“NAN!!! Kenapa lambat
sangat kau dekat dapur? Aku suruh kau masak sarapan aku dalam masa sepuluh
minit sahaja tapi sampai sekarang sarapan aku belum siap lagi?! Kau tengah
masak makanan ke tengah buat makanan, hah?!!” Tengkingan daripada Tuan Arel
bergema di setiap pelosok rumah banglo tiga tingkat tersebut. Nan yang pada
ketika itu sedang memegang pinggan kaca terkejut lantas terlepas pegangan.
Prang!!! Pinggan kaca
tersebut terhempas. Alamak! Matilah aku! Mesti Tuan Arel mengamuk sakan dengan
aku. Nan sudah mula kecut perut. Peluh juga sudah mula mengalir.
“Hei! Tak guna punya
perempuan! Kau pecahkan pinggan kaca lagi! Hei, kau ni memang nak kena
ke?!" Tuan Arel sekali lagi memarahi Nan yang telah memecahkan pinggan
kaca untuk kali kedua puluh.
“Ma… maafkan sa… saya tuan.
Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja!” Nan sudah terketar- ketar
memandang Tuan Arel. Tuan Arel kini dilihat seperti singa jantan yang hendak
menerkam mangsanya. Bergenang air jernih di tubir mata. Bila-bila masa air
matanya akan laju menuruni pipi.
“Maaf maaf! Maaf je la yang
kau tau kan! Hei, kalau masalah dapat diselesaikan dengan perkataan maaf tak
perlulah ada undang- undang dan polis bagai!" Sekali lagi suara Tuan Arel
bagaikan halilintar bergema di rumah tersebut.
Nan hanya mampu tunduk
memandang lantai. Dia hanya diam menikus dan tidak berani mencelah. Sungguh dia
begitu takut dengan Tuan Arel. Badannya kini terasa menggigil dan lidahnya kelu
untuk berkata- kata.
“Hah, kenapa diam?! Kali ni
aku takkan lepaskan kau. Aku akan bunuh kau! Aku nak bunuh kau!" Tuan Arel
pantas mendekati Nan dan terus mencekik Nan dengan sekuat hatinya.
Nan panik! Nafasnya kini
tersekat- sekat. Didepan matanya kini, Tuan Arel kelihatan sungguh menakutkan.
Wajah itu merah padam dan menyeramkan.
“Haha! Aku nak bunuh kau!
Bunuh kau!!!” Hilai tawa Tuan Arel kuat
menerjah telinganya. Tubuhnya kian lemah dan kakinya longlai tidak berdaya.
“Tidak!!!” Lantas Nan
mencelikkan mata dan bangkit daripada tidurnya. Nan melihat sekeliling dan
ternyata dia masih lagi berada di dalam kamarnya. Kedua- dua tangan yang mencekik
lehernya pantas diturunkan.
Astaghfirullahalazim! Aku
mimpi je rupanya. Eh, kejap! Tuan Arel? Tidak!!! Aku takkan biarkan mimpi aku
jadi kenyataan. Itu semua tidak boleh terjadi. Tidak sesekali! Aku tak boleh biarkan dia buli
aku. Arghhh! Sebelum dia buli aku, aku akan buli dia dulu. Ya! Aku tak boleh
kalah! Aku tak boleh tunduk dengan Arel!
Nan mengambil tualanya yang
di sangkut di belakang pintu dan terus menuju ke dalam kamar mandi. Dia harus
segera membersihkan tubuhnya dan akan memulakan misi membuli Arel secepat
mungkin.
“Kau nak buli aku sebab kau
nak balas dendam kan, Arel? Huh! Aku tak akan biarkan!”
“OKEY! Aku akan buat macam ni,” Nan
memegang tombol pintu tetapi belum pun tombol pintu dipulas, Nan melepaskan
pegangan.
“Eh eh eh… Tak boleh tak
boleh! Bahaya tu! Bahaya bahaya bahaya...." Nan kembali berjalan mundar-mandir
didalam biliknya.
“Hah! Kalau cara tu tak
boleh, cara ni boleh!” dengan senyuman lebar, Nan ingin memegang tombol pintu
bilik tetapi niatnya itu dimatikan serta merta. Senyumannya juga mati.
“Tak tak tak… Aku tak la
sekejam itu, aku kan baik orangnya, mana boleh buat macam tu. No no no!” Nan
sekali lagi berjalan ke kiri ke kanan dan ke kiri ke kanan dengan ibu jari dan
jari telunjuknya di dagu. Itulah kelakuannya sejak tiga puluh minit yang lalu.
Dia sebenarnya tengah kusut memikirkan idea. Idea? Idea apa? Haish! Idea apa
lagi kalau bukan idea nak kenakan Arel.
“Kalau aku orang yang bijak,
apa yang aku akan buat, ya? Hmm…”
Tok! Tok! Tok! Belum sempat
mentol ideanya menyala, pintu biliknya diketuk.
“Comel, bangun! Kau nak
tidur sampai Zuhur ke?” suara Arel kedengaran di sebalik pintu.
Nan mencebik. Tombol pintu
dipulas dan pintu bilik dibuka seluas-luasnya.
“Hah! Kau nak apa kacau Tuan
Puteri awal-awal pagi?” soal Nan sambil bercekak pinggang memandang Arel di
hadapannya.
Arel menjongketkan kedua
belah keningnya.
“Tuan Puteri? Sejak bila
pulak kau jadi Tuan Puteri? Jangan nak perasan boleh tak? Kembang tekak aku
bila dengar kau bahasakan diri tu Tuan Puteri.” Arel memeluk tubuh memandang
Nan.
“Whatever! Cubaan kau untuk
menyakitkan hati aku tak berjaya. Kau nak apa kacau aku? Cakap cepat!” Nan cuba
untuk menahan sabar. Dia tipu Arel sebenarnya. Memang bohong kalau dikatakan
Arel tidak berjaya menyakitkan hati dia. Sebenarnya dia memang tengah sakit
hati sebenarnya. Apa saja yang keluar daripada mulut lelaki itu, tiada yang
menyenangkan hati.
“Aku nak tanya kau sesuatu.”
“Nak tanya apa?” soal Nan
malas.
“Sekarang pukul berapa?” Nan
mengerutkan dahi memandang lelaki yang memakai T-shirt polo warna biru cair dihadapannya
ini.
“Takkan la kau ni miskin
sangat sampai tiada jam? Tapi aku rasa kau ni orang kaya sebab aku tahu kau ada
limousin. Buat apa kau nak tanya aku sekarang jam berapa?”
“Memang aku tak nafikan yang
aku kaya. Terima kasih sebab puji aku.” Arel tersenyum herot apabila Nan sudah
mencebik mendengar bicaranya itu.
Ek eleh! Baru puji sikit dah
perasan tahap maksima.
“Tapi aku tak minta kau
untuk puji aku kaya, aku cuma nak kau jawab soalan aku. Sekarang pukul berapa?”
soal Arel lagi.
“Ish! Kau pergilah tengok
sendiri. Macamlah ruang tamu tu tiada jam dekat dinding. Huh!”
“Nope! Aku nak kau yang
jawab soalan aku. Aku nak kau yang beritahu aku sekarang pukul berapa,” ujar
Arel selamba dengan riak wajah yang kosong. Dia langsung tidak mempedulikan Nan
yang sudah membuat muka.
“Aku tak tahu sekarang jam
berapa la! Sibuk nak tanya aku kenapa?” Bengang Nan dibuatnya.
“Kalau tak tahu pergilah
tengok jam kau sekarang. Kau tak miskin sangat sampai tiada jam dalam bilik kau
kan?” Sebelah kening dijongket memandang wajah Nan.
“Ish, menyusahkan! Sendiri
boleh tengok jam dekat ruang tamu, dengan aku jugak dia tanya. Memang sengaja
nak menyusahkan atau lebih tepat lagi mencari masalah dengan aku,” bebel Nan
tetapi kakinya tetap melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat jam digital
yang tergantung pada dinding.
“Sekarang dah pukul tujuh
lima puluh lima minit dua puluh saat pagi! Dah tahu kan? Puas hati? Jadi
dipersilakan untuk pergi dari sini dan jangan kacau aku.” Ambik kau! Siap
dengan saat aku kasi. Nan juga berpeluk tubuh sambil merenung tajam wajah Arel.
Arel menguntumkan senyum dan
menganggukkan kepalanya berkali-kali.
“You know what, Comel?”
Nan mengerutkan dahi. Apa
lagi dia nak ni? Haish!
“Hah,
apa?” tanya Nan malas.
“Comel ku sayang, lagi empat
minit dan empat puluh saat nak masuk jam lapan pagi. Suamimu ini tengah lapar.
Where is my breakfast? Suamimu ini belum sarapan lagi sebab dia tunggu punya
tunggu punya tunggu, wife dia tak turun-turun pulak. Jadi suamimu yang baik
hati ini pun naik la ke atas dan nak arahkan isterinya sediakan sarapan. Ada
faham?” ujar Arel tanpa segaris senyuman.
Meluat betul! Banyak cantik
punya ayat! Ini nak suruh aku buatkan dia sarapan pulak. Hello? Dia tak tahu ke
yang aku ni tak pandai masak? Kalau aku tahu masak pun aku tak akan masakkan
untuk lelaki ini. Tak sudi! Biar mati kelaparan pun aku tak kisah.
“Arel ku darling, isterimu
ini langsung tidak kisah suaminya kelaparan. Where is your breakfast? Masak
sendiri! Isterimu ini tak akan sediakan sarapan untuk suaminya biarlah sampai
perut suaminya tu menyanyi lagu dondang sayang ke lagu rock ke, isterimu ini
tak akan ambil peduli!” Wajah Nan kelat. Banyak cantik kau nak suruh aku
sediakan sarapan! Aku tak nak!
“Boleh tak kau dengar cakap
aku?”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku suami kau!”
“Do I look like I care?”
Arel mengetap bibir. Tajam
matanya merenung mata Nan. Haish! Perempuan ni kan!
“Eh, memasak ni
tanggungjawab kau la! Sedar diri sikit yang kau tu isteri aku. Apa yang aku
suruh wajib patuh. Tak ingat ke apa yang ibu cakap kelmarin? Kau kena patuh
dengan suami kau dan suami kau tu aku. Jadi sekarang aku suruh kau masakkan
sarapan untuk aku maka pergilah sediakan!” keras Arel memberi arahan.
“Aku tetap tak nak! Biar apa
yang kau nak cakap sekali pun aku tetap tak akan ikut cakap kau. Sampai
bila-bila pun tak akan!” Kau ingat aku akan patuh dengan kau? Kau fikir bila
kau ungkit pasal apa yang ibu katakan kelmarin aku akan tunduk dengan kau?
Silaplah, Arel!
“Kau ni kan!” Arel semakin
bengang. “Buat je la apa yang aku suruh. Susah sangat ke nak buatkan sarapan
untuk aku? Okay, fine! Aku tak akan paksa kalau kau tak nak tapi jangan marah
aku kalau aku mengadu hal ni dengan ibu. Jangan pulak kau menyesal kalau ibu
kecewa dengan kau sebab menjadi seorang isteri yang suka melawan kata.” Arel
tersenyum sinis.
Dia bukannya teringin sangat
mahukan Nan membuatkan dia sarapan. Dia bukannya tidak tahu memasak. Dia kan
chef jadi tak susah mana pun kerja memasak ni. Dia hanya sengaja ingin membuli
Nan. Dia tak akan biarkan Nan duduk senang lenang. Lagipula dia pasti sangat
yang Nan tidak tahu dia pandai masak apatah lagi seorang cef.
“Eh, kau...” belum sempat
Nan menghabiskan kata, Arel terlebih dahulu mencelah. Bukannya dia tidak tahu
Nan ingin memarahinya. Jadi, sebelum dimarah lebih baik dia potong percakapan
Nan itu.
“Dah dah dah! Sekarang ni
aku nak kau turun ke dapur dan sediakan sarapan aku. Jangan banyak cakap!” Sejurus itu, Arel berjalan ke tingkat dua
meninggalkan Nan yang masih lagi tercegat di depan pintu.
“Arghhh!”
Turun naik nafasnya menahan amarah yang mencengkam dada apabila mendengar
ugutan Arel sebentar tadi. Eeee! Sakitnya hati aku! Suka hati dia je nak suruh
aku sediakan sarapan untuk dia. Tanggungjawab konon. Pirah!
“Tak apa… tak apa… Kau lapar
sangat kan? Kau nak sangat aku sediakan kau sarapan kan? Fine! Aku akan masak
dan sediakan sarapan yang paling ‘istimewa’ untuk kau.” Nan tersenyum penuh
makna.
“Aku tahu kau sengaja nak
kenakan aku Arel. Huh! Kita tengok siapa yang terkena!”
Nan
menuruni tangga dan terserempak dengan Arel yang masih lagi berada di kaki
tangga dan sedang bercekak pinggang menanti kehadirannya.
“Kenapa lambat sangat?
Lembab!” Arel sengaja menanti Nan di kaki tangga. Sengaja jugak dia memarahi
Nan untuk menaikkan lagi suhu kemarahan isterinya itu.
Kepala Nan rasa ingin
meletup. Lembab? Dia kata aku lembab! Haish! Kerja lelaki ni memang untuk
sakitkan hati aku ke? Huh! Sabar Nan, sabar. Jangan melenting. Kalau marah,
misi untuk kenakan Arel tak akan berjalan lancar. Chill, girl!
“Suamiku… suamiku ini nak
makan apa?” tanya Nan dengan lemah lembut bersama senyuman manisnya.
Terjongket sebelah kening
Arel. Aik? Takkan la aku ugut sikit, sikap pun berubah. Atau… Dia tengah perli
aku kut? Alang-alang dah tanya, order je la makanan yang kau nak, Arel.
“Aku nak makan nasi lemak
dan karipap. Air pulak aku nak kau bancuh air Nescafe kurang manis.”
“Baiklah suamiku, isterimu
ini akan menurut perintah.” Nan berjalan menuruni tangga ke ruang dapur.
Arel yang sudah pun duduk di
sofa ruang tamu mengerutkan dahi. Pelik! Itu yang dia rasakan apabila Nan
bercakap baik-baik dengannya. Entah-entah si Comel tu ada muslihat kot. Ada
kemungkinan tu!
Nan yang sudah pun
menyediakan bahan di singki menggumam tidak puas hati. Ceh! Tinggal dekat Korea
sampai muka pun macam muka orang Korea. Tapi selera pulak selera orang Melayu
tulen. Bukannya dia tidak pandai masak. Semua orang pun tahu nak masak tapi
rasa masakan tu je yang hancur. Nan tersenyum sinis.
“Kau nak makan makanan Melayu kan, Arel? Kau akan dapat! Kau tak akan
lupa sampai bila-bila!”
“COMEL!!!” suara yang menjerit nama Nan
bergema di setiap pelosok rumah banglo.
Cabut Nan, cabut! Nan pantas
berlari keluar daripada dapur sambil mengekek tawa dan menaiki tangga ke
biliknya. Dalam keadaan yang tengah kalut itu, telefonnya berbunyi.
“Hello, Shasha! Kau call aku
tepat pada masanya. Jumpa aku dekat tempat biasa sekarang,” tanpa memberi
kesempatan untuk Shasha bercakap, Nan terlebih dahulu mematikan panggilan.
Setelah mencapai tas tangannya, Nan bergegas meninggalkan bilik dan keluar
daripada rumah. Bibirnya tidak henti-henti menguntumkan senyuman yang lebar.
“Bye, Arel!” Sempat lagi dia
menjerit kepada Arel yang sudah semestinya bertukar menjadi ‘The Incredible
Hulk’. Puas sudah hatinya! Yes! Aku dapat kenakan Arel si mamat kerek!
p/s: untuk bab ni pendek kot? btw enjoy n jgn lpa komen ^_^ (klu pndek sgt sy post lgi ari ahad kot ;))
haha..klakr
ReplyDeleteThx :)
Deletepadan muka arel.. nk sgt dengki kan dh kene.. hehehe.. cepat2 sambung k
ReplyDeletethx linda akn dsmbg asap k ^_^
Delete