“SELAMAT datang.” Sapa Nan kepada dua orang
pelanggan yang baru saja menapak masuk ke dalam kedainya. Baru saja dia ingin
mengambil pesanan daripada pelanggan tersebut, Amir datang menegur.
“Kak Nan,
mix fruit cupcakes dah habis.”
“Dah
habis? Eh, Kak Nan buat banyaklah semalam. Takkan dah habis?” Nan mengerutkan
dahi lalu berlalu ke dapur. Manakala Amir pulak mengambil pesanan daripada
pelanggan yang ditinggalkan Nan.
Sebaik
saja Nan masuk ke dalam dapur, dia ternampak kelibat Kak Cham yang tengah
bertelefon di tepi singki. Tidak ingin menggangu Kak Cham, dia segera berlalu
mencari kek cawan yang disimpannya.
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
Nan yang
tengah memegang satu kotak besar mix
fruit cupcakes itu tertoleh memandang Kak Cham apabila mendengar suara Kak
Cham yang risau.
“In Sha
Allah… Kalau Cham dapat cuti, Cham pergi sana.”
“Kenapa
Kak Cham?” Soal Nan apabila Kak Cham sudah selesai bertelefon. Daripada nada
suara Kak Cham yang kedengaran risau itu, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
“Eh, Nan…
erm… tak ada apa. Saudara Kak Cham telefon tanya khabar je.” Jawab Kak Cham
seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Nan.
Nan ingin
bertanya dengan lebih lanjut tetapi apabila melihat Kak Cham seperti serba
salah untuk memberitahunya, dia tidak ingin memaksa. Dia hanya melemparkan
senyuman manisnya kepada Kak Cham sebelum berlalu.
“Erm…
Nan…”
Kak Cham
memanggilnya apabila Nan baru saja membuka pintu dapur. Nan segera menoleh
memandang Kak Cham. Kak Cham dilihatnya sedang menggigit bibir dengan wajah
yang risau.
“Amir!
Nah mix fruit cupcakes. Ada je dekat belakang
tu.” Nan menyerahkan kek cawan itu kepada Amir sebelum menutup pintu dan
berjalan ke arah Kak Cham.
“Kenapa
Kak Cham? Kak Cham ada masalah ke?” Soal Nan apabila melihat Kak Cham
sepertinya berat hati untuk berkongsi masalah.
“Erm…
erm… akak…”
“Duduk
dulu Kak Cham.” Nan melabuhkan duduk pada kerusi tepi meja begitu juga dengan
Kak Cham. Nan meletakkan tangannya pada atas meja sebelum matanya menumpukan
sepenuh perhatian kepada Kak Cham.
“Kenapa
ni Kak Cham? Kak Cham ada masalah ke?” Soal Nan lagi apabila Kak Cham tidak
pula berani memandang matanya.
“Erm…
akak sebenarnya… sebenarnya…”
“Apa dia
Kak Cham? Janganlah malu-malu kucing pulak dengan Nan. Macamlah Kak Cham tak
biasa dengan Nan. Kak Cham malu, Nan pun nak jadi malulah kalau macam ni.”
Seloroh Nan membuatkan Kak Cham tergelak kecil.
Nan
tersenyum apabila suasana serius berubah sedikit. Dia tidak mahu Kak Cham tidak
selesa dengannya.
Kak Cham
menarik nafas dalam sebelum memegang tangan Nan. “Kak Cham sebenarnya nak minta
tolong dengan Nan.”
“Apa
dia?” Nan turut menggenggam erat tangan Kak Cham.
“Kak Cham
nak minta cuti.” Kak Cham melepaskan nafas lega apabila akhirnya kata-kata yang
ingin diluahkan sudah dilontarkan kepada Nan.
Nan tersenyum sebelum tergelak kecil. “Lah…
nak minta cuti rupanya. Ingatkan apa yang susah sangat nak cakap.”
“Erm… Nan
tak marah?” Kak Cham semakin risau.
“Buat apa
pulak Nan nak marah. Ish, Kak Cham ni! Ingat Nan ni kejam sangat ke nak marah
kalau Kak Cham minta cuti.” Kali ini Nan mengerutkan dahi, pura-pura marah
kepada Kak Cham membuatkan Kak Cham tergelak kecil.
“Bukannya
apa. Kak Cham risau je sebab baru dua bulan kedai ni dibuka tapi Kak Cham dah
minta cuti.”
“Jangan
risaulah. Kalau Kak Cham cuti, Nan tutuplah kedai buat sementara. Nanti Nan
letak notis dekat pintu kedai. KEDAI AKAN DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU KERANA
PEMILIK KEDAI AKAN BERKAHWIN.” Nan tergelak kuat apabila mendengar bicaranya
sendiri. Kak Cham turut tergelak mendengar gurauan Nan itu.
“Ish, Nan
ni… Main-main pulak dia. Betul-betul Nan kahwin nanti baru tahu.”
“Eeee…
Nan tak nak kahwin lagilah.”
“Betul ke
Nan benarkan Kak Cham cuti?” Soal Kak Cham pulak meminta kepastian.
“Betul! Tapi
berapa lama Kak Cham nak minta cuti?”
“Dua
minggu.”
Nan
terdiam seketika untuk berfikir. Tangannya menongkat dagu di atas meja sambil
merenung dalam anak mata Kak Cham.
“Erm… Nan
tak benarkan?” Nada suara Kak Cham semakin risau. Dia gusar jika Nan tidak akan
membenarkannya bercuti selama dua minggu.
“Acah
je.” Nan sekali lagi tergelak kuat apabila melihat wajah risau Kak Cham. Dia
berjaya mengenakan Kak Cham.
“Ish, Nan
ni! Buat risau Kak Cham je.”
Nan
terjerit kecil sambil mengelak dirinya daripada dicubit oleh Kak Cham.
“Boleh je
kalau Kak Cham nak cuti dua minggu. Kalau nak cuti sebulan pun Nan benarkan.”
“Tak lah
sampai sebulan tapi kalau Nan dah cakap macam tu, Kak Cham on je.” Gurau Kak
Cham membuatkan Nan tersengih.
“Tapi
kenapa Kak Cham nak cuti sampai dua minggu pulak? Kak Cham ada masalah ke?”
“Kak Cham
nak pergi Indonesia.”
“Hah? Eh,
Kak Cham orang seberang ke?” Nan mengerutkan dahi lalu memerhati wajah Kak Cham
dengan teliti. Hmmm, tak nampak macam muka orang seberang pun.
“Eh,
taklah! Kak Cham orang Malaysia. Kak Cham nak pergi Indonesia sebab adik Kak
Cham kemalangan kat sana. Tadi ipar Kak Cham telefon, dia kata adik Kak Cham
masih dalam bilik bedah.” Ujar Kak Cham dengan wajah dan suara yang risau.
“Ya? Eh,
kalau macam tu Kak Cham memang kena pergi Indonesia. Bila Kak Cham nak pergi
Indonesia?”
“Kalau
boleh Kak Cham nak pergi Indonesia esok. Boleh tak, Nan?”
“Boleh
boleh boleh!” Ujar Nan seperti nada suara Ipin. “Kenapa pulak tak boleh. Kalau
macam tu Nan nak tulis notis sekarang.” Nan segera berdiri lalu melangkah ingin
keluar daripada dapur.
“Erm…
Nan?”
Suara Kak
Cham mematikan langkah kaki Nan. Nan yang sedang memegang pemegang pintu
menoleh memandang Kak Cham yang sudah berdiri.
“Terima
kasih.” Kak Cham menghulurkan senyuman penuh penghargaan kepada Nan.
Nan turut
membalas senyuman Kak Cham manis. “Kasih diterima.”
“KAU tutup kedai selama dua minggu mulai esok?”
“Yep!”
“Kenapa?”
Shasha yang baru saja selesai makan berdiri lalu mengangkat pinggangnya ke
singki.
“Sebab
Kak Cham minta cuti. Adiknya kemalangan dekat Indonesia.” Nan yang juga sudah
selesai makan mengangkat pinggannya ke singki.
“Oh!
Habis tu, selama dua minggu ni kau nak buat apa pulak? Tak bosan ke dekat
rumah?” Kini Shasha dan Nan kembali duduk pada kerusi meja makan sambil makan
puding mangga.
“Hmm, aku
pun tak tau nak buat apa. Mungkin aku akan cuba buat resepi cupcake baru kut.”
“Bagus jugak tu. Kau boleh pelbagaikan lagi
jenis cupcake kau. Setakat ni kau ada
setakat dua puluh jenis cupcake je
kan.”
“Haah!”
“Tapi aku
ada sesuatu nak bagitahu kau jugak.”
“Hmm, apa
dia?”
“Esok
malam aku kena tidur di rumah my parents.”
“Itu aku
tahu.”
Sememangnya setiap malam Khamis, Shasha akan tidur di rumah keluarganya.
Itu merupakan salah satu syarat untuk Shasha jika dia ingin hidup di luar
sendiri dengan aku. Kadang-kadang aku akan turut sekali tidur di rumah
keluarganya. Orang tua Shasha walaupun orang berada tidak pernah sombong.
Mereka tetap layan aku macam anak mereka
sendiri. Lagipula, Shasha merupakan anak tunggal. Maka dengan adanya aku,
mereka turut menumpahkan kasih sayang mereka kepada aku. Bertuah badan!
“Lusa
pulak aku kena pergi Paris. Flight malam.”
Tutur kata Shasha dengan selamba.
“What?!” Mata Nan membulat bersama rahang
yang jatuh memandang Shasha yang hanya selamba itu.
“Lusa aku
nak pergi Paris. Maybe for a week.” Ujar
Shasha lagi.
“Dari
bila lagi kau dah rancang nak pergi Paris ni?” Nan sudah berdiri sambil
bercekak pinggang memandang Shasha.
“Dari
minggu lalu lagi aku dah rancang nak pergi Paris. Aku nak cari bahan for my new clothes.”
“Dari minggu
lalu lagi dah rancang tapi baru sekarang kau nak beritahu aku!”
Shasha
hanya tersengih-sengih memandang Nan yang tengah marah dengannya itu. Ala,
marah-marah manja tu.
“Sorry…”
“Sorry naik lori makan strawberi la!” Nan
berlalu ke ruang tamu meninggalkan Shasha yang serba salah.
“Ala
janganlah marah Nan. Aku lupa nak beritahu kau.” Shasha melabuhkan duduk
sebelah Nan rapat. Dia memeluk erat bahu Nan yang tengah muncung mulut itu.
“Janganlah merajuk dengan aku, Nan. Ala, aku pergi tak lama. Aku pergi
seminggu je kan. Bukannya dua minggu.” Shasha melentokkan kepalanya pada bahu
Nan.
“Oh, great! Home alone!”
“HELLO? Hah, bro macam mana? All settle?”
“Dah settle dah.” Ujar suara di talian itu
dengan lemah.
“Good!
Haish, tak sabar aku nak jayakan plan
aku esok!”
“Kau ni…
tak pasal-pasal aku terlibat sekali. Kalau aku kena kaw tim dengan…”
“Don’t worry, bro! Just follow the plan and
everything will be just fine.” Senyuman penuh tersirat tersungging di
bibir.
“Hmm,
yalah. Suka hati kaulah! Kalau dengan aku sekali kena kaw tim… aku cari kau!”
“Relax dude!” Bibirnya tersenyum herot
apabila kawannya di hujung talian itu kedengaran begitu risau.
“Okey!”
Apabila
talian sudah dimatikan, telefon pintarnya dihumban ke atas katil. Dia
melabuhkan duduk pada meja kerjanya dan mencapai beberapa helai kertas.
“Hmm… aku
kena mula macam mana ya?”
Tok! Tok!
Tok!
Ketukan
pintu biliknya menyebabkan Arel beralih mata. Sejenak kemudian, terjengul
kepala David di sebalik pintu.
“Didn’t I told you don’t disturb me?”
Matanya mencerlung memandang wajah David yang hanya berdiri di pintu biliknya.
“I’m sorry Ku Putera. I didn’t mean to
disturb Ku Putera.” Orang kanan Tengku Meimun Maisara itu menundukkan
sedikit tubuhnya.
“What did she want?” Ujar Arel sinis
tanpa memandang wajah David. Kalau dah wajah David yang terpacul depan mata,
mesti ada kaitan dengan nenda tu.
“The dinner is served, Ku Putera.”
“Itu je?”
Arel tersenyum sinis. “Cakap dengan nenda, aku tak nak makan malam. Not when she’s around.”
“Ku
Putera…”
Arel
bingkas bangun lalu melangkah ke arah David dengan wajah yang tegang. Buat
seketika, matanya mencerlung tajam memandang David yang sedari tadi tidak
mengangkat wajah.
“Fine! But I will make sure this will be the
last dinner with nenda.” Arel tergelak sinis sambil berjalan keluar dari
biliknya dengan David di belakangnya.
best2... ape perancangan yang arel tu buat? x sabo2.....
ReplyDeletethnx... nntikn je n3 strusnya ^_^
Deletebest..
ReplyDeletekalau bleh tahu berapa umur cik penulis ni? hehe
hehe cik pnulis bru umur 16 huhu ^_^
Delete