Friday 21 February 2014

Comel Is My Pet 23



“KENAPA kau call aku?”

            “Assalamualaikum,” perli Nan apabila Shasha terus mengajukan soalan sebaik saja pintu dibuka.
            “Erk… sorry!” Shasha tersengih menerima jelingan daripada Nan. “Jadi?”
            “Apa?”
            “Lah… soalan aku tu, jawablah. Kenapa call aku suruh datang sini?”
            “Aku nak kau jadi pengadil.” Setelah pintu ditutup, Nan kembali ke dapur manakala Shasha dibelakang membuntuti.
            “Aku jadi pengadil?” Kerutan mula muncul di dahi Shasha. “Aku jadi pengadil apa?”
            “Ya, Shasha. Awak akan jadi pengadil untuk kita orang.” Arel tiba-tiba saja muncul di muka pintu dapur dan bersandar dengan lagak sempoi.
            “Saya tak faham, Ku Putera.”
            Nan yang mendengar Shasha membahasakan diri Arel sebagai Ku Putera mencebik. Kenapalah Shasha nak panggil Arel macam tu? Aku tahu la pangkal nama Arel ada Tengku tapi tak payah la sampai nak hormat dia macam tu sekali.
            “Lah… kan saya dah pernah kata, jangan panggil saya Ku Putera.” See! Shasha pun tahu aku siapa. Macam mana pulak kawan baik kepada Shasha a.k.a Comel tu tak tahu aku siapa?
            “Oh, maaf. Saya lupa.” Shasha menggaru pipinya sambil tersengih. Wajah cemberut Nan dipandang sekilas. Dia tahu Nan tidak suka dia memanggil Arel dengan panggilan Ku Putera.
            “Aik? Masamnya muka.” Shasha menjongketkan keningnya kepada Nan yang sedang memeluk tubuh.
            “Tak suka.” Bukannya Shasha yang dijeling tetapi lelaki yang berseluar paras lutut itu.
            “Kenapa jeling aku?” Arel senyum herot apabila Nan menjelingnya sekali lagi.
            “Aku tak suka kau hormatkan dia sangat sampai panggil Ku Putera.” Nan mencebik manakala Shasha dan Arel pulak tergelak kecil.
            “Dah memang itu namanya,” jawab Shasha.
            “Whatever! Bagi aku lelaki macam dia tu tak patut dihormati.”
            “Dengkilah tu.” Arel mengjongketkan sebelah keningnya bersama senyuman herot.
            “Aku tak dengkilah!” Nan mendengus.
            “Sudah… sudah! Jangan nak bergaduh depan aku. Belakang aku tak apa.”
            “Kenapa pula bergaduh belakang kau boleh?” soal Nan dengan kerutan di dahi.
            “Sebab aku tahu Arel akan pujuk kau selepas kau orang bergaduh. Pujuk memujuk antara suami isteri ni, ehem… kau faham-faham je la macam mana kan?” Tersungging senyuman nakal di bibir Shasha.
            Arel pulak sudah tergelak besar. Faham benar dengan apa yang dimaksudkan oleh Shasha.
            “Shasha! Kau jangan naikkan darah aku! Aku suruh kau datang sini untuk jadi pengadil, bukannya nak bagi aku bengang.” Nan merengus kasar. Rasa bengang dan geram berbuku di hati. Kurang asam jawa punya Shasha! Otak kuning!
            “Okey okey okey! Kita berbalik kepada tujuan asal kau call aku. Sebenarnya aku jadi pengadil untuk apa, Nan?” soal Shasha kepada Nan.
            “Kau jadi pengadil untuk pertandingan yang akan berlangsung sebentar lagi.”
            “Hah? Pertandingan?” Shasha semakin bingung. Pertandingan apa pulak ni?
            “Pertandingan memasak, Shasha,” jawab Arel pulak. Dia tahu Shasha akan terkejut dan ternyata sangkaannya betul apabila mata Shasha bulat.
            “What?!!” Terbuntang mata Shasha melihat Nan yang hanya selamba bersandar pada singki dapur sambil menyilangkan tangan di dada.
            “Yang kau terkejut sangat kenapa?” soal Nan kepada Shasha. Over betul reaksi Shasha.
            “Biar betul?” soalan Nan tidak dijawab.
            “Betul la! Kita orang akan bertanding memasak. Aku dan Arel. Dalam masa…” Nan berjeda seketika untuk melihat jam pada dinding.
            “Beberapa minit lagi,” sambung Arel pulak.
            “Hah, betul tu!” Nan mengiyakan.
            “Kau akan bertanding memasak dengan Arel?” Shasha seakan-akan tidak percaya apabila Nan mengangguk untuk menjawab pertanyaannya. Si Nan ni dah gila gamaknya. Dia yang tak tahu masak nak lawan dengan Arel yang merupakan seorang cef? Memang confim Arel menang!
            “Confirm kau kalah, Nan.”
            Nan menjeling tajam wajah Shasha. “Wei! Kau doakan aku kalah, Shasha! Baik betul kawan aku ni.”
            “Memang itu kenyataan, Nan. Kau bukannya pandai masak pun. Lepas tu, ada hati nak lawan Arel.”
            Arel hanya memandang dan mendengar perbualan antara dua orang sahabat itu. Bibirnya menguntum sebuah senyuman.
            “Aku tahu la aku tak pandai masak tapi kalau aku lawan memasak dengan lelaki lebih-lebih lagi Arel si mamt kerek ni, confirm aku menang. Dia tu entah pernah masuk dapur ke tak. Dia kalau nak makan petik jari  je, lepas tu tukang masak dia akan hidangkan makanan.” Ujar Nan sinis. Dia menjeling sekilas ke arah Arel tetapi lelaki itu hanya tenang tidak beriak.
            Arel menjongket sebelah kening mendengar bicara Nan itu. Amboi! Pandang remeh dengan aku nampak? Comel… Comel… kau akan dapat kejutan nanti. Jangan sampai kau meroyan nak gila waktu dah dapat kejutan nanti sudah.
            “Nan… kau tak tahu lagi ke Arel ni siapa?”
            Nan yang mendengar soalan Shasha merengus kasar. Apa kena dengan Shasha dan Arel ni? Hari ini saja, soalan tentang siapa Arel saja dikemukakan kepadanya. Haish! Tak suka!
            “Boleh tak jangan soal aku soalan tu. Kau dengan Arel sama je. Balik-balik tanya soalan yang sama. Apa? Penting sangat ke untuk aku tahu siapa Arel?” Mulut Nan sudah memuncung dan wajahnya juga kelat. Dia cukup anti dengan soalan ‘Siapa Arel’!
            “Nan… Arel tu sebenarnya…”
            “Tak payahlah beritahu dia Shasha. Dia tak minat nak tahu suaminya ni siapa.” Arel pantas mencantas. Dia tidak ingin merosakkan kejutan yang bakal Nan dapat sebentar nanti.
            “Eleh! Memang aku tak minat nak tahu kau siapa pun. Tak penting!”
            Shasha menggaru pipinya. Haish! Memang cari masalah la Nan ni. Macam manalah kawan aku ni tak tahu siapa Arel? Arel, cef terkemuka yang hebat dalam dunia masakan dan dianugerahkan dengan wajah yang sangat tampan, semua pun kenal. Lebih-lebih lagi para gadis.
            “Suka hati kau la, Nan. Jangan saja kau menyesal sudah. Hari tu aku suruh kau cari siapa Arel yang sebenar, tak nak.”
            Nan hanya mencebik. Eleh! Tak hairanlah!
            “Soshall we start the competition, Comel?” Arel sudah berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluarnya.
            “Why not?” Nan senyum sinis membalas senyuman herot Arel.
            “Okey okey okey, start! Aku nak naik atas. Aku malas nak tengok kau malukan diri depan Arel.” Selamba Shasha berkata-kata sebelum hilang dari dapur, menuju ke tingkat atas.
            Nan yang mendengar bicara Shasha itu menjadi bengang. Tak guna punya kawan. Bukannya nak sokong dan beri kata-kata penguat untuk aku, kutuk aku ada la! Tak apa, tak apa… Ini Nan! Tak akan mudah menyerah dan putus asa!
            “Tak nak tarik diri ke? Sempat lagi ni,” ujar Arel yang sudah pun menghampiri.
            “Buat apa pulak aku nak tarik diri.” Nan mencebik.
            Arel tersenyum herot sambil menguak rambut ke belakang. “Kau takut? Akan menyesal? Maybe?”
            Nan tersenyum sinis sambil menyingsing lengan bajunya. “Tak akan!”
            “Good!”

HIDANGAN yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan meja dipandang silih berganti. Kedua-dua hidangan yang dimasak adalah sama. Kari ayam, ikan tiga rasa dan daging lada hitam nampak amat menyelerakan. Dia yang sudah pun kenyang sebelum datang ke rumah Nan kembali lapar.
            “Rasalah. Lepas tu bagi komen,” ujar Nan yang hanya berdiri di hadapan meja memerhatikan Shasha.
            “Okey, aku rasa. Tapi hidangan sebelah kiri siapa yang masak? Sebelah kanan pulak siapa?” Shasha mula memegang sudu dan garpu di tangan.
            “Ala, tak payah la kau tahu. Lepas kau rasa baru aku beritahu kau.”
            Nan menjadi tidak keruan. Degup jantungnya pantas apabila Shasha mula menjamah makanan yang terhidang di sebelah kanan meja. Kawannya itu hanya diam menjamah dan merasa ketiga-tiga masakan. Reaksi di wajah gadis itu juga kosong. Sukar untuk dia tebak apa yang tengah bermain dalam fikiran gadis itu.
            Nan mengerling sekilas ke arah Arel yang tenang bersandar pada singki sambil menyilangkan tangan di dada. Wajah lelaki itu kosong. Tiada senyuman, tiada kegelisahan dan tiada kerutan. Dia yang tengah memegang kepala kerusi pula yang sudah berpeluh di dahi. Sejujurnya, dia amat terkejut dan terpempan apabila lelaki itu tangkas dan cekap memasak. Lelaki itu langsung tidak kekok di dapur malah gaya lelaki itu memasak tadi seolah-olah seperti seorang tukang masak. Gaya yang cukup santai dan bersahaja. Sedikit sebanyak keyakinannya luntur.
            “Macam mana?” soal Nan apabila dilihatnya Shasha sudah selesai merasa kedua-dua hidangan.
            Shasha mendongak seketika memandang wajah ingin tahu Nan sebelum tangannya mencapai napkin dan mengelap mulutnya. Segelas air kosong di tepi dicapai dan diteguk sedikit.
            “Aku ni bukanlah pakar dalam masakan ni…”Shasha memulakan mukadimahnya membuatkan Nan semakin hilang sabar.
            “Cakap je la,” gesa Nan.
            Arel senyum herot. Dia hanya berlagak tenang walhal ingin saja dia melepaskan tawa. Dia tahu Nan sudah tidak sabar ingin mengetahui keputusan daripada Shasha.
            “Sebelum tu, boleh tak aku teka hidangan kau yang sebelah mana dan hidangan Arel yang mana satu?” tanya Shasha.
            Nan mengerutkan dahi mendengar permintaan Shasha itu. Walaupun pelik, kepala tetap dijatuhkan membuatkan gadis dihadapannya itu tersenyum nipis.
            “Aku dapat teka, hidangan kau yang sebelah kanan dan hidangan Arel pula di sebelah kiri. Betul tak?” Shasha menaikkan sebelah keningnya untuk meminta pengesahan daripada Nan. Kemudian dikerling sekilas ke arah Arel dan dilihatnya lelaki itu hanya menundukkan kepala dengan senyuman herot tersungging di bibir.
            “Apa?” Nan tersentak. “Macam mana kau boleh tahu?” Buntang mata Nan tika itu.
            Shasha tergelak kecil melihat Nan yang jelas terkejut. Haih! Aku dah agak dah.
            “Shasha, janganlah gelak! Bagi tahu aku cepat! Macam mana kau boleh tahu?” Nan mengetap bibir. Geram!
            “Tak susah untuk aku teka, Nan. Believe me… senang macam sebut ABC.” Sekali lagi Shasha tergelak kecil diikuti dengan Arel.
            Nan menjeling tajam ke arah Arel yang turut sama tergelak itu. Arel yang melihat jelingan tajam Nan hanya tersengih menayangkan gigi putihnya kepada Nan. Sempat lagi lelaki itu mengenyitkan mata kepadanya membuatkan dia semakin kuat menggigit bibir.
            “Haha! Gelak gelak gelak! Gelak sampai tahun depan ya!” Mulut Nan memuncung sambil memeluk tubuh. Kurang asam jawa punya kawan dan suami!
            “Aik, merajuk?” ujar Arel setelah lama berdiam diri bersama sisa tawanya.
            “Diamlah!”
            “Nan… Nan… Janganlah merajuk. Okey! Aku beritahu kau keputusannya.”
            Nan diam tidak membalas. Hanya matanya yang merenung tepat wajah Shasha yang masih lagi duduk sambil bersandar dan bersilang kaki. Gaya cik muda kaya.
            “Hmm, keputusannya…” Shasha berjeda seketika. Sengaja ingin mendera perasaan Nan.
            Nan menajamkan renungan pada wajah Shasha. Arel pula memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluarnya. Tenang dan sempoi.
            “Pemenangnya…” Shasha berjeda sekali lagi dengan senyuman lebar pada bibir.
            Nan menjongket sebelah kening. Haish! Mahu saja dihempuk kepala Shasha dengan kuali. Biar benjol pun tak kisah.
            “Pemenangnya bukan kau Nan.” Senyuman di bibir semakin lebar apabila wajah Nan berubah kelat dan tegang. Lebih tepat lagi, wajah yang terpapar ialah wajah tidak puas hati!
            “I told you, Comel!” Sejurus itu Arel tergelak besar. Menerima jelingan tajam yang tidak putus daripada Nan membuatkan dia semakin tidak boleh berhenti ketawa.
            “Arel pemenangnya?!” Tempik Nan tidak puas hati. Tajam matanya minta penjelasan daripada Shasha yang hanya tersengih sambil mata melekat pada tab Samsung miliknya.
            “Yep!”
            “Mustahil!” Nan menoleh pandang pulak pada wajah Arel yang sedari tadi masih tergelak riang di sebelahnya.
            “Shut up, Arel!” Eeee! Bingit telinganya apabila Arel enak ketawakannya. Sakit hatinya apabila Arel yang menang dan bukan dia.
            “Awak kalah, Comel.” Tutur Arel akhirnya apabila dia sudah mampu berhenti ketawa. Tetapi senyuman yang terukir di bibir tetap lebar dan menyakitkan hati bengang Nan.
            “So what!” Nan ingin melangkah pergi. Tiada guna dia berlama di dalam dapur jika hatinya hanya akan semakin bengang dan sebal.
            “Eh… eh, nak pergi mana tu? Kita belum selesai lagi, Comel.”
            “Apa?” tanya Nan kasar. Melihat senyuman di bibir lelaki itu, hatinya semakin sakit. Baginya senyuman itu senyuman mengejek dan penuh riak.
            “Nah!” Tiba-tiba Shasha menghulurkan tab Samsungnya.
            Nan mengambil malas huluran Shasha sebelum matanya beralih pada skrin tab.
            “Tak mungkin!” Nan terkedu. Kelu lidahnya untuk melanjutkan bicara. Apa yang dibacanya pada skrin tab itu dirasakan amat mustahil. Arghhh! Mustahil!
            TENGKU PUTERA SHAYAREL AMER CEF TERKEMUKA DUNIA!
            “Lain kali, jangan jadi macam katak,okey? Kena tahu siapa suami kau yang sebenarnya.” Ujar Arel sinis sebelum berlalu meninggalkan Nan yang masih lagi terkebil-kebil dengan mata yang setia melekat pada skrin tab milik Shasha. Shasha pulak sudah menghilangkan diri ke tingkat atas.
            Arel cef terkemuka dunia? Mamat kerek tu? Suami tanpa rela aku tu? Suami yang banyak menyakitkan hati aku tu? Dia!
            “Oh, ya! Jangan lupa tentang syarat yang dikemukan kalau aku menang tu ya! Bermula dari esok, kau jadi kuli aku dan bila restoran kau kembali beroperasi, aku jadi tukang masaknya. Selamat malam! Jangan meroyan, okey?” Arel mengangkat kaki meninggalkan dapur sambil tergelak jahat.
            ‘Comel dah jadi speechless!’

KRING!!!
            “Bising…” Dengan tubuh yang masih lagi diselimuti gebar dan bantal menutupi wajah, Nan menggumam malas.
            Tok! Tok! Tok!
            Kali ini pintu bilik pula yang diketuk. Kuat bagaikan ingin diroboh saja lagaknya.
            “Aduh!”
            Lena Nan terganggu. Bantal yang menutup wajah ditekup kuat. Bunyi jam loceng dan ketukan pintu yang bertalu-talu pada masa yang sama begitu membingitkan telinga. Rasa ingin pecah gegendang telinga.
            “Huh!” Tidak tahan dengan seksaan bunyi yang boleh memecahkan kepala, Nan menghumban bantal yang menekup wajah ke lantai. Dengan mata yang masih terpejam dan kerutan di dahi, tangan kanannya meliar mematikan jam loceng.
            Bibir mengukir senyuman saat suasana kembali sunyi. Sunyi yang tidak akan lagi menyeksa telinga dan mengganggu dia dari terus tidur. Namun bibir yang tersenyum mati apabila ketukan pintu kedengaran.
            “Jangan kacaulah!” Jerit Nan dengan rasa geram. Mata masih lagi tertutup. Mulut je yang buka.
            “Baru aman dunia.” Bibir yang merekah merah kembali tersenyum puas. Jam loceng sudah dimatikan dan ketukan pintu juga sudah tidak kedengaran. Tubuhnya di pusing ke kanan dan memeluk bantal peluknya. Sambung tidur…
            “Gempa bumi! Gempa bumi!” Tiba-tiba ada suara panik yang menjerit kuat.
            “Malaysia tak ada gempa bumi,” gumam Nan dengan mata yang masih lagi belum dicelik. Langsung tidak panik. Yang dia tahu hanya tidur dan terus tidur.
            “Tsunami! Tsunami!” Jerit suara lantang itu sekali lagi apabila Nan tidak memberi sebarang reaksi tadi.
            “Rumah aku bukannya tepi laut pun,” jawab Nan perlahan lagi dengan selamba.
            Pulak dah! Dia ni, ada saja nak dijawab. Tak takut langsung. Haish! Memang kuat tidur ke apa perempuan ni?
            “Rumah terbakar! Rumah terbakar!”
            “Tak ada bau asap pun.” Nan menukar posisi. Dia mengiring ke kiri bersama bantal peluk yang tidak dilepas.
            “Rumah nak runtuh! Rumah nak runtuh!”
            “Ala… biarlah! Dah nak runtuh, nak buat macam mana?” Kerutan sudah mula timbul di dahi. Pelik betul mimpinya ini. Segala bencana alam dan tragedi dijerit di telinganya. Macam betul la pula.
            “Tak best la mimpi ni!” Nan merungut tidak puas hati.
            “Puan Hamsiah datang! Puan Hamsiah datang!” Jerit suara itu lagi lantang dan cemas.
            Puan Hamsiah? Eh, kejap! Macam pernah dengar nama tu. Oh, crap! Ibu!
            Mata yang terpejam rapat terus terbuka luas. Dek rasa terkejut, bantal peluk yang dipeluk sedari tadi terhumban entah ke mana. Laju saja Nan bangun dan menolak jauh gebarnya.
            “Mana? Mana?  Mana ibu?” Matanya merewang ke segenap penjuru biliknya. Mencari kelibat ibunya yang berjaya membuatkan penyakit M untuk bangun pagi terhapus pergi.
            “Baru nak bangun?”
            Mata Nan terus beralih pada wajah tampan yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di kaki katil. Berkerut dahinya apabila melihat wajah tidak puas hati itu. Pelik juga apabila memikirkan bagaimana lelaki itu boleh berada di dalam biliknya.
            “Bila aku sebut nama ibu, baru nak bangun,” bebel Arel.
            Nan diam tidak membalas. Dia hanya terkebil-kebil melhat wajah kelat Arel itu.
            “Boleh pulak kau menjawab dalam tidur tadi. Kalau betul ada apa-apa berlaku, memang kau dah lama gol dalam kubur tahu!” Laju saja mulut itu membebel dengan mimik muka yang jelas tengah geram.
            Nan menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Rambutnya saja sudah kusut masai. Macam hantu pun ya juga. Boleh geng dengan hantu Kak Limah.
            “Kau ni memang kuat tidur ke? Liat betul nak bangun!” Marah Arel lagi. “Hah! Kenapa diam?”
            “Kau tengah marah aku ke?” soal Nan dengan wajah blur. Ditoleh sebentar ke kiri dan ke kanan untuk mencari gerangan yang dimarahi oleh Arel tetapi tiada. Hanya dia yang berada di atas katil. Masih mamai lagi.
            Mata Arel pulak sudah terbuntang mendengar soalan Nan itu.
            “Kau ada nampak orang lain ke dalam bilik ni selain kau?” Tajam matanya merenung wajah mamai Nan itu.
            “Emm…” Nan menggaru pipinya. “Ada…”
            “Ada?” Besar mata Arel memandang wajah Nan.
            “Haah. Kau pun orang kan? Selain aku, kau pun ada dalam bilik aku kan?” Tangan Nan menutup mulut yang menguap. Mata yang segar apabila mendengar nama Puan Hamsiah tadi kembali berat.
            “Menjawab!” Bibir diketap geram.
            “Mulut memang untuk menjawab.” Nan menguap sambil tangan menutup mulut. Ditenyeh mata beberapa kali. Sungguh dia belum puas tidur lagi. Rasa mengantuk masih ada.
            “Dah! Dah! Dah! Sekarang aku nak kau bangun. Pergi mandi cepat!” Arel mengarah persis seperti seorang guru disiplin. Sebelah tangan bercekak pinggang dan sebelah lagi menuding jari ke arah kamar mandi.
            “Kenapa?” Tubuh kembali dihempas perlahan ke atas katil. Gebar yang melurut jatuh di kaki di ambil dan ditarik menutup tubuh. Dia langsung tidak mempedulikan wajah kelat dan garang Arel.
            “Comel!!!” Tempik Arel kuat tetapi gadis itu langsung tidak mengendahkannya. Haih! Perempuan ni boleh pula sambung tidur. “Bangun sekarang sebelum aku bangunkan kau!”
            “Mata tak boleh buka,” balas Nan selamba.
            Arel yang mendengar jawapan Nan semakin bengang. Bibirnya diketap geram dan rahangnya juga bergerak. Hendak membangunkan Nan sememangnya susah yang amat.
            “Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak bangun-bangun, jangan marah kalau aku buat sesuatu dekat kau.”
            Arel merengus kasar apabila Nan langsung tidak bergerak. Nan hanya diam tidak berkutik. Ugutannya dianggap remeh. Dengan wajah yang kelat, Arel bergerak meninggalkan Nan.
            Sesaat… Dua saat… Lima saat… Sepuluh saat…
            “Hihihi!!!”
            “Mak! Hantuuu!!!” Laju saja Nan membuka mata dan bangun daripada katil. Dia duduk di tepi katil, penjuru bilik sambil menekup kedua-dua telinga.
            “Haha… haha!!!”
            Disebalik tangan yang menutup telinga, sayup-sayup Nan terdengar suara lelaki yang sedang ketawa. Semakin lama, gelak tawa yang kecil menjadi besar. Mata yang tertutup dibuka. Perlahan-lahan kepala didongakkan.
            “Kau… kau takut… hantu? Haha… lawak!”
            Semerta wajah Nan membahang dan merah. Rasa mengantuk dan mamai sudah hilang. Rasa ingin bunuh orang pula yang muncul! Melihat Arel yang enak ketawa terbahak-terbahak sehingga memegang perut membuatkan dadanya ingin pecah. Termometer yang menyukat suhu amarahnya juga pecah!
            “Arel!!!” Nan bingkas bangun dan merenung tajam wajah Arel. Mata mencerlung seperti belati dan rahangnya bergerak sambil bibir diketap kuat.
            “Kau penakut ya?” soal Arel sebelum kembali menghamburkan ketawa. Baginya, riak wajah Nan yang ketakutan tadi amat menggelikan hati. Bulat terus mata yang sedia bulat itu apabila dia memainkan rakaman hilaian tawa pontianak yang dimuat turun daripada Internet. Makin lucu apabila mengenangkan Nan menjerit dan terus menyorok di penjuru bilik. Comel dan melucukan!
            “Shut up! Diam!” Nan menjerit bersama dada yang berombak ganas. Bantal di atas katil dicapai dan terus dihumban ke arah Arel tetapi lelaki itu lebih cekap mengelak. Makin tidak puas hati Nan.
            “Okey! Okey! Okey! Aku tak akan ketawa lagi.” Arel berhenti ketawa tetapi bibirnya tetap mempamerkan sengihan yang tidak dapat disembunyikan.
            “Apa sengih-sengih? Berhenti senyum!” Marah Nan lagi. Nada suaranya juga keras dan garang.
            “Aik? Senyum pun salah ke? Senyum tu kan sedekah.” Sekali lagi Arel tergelak kecil. Dia cuba untuk tidak gelak tetapi susah untuk ditahan. Memandang wajah Nan yang jelas merah dan masam, hatinya bagaikan digeletek.
            “Shut up! Kau sengaja kan? Kau… kau… kau memang tak guna!” Tempik Nan sekuat hati dek rasa bengang dengan Arel.
            “Aku buat apa?” soal Arel polos. Sengaja ingin membakar hati Nan dan ternyata gadis itu berang apabila dia dihumban sekali lagi dengan bantal.
            “Ish… ish… ish… Kesian bantal. Dia tak tahu apa-apa tapi kena campak dekat lantai.” Lirih suara Arel memandang bantal yang baru saja berjaya dielak di belakangnya. Apabila kepalanya kembali dipalingkan ke hadapan, sebiji bantal melayang menuju ke arahnya. Arel yang tidak bersedia tidak sempat mengelak.
            “Aduh!” Bantal yang dilempar mengena tepat pada wajahnya.
            Nan tersenyum sinis apabila lemparannya mengena. Sakit dan geram di hatinya berkurang sedikit tapi hanya sedikit.
            “Jangan nak tanya soalan bodoh la, Arel! Kau buat apa? Hei! Yang kau mainkan rakaman hilaian tawa pontianak tu tepi telinga aku kenapa? Kau sengaja nak cari pasal dengan aku kan?” Kedua-dua tangannya digenggam erat. Matanya memanah tajam wajah tidak bersalah Arel itu. Ugh!
            “Dah kau tu liat sangat nak bangun. Aku bangunkan la kau dengan cara tadi tu. Tak sangka pulak berhasil. Tapi lagi tak disangka yang kau boleh menjerit dan menyorok di penjuru bilik.” Terbit sengihan di hujung bibir lelaki tu.
            “Yang kau nak sangat aku bangun kenapa?” Nan memuncungkan mulut sambil berpeluk tubuh dan menghalakan pandangan ke arah lain. Tidak ingin dia terus-terusan menatap wajah Arel. Menyebalkan saja!
            “Kau dah lupa?” soal Arel dengan sebelah kening di angkat tinggi.
            “Apanya?” tanya Nan kasar. Entah apa-apa saja lelaki ini. Sudahlah mengganggunya awal pagi. Mengacau tidurnya dan menakutkannya. Eeee! Tak suka!
            “Kau dah lupa hari ni hari apa?”
            “Apa! Cakap je la! Tak payah nak tanya-tanya.” Nan merengus kasar. Kesabarannya kini sangat tipis.
            “Haish, kau ni! Jawab je lah apa aku tanya.” Kini Arel pula yang menjadi bengang. “Hari ni hari apa?”
            “Selasa,” jawab Nan malas.
            Arel yang mendengar jawapan Nan tidak puas hati. Lain yang dia nak dengar, lain yang dijawab. Haih! Tergugat kesabarannya melayan kerenah Nan.
            “Okey… semalam kita buat apa?”
            “Tidur.”
            “Comel!”
            Nan mendengus. Matanya masih lagi lari daripada wajah Arel. Namun dia tahu sangat riak wajah lelaki itu sekarang. Dari ekor mata, dia tahu Arel tengah bengang dengannya. Wajah lelaki itu kelat dan memandangnya tidak puas hati.
            “Jawab soalan aku betul-betul! Jangan nak naikkan darah aku, Comel.”
            Boleh darah tinggi dia dibuatnya apabila berhadapan dengan Nan. Berdepan dengan Nan, kesabarannya selalu saja menipis. Dia akan cepat bengang, geram, sakit hati dan selalu menempik marah. Jika dulu saat mula-mula bertemu dengan Nan, dia tidak berkelakuan seperti ini tetapi semuanya berubah sejak gadis itu memecahkan tembelangnya kepada nenda. Dia jadi berdendam dan marah walaupun kadang kala kelakuan gadis itu mencuitkan hati.
            “Aku jawab yang betul la! Kau nak dengar jawapan apa pulak?” Wajah serius Arel yang bagaikan pemangsa ingin menerkam mangsanya langsung tidak menggerunkan Nan. Dia tidak takut malah berani menjeling tajam lelaki itu dan kini membalas renungan tajam Arel.
            “Sekali lagi aku tanya… semalam kita berdua buat apa? Bukan tidur jawapannya sebab semalam aku tak tidur dengan kau pun. Jangan nak perasan.”
            Nan menggigit kuat bibirnya. Kata-kata yang terbit dari mulut Arel itu amat menyebalkan. Ingin saja dia koyak bibir ulas limau itu. Tanpa rela dan terpaksa, Nan memaksa otaknya untuk berfikir tentang apa yang mereka berdua buat semalam. Apabila mindanya kembali teringat tentang kejadian semalam, tanpa sedar bibirnya melepaskan keluhan tidak puas hati.
            “Kita buat apa semalam.” Soal Arel apabila dia yakin bahawa Nan sudah ingat tentang hal semalam apabila gadis itu menjelingnya.
            “Bertanding,” sepatah jawab Nan.
            “Bertanding apa?” soal Arel lagi dengan wajah yang serius.
            “Memasak,” sepatah juga jawab Nan.
            “Siapa menang?”
            Tak suka! Tak suka! Tak suka sebab Arel yang menang! Ugh! Sudah tahu kau yang menang, lagi nak tanya buat apa? Sengaja nak sakitkan hati aku, hah? “Kau.”
            “Bagus! Kau masih ingat. Aku ingatkan kau dah hilang ingatan sebab terlampau terkejut semalam,” ujar Arel sinis. “Jadi kau sebagai orang yang kalah, kena patuh dengan syarat aku kan?”
            Nan diam tidak menjawab. Pandangan mata dialihkan pada jendela bilik. Lagak Arel yang riak di kaki katil menjengkelkan dia.
            “Kan?” nada suara Arel sudah naik satu oktaf.
            “Yalah!” jawab Nan juga sama nada dengan suara Arel. Bengang apabila dipaksa untuk menjawab.
            “Good! Sekarang aku nak kau mandi. Aku tunggu di ruang tamu. Jangan lambat! Aku bagi kau masa selama sepuluh minit sahaja.”
            Nan hanya mencebik apabila diberi arahan. Kakinya masih lagi terpaku pada lantai. Arahan yang diberikan bagaikan angin lalu.
            “Now, Comel! I said now!” tangannya sudah diangkat dan menuding jari ke arah kamar mandi apabila Nan kaku tidak bergerak. Melihat kedegilan Nan membuatkan dia tercabar. Membengangkan!
            “Comel!!!” Tengking Arel apabila Nan hanya menyilangkan tangan di dada dan melawan panahan matanya dengan bersahaja.
            “Yalah! Yalah! Itu pun nak jerit. Macamlah aku pekak. Huh!” Nan membuka langkah sambil menghentakkan kaki tanda protes. Tuala pada penyidai di ambil. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Arel. Bermacam sumpah seranah dia berikan buat sang suami yang menyakitkan hati.
            “Tunggu apa lagi? Keluarlah! Nak tengok aku pakai baju pulak dah ke?” Marah Nan apabila Arel mash tidak berganjak.
            “Lebih dari itu pun aku pernah tengok” jawab Arel selamba sebelum keluar daripada bilik Nan.
            Nan yang mendengar jawapan selamba Arel terkedu. Merah membahang wajahnya.
            ‘Gila! Kenapa pulak aku yang malu bila dia cakap macam tu,” getus hati Nan.

“LAMBAT!” tutur Arel sepatah dengan suara dingin.
            Nan mencebik. Dijelingnya kelibat Arel yang sedang duduk di sofa sambil membaca akhbar dengan kaki disilangkan. Lagak macam tuan muda.
            “Jangan buat mulut macam tu.” Walaupun matanya setia pada dada akhbar, dari ekor mata dia tetap dapat melihat Nan yang mencebik.
            “Kenapa tak boleh?” Nan hanya berdiri dihadapan Arel. Langsung tidak berniat untuk duduk satu sofa dengan Arel.
            “Kalau kau buat mulut tu lagi, don’t mad if you get a kiss from me.” Arel mengalihkan sebentar pandangan ke arah Nan. Mata dikenyitkan dengan senyuman tipis di hujung bibir sebelum matanya kembali bergerak menatap dada akhbar.
            Mata Nan membulat. Rasa bengang yang sudah surut kerana kejadian tadi pagi kembali membara. “Gatal!”
            “Tak salah rasanya gatal dengan isteri sendiri.” Kata Arel tanpa nada.
            “Diamlah!” Bentak Nan sambil tangan di genggam kuat.
            “Hmm…” Arel menjongketkan bahu. Akhbar dilipat dan diletakkan di sisi. Posisinya dibetulkan agar lebih selesa. Jari jemarinya bersulam sesama sendiri sambil mata melekat pada wajah kelat Nan.
            “Kau nak apa?” Tangan disilangkan ke dada dan membalas renungan mata Arel.
            “Semalam aku menang kan?”
            Nan merengus keras. Ish! Lagi nak tanya soalan tu. Tadi pagi dah tanya, sekarang pun nak tanya juga ke? “Ya kau menang!”
            Senyum herot Arel apabila Nan mencemik setelah menjawab soalannya.
            “Learn your lesson yesterday?” soal Arel lagi dengan nada suara yang mendatar.
            “Lesson apa?” Kerutan di dahi timbul. Pelik dan tidak faham dengan pertanyaan Arel.
            “Kau rasa apa?”
            Nan menggigit bibir. Geramnya berbuku di dalam hati. “Jangan nak main tarik tali dengan aku, Arel. Cakap je la apa yang kau nak cakap. Lesson apa yang kau maksudkan?”
            “Hmm…” Arel berjeda seketika. Terbit senyuman di hujung bibir. Lama dia memerhatikan Nan yang hanya memakai tee hitam lengan panjang dengan kartun Spongebob di tengah. Rambut panjang gadis itu pula ditocang satu. Macam budak-budak. Comel!
            “Lesson apa?” tanya Nan sedikit kasar. Tidak suka apabila Arel merenungnya lama dengan senyuman. Menggoda sungguh. Tak pasal-pasal dia cair di situ. Uish! Tak boleh!
            “Pengajarannya… Jangan pernah ingkar dengan cakap suami.”
            Nan mengerutkan dahi. Ada kaitan dengan hal semalam ke?
            “Kedua… Sebagai seorang isteri, wajiblah untuk kau tahu suamimu siapa.”
            Nan menaikkan sebelah kening. Wajib ke?
            “Yang ketiga… Kenalah peka dengan isu semasa. Jangan jadi macam katak. Kena ambil tahu tentang apa yang terjadi dalam dunia ni. Faham?”
            Nan mencemik. Balik-balik nak samakan aku dengan katak. Eh! Aku lagi cantik daripada katak!
            “Faham ke tak ni?” tanya Arel apabila Nan langsung tidak membalas. Perempuan dihadapannya itu hanya buat muka setiap kali dia membuka mulut.
            “Bolehlah…” jawab Nan malas.
            “What do you mean by ‘bolehlah’?” Tepat matanya merenung anak mata Nan yang jauh semeter dihadapannya.
            “Tak faham dengan lesson pertama,” jujur Nan. Dah memang dia tak faham.
            “Lesson jangan ingkar cakap suami tu?”
            “Hmm…” Nan menganggukkan kepala.
            “Kelmarin aku ada suruh kau cari siapa aku dalam Internet kan? Tapi kau tak nak dengar cakap aku sebab kau tu sombong dan bongkak. Tak pasal-pasal terkejut macam beruk semalam. Beruk terkejut pun lawa tapi kau terkejut memang hodoh.” Kutuk Arel selamba dengan riak wajah yang kosong. Tiada senyuman dan riak wajah yang menjengkelkan.
            Buntang mata Nan memandang wajah Arel yang tidak beriak itu. Terasa suhu amarahnya mencanak naik apabila Arel dengan selamba mengutuk dia. Ewah… ewah… ewah! Sedapnya mengutuk!
            “Tak payah besarkan mata renung wajah aku macam tu sekali. Bertambah buruk aku tengok. Aku tak mengutuk tapi aku cakap kenyataan. Kalau kau nak comel dan cantik semula, bagus kau senyum sekarang.”
            Tersungging senyuman tipis di bibir. Jika diikutkan rasa hati, ingin dia lepaskan tawa yang terpendam tetapi ditahan. Dia ingin berlagak dingin dan tidak berperasaan. Dia tahu dengan itu Nan akan menjadi semakin bengang. Lagipun, dia ingin melihat wajah Nan yang merah. Pasti comel.
            “Shut up! Tak ada maknanya aku nak senyum depan kau. Huh!” Nan mendengus tidak puas hati. Eeee! Sakitnya hati! Makin panas hatinya apabila melihat senyuman yang terbit di bibir lelaki itu. Di matanya, senyuman itu senyuman mengejek. Ugh!
            “Hmm…” Arel menjongketkan bahu. “Aku bukannya kemaruk sangat nak tengok kau senyum. Kau yang hodoh bukan aku so I don’t really care.” Arel semakin menambah perisa.
            Dadanya semakin ganas berombak. Aturan nafasnya juga sudah tidak sekata. Matanya mencerlung tajam bagaikan helang melihat wajah bersahaja Arel.
            “Kau jangan nak sakitkan hati aku, Arel! Kalau aku bertukar jadi Hulk nanti, naya kau aku kerjakan. Jangan salahkan aku kalau kau kena menginap di hospital selama setahun.” Tutur Nan dengan nada yang tertahan.
            “Wah… Garangnya!” Sebelah kening dinaikkan. “Ooo… Takutnya… Takut…”
            “Diamlah!” Tempik Nan tanpa dapat mengawal suara lagi. Semakin lelaki itu bercakap, semakin bengang dia dibuatnya.
            “Lah… mulut aku. Suka hati akulah aku nak diam ke tak. Unless…” Ayatnya tidak dihabiskan dan dibiarkan tergantung. Senyuman herot diukir buat tatapan Nan bersama wajah nakalnya.
            Mata disepetkan memandang wajah nakal Arel. Menanti dengan sabar perkataan yang bakal dituturkan daripada mulut Arel. Dia tahu pandangan mata itu mempunyai maksud tersirat. Entah apa yang berlegar-legar di ruang minda lelaki itu. Tetapi apa yang dia tahu, bicara lelaki itu pasti akan menyakitkan hatinya.
            “Kau nak tahu cara untuk diamkan aku?” Kening dijongketkan beberapa kali.
            Nan menjulingkan mata ke atas. Bengang kerana Arel seolah-olah mencabar kesabarannya. “Gam mulut kau dengan gam gajah!”
            Arel menggelengkan kepalanya. “No no no… Salah!”
            Nan mengjongketkan sebelah kening.
            “Kalau kau nak aku diam, satu-satunya caranya ialah… Give me a kiss.” Lebar senyuman nakal Arel.
            “Gatal!!!” Tempik Nan. Kiss! Kiss! Kiss! Daripada tadi, itu saja yang difikirkan oleh lelaki itu. Memang patut pun playboy!
            “Kan dah pernah cakap, tak salah saya nak gatal dengan isteri sendiri.” Arel tergelak kecil apabila Nan menjelingnya tajam.
            “Jangan nak merepek dan mengarut depan aku, Arel! Cakap cepat apa yang kau nak sampai kacau tidur aku.” Nan mendengus sambil membuang pandang ke arah lain.
            “Memang patut pun aku bangunkan kau. Perempuan jenis apa la kau ni? Bangun pagi pun lambat. Dah tu liat sangat nak bangun. Kau tahu tak, nak bangunkan kau tu susah yang amat.” Bebel Arel apabila dia mula teringat tentang kejadian tadi pagi.
            “Eleh! Cakap aku susah nak bangun, kau tu pun susah nak di bangunkan jugalah. Tak payah nak tegur aku kalau diri sendiri tu pun mereng.” Nan mencemik. Tidak suka apabila Arel mula membebel malah mengata dia.
            “Aku mereng? Sejak bila aku bangun lambat. Cuba kau beritahu aku.” Tangannya juga sudah memeluk tubuh memandang Nan dengan riak tidak puas hati. Yalah… Dalam sejarah hidupnya dia tidak pernah bangun lewat. Dia selalu bangun seawal jam enam setengah pagi. Itu rutin hariannya. Paling lambat yang dia pernah bangun ialah jam tujuh pagi.
            “Aku tak maksudkan bangun lambat. Kau kata aku liat nak bangun, kau fikir kau tu senang nak bangun. Eh, kau amnesia ke? Tak ingat lagi tentang kejadian di kampung? Tak ingat macam mana caranya aku bangunkan kau gara-gara kau tu susah nak bangun? Tak ingat?” Nan menguntumkan senyuman saat kejadian di kampung pada tempoh hari kembali bermain di minda.
            “Aku…”
            “Kalau tak ingat, biar aku ingatkan ya? Rasa-rasanya kau tentu ingat dengan lagu hujan kan?” soal Nan dengan kening diangkat tinggi dan senyuman sinis di bibir.
            Saat mendengar tajuk lagu hujan itu, wajah Arel serta-merta bertukar kelat. Nan yang melihat perubahan pada wajah Arel tergelak kecil.
            “Kalau tak ingat juga, biar aku nyanyikan lagu untuk kau.”
            “Tak payah! Kalau kau nyanyi juga, aku kerjakan kau cukup-cukup.” Arel merengus. Setiap kali teringat akan lagu itu, hatinya pasti sakit. Dia tak mungkin akan lupa kejadian itu. Sampai bila-bila pun akan melekat kukuh di kotak memorinya. Ugh! Tak pernah ada sesiapa yang memperlakukan dia sedemikian rupa!
            Nan mencemik. Tahu takut. Tadi nak sangat sakat aku kan. Kan aku dah kenakan balik.
            “Kau jangan berani-berani nak nyanyi lagu tu hatta tajuk lagu tu pun aku tak nak dengar.” Keras Arel memberi amaran. Dia kini cukup fobia dengan lagu tu.
            “Whatever!” Ek eleh! Macamlah dia nak sangat nyanyikan lagu tu untuk Arel. Apa? Ingat dia tak ada kerja lain nak buat selain menyanyi ke? Buang masa je.
            “Lagipun, aku takut kalau kau menyanyi hujan turun tak berhenti-henti selama seminggu. Tak pasal-pasal banjir pula. Kau menyanyi pun tak sedap.” Sinis kata-kata Arel.
            Aik? Masih nak sakitkan hati dia lagi? Karang aku menyanyi betul-betul baru tahu. Jangan cabar, okey!
            “Sudahlah! Malas aku nak bertekak dengan kau lagi. Tak ada faedah pun. Bazir air liur aku je.”
            “Please! Kau fikir aku nak sangat bertekak dengan kau? Tak ada maknanya! Kau yang mulakan dulu jadi aku balas je la.”
            “Apa-apa je la! Hah, semalam bertanding aku yang menang kan?”
            Arghhh! Buat kali ketiganya dia soal soalan yang sama. Haish! Tiada soalan lain ke? Bangga sangat mengalahkan aku. Fikir dia tak tahu ke? Ugh!
            “Ya! Ya! Ya! Jangan soal lagi boleh tak? Menyakitkan hati je.”
            Arel tersenyum sinis. “Dengki! Memandang aku menang, kau akan turuti syarat aku, kan?”
            Nan membungkam. Hatinya memberontak. Dia tahu syarat apa yang dimaksudkan. Aduh! Matilah! Pasti teruk dia dibuli oleh Arel.
            “Kau kalah jadi kau akan jadi kuli aku sehingga kedai kau kembali beroperasi. Kemudian, aku juga akan jadi cef untuk restoran kau memandangkan aku tengah tak ada kerja sekarang ni. You know what? Kau sepatutnya berbangga dan bersyukur sebab aku jadi cef kau. Aku cef terkemuka dunia, ramai yang nak upah aku tapi tak dapat. At last, kau yang dapat aku. You should be thankful,” ujar Arel membangga diri. Tersenyum dia apabila Nan menayangkan wajah masam.
            Ek eleh! Tak ada maknanya dia nak berbangga dan bersyukur. Lagi malang ada la! Dia terpaksa menghadap wajah Arel dua puluh empat jam. Dia akan berkerja satu tempat dan berkongsi dapur dengan Arel. Sangatlah menyeksakan!
            “Okey! Sekarang Comel, kau jadi kuli aku bermula dari saat sekarang.” Arel berdiri daripada sofa bersama wajah gembiranya.
            “Hmm… kau nak aku buat apa?”
            Mendengar soalan Nan, Arel tersenyum penuh makna. Senyuman yang mengandungi seribu satu maksud tersirat. Nan yang melihat senyuman pada bibir Arel menelan liur yang terasa kelat. Dia tahu dia tidak dapat melepaskan diri lagi. Arghhh! Dia pasti bakal dibuli. Habislah…


p/s: hope you guys will enjoy.. jgn lupa komen okey  ^_^

7 comments:

  1. Ngee~ nak lagi. ..nak lagi. ..update cepat yer... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah klu ada ksmpatan msa sy updte cpt ckit ^_^

      Delete
  2. haha...apa arel nk buat? dup dap dup dap

    ReplyDelete
  3. bila nk ada n3 baru ni...dh x sabo ni nk tau cte slanjutnya...

    ReplyDelete