Thursday 3 April 2014

Comel Is My Pet 24



“KAU… kau nak apa?” soal Nan dengan mata yang bulat. Cuak rasa hatinya apabila melihat senyuman Arel yang semacam.

            “Hei… Hei! Janganlah pandang aku macam tu. Aku bukannya nak buat jahat pun.” Meletus ketawa kecil dari mulut Arel. Geli hatinya apabila Nan buat muka seram. Seperti melihat pembunuh bersiri saja lagaknya.
            Nan hanya diam membungkam Matanya tidak dilepaskan dari memandang wajah Arel.
            “Hmm... Jangan risau. Aku tak buat jahat dengan kau. Aku cuma nak buli kau je.” Arel tayang sengih manakala Nan pula mendengus geram.
            “Ada beza ke? Eh, buat jahat dan buli tu sama je maksudnya.” Nan mencebik.
            “Eh, ada beza tu. Perkataan jahat ada lima huruf, perkataan buli pula ada empat huruf. Hah! Besar bezanya tu.” Sekali lagi Arel tergelak kecil apabila wajah cemberut Nan.
            “Kalau itu aku pun tahulah! Ish!” Nan menjeling tajam Arel. “Jangan nak mengarut, Arel. Kau nak aku buat apa sebenarnya?” gesa Nan.
            “Nampaknya kau dah tak sabar-sabar nak mulakan tugas sebagai kuli aku.” Kata Arel sambil menganggukkan kepala dengan riak wajah yang dibuat-buat serius.
            Nan menjulingkan mata ke atas. Menyampah betul dengan Arel. Tak habis-habis nak merapu. Ugh!
            “Okey… okey… okey! Aku serius. Sebelum aku berikan tugas, hmm… Aku akan berikan peraturannya terlebih dahulu.
            Dahi Nan berkerut. “Peraturan?”
            “Yep! Kau kena patuhi peraturan yang aku berikan sepanjang kau jadi kuli aku.” Arel membuka langkah dan bergerak ke biliknya. Selang beberapa minit, lelaki itu keluar dengan sehelai kertas A4 di tangan.
            “Ek eleh! Nak jadi kuli kau pun kena ada peraturan ke?” Cebik Nan.
            “Eh, mestilah! Karang kau lawan cakap aku. Mulut kau tu tak ada insurans kau tahu.” Arel kembali duduk di sofa.
            “Mulut kena ada insurans ke?” Sebelah kening di angkat. Arel dilihatnya sedang tersengih-sengih menatap kertas A4 di tangan.
            Arel menjongket bahu. Segala coretan pada kertas ditatap dan dibaca seketika. Setelah hatinya puas, kertas dilipat dan bibirnya tersenyum herot.
            “Yang kau tersengih-sengih kenapa?” soal Nan keras.
            “Suka hati aku la. Yang tersengih tu aku, bukannya kau. Aku tersengih tak susahkan kau pun kan?”
            “Siapa kata kalau kau tersengih tak menyusahkan aku?”
            Arel menaikkan sebelah kening. Bebola matanya setia pada wajah Nan untuk menantikan ayat seterusnya yang bakal dituturkan.
            “Kau susahkan hati aku!” Arel dijeling tajam. “Senyuman kau tu buat aku sakit hati!”
            Arel mengekek ketawa. Wajah tegang Nan langsung tidak dihiraukan.
            Mencerlung mata Nan memandang Arel. Lelaki itu boleh pulak ketawakan dia? Apa yang lucu? Dia tak buat lucu pun!
            “Diamlah, Arel!”
            Arel menghentikan ketawa tetapi hujung bibirnya terukir senyuman.
            “Yang kau ketawa kenapa?” soal Nan tidak puas hati.
            “Nothing! Aku geli hati je dengar apa yang kau cakap tadi.” Sengihan Arel masih bergayut di bibir.
            Kerutan di dahi mula timbul. Geli hati? Apa yang dia telah buat sampai lelaki itu geli hati?
            “Kau kata kalau aku senyum, kau yang susah. Kalau aku senyum, hati kau sakit? Macam tu?”
            Senyuman yang dilemparkan oleh Arel nampak nakal di mata Nan.
            “Kau nak cakap apa sebenarnya?”
            “I know what’s in your heart,” ujar Arel separuh berbisik dengan mata yang diredupkan memandang wajah Nan.
            “Apa yang kau merepek ni?” Nan menggaru kepalanya. Dia semakin bingung.
            “Hmm… Kau tak nak aku senyum sebab kau takut cair dengan aku kan?” Kening diangkat berkali-kali bersama senyuman nakal.
            Jatuh terlopong mulut Nan. Matanya bulat merenung wajah Arel dengan riak tidak percaya.
            “Kau takut jatuh cinta dengan aku kan? Yalah, kalau dah jatuh cinta, susah la hati kau sebab harus selalu berdegup kencang bila dekat dengan aku. Sakit la hati kau sebab harus menanggung rindu. Right?”
            “Arel perasan!!!” Kusyen sofa yang berhampiran dilemparkan kepada Arel. Tidak cukup satu, dua dan tiga, kesemua kusyen yang ada dihumban kepada Arel.
            Arel hanya menghamburkan ketawa. Mulutnya sibuk mengekek tidak henti-henti manakala tangannya sibuk menepis kusyen yang dilemparkan.
            “Aik? Dah tak ada kusyen dah nak dilempar?”
            “Kau nak aku lempar meja kaca ni ke?” Bibir diketap kuat dan rahangnya bergerak menahan rasa. Merah padam wajah dek amarah yang menggunung di dalam hati.
            “Wow! Kuatnya nak lempar meja kat aku. Are you ‘lady gagah’?” Arel masih lagi dengan sisa tawanya. Semakin wajah Nan berkerut masam, semakin hatinya dicuit lucu.
            “Diamlah, Arel!” Ugh!
            “Okeylah! Tak nak kacau dah. Tak pasal-pasal hati kau meletup nanti sebab terlampau ‘suka’ aku mengacau. Karang aku pulak yang jadi duda.” Usik Arel membuatkan dia menerima jelingan tajam daripada Nan.
            “Peraturan apa yang kau tetapkan? Cakap cepat! Aku malas nak hadap muka kau.” Lagi dibiar Arel merapu, lagi teruk hatinya membengkak marah. Lelaki itu punya banyak modal untuk menyakitkan hatinya. Huh!
            “Hmm… Peraturan pertama, kau kena panggil aku Tuan Arel.” Selamba Arel menetepkan peratuan pertama.
            Mata Nan membuntang. Terkedip-kedip matanya memandang wajah Arel dengan rasa tidak percaya.
            “Pardon?”
            “Haish, kau ni.” Dahi Arel berlapis. “Takkan la kau ada sound problem? Ke tahi telinga dah penuh sampai kau tak boleh dengar apa yang aku cakap.”
            Nan menggigit bibir. Sakit hatinya apabila Arel dengan selamba mengutuknya.
            “Aku cakap… Peraturan pertama, kau kena panggil aku Tuan Ar...”
            “Aku tak setuju!” Bentak Nan kuat. Tajam matanya merenung wajah Arel yang tidak beriak.
            “Kau siapa nak bangkang peraturan yang aku buat?” soal Arel dengan kening diangkat tinggi.
            “Aku manusia la!”
            “It’s obvious. Takkan la kau hantu pulak. Aku tanya kau siapa bukan tanya kau apa. Sila faham dengan kehendak soalan.” Kakinya disilangkan dan tubuhnya disandarkan pada sofa.
            “Aku Ain Nurhanani Razak. Seorang manusia yang beragama Islam, masyarakat Malaysia, penduduk bumi, hamba Allah, pembuat kek cawan, anak perempuan Puan Hamsiah, sahabat karib Shasha Huda dan isteri Tengku Shayarel Amer.” Dengan sekali nafas Nan berkata.
            “Mengaku juga yang kau tu isteri aku.” Nakal matanya merenung wajah kelat Nan.
            “Isteri hanya di atas kertas!” Bentak Nan. Ek eleh! Dia tak bangga langsung menjadi isteri lelaki itu. Lagi malang ada la!
            “Kau lupa nak sebut yang kau tu Comel, my pet.”
            “Aku manusia la!” Haish! Mahu saja aku hempuk kepala Arel ini. Dia tengah panas hati, jangan nak ditambah lagi marak api yang tengah membara.
            “Hmm… Kalau macam tu, aku nak kau panggil aku abang sayang. Better?” Sebelah kening diangkat tinggi. Herot senyumannya di bibir dan nakal sungguh riak wajahnya.
            Nan yang mendengar sudah terlopong. Kaku matanya melekat pada wajah Arel. Saat otaknya sudah memproses sepenuhnya kata-kata Arel tadi, wajah Nan bertukar tegang.
            “Arel gatal!!!” Tempik Nan sekuat hati.
            “Pulak dah…” Buat kesekian kalinya, dia menghamburkan ketawa. Masuk kali ini, entah sudah berapa kali dia tergelak.
            “Kau jangan nak mengada-ngada! Jangan nak merepek dan nak merapu!”
            Gelak gelak gelak! Gelaklah lagi sampai mati! Eh, tak tahu ke yang orang boleh mati sebab ketawa?
            “Aku tak merepek dan tak merapu. Aku cuma nyatakan peraturan je,” ujar Arel dengan sisa tawa.
            “Masalahnya peraturan kau tu memang merepek dan merapu! Eh, dengar sini… Aku tak akan panggil kau Tuan Arel atau abang sayang tu. Euwww! Geli!” Meremang bulu romanya. Silap-silap boleh muntah hijau kalau dia panggil Arel abang sayang. Uwekkk!
            “Ini bukan permintaan tapi ini satu arahan. This is an order!” Arel bertukar serius tetapi nada suaranya mendatar. Hanya riak wajahnya saja tidak senakal tadi.
            ‘This is an order…” Nan mengajuk percakapan Arel sebelum mencebik dan menjeling lelaki itu.
            “So… I give you options. Kau kena panggil aku Tuan Arel atau abang sayang. Decide it now.” Tangan disilangkan ke dada sambil anak mata hazelnya merenung tepat anak mata Nan.
            Nan hanya diam membisu. Bebola matanya langsung tidak dialihkan dari merenung tajam mata Arel. Dia diberi dua pilihan. Kena panggil si mamat kerek Tuan Arel atau pun… atau pun… abang sayang? Eeee! Mati hidup balik pun aku tak akan panggil dia abang sayang. Arel bukan abangnya pun. Dia anak tunggal,okey! Lagi pula, dia langsung tidak sayang dengan Arel! Benci tu ada la.
            “So?” Kening dijongket untuk meminta jawapan daripada Nan.
            “Tak boleh ke aku panggil kau mamat kerek je?” Nan tersenyum sinis.
            “Hei! Kau kuli aku jadi kau kena panggil aku dengan panggilan yang hormat sikit.” Mencerlung matanya memandang Nan.
            “Panggilan mamat kerek lebih sesuai untuk kau,” sinis Nan.
            “Eh, jangan buat aku marah boleh tak? Aku kalau marah lain. Tak pasal-pasal aku angkut kau masuk bilik. Waktu tu jangan pulak kau menyesal,” ugut Arel sedikit geram.
            Terjegil mata Nan mendengar ugutan Arel itu. Apa punya jenis marah tu? Ugh!
            “Hei, cepat buat pilihan! Nanti aku bagi kau pilihan ketiga, runsing kepala kau nanti. Jangan sampai aku suruh kau panggil aku handsome hubby pulak.”
            Kusyen di kaki diambil dan pantas dilemparkan kepada Arel. Bodoh! Handsome hubby konon. Lagi aku nak muntah. Muntah darah! Euwww!
            “Hmm… Tuan Arel.” Perlahan suara Nan hampir tidak kedengaran. Dia terpaksa buat pilihan. Dia tak rela dan tak suka! Karang lelaki itu betul-betul menculiknya masuk dalam bilik, tak ke naya tu?!
            “Good girl!” Arel tersenyum sinis. Cebikan Nan langsung tidak diendahkan.
            “Okey, peraturan kedua… Jangan buat muka depan aku.”
            Sebelah kening Nan diangkat. Tiada senyuman dan tiada balasan suara.
            “Kenapa buat muka macam tu? Tak faham dengan peraturan aku?” Arel berdehem seketika sebelum menyambung bicara. “What I mean… Aku tak nak kau mencebik. Tak nak senyum sinis. Tak nak buat muka dingin. Tak nak jegilkan mata. Tak nak buat muka puas hati dan tak nak buat muka bosan. Ada faham?”
            “Itu pun nak dimasukkan dalam peraturan ke?” Kosong riak wajahnya kini. Yalah… Arel tak suruh dia buat muka. Arel tak cakap tak boleh buat muka kosong kan?
            “Absolutely! Kalau kau buat muka, hodoh tahu tak.” Kutuk Arel selamba.
            Hampir saja matanya terjegil. Mahunya dia tidak puas hati apabila Arel dengan sesenang hati mengutuknya. Apa? Kalau lelaki tu buat muka nampak hensem la? Begitu? Eleh! Lagi buruk ada la!
            “Siapa suruh kau buat muka kosong?” Marah Arel. Badan ditegakkan dan memandang Nan dengan tidak puas hati sambil bercekak pinggang.
            “Kau tak cakap pun tak boleh buat muka kosong.”
            “No no no! Tak boleh. Tak boleh buat muka kosong juga. Lagi satu… kenapa panggil aku ‘kau’? Ingat peraturan pertama!”
            Nan menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, nafas dihembus perlahan. Rasa bengangnya cuba ditahan dan tidak terpamer pada riak wajah. Mengada-ngada! Tak boleh buat muka kosong, jadi kena buat muka apa? Muka bodoh?
            “Ya, Tuan Arel.” Hipokrit! Itulah dirinya sekarang. Haish! Peraturan Arel ni sedang mengajar dia untuk menjadi seorang hipokrit. Ugh! Tuan Arel? Bencinya!
            “Peraturan ketiga… kena selalu maniskan muka depan aku. Kena selalu senyum. Faham?”
            Sekali lagi nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Sabar Nan, sabar. Ugh! Kalau tak memikirkan si Arel ni pemenang pertandingan memasak semalam… Kalau tak memikirkan aku ni seorang yang menepati janji… Memang dah lama aku bunuh saja lelaki ni. Hidup menyakitkan hati aku je!
            “Ya, Tuan Arel.” Senyuman dikoyak dengan selebar-lebarnya. Plastik!
            “Fake smile.” Arel senyum sinis. “Tukar!”
            Erat Nan menggenggam tangan. Ingin saja dia melayangkan penumbuk sulungnya pada wajah Arel yang kerek itu. Permintaan Arel semakin melampau. Dia menjadi semakin menyampah! Arel amat menyebalkan!
            “Ya, Tuan Arel.” Kali ini Nan tersenyum manis. Cuba membayangkan Arel yang dibelasah teruk olehnya sehingga lelaki itu merayu meminta maaf. Membayangkan Arel tengah menghuni wad hospital selama berbulan lamanya.
            “Bagus! Itu senyuman yang aku nak.” Arel hanya menahan gelak sedari tadi. Bukannya dia tidak tahu Nan tengah berang dengannya. Merah wajah gadis itu cukup menjelaskan segalanya.
            ‘Ya Allah! Tebalkan la imanku daripada membunuh lelaki ini. Tebalkan la kulit kesabaranku yang hanya senipis kulit bawang ini.’
            “Peraturan keempat dan yang terakhir… Segala apa yang aku minta kau kena turuti. Never say no! Segala permintaan aku kau kena jawab dengan ‘Ya, Tuan Arel’. Faham?”
            “Ya, Tuan Arel.” Nan menjawab dengan senyuman yang masih bergayut di bibir.
            Manis wajahnya yang dipamerkan tetapi hatinya yang tengah bergelegak marah hanya Allah yang tahu. Hei! Peraturan yang dibuat oleh Arel sememangnya amat menyakitkan hati! Arel memang sengaja ingin membulinya.
            ‘Huh! Ini baru peraturannya. Tugasnya sebagai kuli Arel apa pulak?’

“NAH!”
            Nan mengambil kertas yang dihulurkan. Dipandangnya wajah Arel sebentar sebelum mata dialihkan membaca apa yang tertulis.
            “Apa pulak ni?” Berkerut dahi Nan membaca apa yang tertera pada kertas putih itu.
            “Kontrak,” jawab Arel sepatah.
            “Hah?” Bingung wajahnya menatap wajah selamba Arel. “Kontrak? Kontrak apa?”
            “Kau ada matakan?” soal Arel serius.
            Nan hanya menganggukkan kepala. Semakin bingung dia apabila dikemukan soalan itu oleh Arel.
            “Tak butakan?”
            Pipinya digaru. Haish! Apesal soalan ni pelik-pelik?Ada kaitan dengan kontrak ni ke?
            “Tuhan dah anugerahkan mata jadi guna dengan sebaik mungkin. Tak reti nak baca ke apa yang tertulis atas kertas tu? Lagi nak tanya aku buat apa?” sinis kata Arel. “Kau kena tanda tangan kontrak tu. Kontrak yang mengatakan bahawa kau akan jadi kuli aku selama seminggu.”
            Berasap kepala Nan. Bengang, bengang dan bengang!
            “Eleh… Kerek!” gumam Nan perlahan.
            “Apa kau cakap tadi?”
            Nan tidak menjawab. Dia malas ingin melayan Arel. Matanya hanya terarah pada permukaan kertas.
            Arel mengetap geram bibirnya. Bukannya dia tidak dengar apa yang Nan cakap tadi. Walaupun perlahan tetapi telinganya tetap dapat menangkap. Geram hatinya apabila dikata sedemikian rupa oleh Nan.
            “Eh, kau cakap apa tadi? Jawablah, kenapa tak nak jawab?” Tajam matanya merenung wajah Nan.
            Dengan riak wajah yang selamba, bebola matanya bergerak dan memandang wajah bengang Arel.
            “Aku tak cakap apa-apa pun tadi.”
            “Kau ingat aku pekak ke? Eh, aku dengar la apa yang kau cakap tadi.” Semakin kuat da menggigit bibir. Haish!
            “Eleh! Kalau dah tahu aku cakap apa tadi, lagi nak tanya kenapa? Buang tabiat?” Senyum sinis tersungging.
            Tajam matanya merenung wajah sinis Nan itu. Berdenyut-denyut hatinya kala ini. “Kali ini aku lepaskan kau. Lain kali kalau aku dengar kau cakap macam tu lagi, siap kau aku kerjakan.” Keras nadanya memberi arahan.
            Nan mencemik. Eleh! Tak takut langsung dengan amaran yang diberikan. Malah dia sempat menjeling Arel.
            “Kau ada terlupa sesuatu ke? Peraturan kedua dan ketiga?” Arel mengingatkan.
            Nan merengus kasar sebelum menenangkan diri. Dia merenung tepat dan lama wajah Arel. Melihat Arel menaikkan sebelah kening dan tersenyum sinis membuatkan hatinya semakin hangat.
            “Jangan ingkar, Comel. Parah nanti. Kau tak nak aku angkut kau masuk dalam bilik kan?” Sinis gelak tawa yang meletus dari bibirnya. Melihat wajah cemberut Nan dia yakin dia berjaya membuatkan Nan panas hati.
            “Ya, Tuan Arel.” Bibir menguntum senyum dan wajah dimaniskan semanis mungkin. Penuh terpaksa! Langsung tak rela! Ugh!
            “Good!” Arel senyum puas. Senang hatinya apabila dia mampu menundukkan Nan. “Jadi kau nak tahu apa tugas kau yang pertama?”
            “Ya, Tuan Arel.” Senyuman masih lagi tersungging di bibir. Jika diikutkan hati, ingin saja dia lempang wajah Arel itu. Berlagak! Kerek! Huh!
            “Tugas kau yang pertama…” Ayatnya dibiarkan tergantung. Lama matanya memandang wajah Nan dengan mata yang redup.
            Entah apa saja tugas yang bakal diberikan. Seram pulak rasa hatinya apabila Arel memandangnya sedemikian rupa. Dengan mata yang kuyu semacam tu… Huh! Ini nak menggoda ke?
            “Aku nak kau cuci kereta aku.”
            Fuh! Lega hatinya. Ala, cuci kereta je. Tak susah mana pun. Ingatkan Arel hendak memberikan tugas yang memautkan tadi. Rupanya cuci keretanya je. Hah! Kacang je tu. Kali ini senyuman yang manis dan ikhlas diberikan kepada Arel. Reaksi spontan tatkala diberikan tugas yang mudah.
            “Senang hati nampak?” Herot senyumannya. “Kereta aku dari Korea, Jepun, Taiwan dan Thailand baru je sampai tadi pagi waktu kau masih membuta. Kesemuanya ada sepuluh buah kereta. Aku nak kau cuci semuanya.”
            Jatuh rahang Nan. Terbuntang matanya. Tidak berkelip langsung matanya memandang wajah Arel. Ayat yang meluncur laju dari mulut Arel serta merta menerjah masuk ke dalam telinganya sehinggakan dia terkaku tidak bergerak.
            “Lepas cuci, aku nak kau polishkan sekali. Biar berkilat. Baru ada gaya.” Hatinya bersorak riang tatkala Nan masih lagi statik tidak bergerak. Memang terkejut!
            “Se… Sepuluh buah… Kereta?” Tergagap dia bertanya soalan.
            Katakan itu semua tidak benar. Katakan! Gila! Kena cuci sepuluh buah kereta? Kasi polish lagi? Eh, ingat dia buka kedai cuci kereta ke!
            “Yep!” Lebar senyumannya tatkala Nan sudah tergagap. Hei, ini Arel! Takkan la dia ingin berikan tugas yang mudah buat Nan. Kalau nak buli haruslah buli habis-habisan.
            “Banyak tu!” Spontan dia menempik.
            “Slow down your voice. Aku belum pekak lagi.” Riak wajahnya kembali serius. “Banyak tak banyak, aku tetap nak kau cuci semua tu. Jangan nak membantah!”
            “Tak ada kerja lain ke?” Masam wajahnya mengalahkan buah oren. Dia sudah tidak peduli dengan peraturan kedua dan ketiga. Wajahnya sudah tidak mampu berpura-pura.
            “Ada!”Sejurus itu Arel berdiri dan mendekati Nan yang tengah berpeluk tubuh dan memandangnya tidak puas hati.
            Arel semakin dekat dan dekat dengan Nan. Dia berdiri di hadapan Nan dan menundukkan kepalanya dekat dengan telinga gadis itu.
            “Kau nak cuci kereta aku ke atau… masuk bilik dengan aku sekarang?”
            Terjegil mata Nan.
            “You know… Aku ni agak kekurangan kasih sayang. Maybe kau boleh…”
            “Cuci kereta!” Pantas Nan memberi jawapan sebelum Arel menghabiskan kata.
Arghhh! Laju saja memotong percakapan lelaki itu kerana sudah tidak sanggup mendengar kata-kata yang selanjutnya. Tak guna! Arel gatal! Miang! Otak kuning!!!
Spontan Arel tergelak kecil. Geli hatinya melihat wajah cuak Nan.
“Bagus! Kalau macam tu ikut aku turun sekarang.”
Nan hanya membuntuti Arel di belakang. Mulutnya tidak sudah-sudah terkumat-kamit menyumpah-nyumpah suaminya.
‘Tak guna! Kurang ajar! Kerek! Gatal! Miang! Eeee, benci!’
Apabila Arel memalingkan kepala, mulutnya pantas tertutup rapat. Tetapi hatinya tetap menyambung kerja mulutnya tadi. Menyumpah dan mengutuk Arel. Huh! Seminggu pun tidak cukup baginya untuk menghamburkan ketidak puasan hatinya dengan Arel. Terlalu banyak!
Saat Arel menoleh kepalanya ke hadapan semula, tangannya di angkat. Lagak tangannya seperti mencekik-cekik leher Arel. Kemudian, tangannya diangkat tinggi seolah-olah sedang memukul kepala Arel dengan kuat. Alangkah baiknya kalau dia dapat semua itu. Baru puas hatinya.
Arel sekali lagi menoleh belakang. Dengan pantas Nan menjatuhkan tangan dan buat muka bodoh. Arel memandang wajah Nan dengan penuh musykil. Entah kenapa, dia dapat rasakan Nan sedang berbuat sesuatu dibelakangnya.
“Buka pintu.” Arah Arel ketika mereka berdua sudah sampai di hadapan pintu rumah.
Dengan rasa malas Nan membuka pintu dan kemudian membiarkan Arel jalan terlebih dahulu. Bibirnya mencebik sembunyi-sembunyi. Pemalas! Nak buka pintu pun suruh aku ke? Macamlah dia tu anak raja. Eleh!
“Tu kereta aku.” Arel menuding jari ke arah perkarangan rumah yang meletakkan kereta-keretanya. “Aku nak kau cuci kesemuanya sampai bersih.”
Nan mengangguk kepalanya dengan rasa tidak bersemangat. Saat bebola matanya bergerak melihat kereta-kereta Arel, buat kesekian kalinya rahangnya jatuh dan matanya membulat.
“Biar betul!” Tempik Nan.
“Betul la itu kereta aku. Semuanya kereta yang mahal-mahal jadi jangan rosakkan. Aku tak nak biar satu calar pun pada badan kereta aku tu.” Hujung bibirnya tersenyum herot. Geli hatinya melihat reaksi wajah Nan kala itu.
“Kau drift kat mana? Kenapa kereta kau tu berlumpur?”
Nak tahu kenapa dia terkejut? Hei, kesemua kereta Arel berlumpur. Bukan setakar dekat tayar tapi seluruh badan kereta berlumpur. Bukan hanya satu tapi kesepuluh buah kereta tu berlumpur.
“Aku tak drift. Kau nak tahu tak kenapa semua kereta aku berlumpur?”Badannya disandar pada dinding sambil matanya melekat pada kereta-keretanya.
Nan menoleh ke arah Arel dengan kerutan di dahi. Tajam matanya merenung wajah Arel untuk meminta jawapan.
“Kalau kau nak tahu, aku yang mandikan kereta aku dengan lumpur.” Selamba Arel menuturkan kata.
“Kau gila?!” Terkejut dia dengan kenyataan yang baru saja didengarnya. “Kau dah tak ada kerja lain ke nak buat selain mandikan kereta kau dengan lumpur? Huh!”
Arel tersenyum tatkala mendengar ucapan Nan itu. Melihat wajah tidak puas hati Nan, hatinya digeletek lucu.
“Habis tu, takkan aku nak kau cuci kereta aku yang bersih. Jadi aku kotorkan kereta aku dan tugas kau…” Arel menegakkan badannya semula dan memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar.
“Tugas kau adalah cuci kereta aku sehingga bersih seperti sedia kala.”
Arel bergerak ke gazebo rumah yang terletak di tepi mini air terjun. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi batu yang tersedia.
‘Eeee… Benci! Benci! Benci!’ Nan menghentakkan kaki ke lantai.
“Dah dah dah! Jangan nak jadi budak-budak sampai hentak-hentak kaki.” Lebar senyumannya tatkala Nan melemparkan jelingan kepadanya. Dia tidak marah tetapi hatinya tercuit. Nampak comel pulak gadis itu.
“Apa lagi tercegat di situ? Cepat mulakan tugas. Sekarang!” Arahnya tegas dan keras. Wajahnya juga sengaja dibengiskan.
“Arel jahat!!!” jerit Nan sebelum membuka kaki mendekati kereta Arel dengan wajah yang cemberut.
“Eh, nanti dulu!”
Langkahnya mati. Tubuhnya dipaling memandang Arel di gazebo yang menjerit tadi.
“Sebelum tu sediakan aku sarapan dulu. Aku nak roti bakar dan nescafe. Benda simple tu kau tahu buat kan?” Badan disandarkan pada kerusi sambil menyilangkan kaki.
“Arel pembuli!!!” Kakinya dihentak-hentak sambil berjalan masuk rumah. Sakit hatinya tatkala terdengar suara Arel yang enak ketawa. Huh! Ketawakan dia la tu! Eeee!!!

BUK!
            Baldi dihempas kasar di atas lantai. Peluh yang mengalir di dahi di kesat dengan lengan baju. Geram hatinya apabila melihat Arel yang tengah bersandar pada kerusi sambil tangan bersulam sesama sendiri pada ribanya. Lelaki itu dilihatnya begitu enak membuta di petang hari. Dia yang penat mencuci kereta, Arel pulak yang dapat tidur.
            “Arel!”
            Perlahan-lahan Arel membuka mata apabila terdengar namanya dipanggil seseorang. Sebaik saja matanya dicelik, susuk tubuh Nan yang menyapa matanya.
            “Kau panggil aku apa tadi?” Arel menegakkan badan daripada terus bersandar pada kerusi. Suaranya yang serak-serak basah jelas menunjukkan lelaki itu baru saja bangun tidur.
            “Tuan Arel, aku dah cuci semua kereta Tuan Arel jadi sekarang boleh tak aku rehat?” Nan memaniskan wajah dengan senyuman plastiknya.
            Arel mengalihkan pandang ke arah keretanya yang sudah bersih dicuci oleh Nan. Tiada lagi lumpur yang memalit tubuh keretanya itu. Bebola matanya kembali memandang wajah Nan bersama senyuman nipis.
            “Dah polish kereta aku?”
            “Sudah.”
            “Sekarang jam berapa?” Soal Arel.
            “Entah!” Jawab Nan pendek.
            “Masuk rumah sekarang dan kemudian keluar balik ke sini beritahu aku sekarang jam berapa.” Kata Arel sambil menekup tangan ke mulut kerana menguap dek rasa mengantuk yang masih bersisa.
            Nan menggigit kuat bibir. Dengan rasa terpaksa dia berjalan masuk ke dalam rumah dan seminit kemudian, dia keluar balik ke gazebo dan berdiri di hadapan Arel.
            “Pukul tiga lima belas minit petang.”
            Arel menganggukkan kepala mendengar kata-kata Nan. Tangannya menguak rambutnya ke belakang sebelum memandang wajah Nan lama.
            “Kau buat apa sepanjang aku tidur tadi?” Soalnya serius.
            Membuak-buak keinginan Nan ingin mengetuk kepala lelaki dihadapannya itu. Soalan bonus! Dia buat apa? Cuci keretalah! Haish! “Cuci kereta.”
            Arel menjongket sebelah kening. “Betul ni?”
            Nan tidak menjawab. Hanya kepalanya yang dijatuhkan.
            “Kau tak curi tulang?”
            Had kesabaran Nan semakin tipis. Dia tengah penat dan tubuhnya inginkan rehat tetapi Arel masih lagi ingin mengajukan soalan. Soalan yang jelas ingin menyakitkan hatinya. Ugh!
            “Tak.” Sepatah Nan jawab.
            “Boleh percaya ke?” Arel menyembunyikan senyuman yang ingin koyak. Dia tahu Nan tengah bengang dengannya. Telahannya memang tepat apabila wajah Nan semakin merah.
            “Eeee! Kau ni kenapa? Nak cari pasal dengan aku?”
            “Aik? Marah nampak? Ingat peraturan yang ditetapkan.” Senyuman yang cuba ditahan akhirnya terbentuk juga di bibir.
            Nan merengus kasar seraya menyilangkan tangan ke dada.
            “Okey, sekarang aku nak kau…” Belum sempat dia menghabiskan kata, Nan terlebih dahulu mencantas.
            “Eeee! Aku penat! Aku lapar! Tak bolehkah kau beri aku rehat kejap?” Bentak Nan. Dia bukannya robot yang boleh melakukan semua tugas tanpa henti. Dia cuma manusia biasa yang kenal erti penat dan lapar. Sudahlah pagi tadi dia langsung tidak menjamah makanan dek sikap kejam Arel. Huh!
            “Kau pernah dengar kuli membentak dengan tuannya ke?” Dalam anak matanya menikam wajah cemberut Nan.
            “Eleh!” Mulutnya mencebik.
            “Hah! Jangan buat muka. Ingat peraturan.” Arel mengingatkan sekali lagi.
            Arel hanya tayang wajah toya sambil tersengih-sengih apabila Nan menjelingnya. Haih! Tak makan saman betullah perempuan ni.
            “Okeylah… Disebabkan aku ni baik hati, aku berikan kau rehat. Nanti sebelum maghrib jumpa aku di dalam bilik. Faham?” Kening diangkat tinggi apabila Nan langsung tidak memandangnya.
            Nan hanya mengangguk menerima arahan. Dia sudah terlalu penat untuk membentak dengan arahan Arel. Lagipula dia kan kuli lelaki itu kini jadi memang tugasnya untuk mendengar arahan walaupun kadang kala dia melawan.
            “Faham ke tak ni? Suara mana? Dah bisu?” Suara Arel sudah naik satu oktaf.
            “Faham,” jawab Nan dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Betapa lemahnya dia tatkala ini dek rasa penat yang menguasai seluruh tubuhnya.
            “Peraturan keempat,Comel!” Jerkah Arel.
            “Ya, Tuan Arel!” balas Nan juga dengan  nada suara yang sama dengan Arel. Ugh! Tak habis-habis nak menyakitkan hati.
            Dengan segera, langkah kaki dibawa pantas masuk ke dalam rumah. Lagi lama dia dengan Arel, boleh meletup kepalanya nanti.
            Perlahan-lahan wajah tegang Arel mengendur. Sebaik saja kelibat Nan hilang dari pandangan mata, bibirnya menguntum senyuman. Hatinya tercuit dengan Nan sebentar tadi. Apa saja gadis itu lakukan, bibirnya tidak pernah kosong dengan senyuman.
            Tunak matanya merenung pintu rumah yang terbuka luas. “Comel… Comel… Kenapalah kau comel sangat.”

SEBAIK saja tangannya meraup muka, Nan bingkas berdiri dan membuka telekung. Sedang tangannya ligat melipat kain solatnya, pintu biliknya diketuk. Nan hanya memandang sesaat dua ke arah pintu yang dikunci itu.
            “Oit!”
            Nan mencemik. Sengaja dia memperlahankan gerakan tangan melipat telekung dan sejadah miliknya. Apabila lipatannya tidak kemas, dia melipat sekali lagi. Ketukan pada pintu yang bertalu-talu langsung tidak diendahkan. Telinganya hanya dipekakkan.
            “Comel!” Suara Arel yang jelas tengah menahan geram kedengaran sekali lagi.
            “Huh!” Keluhan terlepas dari bibir. Entah apa saja lelaki itu mahukan kali ini.
            Ketukan pada pintu yang semakin kuat bagaikan ingin roboh membuatkan Nan terpaksa mengalah. Dengan berat hati kakinya melangkah dan menguak daun pintu seluasnya. Wajah bengang Arel hanya dibalas dengan muka malas.
            “Kau tengah buat apa? Dah pekak? Eh, sakit tangan aku dari tadi ketuk pintu, tahu tak?” ujar Arel dengan suara yang ditahan agar tidak melontarkan vokal yang kuat.
            Nan mendengus seraya menjulingkan mata ke atas. “Kau nak apa?”
            “Jawab soalan aku dulu! Kau buat apa tadi? Kau memang sengaja buka pintu lambat-lambat kan?” Semakin geram dia apabila melihat wajah acuh tak acuh Nan.
            “Aku tengah solat maghrib tadi. Kau tak solat ke?” Kening diangkat sebelah memandang wajah Arel.
            Arel terkedu mendengar soalan Nan.
            “Mesti kau tak solatkan?” soal Nan sinis.
            “Eh, aku solatlah!” pangkas Arel. “Sekejap lagi aku solatlah.” Perlahan nada suara Arel pada hujung ayat.
            “Tak baik lambat-lambatkan solat. Kau buat apa tadi sampai lambatkan solat. Kau tahu tak Allah tidak suka hambanya melambatkan solat. Sedangkan aku buka pintu lambat tadi pun kau dah marah, kau yang lambatkan solat ni rasa-rasanya Allah marah tak?” sempat lagi Nan memberikan tazkirah percuma buat sang suami.
            “Aa… aku tahulah. Tak payah nak ajar aku.” Gugup Arel apabila Nan memberikan peringatan sebegitu rupa. Malu! Ingin dia segera mengangkat kaki dan mengerjakan solat tetapi kerana ego yang tinggi melangit kakinya masih lagi terpacak dihadapan Nan.
            “Kita sebagai seorang muslim sememangnya wajar saling mengingatkan mereka yang lalai apatah lagi tentang solat. Solat itu kan tiang agama.” Tambah Nan lagi. Tipis saja senyuman di bibir tetapi dalam hatinya sudah berdekah-dekah ketawa dihamburkan. Dia tahu Arel malu tetapi ego. Dasar lelaki!
            “Dah! Jangan nak jadi ustazah. Kau tu bukannya baik sangat. Kalau kau baik sangat tak adanya kau nak derhaka dengan aku.” Arel membalas pulak. Tersungging senyuman di hujung bibir tatkala senyuman pada bibir merah Nan mati. Jangan ingat dia ni jahil sangat tentang agama.
            “Aku? Sejak bila aku derhaka dengan kau?” soal Nan tidak puas hati.
            “Kau selalu ingkar cakap aku. Itu dikira derhakalah tu.”
            “Eleh!” Nan menjeling Arel. “Kau tu selalu sakitkan hati aku. Aku balas je la. Suami dah jahat, mesti dibalas jahat. Itu hukum karma namanya.”
            “Kau ni ada belajar agama ke tak?”
            Nan mengecilkan mata memandang wajah Arel.
            “Kalau dah tahu suami kau ni jahat sepatutnya kau sebagai seorang isteri kenalah bagi nasihat dan tarik aku ke jalan yang betul. Lagipun segala permintaan aku tak bawa kau ke jalan neraka jadi kenapa ingkar? Kau tahu tak lima puluh peratus syurga kau dengan aku?”
            Nan terkedu. Kelu lidahnya untuk membalas kata-kata Arel. Wah! Sejak bila aku dapat seorang suami ala-ala ustaz ni? Eh, kejap! Bukan itu yang buat dia tergamam tapi yang membuatkan dia terkejut adalah apabila seorang kaki perempuan yang selalu menjamah benda haram kini tengah bertazkirah. Kagum sekejap.
            Arel tersenyum sinis apabila melihat Nan yang terpinga-pinga. Sah terkejut! Hei! Jangan sangka seorang playboy tidak punya pengetahuan agama. Dia tahu dan serba tahu cuma dia hanyut dengan godaan dunia dan syaitan.
            “Berapa lama lagi kau nak terkejut ni?”
            Mulut dicebik. Meluat sungguh dia apabila Arel menunjukkan riak bangga. Ceh!
            “Sudahlah! Tak payah nak berceramah dengan aku. Hah! Kau nak apa ketuk pintu aku sampai nak roboh.”
            “Aku ketuk pintu tu sampa nak roboh sebab kau buka pintu lambat sangat.”
            “Whatever!”
            Arel merenung tajam wajah tanpa riak Nan. Sedikit geram apabila Nan berkata sedemikian. “Kenapa tak jumpa aku?”
            Nan mengerutkan dahi. Bingung seketika.
            “Kau ni dah lupa atau buat-buat lupa?” Arel mendengus. “Kau dah lupa ke apa yang aku cakap dengan kau tadi petang?”
            Nan hanya membalas renungan tajam Arel dengan dahi yang berlapis-lapis. Otaknya kembali bekerja untuk mengingat kembali tentang apa yang dimaksudkan oleh Arel. Mindanya kembali bergerak ke beberapa jam yang lalu.
            “Aku suruh jumpa aku lepas maghrib kan?” Arel mengingtakan.
            “Lah… Kau kata lepas maghrib tapi sekarang masih lagi maghrib la Arel.” Nan membalas. Tersungging senyuman sinis di bibir apabila Arel terkelu lidah. “Kau nak apa sebenarnya?”
            “Masakkan aku makan malam.” Sejurus menyatakan arahan, Arel berlalu pergi meninggalkan Nan yang kegeraman.
            “Ish! Dah tahu aku tak pandai masak, lagi nak suruh. Dia yang cef, aku pulak yang kena.” Nan merungut tidak puas hati. Dengan langkah yang berat, pintu bilik ditutup kasar dan kaki diangkat menuju ke arah tangga.

“KAU tengah buat apa?”
            Kepala ditoleh ke belakang apabila Arel tiba-tiba menegur. Tanpa membalas pertanyaan daripada Arel, tangannya kembali menyenduk lauk dari kuali ke dalam pinggan.
            “Kau masak apa ni?” Arel sudah mengambil duduk di meja makan. Matanya ligat memerhatikan tangan Nan yang menyusun lauk di atas meja.
            “Tak nampak ke? Lauk yang simple macam ni pun tak kenal?” sindir Nan dengan mulut yang terjuih ke depan.
            “Ini lauk makan malam?” Soal Arel dengan intonasi suara yang terkejut dan tidak percaya. Bulat matanya memandang dua jenis lauk yang dihidangkan di depan mata. Matanya bersilih ganti memandang wajah Nan di hadapan dan lauk di atas meja.
            “Yalah!” jawab Nan kegeraman.
            “Ini yang kau namakan lauk makan malam?” Arel senyum herot. Senyumannya jelas sedang memperlekehkan Nan sehingga gadis itu menjelingnya.
            “Ini namanya rezeki Allah.” Nasi disenduk ke dalam pinggan tanpa mempedulikan senyuman mengejek Arel itu. Menyampah!
            “Kau masak telur dadar dan sosej goreng, ini yang kau namakan lauk makan malam?”
            “Haish!” Nan yang baru saja ingin menyuap nasi ke dalam mulut terhenti. Kepalanya diangkat dan merenung tajam wajah Arel. “Kalau kau tak nak makan, tak payah la. Aku tak paksa kau makan pun. Huh! Banyak songeh.”
            “Aku tak nak makan semua ni.” Wajah Arel bertukar kelat.
            Dia nak makan benda simple macam ni? Hei! Ini bukan bukan makan malam tapi ini makan pagi. Dia hendak makan yang berat-berat pada waktu malam dan telur serta sosej semestinya bukan pilihannya.
            “Tak nak makan sudah! Syuhhh syuhhh! Pergi sana.” Nan menghalau bersama gerakan tangan. Dia nak kecil hati? Taklah. Sudah memang kenyataan dia tak pandai masak. Benda ringkas macam ni dia pandailah. Dia tahu masakan ringkas ini pasti tidak dapat menambat hati Cef Arel ni. Taste lelaki ini kan tinggi. Cef la katakan.
            “Kau halau aku?” Buntang matanya apabila Nan dengan selamba menghalaunya. Malah gadis itu langsung tidak menghiraukannya dan hanya enak menikmati makan malamnya.
            Nan langsung tidak membalas. Hanya kepala yang diangguk berkali-kali. Bukannya sengaja tetapi sebab tidak boleh. Mulutnya penuh dengan nasi dan telur. Jadi sangatlah tidak beradab jika dia bercakap dengan mulut yang penuh.
            “Comel! Aku tak nak makan makanan simple ni. Kau tahu tak makanan ni sesuai dimakan untuk sarapan pagi bukannya dinner.” Arel mendengus tidak puas hati. Dia langsung tidak dilayan. Dia ibarat tunggul di mata gadis itu.
            “Comel!!!” Jeritnya lagi untuk menarik perhatian gadis itu. Geramnya semakin berbuku.
            “Huh!” Dengan rasa terpaksa, bebola matanya memandang wajah cemberut Arel. “Kalau kau tak nak makan semua ni, tak payah la makan. Aku tak kisah, okey!”
            “Habis tu aku nak makan apa?”
            “Kau nak apa?” Soalan dibalas soalan. Kepalanya langsung tidak didongak memandang wajah Arel. Perhatiannya hanya tertumpu pada pinggan yang berisi nasi dan lauk.
            “Aku nak makan nasi dengan tom yam seafood.”
            “Hah! Pergilah masak, lepas tu makan. Jangan nak kacau aku.” Balas Nan selamba. Tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan buat kali kedua. Dia masih lagi lapar dan belum kenyang. Biar hanya telur dan sosej, asalkan perut terisi, dia dah tak banyak songeh dah. Bukan macam suaminya itu. Cerewet!
            “Aku tak nak masak.” Tangannya disilangkan ke dada dan badannya disandarkan pada kepala kerusi. Nan yang tengah menambah nasi dan lauk ke dalam pinggan diperhatikan.
            “Kau nak suruh siapa masak?” Mulut Nan bertanya tanpa memandang wajah Arel.
            “Kau.”
            Hampir saja Nan tersedak ketika itu. Gelas yang berisi air kosong dicapai dan air diteguk rakus. Setelah tekaknya lega, matanya bergerak menikam anak mata Arel di hadapan.
            “Apa kau cakap?”
            “Aku nak kau masakkan aku tom yam seafood.” Panahan mata Nan dibalas tanpa mengelipkan mata biar sekali pun. Wajah tegang Nan langsung tidak dipedulikan.
            “Aku yang masakkan?”
            “Ya.”
            “Tom yam?” Mata Nan semakin dikecilkan melihat Arel dihadapan.
            “Ya.”
            “Tak nak!” bentak Nan. Suaranya juga sudah naik satu oktaf. Hilang terus selera makannya.
            “Comel… Comel…” Arel menggelengkan kepala dengan senyuman nipis di bibir. “Kau siapa dan aku siapa? Aku Tuan Arel dan kau tu kuli aku. Kuli tak boleh membantah tuannya faham!”
            Nan mencemik. Nasi yang berbaki separuh hanya dikuis-kuis saja.
            “Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Arel menjadi geram apabila Nan langsung tidak berganjak mahupun membalas kata-katanya.
            “Aku tak pekak.” Arel dijeling sekilas sebelum menyambung kata. “Tapi kau tu yang dah hilang ingatan. Macam orang tua. Alzhaimer.”
            Terjegil mata Arel apabila Nan dengan selamba mengutuk. Secara terang-terangan! Haish! Semakin bengang dia dibuat Nan.
            “Lagi sekali kau kutuk aku, aku sumbat mulut kau dengan cili.”
            Sekali lagi mulut terjuih ke depan. Ugutan Arel langsung tidak menggentarkan dia. “Tak betul ke apa yang aku cakap. Kau tu pesakit Alzhaimer. Kau dah tahu aku tak pandai masak, lagi nak suruh masakkan kau tom yam tu kenapa?”
            “Kalau tak tahu belajarlah.”
            “Belajar dengan siapa?”
            “Belajar dengan akulah.”
            Lama mata Nan merenung ke dalam anak mata hazel lelaki itu. Rasanya telinganya belum tersumbat bukan? Arel nak ajar dia masak? Dah buang tabiat ke apa lelaki ni? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba baik hati sangat nak ajar dia masak tom yam kenapa?
            “Kau demam, eh?”
            Berlapis dahi Arel apabila mendengar soalan pelik Nan itu. Spontan tangannya dibawa ke dahi, ingin merasa suhu badannya sendiri tetapi suhu badannya normal saja. Tak panas pun.
            “Kenapa soal aku macam tu? Merah ke muka aku?” Kali ini kedua-dua tangannya naik pula menyentuh pipi. Biasanya kalau dia demam, wajahnya akan merah dan bibirnya saja yang pucat.
            “Tak,” jawab Nan polos.
            “Dah tu kenapa tanya aku kalau aku demam ke tak?”
            “Sebab aku rasa otak kau dah mereng. Tiba-tiba kau jadi baik hati nak ajar memasak tu kenapa?”
            Arel merengus apabila mendengar alasan Nan itu. Dia betul-betul ingatkan dia demam tetapi rupanya Nan mengenakannya.
            “Kau fikir aku ni jahat sangat ke? Eh, kalau kau nak tahu aku ni orang yang paling baik hatii dalam dunia.” Arel tergelak kecil apabila mendengar bicaranya sendiri.
            “Masuk bakul angkat sendiri. Pirah! Kalau kau tu baik hati, tak ada maknanya kau buli aku.”
            Sebelah kening diangkat tinggi memandang Nan yang tengah meluat dengannya. Lebar senyumannya apabila melihat jelingan gadis itu.
            “Kalau kau nak makan, kau masaklah sendiri ya. Aku tak nak sebab aku tak reti tapi yang paling penting sebab aku tak suka masakkan untuk kau.”
            Nasi yang masih berbaki disuap ke dalam mulut sehingga licin. Walaupun selera makannya sudah hilang, dia tetap makan sehingga habis kerana dia tidak ingin membazir. Membazir itukan amalan syaitan.
            Pinggan yang kosong dibawa ke singki. Pinggan dan gelas yang digunakan dicuci. Selesai saja memcuci pinggan, tubuhnya dipalingkan ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila Arel berada di belakangnya. Hampir saja dia tersembam ke dada bidang lelaki itu.
            “Eeee! Kau ni kenapa?” Nan memeluk tubuh dan mendongak memandang wajah lelaki itu. Hampir patah lehernya kerana terpaksa mendongak ke atas memandangkan lelaki itu begitu dekat dengannya. Jika bergerak sedikit lagi, pasti dia akan jatuh pada pelukan Arel.
            “Jom aku ajar kau masak tom yam.” Ujar Arel dengan senyuman. Tangan Nan dicapai dan ditarik agar Nan mengikuti langkah kakinya.
            “Aku tak nak!” Bentak Nan. Tangannya yang berada di dalam genggaman Arel cuba direntap tetapi gagal. Huh!
            “Comel…” Meleret suara Arel dengan mata yang redup memandang Nan. “Ingat peraturan.”
            “Ya, Tuan Arel!” Balas Nan dengan nada yang tertahan.
            ‘Eeee! Arel ni menyebalkan!’


p/s : I'm so so soooo sorry guys sbb hmpir sbulan lbih x post n3 bru... cik pnulis trlupa password so xleh bka bka blog... nsib baik ada kawan pndai hack email so bru skrg dpt bka blog... so sorry :(

8 comments:

  1. Replies
    1. sory tw sbb lmbt sgt post n3 bru :(
      but thx for d komen ^_^

      Delete
  2. lambtpn x per...aslkan ada n3 baru...krg sket rindu...

    ReplyDelete
  3. Finally. .hehe,, btw best... hope post next entry asap ok.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah.. akn cuba utk post scpat mngkin ^^

      Delete
  4. ble nk smbg lg..ttggu dh nie

    ReplyDelete
  5. Ble next n3 kuar dh lme tunggu

    ReplyDelete