Wednesday 18 September 2013

Comel Is My Pet 5



NAN hanya mengikut langkah kaki Arel. Kadang-kadang dia akan menutup mulut kerana menguap. Entah berapa kali sudah dia menguap. Bosan! Itu lah yang da rasakan dari tadi. Sudahlah perjalanan ke Everland mengambil masa hampir dua jam. Ugh! Memenatkan betul.

      “Saya nak naik yang tu.” Ujar Arel sambil menunjukkan jarinya ke arah hadapan.

     “Pergilah naik.  Buat apa nak beritahu saya.” Ujar Nan selamba sambil tangannya menutup mulut kerana menguap.

     “Saya nak kita berdua naik benda tu.”

     Nan memandang ke hadapan ingin memandang permainan yang Arel ingin main tetapi sebaik saja objek besar itu menjadi santapan mata, mata Nan terbeliak. Matanya yang layu tadi terus saja menjadi segar. Dia nak main roller coaster? Roller coaster?! Gulp!

     “Erk… awak pergilah naik. Sa… saya nak pergi tandas dulu. Bye!” Pantas saja Nan ingin melarikan diri tetapi Arel menghalang laluannya.

     “Awak ni kenapa? Kata nak pergi main jadi pergilah. Jangan halang saya!” Nan menjeling Arel tetapi muka lelaki itu kosong tidak beriak.

     “Like I said yesterday, you will be always by my side so awak kena ikut saya naik roller coaster tu. No excuse!” Dengan itu Arel segera memaut lengan Nan dan menarik gadis itu agar mengikutinya.

     “Saya tak nak! Ugh!” Nan merentap kasar lengannya sehingga pegangan Arel terlepas. Dia memandang tajam Arel dan lelaki itu juga memandangnya tajam.

     Nan berundur ke belakang apabila Arel tiba-tiba mendekatkan diri dengan Nan. Baru setapak ke belakang, tangan kanan Arel memaut pinggangnya dan menarik tubuh Nan dekat dengannya. Mata Nan terbeliak. Tubuh Arel yang melekat dengannya dan wajah Arel yang hanya seinci dari wajahnya membuatkan dia gugup. Dadanya dilanda debaran yang maha hebat. Dadanya berombak dan nafasnya turun naik. Dia bukannya marah tetapi ada perasaan lain yang menghuni hatinya. Arghhh! Perasaan apakah ini?

     “I am pretty sure that you don’t want me to kiss you here, don’t you Comel? If I want to, there’s nobody can stop me. So I give you choices…

     Nan menelan liur tatkala tangan kiri Arel mengusap pipinya. Terasa lemah longlai lututnya kala itu. Apatah lagi apabila jari Arel bermain dengan bibirnya.

     “Awak nak ikut saya naik roller coaster tu ke atau nak saya kiss awak? Your soft lips looks delicious, you know.” Arel tersenyum sinis apabila Nan hanya diam membisu sambil mata bulat memandangnya.

     Dengan segera dia melepaskan pelukan dan memaut erat tangan Nan. Pantas saja dia menarik Nan meredah lautan manusia dan berbaris untuk menunggu giliran menaiki roller coaster itu. Sugguh dia risau dia akan hanyut dengan panahan mata Nan kalau dia berterusan memeluk gadis itu. Huh!

     Gulp! Nan hanya mampu menelan liur tetapi terasa kelat. Matanya yang bulat semakin bulat manakala bibirnya kala ini sudah tentunya pucat. Kalau ditoreh sudah pasti tiada darah. Debaran dihatinya kala ini sungguh menggila. Ingin saja dia memarahi Arel kerana memperlakukan dia sebegitu rupa malah mengugut untuk mencium dia tetapi dia tidak mampu. Akalnya menentang tetapi bukan hatinya. Arghhh! Sungguh dia keliru dengan perasaannya kini.

     Apabila kepala didongak ke atas, rahangnya jatuh. Melihat objek besar dihadapannya membuatkan debaran hatinya lebih gila. Buat seketika perasaannya yang kacau bilau tentang Arel dilupakan. Matilah aku! Matilah aku! Hanya dua perkataan itu saja disebut di dalam fikirannya. Jangan saja nanti tersiar di dada akhbar tentang ‘Seorang Gadis Warganegara Malaysia Mati Ketika Bermain Roller Coaster.’

    “Awak janganlah paksa saya naik benda tu, Arel. Saya tak nak…” Akhirnya dia mampu mengeluarkan suara setelah kebisuan yang berpanjangan tadi.  Semakin dekat dia dengan roller coaster, semakin kencang jantungnya berdegup.

     “Nope! Awak kena ikut saya jugak. Saya nak release tension ni.” Ujar Arel tanpa memandang ke arah Nan.

     Nan hanya mampu menggigit bibir. Ugh! Yang nak relese tension tu kau, bukan aku! Apa pasal pulak sampai aku kena ikut sekali?! Eeee, mamat ni memang menyakitkan hati! Tak apa tak apa, ada ubi ada batas, nanti sekejap lagi aku balas! Jaga kau, mamat kerek!

     Sebaik saja mereka turun dari roller coaster, Nan terus berlari ke tepi parit dan memuntahkan segala isi perut. Arel pulak hanya mampu memandang. Tangannya ingin mengusap belakang gadis itu tetapi Nan menepisnya. Terpaksalah jadi penonton je. Kadang-kadang tekaknya turut mual melihat muntah yang dikeluarkan.

     Gila! Memang gila! Arghhh! Ini semua Arel punya pasal! Habis pening aku dibuatnya! Lepas ni aku dah taubat! Aku taubat tak nak naik benda alah tu lagi. Biar seribu ugutan yang diberi, dia takkan peduli. Ugh!!!

     “Feeling better?” Soal Arel kepada Nan apabila melihat gadis itu sudah terduduk dekat kerusi yang sememangnya ada tersedia.

     Nan hanya mampu menjeling ke arah Arel. Feeling better? Itu soalan dia? Better kepala tengkorak kau! Ugh!!! Nan sudah tidak mampu bersuara. Ingin dia memarahi lelaki di hadapannya itu. Bukan setakat marah tapi ingin saja dia memaki hamun dan membelasah Arel, tetapi dia sudah tidak berdaya. Perutnya terasa senak dan tekaknya perit.

     “Hmmm, saya belikan awak air mineral kejap. Awak tunggu sini ya?” Dengan itu Arel terus  berlalu meninggalkan Nan seorang diri.

     Nan hanya melihat kelibat Arel yang semakin hilang. Kepalanya ditunduk dan matanya dipejam. Pening di kepala masih belum hilang. Tangannya mengurut perlahan kepalanya yang terasa berdenyut. Berharap agar pening yang terasa mampu hilang. Cukuplah sekali dia muntah. Tekaknya juga sudah perit.

     Tiba-tiba Nan dihulurkan sebotol mineral. Nan mengerutkan dahi. Aik, cepat pulak si Arel pergi membeli? Kepalanya terus saja didongak ke atas.

     “It is you, Hani!”

     Mata Nan membulat. Figura dihadapannya ini bukannya Arel tetapi seseorang yang cukup dikenali. Seorang lelaki yang tidak pernah disangka-sangka akan terjumpa di sini, di Everland. Di Korea!

     “Hani? Do you still remember me?

     Nan hanya mendiamkan diri. Bibirnya terkunci rapat. Sungguh dia berharap dia sedang bermimpi tetapi ini sememangnya realiti.

     “Hani?”

     “Daniel…” Perlahan saja suara Nan menyebut nama lelaki itu seakan berbisik.

     Daniel tersenyum apabila ternyata gadis dihadapannya ini masih mengingatinya.

     “Tak sangka El boleh berjumpa dengan Hani dekat sini. It’s been five years, right?” Ujar Daniel lalu duduk di sebelah Nan. Nan beranjak ke kiri apabila bahunya dengan bahu Daniel bersentuhan.

     “Precisely, it’s been 6 years Daniel.” Nan tersenyum sinis apabila wajah Daniel bertukar kelat.

     “Hmm, yeah. So, how’s life?

     “Good! Lebih baik dari enam tahun yang lalu, of course.” Sekali lagi Nan tersenyum sinis.

     Daniel hanya mendiamkan diri. Jelas sekali Nan memerlinya tadi.

     “Apa yang Hani buat kat sini?” Soal Daniel apabila melihat Nan mendiamkan diri.

     “Sibuk!” Ujar Nan tidak senang membuatkan Daniel tersenyum segaris.

     “El memang selalu nak sibuk tentang Hani. I always care about you.” Ujar Daniel sambil memandang redup wajah Nan.

     “Jalan.” Balas Nan sepatah.

     “Oh! Seorang atau berteman?” Tanya Daniel membuatkan Nan merengus kasar tetapi Daniel langsung tidak kisah.

     “Dengan someone special maybe?” Soal Daniel lagi apabila Nan sepertinya tidak ingin menjawab soalannya. Entah mengapa hatinya kala ini berdebar menanti jawapan Nan.

     “So what kalau iya pun.” Jawapan Nan membuatkan hati Daniel dicuit cemburu. Ah! Ternyata dia masih punya perasaan kepada Nan.

     “Buat apa di sini?” Akhirnya soalan yang berlegar-legar diminda terkeluar juga dari mulutnya.

     “El fikirkan Hani tak nak tanya. El tinggal sini because I am working here. Lagipun my family is here.” Jelas lebar dan manis senyuman Daniel apabila Nan bertanya tentangnya.

     “Di sini? Everland?” Soal Nan pelik.

     “Eh, tak lah. I mean tinggal dan kerja di Korea.” Ujar Daniel sambil tergelak kecil.

     “Hmm, dengan isteri? Anita?” Soal Nan sambil memandang sekilas ke arah Daniel. Ternyata riak wajah lelaki itu berubah sebaik saja dia menyebut nama itu. Wajah itu berubah kelat.

     “There’s nothing between Anita and me. We’re over.” Bicara Daniel membuat Nan mengerutkan dahi tetapi hanya sesaat dua sebelum dia tersenyum sinis.

     “Oh! Tak sangka begitu kesudahannya. Jadi sekarang dengan siapa pulak?” Ujar Nan sinis.

     Huh… Daniel mengeluh lemah. Matanya redup memandang wajah Nan yang tetap tidak berubah. Tiada perubahan pada wajah itu tetapi semakin cantik dan semakin comel. Tanpa sedar bibirnya terukir senyuman. Soalan Nan langsung tidak dibalas.

     Nan pulak semakin rimas. Duduk bersebelahan dengan Daniel membuatkan dia tidak senang duduk apatah lagi menyedari lelaki itu galak merenungnya. Tak jawab langsung soalan aku. Entah malu entah ego. Kalau dah lelaki memang macam tu.

     “Hani nak pergi mana?” Soal Daniel apabila melihat Nan bangun daripada duduk.

     “Not your bussiness.” Jawab Nan dingin. Namun baru setapak dia melangkah, Daniel memaut tangannya. Ugh! Kenapalah hari ni tangan aku asyik kena paut je?

     “Are you mad at me, Hani? Marah kat, El?”

     Nan hanya mendiamkan diri. Soalan Daniel membuatkan hatinya bergelegak. Marah? Memang dia marah dan dia patut marah! Kesalahan lelaki itu bukannya sebesar semut tapi sebesar kapal titanic. Bukan manusia biasa kalau dia tiada perasaan marah terhadap lelaki itu. Luka di hatinya masih lagi terasa.

     “El tau Hani masih marah dengan El sebab tu dari tadi dingin je dengan El tapi El dah insaf. El tau kesalahan El tak mudah untuk Hani maafkan but can you give me a second chance?” Ujar Daniel seakan merayu tetapi Nan hanya tersenyum sinis.

     “Second chance?” Nan tergelak sinis mendengar permintaan Daniel itu. Tidak sedarkah lelaki itu bahawa dia tidak layak meminta peluang. Ini bukan peluang kedua tetapi entah berapa kali sudah peluang yang dia berikan tetapi langsung tidak dihargai oleh lelaki itu.

     “Why should I?” Dengan itu Nan merentap kasar tangannya daripada Daniel dan terus berlalu. Namun sekali lagi Daniel menghalang laluannya dan memegang kedua-dua lengan Nan agar mereka saling behadapan.

     “Because I still love you, Hani. I love you!” Ya! Dia masih lagi mencintai gadis ini. Gara-gara kesilapannya masa lalu, dia kehilangan Ain Nurhanani, gadis yang selama ini banyak bersabar dengannya. Kerana dia silap perhitungan, dia mensia-siakan gadis itu. Disebabkan kebutaannya, dia hilang cinta Nan.

     Nan hanya memandang tajam mata Daniel. Dia ingin melihat kesungguhan lelaki itu dan sememangnya dia nampak cinta Daniel kepadanya. Dia tahu dan dia tidak buta untuk melihat tetapi luka lama belum lagi sembuh. Luka yang diberikan tidak mungkin akan sembuh.

     “Then, I also have three words for you.” Ujar Nan dengan riak wajah dingin.

     “Go to hell!” Jerit Nan membuatkan Daniel tersentak.

     Nan sekali lagi merentap kasar lengannya dan terus berlalu meninggalkan Daniel. Kali ini Daniel tidak lagi mengejarnya malah hanya memandang tubuh Nan semakin jauh dan terus menghilang.

     ‘I will find you, Hani. I love you and I know that you still love me.’ Desis hati Daniel.

     Nan berjalan tanpa arah tuju. Dia ingin mencari Arel tetapi belum sempat dia mencari, Arel sudah pun menjumpainya. Perjumpaan dengan Daniel sebentar tadi dibuang ke tepi. Dia tidak ingin mengingati perjumpaan setengah jam yang lalu tadi. Dia takut untuk membuka sejarah lama. Dia tak  mahu!

     “Where have you been? Kan saya suruh tunggu tadi.” Ujar Arel  bersama kerutan di dahi tetapi Nan hanya menunjukkan riak wajah kosong.

     Arel pantas menyerahkan sebotol mineral kepada Nan dan Nan pantas menyambut. Setelah melegakan tekaknya yang terasa perit tadi, dia memandang lama wajah Arel sehinggakan lelaki itu menjongketkan sebelah kening. Memandang wajah Arel membuatkan hatinya kembali sakit. Teringat kembali bahawa Arel yang memaksanya menaiki roller coaster tadi sehingga dia muntah. Kerana Arel dia ada di Everland. Kerana Arel dia terjumpa dengan Daniel. Ugh! Semuanya kerana Arel!

     “Kenapa pandang muka saya macam tu? Geram ya? Geram sebab saya hensem?” Ujar Arel sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.

     Nan menjeling ke atas sambil mencebik. Eeee! Perasan hensem! Nak muntah aku.

     “Memang saya geram kat awak tapi bukan sebab awak hensem. Saya geram sebab awak ni menyakitkan hati! Saya geram sampai saya rasa nak bunuh awak! Sampai saya nak makan awak!” Ujar Nan dengan suara yang tertahan. Jika tidak difikirkan mereka berada di tengah-tengah orang ramai, memang sudah lama dia menjerit dan menengking Arel. Baru puas hati!

     “Awak nak makan saya? Really? Shhh… diam-diam sikit. Kalau nak makan saya tunggu bila kita dah kahwin ya.” Ujar Arel sambil mengenyitkan mata.

     Mata Nan terbeliak dan wajahnya membahang. Gelak tawa Arel membuatkan dia makin panas. Eeee! Arel menyakitkan hati betul lah!

     “Shut up!

     “Nampaknya awak dah boleh marah orang jadi maksudnya awak dah okey. Kalau dah okey, saya nak bawa awak naik thrill ride pulak.” Ujar Arel bersama senyuman herot sambil menaikkan keningnya. Manakala mata Nan pulak sudah membuntang.

     “Awak dah gila! Eh, jangan paksa sayalah! Awak nak saya mati ke? Arghhh!!!” Nan bingkas meninggalkan Arel yang sedang enak mengetawakannya. Eeee, benci!

     “Ala, janganlah merajuk, Comel. Awak kalau dah marah dah tak comel dah. Cuba senyum sikit. Senyum…” Arel sudah memaut kedua-dua lengannya agar Nan berhadapan dengannya. Bukannya senyuman yang dia terima tetapi jelingan tajam daripada Nan. Arel semakin tergelak kuat apabila Nan sudah menarik muncung.

     “Okeylah okeylah. Saya tak paksa lagi. Memandangkan awak tak nak main, kita pergi Zoo-Topia nak?” Kata Arel masih lagi dengan sisa tawanya.

     Nan hanya merengus kasar. Tangan Arel yang memegang lengannya ditepis kasar tetapi lelaki dihadapannya ini hanya tersengih. Angin betullah si Arel ni. Tadi muka masam, kelat macam nak telan orang. Sekarang boleh pulak dia menyengih depan aku. Tak sudah-sudah nak usik aku.

     “Saya tak nak!” Ujar Nan sambil memeluk tubuh.

     “Kalau macam tu kita pergi European Adventure nak tak?” Tanya Arel.

     “Tak nak!” Sekali lagi Nan menolak sambil menggeleng laju kepalanya.

     “Hmmm… Magic Land?” Soal Arel sambil menyepetkan mata memandang Nan.

     Nan mengeluh lemah.

     “Tak nak! Tak nak! Saya tak nak pergi mana-mana tak kira Magic Land ke, Alice In The Wonderland ke, saya tak kisah! Saya nak pulang. Sekarang!” Ujar Nan sambil memandang tajam ke arah Arel.

     “Sini tak ada Alice In The Wonderland tapi tak apa. One day kalau awak kahwin dengan saya, saya buatkan. Okey?” Ujar Arel sambil mengenyitkan mata. Bibirnya jugak tak lekang dek senyuman.

      Mata Nan membulat. Melihat kenyitan mata dan senyuman Arel itu membuatkan dia semakin sakit hati. Eeee!

     “Oh, please! Tak payah berangan nak kahwin dengan saya. Stop dreaming!” Bibirnya diketap geram apabila lelaki itu hanya tergelak kecil.

     “The dream that I wish, will come true…” Sekali lagi Arel tergelak kecil apabila Nan mencebik.

     “Okeylah okeylah. Memandangkan my pet yang comel ni dah nak pulang, patik sedia menurut perintah.” Arel menundukkan badan sedikit dan memberi laluan agar Nan berjalan dihadapannya. Bibirnya sekali lagi tersenyum riang apabila Nan menjelingnya tajam.

     Ketika mereka sedang berjalan menuju pintu keluar, langkah kaki Nan terhenti. Tiba-tiba bibirnya mengukir sebuah senyuman malah semakin lama semakin lebar. Arel disebelahnya pulak hanya mengerutkan dahi. Pelik dia rasakan apabila Nan tiba-tiba berhenti melangkah malah sedang tersenyum. Haih, pet aku tak gila kan?

     “Arel…” Arel menjongketkan sebelah keningnya. Meremang bulu romanya apabila Nan memanggil namanya dengan manja. Fuh! Longgar sekejap jantung aku.

     “Can you do me a favour?” Kini Nan sudah berhadapan dengan Arel. Matanya yang bulat merenung jauh ke dalam anak mata Arel dan bibirnya juga sengaja menguntumkan senyuman manja.

     Buat seketika Arel tergamam. Dia terkaku membalas panahan mata Nan. Sungguh mengasyikkan kerana dia begitu selesa membalas panahan mata itu.

     “Boleh ke tak ni?” Nan sudah merengek manja membuatkan Arel sekali lagi terpegun.

     “Okay, what do you want, cutie pie?” Tanya Arel bersama suara dan senyuman menggoda.

     “Tutup mata boleh? Only for 10 seconds.” Pinta Nan sambil tersenyum manis.

     Arel mengerutkan dahi. Nak tutup mata buat apa? Permintaan yang sangat pelik. Dia nak buat apa? Dia nak kiss aku ke? Memikirkan tentang itu, Arel tersenyum nakal lalu mengangguk kepalanya. Perlahan-lahan matanya dipejam.

     Nan mengukir senyuman lebar. Bagus bagus! Akhirnya, Arel dah termakan umpan. Nan tersenyum sinis. Lelaki playboy macam Arel ni senang je nak umpan. Baru manja sikit dah tergoda.

     Nan pantas berlari meninggalkan Arel apabila hampir sepuluh orang lelaki bersut serba hitam menghampiri Arel. Hahaha! Bodyguard nenda kau dah sampai nampaknya Arel. Matilah kau!

     Nan segera menyembunyikan diri apabila melihat Arel diheret keluar. Sekali lagi kena heret? Hahaha lawak! Nan sudah tergelak kuat sampai berair matanya. Hah! Kan dah kena! Ada ubi ada batas, sekarang ni aku dah balas!

     Sebelum Arel diheret masuk ke dalam kereta limousin nendanya, matanya sempat lagi menangkap kelibat Nan di sebalik pokok. Sakit hatinya apabila dia melihat Nan sedang enak ketawa kuat. Huh! Sesaat kemudian, matanya beradu dengan mata Nan. Riak wajah gadis itu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah malah Nan menjelirkan lidah ke arahnya.

     ‘Tak apa. Hari ni hari kau Comel. One fine day I will find you and when I get you, you will never get away from me!

     Nan tersenyum gembira. Ahhh! Riang sungguh rasa hati ini. Sempat lagi Nan melambai kereta limousin yang sudah bergerak itu. Bye, Arel si mamat kerek! Aku confirm lepas ni kita takkan berjumpa lagi sebab esok aku dah balik Malaysia dah. Yay!



4 comments:

  1. Citer nie mmang best sngat2..tpi rindu larh dgn citer u're my pet not my wife

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx but dear novel ni mmg novel u're my pet not my wife la... tkr tjuk dan ada pnmbahan sdikit je ^_^

      Delete