Monday 21 October 2013

Comel Is My Pet 10



TOPI hitam atas meja dicapai dan dipakai. Baju tee kelabu dan jaket hitam di badan dikemaskan lagi.

Bibirnya tersenyum nipis melihat biasan tubuhnya pada cermin. Kemudian, dia mencapai beg hitamnya di atas katil. Hujung tali serat yang diminta daripada Safuan diikat pada tiang tingkap dan hujungnya lagi dijatuhkan ke luar tingkap.

      “Okay, I’m ready!” Dengan menggunakan tali yang diikat tadi, dia memanjat keluar daripada tingkap perlahan-lahan.

     Buk! Akhirnya kakinya sudah mencecah tanah. Matanya meliar memerhati belakang rumah yang kosong itu. Bibirnya tersungging senyuman apabila tidak melihat kelibat siapa-siapa. Line clear!

     Dengan badan yang tertunduk dan langkah yang berhati-hati tetapi pantas, dia bergerak menuju ke arah pagar putih yang tidak dikawal itu. Beberapa langkah lagi dia akan sampai di pagar putih itu dan selepas itu dia akan terlepas daripada rumah agam yang bagaikan penjara. Beberapa langkah lagi!

     One day when the light is glowing, I’ll be in the castle golden…

     Tiba-tiba lagu Feel This Moment kedengaran dari kocek seluarnya. Dia terlompat kerana terkejut dengan nyanyian lagu itu. Cepat-cepat dia mengambil telefon pintarnya yang nyaring menjerit minta diangkat itu dan mematikannya.

     “Ku Putera!” Sekali lagi Arel terlompat apabila namanya tiba-tiba dijerit lantang.

     Kepalanya pantas menoleh kebelakang. Tiga orang pengawal yang bersut serba hitam itu terbias di kornea matanya. Alamak! Tembelang dah pecah. Lari!

     “Ku Putera! Ku Putera!” Semakin lama semakin ramai pengawal peribadi nendanya yang mengejar.

     Arel segera membuka langkah seribu apabila dikejar. Pagar putih yang berkunci itu dipanjat. Apabila sampai di seberang sana, Arel kembali membuka langkah seribu. Bibirnya tersenyum lega apabila melihat kereta putih Samsung SM5 yang tersadai di tepi pokok. Enjin dihidupkan dan Arel segera memecut kereta.

     “Pecut cepat pecut! Bodyguard nenda tengah kejar dekat belakang tu.”

     Setelah memastikan kereta pengawal peribadi nendanya hilang dari pandangaan mata, Arel membelok ke simpang kanan. Akhirnya setelah setengah jam memotong jalan dan melanggar lampu isyarat, dia dapat membuat tiga buah kereta pengaawal nendanya itu kehilangan jejaknya. Huh! Syabas Arel! Good job! Arel tersenyum.

     Kereta yang dipandunya diperlahankan dan akhirnya berhenti pada tepi jalan. Beg hitam pada kerusi sebelah pandu dicapai sebelum Arel keluar daripada kereta dan melangkah ke arah Safuan yang tengah bersandar pada kereta merah Kia Forte.

     “Did you just call me about half an hour ago?” Soal Arel dengan wajah yang tegang kepada Safuan.

     “Yeah, I did.” Safuan menyerahkan kunci keretanya kepada Arel.

     “Wrong timing, bro! Wrong timing!” Arel merampas kasar kunci kereta Safuan itu sebelum menyerahkan kunci keretanya pulak kepada Safuan.

     “Erk… Oh, really?” Safuan tersengih sambil menggaru kepalanya.

     “Yeah!

     “I just want to tell you, your flight tiket ada dekat someone yang bernama Gee Hiong. He is my friend. Aku ada suruh dia tunggu kau dekat airport so just find him. Your beg pun ada dengan dia. Hehe… aku tak tahu pulak aku call kau pada waktu yang salah.”

     “Huh, whatever! Okay, now tarik perhatian bodyguard aku pulak. Aku rasa dia orang dah nak dekat tu. Chow!”

     Arel dan Safuan masuk ke dalam kereta. Safuan yang terlebih dahulu bergerak keluar daripada simpang yang Arel masuk sebentar tadi. Sebaik saja kereta yang dipandu Safuan memecut keluar simpang, tiga buah kereta pengawal nendanya mengejar. Arel yang masih belum menggerakkan kereta itu tersenyum apabila taktiknya mengena.

     “Nampaknya umpan dah mengena. Now to the airport… here I go!


“BODOH!!!” Tengku Meimun Maisara menempik kesemua pengawal peribadinya yang telah ditugaskan untuk menjaga Arel itu.

     “Idiot!!!” Suara Tengku Meimun Maisara lantang menggegarkan rumah agam itu. Semua pengawal peribadinya serta pekerja di rumah agam itu tertunduk memandang lantai. Tiada siapa yang berani mengangkat muka apatah lagi bersuara.

     “David!”

     “Ku Sara…” David segera menghampiri Tengku Meimun Maisara.

     “I want you to find him! Bring him whether he like it or not. I don’t care if you have to force him! Now David!”

     David menundukkan sedikit tubuhnya sebelum berundur ingin berlalu pergi melaksanakan arahan yang baru saja diberi. Tetapi suara seorang lelaki yang baru saja menuruni tangga mematikan langkahnya.

     “You don’t have to, David.”

     Tengku Meimun Maisara yang sedang memeluk tubuh memandang tajam ke arah Safuan yang tengah melangkah ke arahnya.

     “Tak payah nak cari dia nenda.” Ujar Safuan lalu duduk di  sebelah nenda.

     “Kenapa pulak nenda tak boleh cari Arel?” Soal Tengku Meimun Maisara tidak puas hati.

     “Nenda… nenda…” Safuan tersenyum nipis sebelum memandang wajah anggun Tengku Meimun Maisara yang merah itu.

     “Tak ada gunanya nenda cari dia.” Safuan mencapai secawan teh yang tersedia dia atas. Baru saja dia ingin meneguk air teh tersebut, nenda mengambil cawan itu daripada tangannya.

     “Kalau nenda dapat si Arel tu, nenda nak buat apa?” Soal Safuan sambil menyilangkan kaki.

     Tengku Meimun Maisara tersenyum sinis. “This time he will be quarantine for a year.”

     “This time?” Safuan tergelak kecil membuatkan nenda menjelingnya tajam.

     “Kalau nenda dapat tangkap dia pun, dia akan larikan diri lagi.”

     “No he wouldn’t!

     “Yes, he will.

     “Yes he will kalau Saf tolong dia. Kalau Saf tak tolong dia, dia tak akan dapat larikan diri.” Dengan menggunakan isyarat tangan, Tengku Meimun Maisara meminta kesemua pengawal peribadinya meninggalkannya bersama Safuan bersendirian.

     “Kalau Saf tak tolong dia pun, Arel tetap dapat larikan diri nenda. Bukannya nenda tak tahu, cucu kesayangan nenda tu licik orangnya. Even if you tie his hands and legs, he still can get away from here.

     Tengku Meimun Maisara hanya membisu, tidak membalas bicara cucu angkatnya itu. Kata-kata Safuan sememangnya ada kebenaran. Cucu kesayangannya itu memang panjang akal. Biar seribu caranya untuk mengawal dan mengurung Arel di rumahnya, Arel tetap dapat melarikan diri daripadanya.

     “Kenapa nenda diam? Nenda pun setuju dengan Saf kan?” Safuan tersenyum apabila melihat kebisuan nenda.

     “Nenda tangkap dia, nenda kurung dia, Arel dapat larikan diri. Again if you catch him,he will run fom you again again and again. Malah dia akan lari lagi jauh daripada nenda.”

     “Kenapalah budak bertuah tu tak pernah nak turuti kehendak nenda?” Tengku Meimun Maisara mengeluh lemah.

     “Kenapalah nenda nak paksa Arel buat benda yang dia tak suka?” Soal Safuan pulak.

     “Salah ke kalau nenda nak dia kerja dengan company keluarga? Company tu bukannya company orang lain tapi company keluarga sendiri.” Tengku Meimun Maisara merengus memikirkan kedegilan cucunya yang satu ini.

     “Takkanlah nenda tak tahu cita-cita cucu sendiri?” Sekali lagi Safuan mencapai cawan teh yang terletak di atas meja. Buat kesekian kalinya, nenda merampas cawan teh itu daripada Safuan. Safuan menggigit bibir sambil memeluk tubuh apabila tidak berkesempatan untuk melegakan tekaknya yang terasa haus.

     “Cef? Si Arel tu nak jadi cef kan?” Tengku Meimun Maisara tersenyum sinis.

     “Dia memang dah jadi cef pun nenda. Dia dah jadi cef yang termuka di dunia. You should be proud nenda.”

     “Tengku Putera Shayarel Amer jadi cef? Dalam salasilah keturunan nenda, tiada siapa yang jadi cef. Kerja memasak ni bukannya kerja lelaki. Itu tu kerja perempuan!” Dia menyandarkan kasar tubuhnya pada belakang sofa.

     “Ek eleh… cef dalam rumah ni pun lelakilah nenda. Makanan yang nenda makan tu pun dimasak oleh cef lelaki.” Safuan mencebik membuatkan nenda menjeling tajam ke arahnya.

     “Yang kau bela sangat budak tu kenapa?” Tanyanya tidak puas hati.

     “Aik, pelik ke? Arel tu kan kawan baik Saf. Dia dah macam abang kepada Saf jadi tak salah Saf bela dia.”

     “Haah! Kawan baik, kawan sepermainan, dah macam abang adik, siap jadi rakan sekongkol supaya si Arel tu boleh lari, kan?” Tengku Meimun Maisara memandang Safuan dengan sebelah kening yang terangkat.

     Safuan hanya tersengih. “Ala, Arel kan cucu kesayangan nenda, biarlah dia jadi cef. Kalau nenda paksa dia buat benda yang dia tak suka, lagilah dia lari dan memberontak.”

     “Nenda cuma nak dia kendalikan company keluarga je. Selama ni, apa yang nenda minta, dia tak pernah nak dengar. Susah sangat ke nak penuhi kehendak nenda?”

     “Budak Arel tu lari sebab dia nak turuti kehendak nendalah tu.”

     “Apa yang Saf maksudkan?” Dia memandang Safuan dengan kerutan di dahi.

     “Nah! Surat untuk nenda.” Tanpa menoleh memandang nenda, Safuan menyerahkan sepucuk surat putih.

     “Surat apa pulak ni?” Kerutan di dahi semakin jelas apabila dia menyambut surat daripada tangan Safuan.

     “Daripada cucu kesayangan nenda.”

     Tengku Meimun Maisara segera membuka surat putih tersebut dan membaca coretan tangan Arel itu.

     Dear nenda yang ku sayang, yang cantik manis, yang anggun menawan dan yang paling baik hati di alam semesta ( Arel dah banyak puji nenda ni, jadi jangan marah tau).

     Tengku Meimun Maisara tergelak kecil membaca mukadimah yang ditulis Arel itu. Haih! Macam-macam betul cucu aku ni.

     Tak payahlah nenda nak cari Arel. I will run away again if you find me, you know. Jujur Arel katakan, Arel lari pergi Malaysia. See! Your grandson is honest. You should be proud. So, tak payah risau, okey? Nenda nak sangat Arel kahwin kan? I will find my future wife in Malaysia. In a mean while, don’t ever never and ever close Romeo’s Restaurant. Kalau nenda tutup restoran Arel, Arel tak akan pulang dan tak nak jumpa nenda selamanya. I will be in Malaysia just for a few months, maximum for one year. Remember nenda… don’t close Romeo’s Restaurant!

     Tengku Meimun Maisara melipat kembali surat putih itu. Bibirnya tersungging senyuman selepas membaca coretan Arel itu.

     “David!”

     Safuan mengerutkan dahi. Lah… nenda tetap nak cari si Arel tu ke?

     “Ku Sara…”

     “Please make sure that my grandson’s safe. Then, you can come back here if everything’s fine.

     David segera berlalu apabila menerima arahan daripada Tengku Meimun Maisara.

     “Kenapa pandang nenda macam tu?” Soalnya apabila melihat Safuan memandang wajahnya bersama kerutan di dahi.

     “I don’t get it.”

     “Tak salahkan nenda nak pastikan cucu nenda tu selamat? Nenda bukannya nak tangkap dia balik sini. Kalau tangkap pun bukannya ada guna. Budak tu lari jugak nanti.”

     Safuan tersenyum mendengar bicara nenda itu.

     “Untung Arel dapat nenda yang baik hati.”

     “Kau tu pun nenda dah anggap macam cucu kandung. Tak payahlah nak cakap macam tu.” Safuan tersengih sebelum tergelak kecil.

     “Saf…”

     “Ya, nenda?”

     “Nenda nak Saf beritahu Arel, kalau tak nak Romeo’s Restaurant ditutup, bawa menantu nenda dalam masa setahun. Cakap dengan dia yang nenda tak akan makan ugutan dia tu.” Tengku Meimun Maisara bingkas bangun dan mengangkat kaki ingin berlalu.

     “Yes, maam!” Safuan segera berdiri tegak dan meletakkan tangan kanannya diatas kening. Lagak macam tentera yang sedang memberikan tabik hormat.

     “Sebelum nenda terlupa…”

     Safuan menjongketkan sebelah kening untuk menanti bicara nenda yang seterusnya.

     “Memandangkan Safuan menjadi rakan sekongkol kepada Arel, sampai budak tu berjaya larikan diri, Saf yang harus jaga si Comel tu. Tuannya dah tiada jadi rakan kepada tuannya yang akan jaga.” Usai saja berkata-kata, Tengku Meimun Maisara melangkah pergi dan tidak lagi menoleh memandang Safuan.

     Safuan pulak sudah tercengang. Matanya yang sepet membulat bersama rahang yang jatuh. Cis! Aku pulak yang kena?


“KAK CHAM minta maaf, Nan.” Ujar Kak Cham sambil memegang kedua-dua tangan Nan erat.

     “Kak Cham… Kak Cham…” Nan menggelengkan kepalanya bersama senyuman nipis di bibir.

     “Kak Cham betul-betul…”

     “Minta maaf? Masuk kali ni dah dekat sepuluh kali Kak Cham meminta maaf tau.” Nan pantas mencantas sebelum Kak Cham menghabiskan kata.

     Kak Cham hanya tergelak kecil apabila Nan mencebik.

     “Entahlah mak ni. Sejak kelmarin sampai hari ni, tak henti-henti nak minta maaf.” Ujar Amir disertai anggukan Amil.

     “Yelah… gara-gara Kak Cham cuti, Nan terpaksa tutup kedai selama dua minggu pulak.” Nada suara Kak Cham serba-salah.

     “Ala, sekali sekala tutup kedai tu tak apa. Boleh juga berehat dan buat resepi baru cupcake Nan.”

     “Hah! Kalau Kak Nan nak buat cupcake resepi baru, pastikan sedap tau.” Amil tersengih kepada Nan yang hanya mengangkat ibu jari kanannya.

     “Ish, kau ni! Cupcake yang Kak Nan buat selama ni memang sedap pun.” Giliran Amir pulak tersenyum lebar kepada Nan.

     “Tak payahlah nak puji lebih-lebih. Semalam Kak Nan dah bagi satu kotak cupcake kan? Tak cukup lagi ke?”

     “Jujur Amil katakan... tak cukuplah, Kak Nan.”

     “Betul! Betul! Betul!” Amir mengiyakan kata-kata kembarnya itu dengan nada suara seperti suara Ipin.

     “Tak cukup?!” Kak Cham menjengilkan mata memandang kedua-dua kembarnya itu sambil bercekak pinggang.

     Nan hanya tergelak apabila melihat wajah garang Kak Cham. Dan lebih menggelikan hatinya adalah apabila Amir dan Amil hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk.

     “Eh, Amil… dah sampai masa nak jalan ni.” Amir kalut menarik beg berodanya.

     “Betullah Amir! Eh, jom… jom… kapal terbang nak berlepas tu. Tertinggal pulak kita nanti kalau lambat.” Amil juga pantas menarik begnya mengikut langkah Amir.

     “Budak berdua ni memang nak kena! Itu tu nak larikan diri sebelum Kak Cham membebellah tu.” Kak Cham juga menarik beg merahnya sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi anaknya.

    “Betullah tu. Tak lama lagi kapal terbang nak berlepas. Kak Cham dah patut pergi sekarang.”

     “Hmm, yalah… Kak Cham pergi dulu. Nan mesti jaga diri tau.”

     Nan membalas pelukan Kak Cham bersama senyuman tersungging di bibir. Setelah beberapa saat, dia melepaskan pelukan dan hanya melihat Kak Cham berlalu pergi. Tetapi baru saja Kak Cham membuka beberapa langkah, Kak Cham kembali menoleh bersama wajah yang serius.

     “Kalau Nan sorang-sorang dekat rumah, kunci semua pintu dan tutup semua tingkap. Kak Cham dengar ada banduan yang terlepas dari penjara.”

     Erk… biar betul? Banduan apa pulak ni?

     “Jaga diri baik-baik Nan. Banduan tu perogol dan pembunuh yang disabitkan hukuman gantung.” Setelah itu, Kak Cham mengangkat kaki dan menuju ke balai berlepas.

     Gulp! Kak Cham ni nak menakutkan aku ke? Huh! Memang aku dah mula takut pun sekarang ni.

     “Aduh!” Nan tiba-tiba saja dirempuh oleh seorang lelaki menyebabkan bahunya terasa sengal.

     “Ops, sorry!” Lelaki yang berpakaian dan bertopi serba hitam itu meminta maaf.

     Nan hanya menganggukkan sekali kepalanya sebelum menunduk untuk mengutip selendangnya yang jatuh apabila dilanggar tadi. Lelaki itu terlalu sibuk dengan telefon di telinga sehingga terlanggar dia yang masih terpacak di tengah-tengah Lapangan Terbang KLIA. Nasib baik selendang putihnya saja yang terjatuh. Kalau dia yang jatuh tertiarap tadi confirm aku tak akan lepaskan lelaki tinggi lampai itu begitu saja.


4 comments:

  1. confirm tu arel kan... nk lg2..... jgn lupa masukkan n3 cepat2 ea.. x sabo.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ya akan post n3 scepat mngkin.. thx 4 reading ^_^

      Delete