata ke atas.

     “Kenapa susah sangat nak percaya ni? Kau fikir aku ni jahat sangat ke nak tipu kau?” Ujar Shasha sedikit berjauh hati. Mulut sudah dimuncungkan dan tangannya memeluk tubuh membelakangi Nan.

     Nan menggaru kepalanya. Tidak pernah disangka pulak reaksi dan pertanyaannya membuatkan Shasha merajuk. Aku tak cakap pun aku tak percaya. Haish! Shasha dah sentap pulak dah.

     “Aku memanglah percaya tapi…” Nan berjeda seketika.

     “Tapi apa?” Shasha memandang tajam ke arah Nan.

     “Tapi kenapa kau belikan aku rumah banglo ni? Mesti mahal gila ni kan?” Nan mengeluh perlahan. Dia tahu Shasha anak orang kaya malah dengan kerjaya sebagai seorang pereka fesyen terkemuka membuatkan gadis itu sendiri kaya tapi kenapa Shasha harus membazir ke atasnya?

     “Inilah hadiah aku untuk kau sebab aku langsung tak temankan kau sepanjang kita di Korea hari tu.” Senyuman sudah kembali menghiasi bibir Shasha tetapi Nan pulak sudah terlongo.

     “Janganlah terkejut. Sebenarnya plan untuk hadiahkan rumah ni untuk kau dah lama dah. Sebenarnya tapak ni milik keluarga aku. Memang dah lama terbiar jadi aku dirikan rumah untuk kau. Design untuk landskap dan rumah ni pun hasil kreativiti otak aku. Macam mana? Cantikkan?” Shasha menjongketkan keningnya berkali-kali kepada Nan yang hanya terkaku itu.

     “Kenapa nak susahkan diri untuk aku?” Tanya Nan lalu menunduk.

     “Mana ada susah. Bukannya aku yang buat rumah ni, aku tukang bayar je. Lagipun kita kan kawan baik dunia akhirat so tak ada yang susah. Tentang duit kau jangan risau. Kalau kau masih susah hati, kau boleh bayar aku setiap bulan. Okey?”

     Nan tersenyum kepada Shasha lalu memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Betapa dia terharu dengan semua ini.

     “Oh ya lupa nak bagitahu kau. Sebenarnya kau cuma boleh tinggal di tingkat dua dan tiga je.” Ujar Shasha setelah pelukan dileraikan.

     “Maksud kau?” Tanya Nan bersama kerutan di dahi.

     “Sebenarnya aku rancang, tingkat bawah ni untuk kau berniaga. Jadi selepas ni kau boleh ambil tempahan dan juga boleh berniaga untuk cupcake kau di sini. How about nama restoran kau ni Nan’s Cupcakes and Cakes Restaurant? Okey tak?”

     Mulut Nan sudah terlopong mendengar bicara Shasha itu. Dia ingin percaya tetapi terasa bagaikan mimpi. Sememangnya untuk berniaga dan membuka sebuah restoran cupcake merupakan impiannya sejak kecil lagi. Apatah lagi dia memang pelajar yang mengambil jurusan perniagaan dulu.

     “Semua peralatan dapur dan peralatan untuk berniaga aku dah sediakan. Tapi minggu depan baru semua barang tu dihantar. Perabot untuk tingkat dua dan tiga je aku tak beli lagi. Nanti kita beli sama-sama, ya?”

     “Shasha…”

     “Oh ya! Aku dah suruh Kak Cham jadi pembantu kau memandangkan pembantu rumah dah berlambak dekat rumah family aku. Lagi pun kau rapat dengan Kak Cham kan? Dia yang tawar diri bila aku cakap nak carikan pekerja kedai kau. Yang baiknya, Kak Cham kata dia akan bawa dua orang anaknya yang tengah menganggur tu. So, kiranya tentang pekerja ni dah settle dah.” Ujar Shasha tanpa mempedulikan Nan yang memandangnya tanpa berkelip. Memikirkan tentang segala perancangan yang telah dibuat untuk Nan berjalan lancar, dia tersenyum.

     “Rasanya minggu depan kau dah boleh pindah sini dan maybe bulan depan kau dah boleh mulakan perniagaan kau ni. Eeee! Aku rasa excited pulak!”

     “Ahhhhh!!!” Nan menjerit lalu terus memeluk Shasha yang jelas terkejut itu.

     Shasha yang tidak bersedia dengan pelukan Nan hilang keseimbangan lalu mereka berdua terjatuh di atas tanah. Shasha mengadu sakit tetapi Nan masih lagi tidak melepaskan pelukan.

     “Thank you so much, Shasha! Thank you very very very much!!!” Jerit Nan kepada Shasha. Memang jelas keriangan di wajah dan suara gadis itu.

      “Thank you! Thank you! Thank you!!!” Nan berterima kasih tanpa henti.

     Shasha yang pada mulanya ingin memarahi Nan mematikan niat. Dia turut tersenyum lalu membalas pelukan Nan erat.

     “You are welcome, Nan tapi…”

     “Tapi apa?” Nan melepaskan pelukan lalu memandang wajah Shasha dengan tanda tanya.

     “Boleh tak kita berdiri dulu baru kau peluk aku? Sakit pinggang aku tau.” Nan hanya tersengih apabila menyedari situasi mereka itu.

     “Tak menyempat-nyempat nak peluk aku.” Shasha mencebik lalu menjeling tajam ke arah Nan.

     Buat beberapa saat masing-masing membisu tetapi apabila Shasha memandang Nan dan Nan turut melihat wajah Shasha, gelak ketawa mereka pecah dan bergabung dalam keriangan yang tercipta.

     ‘Terima kasih sebab makbulkan impian aku, Shasha.’ Kata hati Nan.

     ‘Tanpa kau, aku tak akan berjaya dengan cemerlang sampai hari ini, Nan. Kau yang mendorong aku untuk berjaya dan kau yang tolong aku bangkit ketika aku tersungkur. Tanpa kau, aku tak akan berdiri dengan gah hari ini. Aku akan buat apa saja untuk kau, Nan!’ Suara hati Shasha.


p/s: ok n3 kali ni mmg pndek je... juz psal Nan dan Shasha... skrg ni tgh brtngkus lumus nak siapkan manuskrip dan hrp2 dpt dibukukn klu tiada apa2 halangan so wish me ada idea yg mncurah-curah kay? apa pun hrap readers enjoy ^_^

6 comments: