Friday 7 February 2014

Comel Is My Pet 22



NAN hanya memandang pelik wajah Arel yang tengah enak makan di hadapannya. Lelaki itu makan tanpa pandang kiri dan kanan. Makanan di pinggan itu merupakan pesanan kali ketiga. Macam dah setahun tak makan. Lapar sangat ke?

            “Kenapa pandang aku macam tu?” soal Arel tanpa mendongak kepala memandang Nan.
            “Kau ni lapar sangat ke?” Nan menghirup milo aisnya sambil mata tidak lepas memandang pelik ke arah Arel.
            Arel hanya menganggukkan kepala kerana mulutnya yang penuh tidak membenarkan dia untuk mengeluarkan suara.
            “Makan macam budak-budak.” Perli Nan apabila melihat Arel yang makan dengan lahap sekali.
            Pantas Arel memandang tajam wajah Nan yang sudah pun selesai makan sedari tadi. Air bandung dihirup sedikit sebelum membuka suara.
            “Eh, sehari suntuk aku tak makan kelmarin. Itu semua kau punya pasal.” Arel kembali menyuap makanan masuk ke dalam mulut.
            Nan mencebik. Eleh! Siapa suruh kau arahkan aku masak untuk kau. Kan perut tu dah memulas. Nan membuang pandang ke sebelah kanan. Tiga orang wanita yang berambut perang melirik dan menjeling ke arah mejanya. Nan kembali memandang Arel di hadapan. Tengah melirik dan menjeling Arel la tu. Gatal!
            Sebaik saja dia dan Arel masuk ke dalam restoran tadi, banyak mata para gadis yang menjeling ke arah Arel. Siapa suruh dia tu hensem sangat. Sampaikan mak cik yang menjaga kaunter tu pun seolah-olah terpukau dengan ketampanan Arel. Pucat wajah lelaki itu langsung tidak menjejaskan penampilannya. Ugh! Tak suka! Aik? Cemburu ke Nan? Aku? Mana ada!
            “Kau makan banyak-banyak ni, perut kau tak memulas ke?” soal Nan kerana wajah lelaki itu masih lagi pucat walaupun tidak sepucat kelmarin.
            “Perut aku dah okey sikit.” Arel menjeling sekilas wajah Nan dihadapannya sebelum matanya melekat pada meja sebelah kiri yang terdiri daripada sekumpulan lelaki. Mereka semua menjeling sambil tersenyum-senyum ke arah Nan.
            Apa jeling-jeling? Apa senyum-senyum? She is not available! She is my wife! Beware! Tajam Arel memandang sekumpulan lelaki itu untuk menghantar isyarat amaran. Dengan serta-merta, sekumpulan lelaki di sebelah mejanya itu menghabiskan makanan dan membayar bil. Hah! Tahu takut! Api cemburunya masih menyala hebat. Eh eh eh… cemburu ke Arel? Me? No way!
            “Cepat sikit makan! Pelanggan dah makin penuh ni. Aku rimas.” Kelat saja wajah Nan ketika itu. Semakin ramai orang yang membanjiri restoran tersebut kerana masa yang hampir menginjak ke tengah hari. Lunch time. Tapi yang sebenarnya hatinya tidak senang dengan lirikan dan jelingan wanita ke arah Arel.
            Arel hanya menganggukkan kepala. Dia juga ingin cepat beredar kerana semakin banyak mata lelaki yang menjeling ke arah Nan. Uish! Tak boleh!

“SEKARANG nak pergi mana?” soal Arel apabila enjin kereta dihidupkan.
            “Aku nak pergi Jusco, nak beli barang dapur. Banyak yang dah habis.” Ujar Nan sambil memakai tali pinggang keledar.
            “Okey!” 
            Kereta mula meluncur di jalan raya dan sepanjang perjalanan, masing-masing diam membisu. Sebaik saja memarkir kereta, Nan berjalan dihadapan manakala Arel dibelakang hanya membontoti.
            “Erk…” Arel mengerutkan dahi. Dia yang sedari tadi menolak troli memandang pelik kesemua barang yang diambil oleh Nan yang kemudiannya di isi ke dalam troli. Ais krim pelbagai perisa, bermacam jenis coklat, keropok, maggi… eh! Ini barang dapur? Ini semua jajan.
            “Jom bayar!”
            Kerutan di dahi Arel semakin bertambah. Kakinya terpaku pada lantai dan matanya hanya memandang tubuh Nan yang berjalan ke arah kaunter bayaran.
            “Eh, kau kenapa? Jom la, bayar.” Pelik Nan memandang wajah hairan Arel itu. Apa yang difikirkan lelaki itu?
            “Ini barang dapur?” soal Arel.
            Nan tidak menjawab tetapi hanya mengangguk.
            “Dah selesai membeli dah?” soal Arel lagi.
            Kali ini Nan pulak yang mengerutkan dahi tetapi dia tetap menganggukkan kepala.
            “Bayar barang ni dan terus pulang?” untuk kali ketiga Arel menyoal dengan wajah yang sudah bertukar serius.
            Nan melepaskan keluhan kasar. Lelaki ni kenapa? Ugh! “Ya!”
            “Ini yang kau namakan barang dapur? Eh, ini jajan la!”
            “Jadi kenapa?” soal Nan keras.
            “Barang basah mana? Tak beli? Sayur? Buah?”
            “Aku mana pandai masak jadi buat apa pulak aku nak beli semua tu?” Nan bergerak ke arah Arel. Tajam matanya merenung anak mata Arel apabila lelaki itu menghalang dia daripada menarik troli yang berisi penuh dengan jajan.
            “Tak ada, tak ada, tak ada! Aku tak kira! Sekarang kita pergi beli barang basah dan semua barang dapur yang betul.” Sejurus ini Arel menolak troli dan meninggalkan Nan yang terpinga-pinga.
            Segala jajan yang berada di dalam troli dikeluarkan dan diletakkan di tempat asal. Nan yang membontoti di belakang menjadi tidak puas hati.
            “Kenapa keluarkan semua benda tu? Aku nak makan la!” Suka hati dia je nak letak balik makanan aku. Ish!
            “Semua makanan tu tak berkhasiat. Bukan sikit yang kau ambil tapi banyak! Hampir penuh troli ni dengan jajan kau tu. Entah kenapa kau tak gemuk-gemuk. Tetap jugak kurus macam cicak kubing.” Selamba Arel mengutuk sebelum menolak troli dengan laju ke tempat makanan basah.
            Nan yang mendengar kutukan Arel itu tersentap. Kakinya terus terpaku pada lantai dengan mata yang berkelip-kelip memandang tubuh Arel yang semakin menjauh. Dia kata aku cicak kubing? Nan memandang pulak dirinya. Mana ada kurus? Elok je tubuh aku ramping.
            “Eeee! Suka hati dia je nak kutuk aku!” Masam wajah Nan berjalan ke arah tempat makanan basah. Tubuhnya dipeluk sambil kaki menghentak kecil ke atas lantai. Sebaik saja dia berdiri di sisi Arel, sempat lagi matanya menjeling tajam ke arah lelaki itu yang sedang memilih ikan.
            “Kenapa masam je wajah tu cik adik? Nak abang hiburkan ke?” Tegur pekerja lelaki yang berambut pacak yang sedang menjaga tempat makanan basah itu secara tiba-tiba.
            Nan tersentak manakala Arel pulak terus merenung tajam ke arah lelaki yang tengah meggatal dengan isterinya itu.
            Sibuk! Nan pantas mendekatkan diri dengan Arel. Gatal punya lelaki! Tanpa diduga, pinggangnya dipaut. Nan tersentak. Matanya membulat. Pantas dia memandang wajah Arel yang tegang di sebelah.
            “Tak payah sibuk nak hiburkan isteri aku. Dia ada suami dan tak perlukan orang lain,” keras Arel memberi amaran kepada pekerja lelaki itu.
            Lelaki itu tersentak dan terus berlalu pergi. Arel pulak hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu sebelum kembali memilih ikan.
            Nan pulak sudah terkaku dan terkedu. Tangan Arel masih lagi memaut pinggangnya tetapi entah kenapa suaranya tidak terkeluar untuk membentak seperti selalu. Dia hanya diam memikirkan kata-kata Arel tadi. Terasa selamat dirinya apabila mendengar bicara Arel tadi.
            “Jom! Lepas beli sayur dan buah, kita balik rumah. Banyak betul yang nak menggatal di sini. Huh! Isteri aku pun nak dipikat,” ujar Arel tidak senang.
            Nan hanya diam tidak membalas. Sepanjang memilih sayur dan buah, tangan Arel langsung tidak terlepas daripada memaut pinggangnya. Sebelah tangan di pinggangnya dan sebelah lagi menolak troli. Tanpa sedar, terbit senyuman di bibir.

“PUTERA!”
            Langkah kaki Arel terhenti. Dia menoleh ke belakang dan matanya disepetkan untuk mengecam pemilik suara yang memanggil namanya.
            “Darling! What are you doing here?” girang suara itu menyoal.
            Kedua-dua kening Nan terjongket melihat gadis bermata biru yang sedang menempek di sisi Arel. Macam sotong! Nan hanya memeluk tubuh melihat si gadis yang memakai baju dengan tali halus itu memeluk lengan Arel.
            “Erk… I’m sorry, miss but do I know you?” soal Arel kepada gadis yang sudah pun menggesel-gesel macam kucing di sisinya.
            “Darling, it’s me… Cherry!”
            Cherry? Buah ceri ke? Kutuk Nan di dalam hati. Dia yang berada jauh satu meter daripada Arel hanya mencebik.
            “Cherry? Oh, Cherry! Yes! I do remember you.” Arel senyum segaris. Tak kenal pun sebenarnya tapi pura-pura kenal. Yalah, bukan satu dua perempuan yang pernah bersamanya tapi entah berapa puluh dozen dah. Memang mengarut untuk dia ingat nama semua perempuan yang pernah menjadi kekasihnya. Arel menjeling sekilas ke arah Nan yang hanya berpeluk tubuh memerhatikannya.
            “Yes, dear. So what are you doing here in Malaysia? I thought that you’re still in Korea?”
            “Nothing!”Arel melepaskan pegangan Cherry yang memeluk lengannya. Dia terus berjalan ke arah Nan. Tangan gadis itu dipegang erat. Jari jemari mereka saling bersulam.
            Nan tersentak. Pulak! Dia nak buat drama depan Jusco ni ke? Yang pegang tangan aku ni kenapa? Ugh!
            “Who is she, Putera?” soal Cherry dengan lagak tidak puas hati.
            “Let me introduce her to you…” Arel berjeda seketika. Dia menoleh memandang wajah kelat Nan. Pegangan tangan dikemaskan apabila Nan cuba untuk meronta.
            “She is Comel, my pet.” Arel melemparkan senyuman kepada Cherry.
            Cherry terkedu seketika. Kemudian dia tergelak kecil sebelum tersenyum sinis kepada Nan. Lega hatinya apabila Nan bukan sesiapa dalam hidup Arel. Hatinya disuntik perasan cemburu apabila Arel menggengam erat tangan Nan. Kini dia mampu tersenyum manis kepada Arel apabila mendengar Arel memperkenalkan Nan sebagai petnya.
            Nan sekali lagi tersentak. Hatinya menggelegak marah. Sakit hati! Geram! Marah! Sebab Arel dengan selamba memperkenalkan dia sebagai pet kepada gadis tak cukup kain di hadapannya ini. Dia rasa malu dan terhina.
            “Phew! Thank God she’s only your pet. At first I thought that she’s your wife.” Cherry tersenyum penuh manis buat Arel tetapi sesaat kemudian senyumannya mati apabila Arel kembali berbicara.
            “Yeah you’re right! She is my wife but I would love to introduce her as my pet because it sounds romantic and cute. Right, Comel?” Arel menoleh memandang wajah Nan yang sudah pun merah padam.
            Nan tersenyum penuh paksa. Plastik! Sounds romantic and cute konon. Pirah! Dia tak tahu ke suhu aku tengah mencanak naik sekarang ni. Kalau boleh, mahu saja dia bunuh lelaki itu sekarang. Ugh!
            “You’re married?!” jerit Cherry tidak percaya.
            Nan menjulingkan mata ke atas. Sudah! Dia dah mula nak buat drama dah. Banyak mata yang memandang ke arah mereka kini. See! Penonton pun dah ada.
            “But why? You said that you love me, Putera!” Air mata mula mengalir di pipi Cherry. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa Arel sudah pun berkahwin. Tidak! Katakan ini semua tidak betul!
            “We’re over, Cherry. The only person I love is my pet, my wife, Comel.” Sejurus itu, Arel menarik tangan Nan dan berlalu daripada situ. Dia langsung tidak mengendahkan Cherry yang memekik memanggil namanya sambil menangis.
            “Kejam!” Itulah perkataan yang terucap sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.
            Arel pantas menoleh ke kiri. Nan sedang bersandar pada pintu kereta sambil memeluk tubuh. Mata Nan juga tajam merenung wajahnya.
            “Pardon?” Sebelah kening diangkat tinggi.
            “Kau kejam!” ujar Nan lagi mendatar tetapi keras.
            “Why say so?” Setelah enjin kereta dihidupkan, dia turut bersandar pada pintu kereta dan memeluk tubuh melawan renungan tajam mata Nan.
            “Hakikat. Kau kejam!”
            “Am I?” tanya Arel dengan nada suara yang mendatar. Langsung tidak berang.
            Nan mencebik. Am I? Ek eleh! Pura-pura tak tahu pulak.
            “Ya! Kau tu kejam! Sangat kejam! Teramat kejam!” jerit Nan lalu menghadiahkan jelingan tajam kepada Arel.
            Arel senyum herot. Kedua belah keningnya diangkat sebelum sambung berbicara.
            “Ya? Hmm, aku tak tahu pulak aku kejam.”
            “Tak tahu konon… Eh! Perempuan tadi tu meraung panggil nama kau tahu. Kau langsung tak toleh belakang pun. Itu menunjukkan kau tu kejam! Hati batu!”
            “Comel sayang… kalau aku toleh belakang, nanti dia sangka aku akan beri dia harapan. Nanti dia sangka aku masih cintakan dia. Aku langsung tak cintakan dia jadi kenapa aku harus toleh belakang tengok dia lagi?”
            Nan mengerutkan dahi. Boleh terima ke alasan Arel tu? Huh! Tak boleh tak boleh tak boleh!
            “Yalah tu! Dulu cakap cinta sekarang cakap tak cinta. Tak pulak aku tahu cinta kau ni macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada,” perli Nan.
            “Comel sayang… kau lupa ya?” Arel tegakkan badan sebelum mendekati Nan.
            “Apa?” soal Nan sambil menjongketkan kening.
            Senyuman yang memikat tersungging di bibir untuk Nan. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan dengan wajah Nan. Nan yang sememangnya sedang bersandar pada pintu kereta langsung tidak boleh bergerak.
            “Kau dah lupa ke yang aku ni seorang kasanova. Aku boleh curi ramai cinta perempuan yang aku suka dan yang aku nak,” ujar Arel separuh berbisik.
            Mata Nan bulat bersabung mata dengan mata kuyu Arel. Lidahnya sudah kelu.
            “Watch out, Comel. Maybe you’re my next victim.” Arel mencuit hidung mancung Nan sebelum menjarakkan wajah mereka.
            Dengan pantas Nan membetulkan duduk dan membuang pandang ke luar tingkap. Arel pulak hanya tersenyum melihat Nan yang kematian kata.
            Sepanjang perjalanan, Nan langsung tidak menoleh ke arah Arel mahupun bercakap. Entah kenapa kata-kata Arel meresap jauh ke dalam hatinya. Perasaannya bercampur-baur. Resah, gelisah, takut, semuanya ada.

“COMEL... Comel… Comel…”
            Nan yang tengah menhadap komputer riba miliknya mendongak ke atas. Sesaat kemudian, wajah Arel terjengul di muka pintu yang terbuka luas.
            “Kenapa kau suka sangat panggil aku Comel? Kau kan dah tahu nama aku!” tanya Nan tidak senang. Mungkin gadis lain suka apabila digelar comel tapi bukan dia. Baginya Arel sengaja ingin menyakitkan hatinya memandangkan lelaki itu juga punya haiwan peliharaan yang bernama Comel!
            “Memanglah aku dah tahu apa nama kau tapi nama kau tu tak sedap.”
            Mata Nan terbeliak. Amboi! Suka suki lelaki ini saja cakap namanya tidak sedap. Ugh!
            “Aku lebih suka panggil kau Comel sebab nama tu lebih sedap didengar dan sesuai untuk kau,” ujar Arel bersama senyuman herot.
            “Menyakitkan hati!” gumam Nan tidak puas hati.
            “Bilik apa ni?” soal Arel sambil meliarkan pandangan di segenap bilik.
            “Library,” jawab Nan sepatah sebelum mengalihkan semula pandangan ke arah skrin laptop.
            Arel mengerutkan dahi. Library? Apa yang dia dapat lihat, hanya ada dua rak sederhana besar di dalam bilik itu yang dipenuhi dengan buku. Semuanya buku novel. Library apa pulak kalau setakat ada sedikit saja buku di dalam bilik itu?
            Nan tidak mempedulikan Arel yang semakin menghampirinya. Jari jemarinya ligat menaip sesuatu. Fokusnya tidak terganggu apabila Arel menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
            “Kau tengah buat apa?” soal Arel sambil matanya juga terarah pada skrin komputer riba Nan.
            “Jemur kain,” jawab Nan selamba dengan nada suara yang mendatar tetapi terselit juga sindiran buat Arel.
            Arel hanya tersengih apabila mendengar jawapan Nan. Sudah jelas Nan tengah menaip, lagi nak tanya.
            “Tengah taip apa?” tanya Arel lagi.
            “Cari calon suami.” Kali ini Nan menjeling sekilas ke arah Arel di sebelah.
            “What?!” Arel menolak sedikit bahu Nan sebelum tangannya mencapai laptop Nan dan membaca apa yang ditaip oleh Nan.
            “Apa tolak-tolak ni?” Ish! Nan merengus kasar. Tangannya di silangkan ke dada sambil memerhatikan Arel dengan riak wajah yang tidak puas hati.
            “Kau tahu tak menipu tu berdosa.” Arel menoleh memandang Nan dengan kening di angkat sebelah.
            Nan menjulingkan matanya ke atas. “Tepilah!”
            “Kenapa?” tanya Arel apabila Nan sudah kembali menghadap skrin laptop.
            “Kenapa apanya?”  soal Nan tidak puas hati. Dia yang ingin menaip pun tidak senang.
            “Kenapa nak cari tukang masak?” Arel menyandarkan badan pada kerusi sambil matanya merenung ke arah Nan.
            “Tak payah nak sibuk!”
            “Segala hal kau, aku kena sibukkan diri sebab kau kan isteri aku.”
            Nan menjeling Arel sambil bibirnya mencemik. Eleh!
            “Jawablah…”
            “Nak jawab apa? Haish! Kau boleh tak jangan ganggu aku.” Nan memalingkan badan menghadap Arel di sisinya sambil bercekak pinggang.
            “Nope! Until I get the answer.” Arel menyilangkan tangan ke dada.
            “Ish, menyusahkan!” Nan menghembus nafas kasar sebelum menyambung bicara. “Aku tengah cari tukang masak sebab aku perlukan la. Itu pun tak boleh fikir ke?” jawab Nan malas.
            “Restoran kau tak ada tukang masak ke?” soal Arel dengan kerutan di dahi.
            “Tak ada!”
            “Restoran apa yang buka sampai tak ada tukang masak ni?” Arel menjadi bingung. Yalah, mana ada restoran yang tak ada cef. Selama restoran Nan beroperasi, siapa pula yang memasak?
            “Kau tahu ke aku buka restoran apa?” soal Nan sambil mata dikecilkan memandang Arel.
            “Lah… restoran makanan la.” Arel yang diajukan soalan sedemikian oleh Nan semakin pelik.
            “Aku jual kek dan cupcake je la.” Nan mengambil beberapa helaian kertas yang baru saja di print. Kertas itu diperhatikan seketika sebelum Arel merampas daripada tangannya. Nan menjadi bengang.
            “Oh, kedai pastri? Aku tak tahu la pulak. Jadi selama ni kau jual kek dan cupcake je la? Hmm, kau ke yang buat?” tanya Arel sambil matanya melihat kertas yang berada di tangannya itu. Segala syarat yang diperlukan Nan dibaca dengan teliti.
            “Ya! Boleh tak aku minta balik kertas yang kau rampas tu?” Wajah Nan menjadi kelat.
            “Hmm, kenapa sekarang nak cari tukang masak pulak? Kek dan cupcake kau ta laku ke?” soal Arel lagi tanpa mempedulikan permintaan Nan itu.
            “Ish!” Nan merengus. “Kek dan cupcake aku laku la! Aku nak cari tukang masak sebab aku nak hidangkan juadah juga. Aku tak nak setakat kek dan cupcake saja dihidangkan. Now, my paper Arel!” Sekali lagi Nan meminta kertas pencarian tukang masak itu daripada Arel.
            “Kau dah tahu siapa aku?” Arel memandang Nan dan sekali lagi tidak mengendahkan permintaan Nan.
            Nan mengerutkan dahi. Haish! Lelaki ini tiba-tiba tukar topik kenapa? Tak ada kaitan langsung dengan aku yang tengah cari cef la!
            “Boleh tak jangan tukar topik? Bak sini kertas tu!” Nan menadahkan tangan kanannya kepada Arel tetapi Arel hanya memandang sepi tangannya.
            “Susah sangat ke nak jawab soalan aku?”
            “Eeee! Masalahnya soalan kau tu tak ada kaitan langsung dengan kertas yang kau tengah pegang tu.” Nan semakin bengang dengan Arel yang seakan-akan sedang bertarik tali dengannya.
            “Kalau kau tahu aku siapa, kau tentu tahu soalan aku ni ada kaitan dengan kertas yang aku pegang ni.”
            Nan menggaru pipinya. Ada kaitan ke? Haish! Menyusahkan betul la lelaki ni. Suami siapa la yang menyusahkan ni? Aik, suami kau tu Nan!
            “Kan aku dah pernah cakap, kau tu anak orang kaya yang berlagak, kerek, kaki perempuan, playboy, buaya, romea, kasanova dan semua yang seerti dengan perkataan yang aku sebut ni la!” Haish! Suka sangat agaknya aku ingatkan yang dia tu playboy.
            Arel mengeluh perlahan. Haih! Perempuan ni betul-betul tak tahu pasal aku.
            “Macam mana pulak kau boleh tak tahu aku siapa?” soal Arel tidak puas hati. Yalah! Wajahnya selalu saja terpampang di majalah, keratan akhbar, internet dan televisen tentang kehebatannya dalam dunia masakan. Boleh pulak Nan tak tahu dia siapa? Isterinya sendiri tidak tahu dia siapa!
            “Eeee! Wajib ke aku tahu kau siapa? Kau tu VVIP ke? Anak raja? Hah?” Pelik betul dia dengan Arel. Beriya-iya sangat nak dia tahu siapa lelaki itu sebenarnya. Kenapa? Ish! Buang masa je!
            “Eh, semua orang dalam dunia ni tahu aku siapa. Kenapa pulak kau tak tahu aku siapa?” Arel menjadi geram dengan Nan. Pertama kali dia jumpa dengan orang yang tidak kenal dia siapa.
            “Melampaunya! Semua orang dalam dunia ni kenal kau siapa? Masuk bakul angkat sendiri la kau.” Nan tergelak sinis. Aiseh!
            “Tak percaya sudah! Aku rasa kau ni macam katak.”
            “Apa?!” Terbuntang mata Nan apabila dia disamakan seperti katak. Eh, dia yang cantik dan comel loteh ni disamakan dengan katak yang hodoh? Jauh panggang dari api!
            “Betul la! Kau tu umpama katak di bawah tempurung. Langsung tak tahu apa-apa.”
            “Eeee! Suka hati kau je cakap aku macam katak di bawah tempurung. Apa bukti kau cakap aku macam tu?” soal Nan tidak puas hati.
            “Buktinya cukup jelas. Kau tak kenal aku cukup membuktikan kau umpama katak di bawah tempurung.”
            Tajam matanya merenung wajah Arel yang selamba itu.
            “Shasha pun tahu aku siapa. Takkan la kau tak pernah tanya dengan Shasha aku siapa?”
            Nan mencebik. “Memang la aku pernah tanya tapi dia tak nak beritahu.”
            “Dah tu tak reti lagi ke cari dalam Internet aku siapa? Itu pun nak aku ajar ke?”
            “Tak payah! Buang masa je!”
            Arel semakin geram dan bengang dengan gadis dihadapannya. Selamba saja Nan cakap dengannya bahawa mencari siapa dirinya di dalam Internet itu buang masa? Haish!
            “Cari je la!” paksa Arel.
            “Jangan nak paksa aku la! Kalau aku tak nak tu tak nak la. Ugh!” Dengan rasa sebal Nan print semula apa yang ditaipnya tadi. Malas hendak bertegang urat dengan Arel.
            “Kau ni kan! Ikut je la apa yang aku cakap. Itu pun susah ke?”
            “Eleh! Buat apa pulak aku nak ikut cakap kau.” Kertas yang sudah di print di ambil. Belum sempat melarikan diri, Arel sekali lagi merampas kertasnya membuatkan amarah Nan semakin mencanak naik.
            “Arel!!!”Jerit Nan sambil tangan dikepal kuat. Matanya juga tajam mencerlung memandang Arel.
            “Sebab aku suami kau jadi kau wajib ikut cakap aku.”
            “Kau tu sekadar suami atas kertas je. Jangan nak lebih-lebih! Bak sini kertas aku!”  Nan mendekatkan tubuhnya dengan Arel, mencuba untuk mengambil kembali kertas tadi daripada Arel. Tetapi Arel lebih pantas melarikan tangannya ke belakang agar Nan tidak dapat merampas kertas di tangannya.
            “Arel! Kau ni kenapa?” Kesabarannya semakin tipis. Lelaki di hadapannya ini amat menyakitkan hati. Tiga hari hidup bersama Arel, hatinya selalu saja didera. Tak suka!
            “Kau nak kertas ni?” soal Arel sambil menaikkan sebelah keningnya bersama senyuman herot.
            Nan yang melihat senyuman herot Arel semakin benci. Baginya Arel tengah mempermainkannya.
            “Ya, mangkuk!”
            Arel merengus apabila Nan memanggilnya mangkuk. Dia yang kacak lagi bergaya dipanggil mangkuk? Hati mana yang tidak geram!
            “Kalau kau nak, kau kena jawab soalan aku dulu. Kalau betul, baru aku kembalikan kertas ni.”
            “Ish! Soalan apa?” soal Nan malas. Entah-entah Arel ni peguam kot? Yalah! Bercakap dan bertekak mulut dengan Arel, dia tidak pernah menang. Ada saja modal lelaki itu untuk kenakan dan menyakitkan hatinya.
            “Siapa aku?”
            Nan cuba untuk mententeramkan hatinya yang bergelegak marah. Dadanya yang berombak dan susun atur hembusan nafasnya yang tidak keruan ditenangkan. Soalan Arel membuatkan suhu amarahnya semakin tinggi.
            “Apa masalah kau dengan soalan siapa kau tu, hah?”
            “Tak ada masalah. Aku cuma ada masalah dengan kau je. Aku tak akan puas hati selagi kau tak jawab soalan aku tu dengan betul.”
            “Penting sangat ke untuk aku tahu siapa kau?” Mata Nan yang bulat disepetkan merenung Arel. Bengang betul dengan Arel kala ini.
            “Penting! Imej aku terjejas apabila kau tak tahu aku siapa.” Tak boleh diterima langsung. Hei, dia Tengku Putera Shayarel Amer! Cef terkemuka dunia. Sebut saja namanya, pasti semua orang tahu.
            “Ish! Kau ni memang menyusahkan aku! Imej terjejas konon… Imej sebagai seorang king of crocodile ke yang akan terjejas?” Entah apa saja yang lelaki ini merepek. Apa? Lelaki ini selebriti ke?
            “Jawab je la! Siapa aku?”
            “Orang kaya,” jawab Nan malas.
            “Betul tapi aku nak jawapan lain.”
            “Playboy!”
            “Betul tapi bukan itu jawapan yang aku nak dengar.”
            Nan tersenyum sinis. Mengaku juga diri tu playboy.
            “Kasanova!’
            “Comel!”
            “Romeo antarabangsa!” kutuk Nan lagi.
            “Comel!” Haish, dia ni kan!
            “Raja antara semua buaya dalam dunia.” Senyuman sinis dilemparkan.
            “That’s it!” Arel berdiri sambil memandang tajam Nan yang juga sudah berdiri menghadapnya.
            “Tak betul ke?” Nan memeluk tubuh sambil menjongketkan sebelah kening.
            “Kertas ni aku ambil.” Arel menoleh dan mengorak langkah. Lagi lama dia bersama Nan, makin gila dia dibuatnya. Boleh pecah kepalanya jika terus-terusan mendengar Nan mengutuknya.
            “Arel! Kembalikan kertas aku!” Jerit Nan. Dia mendengus kasar apabila Arel sudah pun hilang daripada pandagan mata.
            “Eeee! Mamat kerek ni memang menyakitkan hati betul! Macam la dia tu orang yang terpenting di dunia sampai aku perlu dia tu siapa. Pirah!” Masam dan merah wajah Nan kerana bengang dengan Arel. Tetapi seketika kemudian, hadir senyuman di bibinya apabila matanya satu objek di atas meja kerjanya. Laptop!
            “Nak sakitkan hati sebab Arel buat apa? Macam la aku tak boleh print balik kertas tadi.” Wajah Nan bertukar ceria.
            Namun, belum sempat dia berbuat demikian, ada tangan kasar yang mengambil komputer ribanya. Mata Nan terbuntang apabila melihat gerangan si dia yang menculik komputer riba kesayangannya.
            “Lupa pulak aku nak ambil laptop ni.” Arel menghadiahkan senyuman mautnya bersama kenyitan mata buat Nan yang terkelu lidah.
            Nan hanya terkebil-kebil melihat kelibat Arel yang akhirnya hilang daripada bilik. Beberapa saat kemudian, wajahnya yang terpinga-pinga tadi bertukar merah macam buah tomato.
            “Arel!!!”

“KAU tengah buat apa?”
            “Jemur kain.” Kek cawan yang baru saja dikeluarkan daripada oven diletakkan di atas meja.
            “Aik? Dari tadi jemur kain tak siap-siap lagi?” Arel hanya melihat kek cawan yang masih panas itu. Kerusi di tarik dan punggungnya dilabuhkan.
            “Tak sebab ada langau yang mengacau.” Nan menjeling sekilas ke arah Arel yang tengah mendongak dagu di atas meja.
            “Ya? Mana langau? Tak nampak pun,” balas Arel selamba. Dia tahu Nan tengah buat kek cawan tapi mulutnya yang laju untuk bertanya Nan tengah buat apa. Nan jawab tengah jemur kain jadi dia pun teruskan saja dengan isu jemur kain. Itu juga jawapan Nan ketika di bilik bacaan tadi.
            “Orang yang tengah bertanya tu la langau.” Kek cawan yang seterusnya dikeluarkan daripada oven kedua dan diletakkan di hadapan Arel.
            “Ya? Lah… aku tak pernah tahu pulak aku ni langau. Setahu aku, aku ni manusia. Ke kau yang dah buta, Comel?” Dia tahu Nan cuba untuk mengenakannya tapi dia juga punya idea untuk mengenakan Nan balik.
            “Lah… aku tak cakap pun kau tu langau. Ada aku cakap Tengku Putera Shayarel Arel tu langau? Yang kau perasan sangat kenapa? Tapi orang-orang tua cakap, siapa yang makan cili, dia la yang terasa pedas.”
            Cis! Aku juga yang kena akhirnya, getus hati Arel. Dia hanya tersengih memandang Nan yang langsung tidak memandangnya.
            “Tengah buat cupcake ke? Cupcake apa?”
            “Entah!” jawab Nan sepatah. Dia malas ingin melayan Arel. Sakit dan bengang dengan Arel tentang kejadian di bilik bacaan tadi belum surut lagi.
            “Aik? Dia yang buat cupcake, dia pulak yang tak tahu cupcake apa.” Arel mencapai sebiji kek cawan yang masih lagi panas. Di cuit sedikit sebelum ditiup dan dimasukkan ke dalam mulut.
            “Eh, siapa suruh kau culik cupcake aku?” Nan yang tengah berdiri di depan oven bercekak pinggang memandang tajam wajah Arel yang seenaknya mengambil kek cawannya.
            “Saja… Hmm, pisang. I like!”
            “Sedap?” soal Nan.
            “Yep!” Tanpa sedar Arel memuji kek cawan yang dibuat oleh Nan itu.
            “Memang sedap pun. Aku dah lama tahu,” ujar Nan membangga diri.
            Arel yang mendengar mencebik. Ek eleh! Baru puji sikit dah riak.
            “Cupcake kau memang sedap tapi kenapa masakan kau tak sedap?”
            “Dah memang aku tak pandai masak. Nak buat macam mana?” Nan turut melabuhkan duduk di hadapan Arel. Kek cawan dibiarkan sejuk sebelum dia mula menghias dan meletakkan krim di atasnya.
            “Kalau tak tahu belajarlah. Malas la kau ni!” Selamba saja Arel mengutuk sambil tangannya mencapai kek cawan Nan buat kali kedua.
            “Amboi! Suka hati kau je cakap aku malas. Aku tak minat la dengan masak memasak ni. Aku minat buat kek dan cupcake je.” Nan hanya membiarkan Arel mengambil kek cawannya. Lagipula, kek cawannya yang dibuatnya bukan untuk dijual. Dia sekadar buat untuk mereka resepi baru.
            “Kenapa pulak tak minat? Habis suami kau nak makan apa?”
            “Eleh! Apa susah, aku cari je la suami yang bekerja sebagai seorang cef. Biar dia masakkan untuk aku.”
            Arel yang mendengar bicara Nan tersenyum. Nasib kau baik, Comel. Kau memang berkahwin dengan seorang cef. Malah cef yang terkemuka di dunia. Malangnya kau je yang tak tahu.
            “Tapi malangnya aku kahwin dengan kau. Kau pun tak tahu memasak. Punah terus harapan aku, tahu!”
            Senyuman Arel terus mati. Kunyahan di dalam mulutnya juga berhenti. Matanya tajam merenung wajah Nan. Dia kata dia malang sebab kahwin dengan aku?
            “Punah harapan? Eh, harapan kau tu tak hancur kalau kau tahu aku siapa.”
            Nan menjulingkan mata ke atas sambil melepaskan keluhan malas.
            “Kenapa isu tentang siapa kau dibangkitkan? Ish, kau ni kan! Eh, siapa kau tu tak ada kena mengena langsung dengan harapan aku untuk kahwin dengan seorang cef.” Wajah Nan cemberut. Balik-balik isu itu yang disebut. Penting sangat ke untuk aku tahu siapa Arel yang sebenarnya.
            Arel hanya menjongketkan bahu. Dia terus-terusan mengunyah dan mencapai kek cawan Nan untuk kali keempat.
            “Apa kata kau je yang beritahu aku kau siapa?”
            “Tak nak!”
            Pulak dah! Beriya-iya nak aku tahu dia siapa tapi bila aku tanya, dia tak nak beritahu pulak. Haish!
            “Kalau kau nak tahu, kau kena usaha sendiri. Aku tak akan beritahu.”
            Nan mencebik. Eleh! Kalau begitu, memang aku confirm tak akan cari kau siapa. Buang masa je. Tak penting pun!
            “Dinner.”
            “Hah?” Kenapa pulak si Arel ni sebut perkataan dinner?
            “Mana dinner?” soal Arel.
            “Kenapa tanya aku?” Nan menjadi pelik.
            “Mestilah aku tanya kau sebab kau kan isteri aku. Jadi mana dinner aku wahai sang isteri?”
            “Kau ni hilang ingatan ke apa?”
            “Kenapa?” Arel berhenti daripada mengambil kek cawan Nan. Dia lapar dan dia perlukan makanan yang berat untuk mengisi perutnya.
            “Wahai sang suami, isterimu ini tak pandai masak, okey!” Eleh! Baru je tadi tanya aku kenapa tak pandai masak, sekarang dia boleh pulak tanya tentang dinner.
            Arel melepaskan keluhan. Aduh! Aku nak makan apa pulak? Takkan la makan kek cawan je? Tak boleh! Tak boleh!
            “Tak boleh diharap la kau ni, Comel.”
            “Kalau kau lapar, kau je la yang masak.” Nan tersenyum sinis.
            Arel menjongketkan sebelah keningnya. Dia memasak? Boleh je tapi nanti Nan tahulah dia siapa sedangkan dia mahu Nan berusaha untuk tahu dia siapa tanpa dia tunjuk. Makan luar? Tapi penyakit M tengah berleluasa di dalam dirinya. Penyakit MALAS!
            “Kenapa? Tak pandai masak? Aku dah agak!” Nan tergelak sinis sebelum bangkit daripada duduk dan menyediakan bahan untuk menghias kek cawannya.
            “Siapa kata aku tak pandai masak?” Tercabar egonya apabila Nan mengejek dia tidak pandai memasak.
            “Kau pandai ke?” Tanya Nan sinis. Mustahil! Anak orang kaya macam Arel ni mustahil tahu memasak.
            “Tak percaya? Masakan yang aku masak lebih sedap daripada kau.” Arel turut berdiri sambil merenung Nan yang tengah berpeluk tubuh memadangnya. Pandangan yang jelas tengah memperlekehkan tentang apa yang dia katakan.
            “Walaupun aku tak tahu memasak, aku cukup yakin yang masakan aku lebih okey daripada masakan kau. Kau tu, entah-entah garam dengan ajinomoto pun tak dapat nak bezakan.”
            “Jangan cabar aku, Comel. Menangis tak berlagu kau nanti.” Arel turut memeluk tubuh dan melemparkan senyuman sinis.
            “Aku tak mencabar tapi kau tercabar ke? Aku takut kau yang menangis air mata darah nanti.” Nan turut tersenyum sinis.
            “Kalau kau tahu aku siapa, kau tak akan cabar aku, Comel. Kau tak akan berani cabar aku. Aku berani kerat jari la!”
            Nan menjulingkan mata ke atas. Haish! Balik-balik isu tentang siapa dia dikaitkan. Berani kerat jari konon. Angkuh!
            “Ya… aku tahu kau siapa. Kau anak orang kaya yang sudah tentunya punya tukang masak sendiri. Aku juga berani penggal kepala yang kau tu tak pandai memasak.”
            “Fine!”
            “Fine!”
            “Kau serius?” soal Arel bersama senyuman herot. Comel… Comel… kau akan kalah la.
            “Kenapa? Takut?” Pada pandangan Nan, senyuman herot Arel itu penuh sinis.
            “Aku takut? Aku tak pernah takut!”
            “Kalau macam tu kita buat pertandingan memasak.”
            “Aku okey je tapi aku takut kau malu pulak bila kalah nanti.”
            “Aku tak akan malu sebab aku tak akan kalah. Ke kau yang takut malu nanti? Yalah, sebab aku pasti sangat yang kau akan kalah.” Ada hati nak lawan dengan aku? Sedarlah diri wahai lelaki! Lelaki kalau memasak confirm masakan yang dimasak jahanam. Lumrah!
            Comel… Comel… Lupa ke kebanyakan cef di restoran itu lelaki. Lagipula kau tengah bermain api dengan aku. Aku cef yang mendapat pengiktirafan di dunia la, Comel!
            “Aku tak akan malu Comel. Fine! Kita bertanding. Dalam masa sejam kita bertanding.”
            “Okey! Pengadilnya biar Shasha. Baru adil! Macam mana?”
            “Fine with me!”
            “Lagi satu, kalau aku menang kau akan jadi kuli aku selama seminggu. How is it?” Hah! Bersedialah Arel! Sediakan dirimu dari segi mental dan fizikal untuk menjadi kuli aku. Aku akan dera dan buli kau cukup-cukup. Yes!
            Arel tersenyum nipis sambil menjongketkan sebelah kening kepada Nan. Amboi! Ada hati nak kenakan aku nampak? Nak jadikan aku kuli? Jangan harap, Comel.
            “Okey, tak ada masalah. Tapi itu kalau kau menang. Kalau aku yang menang, aku nak kau pulak yang jadi kuli selama seminggu dan…” Arel berjeda seketika dan Nan hanya menanti penuh sabar.
            “Dan aku nak jadi cef untuk restoran kau tu.”
            Nan terdiam seketika. Jadikan Arel sebagai cef di restorannya? Nak bagi pelanggan aku lari ke?
            “Kenapa diam? Takut kalah ke?”
            “Aku tak akan kalah! Fine, kalau kau menang apa yang kau minta tu aku akan turuti.” Nan tersenyum sinis. Mustahil! Jangan risau, Nan. Arel tak akan menang punya.
            “Fine! Then, call Shasha right now.” Arel segera berlalu daripada dapur sambil bersiul kecil. Dia hanya tenang malah hatinya puas dan gembira apabila dia dapat mengenakan Nan akhirnya. Dendam kerana Nan mengenakannya sebelum ini akan terbalas.
            “Kau akan menyesal Arel.” Nan meletakkan kek cawan yang dibuatnya tadi ke dalam peti sejuk yang besar miliknya.
            “Nope! Kau yang akan menyesal. Trust me!” Balas Arel sebelum tubuhnya betul-betul hilang ke tingkat atas.
            Nan hanya mencebik. Eleh! Yakin betul.

p/s: again lmbt post n3 bru, sorry guys :(  ... n3 kli ni sy post pnjg ckit so i hope you guys enjoy k n jgn lpa komen ^_^

7 comments: