ONE
day when the light is glowing, I’ll be in the castle golden…
“Kenapa ni sayang? Arel
sakit ke?”
Mata yang kuyu terus
membulat. Arel melihat skrin telefonnya. Bonda! Telefon kembali dilekapkan pada
telinga.
“Bonda! Kenapa bonda call
Arel?” Suara Arel yang lemah tidak bersemangat tadi terus bertukar kuat.
Terkejut apabila bonda tiba-tiba menelefonnya. Nenda dah beritahu yang aku lari
dari Korea ke? Atau… mungkin bonda dah tahu aku ada dekat Malaysia sekarang.
“Aik, takkan la bonda tak
boleh nak call anak kesayangan bonda
ni nak tanya khabar?”
Daripada bicara bondanya,
Arel dapat mengagak bahawa bonda masih belum tahu tentang kesnya lari dari
Korea. Selamat! Senyuman terukir di bibir sebelum dia berbaring pada sofa dan
memandang siling.
“Boleh
la, bonda. Kenapa pulak tak boleh.”
“Bonda tanya soalan tadi,
Arel. Arel sakit ke sayang?” soal Tengku Melissa Huda yang tengah risau.
“Arel sakit perut bonda. Dah
banyak kali Arel keluar masuk tandas tahu!” Arel mengadu manja kepada bondanya.
Kelmarin saja hampir berbelas kali dia masuk tandas. Hari keduanya ini tidaklah
seteruk kelmarin tapi perutnya masih lagi memulas selang beberapa jam.
“Kenapa boleh sakit, Arel?
Arel buat bonda risau la.” Kerutan di dahi Tengku Melissa Huda semakin
kelihatan. Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendengar anaknya yang sedang
sakit. Tambahan pula, anaknya berada jauh daripadanya. Semakin risau hatinya.
“Arel salah makan, bonda.
Kelmarin, teruk perut Arel memulas tapi hari ni kurang sikit dah.” Dalam pada
masa yang sama Arel mencebik. Salah makan la sangat! Padahal Comel, menantu
bonda yang invisible tu yang
pedajalkan Arel.
“Susah hati bonda bila
dengar suara Arel yang lemah macam ni. Bonda jaga Arel di Taiwan ya, sayang?”
Arel pantas bangun dari
pembaringan. Sebelah tangannya mengurut tengkuknya. Aduh! Anak bonda tak ada
dekat Taiwan la.
“Eh, tak payah la bonda. Kalau
bonda nak datang Taiwan siapa pulak yang nak jaga butik bonda yang banyak tu.”
Arel pantas memberi alasan. Uish! Tak boleh tak boleh!
“Bonda risau la dengan kamu,
Arel.” Tengku Melissa Huda melepaskan keluhan berat.
“Ala, bonda tak payah la
risau tentang Arel. Esok Arel sembuh la. Sakit Arel ni sekejap je.” Arel cuba
untuk meyakinkan bondanya. Bonda tak boleh tahu bahawa aku ada di Malaysia.
Nanti confirm bonda geledah satu
Malaysia untuk cari aku. Bonda pun boleh jadi lebih dasyat daripada nenda. Fuh!
Tak nak!
“Hmm, yalah.” Akhirnya
Tengku Melissa Huda mengalah. Lagipula, jika dia terbang ke Taiwan dan menjaga
anaknya itu, siapa pulak yang akan menguruskan makan minum suaminya.
Arel tersenyum lega. Nasib
baik!
“Bonda… Arel rindu sangat
dengan bonda!” luah Arel dengan manja. Dia memang anak manja pun. Dengan bonda
dan nenda, dia memang terlebih manja.
“Manjanya anak bonda ni.
Ingatkan dah besar panjang ni tak nak manja dengan bonda dah.” Tengku Melissa
Huda tersenyum senang. Riang hatinya apabila mendengar suara anaknya yang
merengek merindukannya.
“Mestilah! Arel kan anak
manja bonda.” Arel tersenyum lebar. Sungguh dia rindukan bondanya. Sudah
berbulan lamanya dia tidak berjumpa dengan bonda.
“Yalah! Kamu tu memang anak
manja bonda. Hmm, mana abang kamu?”
“Abang Dan? Manalah Arel
tahu, bonda.” Arel mengerutkan dahi apabila bonda bertanya tentang abangnya yang satu itu. Kali
terakhir dia bercakap dengan abangnya pun hampir dua bulan yang lalu. Itupun
hanya dalam telefon ketika dia dan Comel sedang menuju ke Everland.
“Pelik. Semalam abang kamu
ada call bonda. Dia cakap dia ada di
Taiwan, ada bisnes deal. Takkan la
dia tak tinggal dengan kamu?”
“Mungkin dia tinggal di
hotel la tu, bonda.”
“Mungkin la tu.”
Sebaik saja talian
dimatikan, Arel memejamkan mata. Rindu pada bondanya sudah terubat. Sesaat
kemudian, mata yang terpejam dibuka dan melihat sekilas jam pada dinding di
ruang tamu itu.
Pukul sembilan pagi? Aik?
Kenapa Comel tak keluar-keluar dari bilik lagi? Haish! Perempuan ni memang
jenis yang tidur sampai lewat tengah hari ke? Takkan la aku kena ketuk bilik
dia lagi macam kelmarin? Huh! Menyusahkan!
“Good morning!”
Belum sempat dia bangun dan
bergerak untuk mengejutkan Nan, Nan sudah pun menyapanya.
“Awal kau bangun?” perli
Arel dengan senyuman sinis.
Nan
hanya buat muka bodoh.
“Kau nak pergi mana?” soal
Arel dengan kerutan di dahi. Melihat Nan dengan seluar jean putih, tee hitam lengan
panjang dan tudung biru gelap menimbulkan persoalan di benaknya. Macam nak
keluar rumah je?
“Aku nak jalan-jalan
hilangkan stres. Tengok muka kau buat aku tekanan jadi lebih baik aku keluar.”
Mata Arel terbuntang. Tengok
muka aku boleh stres? Ini sudah lebih ni!
“Eh, sepatutnya aku yang
stres tengok muka kau! Kau yang selalu pedajalkan aku dengan teruk. Huh!”
Nan hanya senyum segaris
sambil menjongketkan bahu.
“Aku tak akan pedajalkan kau
kalau kau tak kenakan aku dulu. By the
way, aku malas nak bertekak dengan kau jadi aku pergi dulu. Bye!” Baru saja dia ingin melangkah,
bicara Arel membuatkan langkahnya pegun dengan mata yang bulat.
“Apa kau cakap tadi?” soal
Nan sambil bercekak pinggang.
“Aku cakap aku nak ikut!”
Arel sudah pun berdiri sambil melangkah ke arah Nan yang berada di hadapan
tangga.
“Kenapa pulak kau nak ikut?”
Nan merengus tidak puas hati.
“Sebab aku nak la! Aku
boring terperuk dalam rumah ni. Semakin lama aku terkurung dalam rumah ni,
semakin gila otak aku. Baru tiga hari aku dalam rumah ni macam-macam perkara
yang dah terjadi.” Arel menjeling tajam ke arah Nan.
Nan hanya mencebik. Eleh!
Baru tiga hari. Aku akan pastikan kau tak tahan duduk serumah dengan aku dalam
masa sebulan. Bila kau dah nyah dari hidup aku, baru aman dan damai dunia aku.
“Tunggu aku kejap! Aku nak
tukar baju.”
“Tak padan dengan wajah yang
pucat, nak juga keluar jalan-jalan. Kalau dah sakit tu duduk je la dalam rumah
diam-diam.” Nan memeluk tubuh sambil membuang pandang ke arah skrin hitam
televisyen.
“Suka hati aku la! Yang kau
beriya sangat tak nak aku ikut kau jalan kenapa? Kau takut terpikat dengan aku
ke?” Sebelah keningnya diangkat tinggi bersama senyuman nakal tersungging di
bibir.
“Aku akan terpikat dengan
kau? Sorry! Sampai bila-bila pun aku
tak akan terpikat dengan kau. Jangan nak perasan!” Ketat wajah Nan apabila
mendengar kata-kata Arel tadi. Ish! Tak ada maknanya aku akan terpikat dengan
kau.
“Kalau macam tu tunggu je la
aku tukar baju. Lepas tu kita jalan sama-sama.”
“Tak nak! Aku malas nak
tunggu.” Baru saja dia ingin berlalu menuruni tangga, tangannya dipaut oleh
Arel dengan kemas.
“Hei, lepaskan aku!” Nan
meronta minta dilepaskan tetapi pegangan Arel terlalu kemas.
“Nope! Kita akan jalan sama-sama. This is an order!” Arel menarik tangan Nan dan memaksa gadis itu
mengikuti langkahnya masuk ke dalam bilik.
Wajah Nan semakin kelat. This is an order? Hei! Kau tu siapa nak
bagi arahan dengan aku? Eeee! Tak suka! Hah! Ni kenapa pulak tarik aku masuk
dalam bilik ni.
“Eeee! Kenapa pulak kau
tarik aku masuk dalam bilik kau?” soal Nan sebaik saja Arel menyuruhnya duduk
di birai katil.
Dahinya berkerut apabila
melihat Arel mengunci pintu bilik sebelum berpaling memandangnya dengan senyuman
herot di bibir.
Gulp! Sudah! Apa pulak
lelaki ni nak buat? Gundah gulana hati Nan ketika ini tetapi riak wajah yang
tenang dipamerkan agar Arel tidak tahu tentang hatinya yang resah.
“Kau tak nak tengok tubuh
aku yang solid ke? Aku ada six packs.” Ujar Arel dengan lirikan dan
senyuman nakalnya. Baju tee putihnya dibuka dihadapan Nan lalu dilemparkan di
kaki Nan.
“Ahhh!!!” Nan pantas menutup
matanya dengan kedua-dua belah tangan. Tak guna punya Arel! Nak tunjukkan six packs dia depan aku buat apa? Aku
tak nak la! Dadanya berdebar sepanjang mata ditutup. Entah kenapa debaran
jantungnya tidak mahu surut.
“Buka la mata… Rugi tak
tengok six packs aku.” Usik Arel lagi
sambil menyarung kemeja hitam pada tubuhnya. Seronok apabila dia dapat mengusik
Comel.
“Tak nak! Tak nak! Tak nak!”
Eeee! Miang! Gatal! Uwaaa! Tolong aku! Aku tak nak dinoda oleh sesiapa.
Arel tergelak kecil apabila
melihat Nan yang tengah kalut. Dia sudah pun siap merapikan dirinya. Sekarang
dia hanya berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu bilik dengan senyuman yang
tidak mati di bibir.
“Betul tak nak? Ish ish ish!
Rugi tahu sebab tak tengok body suami
kau yang hot ni.” Arel semakin galak
mengusik apabila Nan hanya laju menggelengkan kepala. Sudah lama dia tidak
mengusik gadis itu jadi sekarang dia nak usik puas-puas sebab sudah banyak
peluang yang dia berikan kepada Nan untuk kenakan dia.
“Tak nak!” Jerit Nan dengan
nada suara yang tertahan seperti ingin menangis.
“Janganlah macam tu, Comel
sayang. Mungkin sayang malu tapi mahu kut? Tak pe, abang bukakan mata tu untuk
sayang ya?” Arel tergelak kecil apabila gelengan kepala Nan semakin laju.
“Aku tak nak!” Uwaaa! Aku
tak nak mata aku ternoda! Nan semakin tidak keruan dan gelisah apabila dia
mendengar derap kaki yang semakin menghampirinya.
“Janganlah paksa aku, Arel.
Aku tak nak…” Nan merengek minta simpati apabila tangan Arel menyentuh
tangannya yang menutup mata.
“Janganlah macam ni sayang.
Abang nak sayang tengok body suami
sayang yang hot ni je. Sekejap pun
jadilah.” Arel menahan tawa yang semakin sukar. Seronok! Mengusik Nan
sememangnya menyeronokkan.
“Arel…” suara Nan meleret
menyebut nama Arel memohon simpati. Sob… sob… sob… Aku tak suka! Takut! Ya! Dia
tengah takut sekarang ni.
Arel menarik kuat tangan Nan
daripada menutup mukanya. Sebaik saja dia berjaya melarikan tangan Nan daripada
menutup muka, mata Nan bulat memandang wajahnya yang sedang menunduk.
“Chak!” Arel tersenyum lebar
apabila melihat Nan yang terkebil-kebil.
“Hot tak suami kau ni?” soal Arel dengan senyuman nakalnya.
Mata Nan menjelajah daripada
muka lelaki itu, turun melihat tubuh Arel yang berkemeja hitam dan jean biru
tua. Mendengar gelak ketawa Arel yang semakin kuat di peluput telinganya, Nan
sedar bahawa dirinya hanya dipermainkan oleh Arel. Wajahnya pantas berubah
merah.
“Arel!!!” Nan berdiri
daripada birai katil lalu merenung tajam wajah Arel yang masih lagi sedang mengetawakannya.
“Ya, sayang!” sahut Arel
dengan sisa tawanya.
“Kau main-mainkan aku kan?”
Suhu amarahnya semakin memuncak. Arel hanya mempermainkan dia. Arghhh! Benci
benci benci!
“Tak pun.” Arel pantas
keluar daripada biliknya dengan sengihan di bibir.
“I hate you!!!” Jerit Nan sambil menghentakkan kakinya.
“But I love you.” Kepala Arel tersembul di pintu bilik untuk
membalas kata-kata Nan itu.
Mata Nan terbeliak apabila
Arel muncul semula. Dengan perasan geram yang membuku, dia mencapai bantal di
atas katil lalu dilemparkan dengan sekuat hati kepada Arel.
Arel pantas mengelak lalu
tergelak kecil melihat wajah cemberut Nan.
“Jom, sayang!” Ajak Arel
lalu terus berlalu. Lebih baik dia tunggu di kereta kalau tak habis semua bantalnya
nanti dibaling ke arahnya.
“Jangan panggil aku sayang
la!”
Arel yang sedang menuruni
tangga hanya tersenyum mendengar jeritan Nan itu.
“Sayang, cepatlah!”
Eeee! Tak suka tak suka tak
suka! Tak suka Arel panggil aku sayang! Sambil menghentak-hentak kaki, Nan
berjalan keluar daripada bilik Arel dan berjalan menuruni tangga. Sakit hati!
“Kita nak pergi mana, Comel
sayang?” soal Arel sebaik saja Nan masuk masuk ke dalam kereta dan duduk di
sisinya.
“Apa kata kita pergi makan
dulu, ya?” Arel hanya tersengih apabila Nan langsung tidak membalas
kata-katanya. Gadis itu membuang pandang ke tepi tingkap sambil memeluk tubuh.
“Mogok suara ke, Comel
sayang?”
Memang pun! Tempik Nan di
dalam hati. Kalau bercakap dengan Arel hanya menyakitkan hati je. Diam lagi
bagus.
“Jawablah soalan abang,
Comel sayang.”
Buang tabiat! Bahasakan diri
abang tu buat apa? Eeee! Geli tekak aku tahu!
“Kalau sayang tak nak
pandang muka abang dan jawab soalan abang, abang kiss sayang sekarang juga,” ugut Arel sengaja ingin menyakat.
Hampir saja dia tergelak apabila Nan dengan pantas menoleh memandangnya dengan
renungan tajam.
“Ya ya ya! Pergi makan!”
Ugh! Sakitnya hati! Dia ugut aku!
p/s: sory sbb lma sgt x update next chapter.. pnulis sbuk sdikit.. btw enjoy n plsss kmen ya guys ^_^
Weu..best sangat.. sambung cepat kay. ..
ReplyDeletecomel gile...
ReplyDeleteBEST....NAK LAGI.
ReplyDeleteThx guys.. will try to post nxt n3 bla free k ^_^
ReplyDeleteabang Dan tu Daniel ehh...llaki yg nan jmpa kat everland...?
ReplyDeleteWill know sooner or later.. juz wait n see ^_^
Deleteala nape pendek sgt... tp ape pun tetap best... cute lah
ReplyDelete