Monday 14 October 2013

Comel Is My Pet 9



“SELAMAT datang.” Sapa Nan kepada dua orang pelanggan yang baru saja menapak masuk ke dalam kedainya. Baru saja dia ingin mengambil pesanan daripada pelanggan tersebut, Amir datang menegur.

      “Kak Nan, mix fruit cupcakes dah habis.”

     “Dah habis? Eh, Kak Nan buat banyaklah semalam. Takkan dah habis?” Nan mengerutkan dahi lalu berlalu ke dapur. Manakala Amir pulak mengambil pesanan daripada pelanggan yang ditinggalkan Nan.

     Sebaik saja Nan masuk ke dalam dapur, dia ternampak kelibat Kak Cham yang tengah bertelefon di tepi singki. Tidak ingin menggangu Kak Cham, dia segera berlalu mencari kek cawan yang disimpannya.

     “Macam mana boleh jadi macam tu?”

     Nan yang tengah memegang satu kotak besar mix fruit cupcakes itu tertoleh memandang Kak Cham apabila mendengar suara Kak Cham yang risau.

     “In Sha Allah… Kalau Cham dapat cuti, Cham pergi sana.”

     “Kenapa Kak Cham?” Soal Nan apabila Kak Cham sudah selesai bertelefon. Daripada nada suara Kak Cham yang kedengaran risau itu, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

     “Eh, Nan… erm… tak ada apa. Saudara Kak Cham telefon tanya khabar je.” Jawab Kak Cham seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Nan.

     Nan ingin bertanya dengan lebih lanjut tetapi apabila melihat Kak Cham seperti serba salah untuk memberitahunya, dia tidak ingin memaksa. Dia hanya melemparkan senyuman manisnya kepada Kak Cham sebelum berlalu.

     “Erm… Nan…”

     Kak Cham memanggilnya apabila Nan baru saja membuka pintu dapur. Nan segera menoleh memandang Kak Cham. Kak Cham dilihatnya sedang menggigit bibir dengan wajah yang risau.

     “Amir! Nah mix fruit cupcakes. Ada je dekat belakang tu.” Nan menyerahkan kek cawan itu kepada Amir sebelum menutup pintu dan berjalan ke arah Kak Cham.

     “Kenapa Kak Cham? Kak Cham ada masalah ke?” Soal Nan apabila melihat Kak Cham sepertinya berat hati untuk berkongsi masalah.

     “Erm… erm… akak…”

     “Duduk dulu Kak Cham.” Nan melabuhkan duduk pada kerusi tepi meja begitu juga dengan Kak Cham. Nan meletakkan tangannya pada atas meja sebelum matanya menumpukan sepenuh perhatian kepada Kak Cham.

     “Kenapa ni Kak Cham? Kak Cham ada masalah ke?” Soal Nan lagi apabila Kak Cham tidak pula berani memandang matanya.

     “Erm… akak sebenarnya… sebenarnya…”

     “Apa dia Kak Cham? Janganlah malu-malu kucing pulak dengan Nan. Macamlah Kak Cham tak biasa dengan Nan. Kak Cham malu, Nan pun nak jadi malulah kalau macam ni.” Seloroh Nan membuatkan Kak Cham tergelak kecil.

     Nan tersenyum apabila suasana serius berubah sedikit. Dia tidak mahu Kak Cham tidak selesa dengannya.

     Kak Cham menarik nafas dalam sebelum memegang tangan Nan. “Kak Cham sebenarnya nak minta tolong dengan Nan.”

     “Apa dia?” Nan turut menggenggam erat tangan Kak Cham.

     “Kak Cham nak minta cuti.” Kak Cham melepaskan nafas lega apabila akhirnya kata-kata yang ingin diluahkan sudah dilontarkan kepada Nan.

     Nan tersenyum sebelum tergelak kecil. “Lah… nak minta cuti rupanya. Ingatkan apa yang susah sangat nak cakap.”

     “Erm… Nan tak marah?” Kak Cham semakin risau.

     “Buat apa pulak Nan nak marah. Ish, Kak Cham ni! Ingat Nan ni kejam sangat ke nak marah kalau Kak Cham minta cuti.” Kali ini Nan mengerutkan dahi, pura-pura marah kepada Kak Cham membuatkan Kak Cham tergelak kecil.

    “Bukannya apa. Kak Cham risau je sebab baru dua bulan kedai ni dibuka tapi Kak Cham dah minta cuti.”

     “Jangan risaulah. Kalau Kak Cham cuti, Nan tutuplah kedai buat sementara. Nanti Nan letak notis dekat pintu kedai. KEDAI AKAN DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU KERANA PEMILIK KEDAI AKAN BERKAHWIN.” Nan tergelak kuat apabila mendengar bicaranya sendiri. Kak Cham turut tergelak mendengar gurauan Nan itu.

     “Ish, Nan ni… Main-main pulak dia. Betul-betul Nan kahwin nanti baru tahu.”

     “Eeee… Nan tak nak kahwin lagilah.”

     “Betul ke Nan benarkan Kak Cham cuti?” Soal Kak Cham pulak meminta kepastian.

     “Betul! Tapi berapa lama Kak Cham nak minta cuti?”

     “Dua minggu.”

     Nan terdiam seketika untuk berfikir. Tangannya menongkat dagu di atas meja sambil merenung dalam anak mata Kak Cham.

     “Erm… Nan tak benarkan?” Nada suara Kak Cham semakin risau. Dia gusar jika Nan tidak akan membenarkannya bercuti selama dua minggu.

     “Acah je.” Nan sekali lagi tergelak kuat apabila melihat wajah risau Kak Cham. Dia berjaya mengenakan Kak Cham.

     “Ish, Nan ni! Buat risau Kak Cham je.”

     Nan terjerit kecil sambil mengelak dirinya daripada dicubit oleh Kak Cham.

     “Boleh je kalau Kak Cham nak cuti dua minggu. Kalau nak cuti sebulan pun Nan benarkan.”

     “Tak lah sampai sebulan tapi kalau Nan dah cakap macam tu, Kak Cham on je.” Gurau Kak Cham membuatkan Nan tersengih.

     “Tapi kenapa Kak Cham nak cuti sampai dua minggu pulak? Kak Cham ada masalah ke?”

     “Kak Cham nak pergi Indonesia.”

     “Hah? Eh, Kak Cham orang seberang ke?” Nan mengerutkan dahi lalu memerhati wajah Kak Cham dengan teliti. Hmmm, tak nampak macam muka orang seberang pun.

     “Eh, taklah! Kak Cham orang Malaysia. Kak Cham nak pergi Indonesia sebab adik Kak Cham kemalangan kat sana. Tadi ipar Kak Cham telefon, dia kata adik Kak Cham masih dalam bilik bedah.” Ujar Kak Cham dengan wajah dan suara yang risau.

     “Ya? Eh, kalau macam tu Kak Cham memang kena pergi Indonesia. Bila Kak Cham nak pergi Indonesia?”

     “Kalau boleh Kak Cham nak pergi Indonesia esok. Boleh tak, Nan?”

     “Boleh boleh boleh!” Ujar Nan seperti nada suara Ipin. “Kenapa pulak tak boleh. Kalau macam tu Nan nak tulis notis sekarang.” Nan segera berdiri lalu melangkah ingin keluar daripada dapur.

      “Erm… Nan?”

     Suara Kak Cham mematikan langkah kaki Nan. Nan yang sedang memegang pemegang pintu menoleh memandang Kak Cham yang sudah berdiri.

     “Terima kasih.” Kak Cham menghulurkan senyuman penuh penghargaan kepada Nan.

     Nan turut membalas senyuman Kak Cham manis. “Kasih diterima.”


“KAU tutup kedai selama dua minggu mulai esok?”

     “Yep!”

     “Kenapa?” Shasha yang baru saja selesai makan berdiri lalu mengangkat pinggangnya ke singki.

     “Sebab Kak Cham minta cuti. Adiknya kemalangan dekat Indonesia.” Nan yang juga sudah selesai makan mengangkat pinggannya ke singki.

     “Oh! Habis tu, selama dua minggu ni kau nak buat apa pulak? Tak bosan ke dekat rumah?” Kini Shasha dan Nan kembali duduk pada kerusi meja makan sambil makan puding mangga.

     “Hmm, aku pun tak tau nak buat apa. Mungkin aku akan cuba buat resepi cupcake baru kut.”

     “Bagus jugak tu. Kau boleh pelbagaikan lagi jenis cupcake kau. Setakat ni kau ada setakat dua puluh jenis cupcake je kan.”

     “Haah!”

     “Tapi aku ada sesuatu nak bagitahu kau jugak.”

     “Hmm, apa dia?”

     “Esok malam aku kena tidur di rumah my parents.”

     “Itu aku tahu.”

     Sememangnya setiap malam Khamis, Shasha akan tidur di rumah keluarganya. Itu merupakan salah satu syarat untuk Shasha jika dia ingin hidup di luar sendiri dengan aku. Kadang-kadang aku akan turut sekali tidur di rumah keluarganya. Orang tua Shasha walaupun orang berada tidak pernah sombong. Mereka tetap layan aku macam  anak mereka sendiri. Lagipula, Shasha merupakan anak tunggal. Maka dengan adanya aku, mereka turut menumpahkan kasih sayang mereka kepada aku. Bertuah badan!

     “Lusa pulak aku kena pergi Paris. Flight malam.” Tutur kata Shasha dengan selamba.

     “What?!” Mata Nan membulat bersama rahang yang jatuh memandang Shasha yang hanya selamba itu.

     “Lusa aku nak pergi Paris. Maybe for a week.” Ujar Shasha lagi.

     “Dari bila lagi kau dah rancang nak pergi Paris ni?” Nan sudah berdiri sambil bercekak pinggang memandang Shasha.

     “Dari minggu lalu lagi aku dah rancang nak pergi Paris. Aku nak cari bahan for my new clothes.

     “Dari minggu lalu lagi dah rancang tapi baru sekarang kau nak beritahu aku!”

     Shasha hanya tersengih-sengih memandang Nan yang tengah marah dengannya itu. Ala, marah-marah manja tu.

     “Sorry…

     “Sorry naik lori makan strawberi la!” Nan berlalu ke ruang tamu meninggalkan Shasha yang serba salah.

     “Ala janganlah marah Nan. Aku lupa nak beritahu kau.” Shasha melabuhkan duduk sebelah Nan rapat. Dia memeluk erat bahu Nan yang tengah muncung mulut itu.

     “Janganlah merajuk dengan aku, Nan. Ala, aku pergi tak lama. Aku pergi seminggu je kan. Bukannya dua minggu.” Shasha melentokkan kepalanya pada bahu Nan.

     “Oh, great! Home alone!


“HELLO? Hah, bro macam mana? All settle?

     “Dah settle dah.” Ujar suara di talian itu dengan lemah.

     “Good! Haish, tak sabar aku nak jayakan plan aku esok!”

     “Kau ni… tak pasal-pasal aku terlibat sekali. Kalau aku kena kaw tim dengan…”

     “Don’t worry, bro! Just follow the plan and everything will be just fine.” Senyuman penuh tersirat tersungging di bibir.

     “Hmm, yalah. Suka hati kaulah! Kalau dengan aku sekali kena kaw tim… aku cari kau!”

     “Relax dude!” Bibirnya tersenyum herot apabila kawannya di hujung talian itu kedengaran begitu risau.

     “Okey!”

     Apabila talian sudah dimatikan, telefon pintarnya dihumban ke atas katil. Dia melabuhkan duduk pada meja kerjanya dan mencapai beberapa helai kertas.

     “Hmm… aku kena mula macam mana ya?”

     Tok! Tok! Tok!

     Ketukan pintu biliknya menyebabkan Arel beralih mata. Sejenak kemudian, terjengul kepala David di sebalik pintu.

     “Didn’t I told you don’t disturb me?” Matanya mencerlung memandang wajah David yang hanya berdiri di pintu biliknya.

     “I’m sorry Ku Putera. I didn’t mean to disturb Ku Putera.” Orang kanan Tengku Meimun Maisara itu menundukkan sedikit tubuhnya.

     “What did she want?” Ujar Arel sinis tanpa memandang wajah David. Kalau dah wajah David yang terpacul depan mata, mesti ada kaitan dengan nenda tu.

     “The dinner is served, Ku Putera.

     “Itu je?” Arel tersenyum sinis. “Cakap dengan nenda, aku tak nak makan malam. Not when she’s around.

     “Ku Putera…”

     Arel bingkas bangun lalu melangkah ke arah David dengan wajah yang tegang. Buat seketika, matanya mencerlung tajam memandang David yang sedari tadi tidak mengangkat wajah.

     “Fine! But I will make sure this will be the last dinner with nenda.” Arel tergelak sinis sambil berjalan keluar dari biliknya dengan David di belakangnya.



4 comments:

  1. best2... ape perancangan yang arel tu buat? x sabo2.....

    ReplyDelete
  2. best..
    kalau bleh tahu berapa umur cik penulis ni? hehe

    ReplyDelete