Friday 7 December 2012

Cerpen:Puteri Si Pencuri Hati



KRINNGGG!!!
  
"Ermmm... bunyi apa ni?" 

Kepala didongakkan sebentar sebelum di hempas kembali di atas bantal. Dalam keadaan bertiarap, tangan kirinya dikeluarkan drpd gebar dan pantas mematikan alarm yang begitu bingit. Lenanya yang terganggu itu disambung kembali. Gebar yang sudah melurut jatuh
ke pinggang di tarik menyelubungi seluruh tubuhnya.

Hold your breathe because tonight will be the night that I will fall for you, over again don't make me change my mind...

"Aduh! Bunyi apa pulak kali ni." Bantal disebelah dicapai lalu terus menutup kepalanya. 

Buat beberapa saat suasana di kamar menjadi sunyi kembali namun tidak beberapa lama kemudian, blackberry itu sekali lagi mengalunkan lagu Fall For You.

"Ala... kau boleh diam tak blackberry? Aku ngantuk ni." Seperti faham akan apa yang dikata tuannya, handphone ini terus senyap. Namun, seakannya blackberry itu ingkar dan kembali menyanyikan lagu Secondhand Serenade itu.

Malas mahu menyeksa telinganya, blackberry yang terletak di atas meja tepi katil itu dicapai. Punat hijau ditekan dan dilekapkan di telinga kanan.

"Hmmm... hello..." Suara yang masih serak basah itu terus menyapa gerangan yang telah mengganggu lenanya.

"Puteri Nur Qusyai'ah Datuk Qashidin!!!" Suara seperti ibu tiri cinderella yang sedang memekik memanggil anak tirinya kedengaran. Matanya yang tadi terpejam rapat terus tercelik bulat.

Buk!

"Aduh! Sakitnya punggung aku." Perlahan-lahan Puteri bangkit dari jatuh dan memegang punggungnya yang terasa sakit. 

Boleh longgar jantung aku kalau macam ni. Argh, bukan setakat longgar tapi memang boleh tercabut jantung aku kalau setiap hari dengar jeritan yang power tu.

Dia kembali memanjat ke atas katil. Dicapai blackberrynya yang terpelanting di birai katil sebelum berbaring menghadap siling.

"Erk.... Assalamualaikum mama." Siling yang putih itu ditenung. Seolah-olah wajah Datin Qal'miah ada pada siling tersebut.

"Hah, bunyi apa pulak tadi tu." Suara mama yang sinis itu jelas kedengaran.

"Hehehe, Puteri terjatuhlah mama. Entah angin apa pulak yang power sangat sampai boleh tolak Puteri jatuh dari katil." Dapat dibayangkan wajah mamanya yang pastinya masam ketika ini.

"Ni hah, angin yang power sangat tu datang dari mama. Angin amarah tu!" Nada suara mama menaik. Memang jelas sangat yang mama tengah geram dengan puterinya itu.

"Kenapa pulak mama nak marah? Tak baik tau marah-marah, nanti berkedut muka. Tak cantiklah mama nanti." Puteri hanya mampu tersengih. Dia tahu sangat kenapa mama geram dengannya. Lepas ni, soalan wajib mama. Kamu baru bangun Puteri?! Puteri sudah mengajuk cara percakapan mamanya.

"Sekarang ni dah pukul 11 tapi kamu baru bangun Puteri?! Kamu tau tak sejam lagi dah masuk tengah hari!" Kan aku dah kata. Mama mesti tanya soalan tu punya. Bukan persoalan sebenarnya tapi lebih kepada statement.

Bebelan mama di sana tidak dihiraukan. Blackberry dilekapkan pulak ke sebelah kiri telinganya. Kalau lama-lama boleh pecah gegendang telinga aku. Puteri sudah lali dengan bebelan mamanya. Bukannya tak biasa. Mama sememangnya akan memulakan ceramahnya tu empat kali seminggu pada setiap pagi. Mama tahu sangat anaknya yang selalu bangun lambat. 

"Puteri! Kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?!" 

"Ya ya ya... Puteri dengarlah ni mama." Sebaik saja menjawab pertanyaan mamanya itu, dia menutup mulut dengan sebelah tangannya kerana menguap. 

"Puteri Nur Qusyai'ah! Kamu sambung tidur ke?" Sekali lagi suara lantang mama menjerit memanggil nama penuhnya. Sekilas dia memandang jam di atas meja yang menunjukkan pukul 11.10 minit. Mama dah berceramah selama 10 minit!

"Taklah mama. Puteri dengarlah ni. Oklah mama, Puteri nak mandi ni. Mama kan cakap anak dara tak patut masyam-masyam. Bye mama, love you and take care." Mama di seberang sana sudah mengeluh berat. 

Puteri pantas menyegarkan badan sebaik saja mematikan talian sebentar tadi. Apabila sudah bersiap mengenakan pakaian, dia menuju ke katil dan mencapai blackberrynya. 

Aik? 5 missed call and 1 message. Apasal mama dengan papa call pulak. Tanpa melengahkan masa dia terus membaca mesej yang dihantar oleh papanya itu.

'Kenapa tak tunggu mama habis cakap tadi? Are you forget something dear? Papa dengan mama dah dekat setengah jam tunggu Puteri ambil kami kat KLIA ni. Bukan Puteri dah janji nak ambil papa dengan mama ke sayang?'

What?! OMG! Alamak, aku lupalah papa dengan mama balik dari London hari ni. Aduh, macam mana boleh lupa ni! 

Pantas saja dia keluar drpd kamarnya dan dengan tergesa-gesa keluar drpd rumah agam itu. Keretanya juga sudah di pecut habis. Dia perlu segera sampai ke KLIA. Dia saja sudah beberapa kali kena hon kerana memecut dan memotong jalan.

Aduh! Macam mana boleh lupa pulak ni. Matilah aku kena bebel dengan mama nanti. Kau ni Puteri, memang nak cari bala! 

Sesampai saja di KLIA, mata diliarkan untuk mencari susuk tubuh orang tuanya. Akhirnya Puteri melepaskan keluhan lega. Di sudut kiri sana dapat dilihat mama dengan papa yang sedang duduk di kerusi yang disediakan sambil minum.

"Owh I'm late. I'm so sorry dear papa. I'm sorry dear, mum." Kedua tapak tangannya dilekapkan dan dirapatkan di dada. Cuba memohon maaf drpd papa dengan mama yang pastinya sudah menunggunya lama.

Papa hanya tersenyum melihat gelagat puterinya itu malah mama pula sudah menghadiahkan pandangan yang amat tajam.

Gulp! Matilah aku lepas ni. Kalau sebelum ni kena dengar ceramah drpd mama dalam telefon, sekarang ni aku kena dengar ceramah mama live punya! Aduh! Kenapalah mama dengan papa awal sangat balik dari London ni. 2 bulan tu tak cukup lah.

_________________________________________________________________________________

"What?! Calon suami?!" Suara Puteri bergema di setiap pelosok Teratak Cahaya Qaseh. Daripada duduk, dia terus berdiri. Wajahnya yang tadi tenang kini sudah ada kerutan seribu di dahi.

"Yep. In 6 months." Datuk Qashidin hanya tenang menuturkan kata. Sudah dijangka akan reaksi puterinya jika hasratnya dinyatakan.

"What?! In 6 months?!" Sekali lagi suara itu terjerit. Terkejut dengan berita yang baru saja disampaikan oleh papanya.

Datuk Qashidin hanya sekadar mengangguk. Dia memandang lembut ke dalam anak mata Puteri manakala Puteri pula memandang papanya dengan riak tidak puas hati.

"Oh no no no! Kena cari calon suami dalam masa 6 bulan?! This is nonsense!" Puteri sudah memeluk tubuh memandang papa dan mamanya. Papanya hanya tenang memandangnya manakala mama pula sibuk membaca majalah wanita.

"Yes, you have to. This is not nonsense but this is a fact and also not a choice." Dengan selambanya Datuk Qashidin menuturkan kata. 

Puteri hanya menggigit bibir tanda geram. Aduh! Kenapa pulak aku kena cari calon suami? 

"Mama... tolonglah Puteri mama...." Puteri merengek sambil memandang mamanya. Dia berharap sangat mama akan menolongnya.

"You have to Puteri. Puteri kena cari calon suami untuk diri Puteri dan juga untuk kami." Mama sudah menutup majalah Wanita itu dan diletakkan di atas meja.

Puteri yang mendengar sudah mula memuncungkan mulut. Ish! Ingatkan mama boleh tolong. Sekarang nak minta tolong siapa pulak? 

"Puteri sayang, umur Puteri dah masuk 26 tahun dah. Sesuai sangat nak mendirikan rumah tangga. Apa masalahnya sayang?" Lembut saja tutur bicara mama dengan Puteri. Puteri yang mendengar perlahan-lahan menarik balik muncungnya.

Masalah? Memang banyak masalahnya. Aku dah malas nak libatkan perasaan. Aku dah malas nak bercintan cintun ni. Aku dah malas nak melibatkan diri dengan lelaki. Kalau bercinta pun aku dah malas apa lagi nak kahwin? Haish! Banyak masalahnya tu!

"Tapi mama...."

"Takde tapi-tapi. Puteri nak mama yang carikan calon suami untuk Puteri ke?"

Pantas Puteri menggelengkan kepala. Tak nak...tak nak...

"Kalau Puteri malas nak cari calon suami biar mama je yang tolong carikan. Mama no hal. Mama lagi suka." Papa hanya tersenyum mendengar kata mama itu. 

Puteri sekali lagi menggelengkan kepalanya laju-laju. No no no. Kalau mama yang cari memang confirm tak kena dengan jiwa aku. Uish! Bahaya tu. Tak boleh... tak boleh...

"Then, carilah! Macam yang papa cakap tadi, you have to find your future husband in 6 months. Kalau Puteri gagal cari calon suami dalam masa yang diberikan, mama akan jodohkan kamu dengan si Hariz anak saudara Datuk Afriddin tu."

What?! Nak jodohkan aku dengan si Hafiz yang ulat bulu tu? Euwww... tak nak aku. Dah lah miang, kasnova pulak tu. Hodoh gila tapi perasan hensem. Ceit! Pirah! Huh! Alamatnya aku kena cari calon suami lah ni nampak gayanya. Tolong! Puteri tak nak kahwin lagi!

_________________________________________________________________________________

"Calon suami?! In 6 months?!!" Ketiga-tiga suara dihadapan Puteri itu serentak menjerit. Puteri yang sedang menyedut minuman jus epalnya tersedak. 

"Agak-agaklah kalau terkejut pun. Kita kat restoran ni bukan kat rumah korang." Puteri memandang sekeliling sambil melemparkan senyuman kepada orang ramai yang memandang pelik ke arah mereka sebelum memandang sahabat-sahabatnya yang masih terlopong itu.

"Cayalah beb. Kau di suruh kahwin ke Puteri?" Adira bertanya. Puteri yang masih dalam bad moodnya itu sekadar mengangguk lemah.

"Wah! Kau kena cari calon suami dalam masa 6 bulan je?" Kini Reisya pulak yang bertanya. Terkebil-kebil dia memandang wajah Puteri seakan tidak percaya dengan perkhabaran yang baru saja dia dengar. Sekali lagi Puteri mengangguk mengiyakan pertanyaan Reisya.

"Eh, wajib ke? Kalau tak buat kena pancung tak?" Giliran Memey pulak yang bertanya. Dipandangnya wajah Puteri dalam-dalam. Ingin benar mendapat jawapan drpd mulut itu.

"Hei lagi teruk dari kena pancung. Boleh mati, terseksa jiwa dan raga aku kau tau. Huh, aku tak nak kawin dengan si Hariz ulat bulu tu. Eeee!" Wajah Puteri yang tadinya seakan hilang semangat bertukar merah. Benci sangat dia dengan makhluk Tuhan yang bernama Hariz itu.

"Woo!" Serentak ketiga-tiga mereka berkata sebelum masing-masing menghamburkan ketawa.

Puteri yang melihat sudah menjeling ke atas. Dorang ni bukannya nak tolong aku selesaikan masalah. Nasib baik kawan, kalau tak dah lama aku karate satu-satu.

Melihat rakan-rakannya yang tergelak sakan itu membuatkann Puteri semakin bengang. Dia merengus kasar sebelum bersandar sambil memeluk tubuh memandang kawan-kawannya yang sedang bersuka ria ketawa tak ingat dunia.

Akhirnya setelah beberapa minit berketawa, ketiga-tiga mereka mula menghentikannya. Itu pun setelah melihat wajah Puteri yang sudah cemberut.

"Hah, kenapa berhenti pulak? Ketawalah lagi. Ketawalah puas-puas." Sinis saja ujar Puteri. Sakit hatinya apabila kawan-kawannya bergelak sakan tadi. Sehingga sekarang sunyuman lebar masih lagi tersungging di bibir masing-masing.

"Rilek lah beb." Memey menepuk perlahan bahu Puteri. Tahu sangat yang Puteri tengah bengang.

"Aah. Chill girl. Jangan marah." Kali ni Adira pula yang menenangkan Puteri.

"So, kau nak cilok future husband kau kat mana?" Reisya bertanya sebelum mencapai milo sejuknya di meja. Ternyata pertanyaan Reisya itu menarik perhatian Adira dan Memey. Mereka kemudian memandang Puteri. Tidak dilepaskan pun pandangan mereka selagi jawapan dari mulut Puteri tidak kedengaran.

"Hmmm... aku tak pernah rancang nak cari pun. Aku dah plan something else." Jawapan selamba Puteri itu berjaya membuatkan ketiga-tiga sahabatnya itu ternganga walaupun hanya sebentar.

"Kalau kau tak cari macam mana nak dapatkan calon? Takkan kau nak tunggu prince charming dari kayangan turun menyerah diri kat kau kut?" Adira dan Reisya terangguk mendengar pertanyaan Memey itu.

"Memang bukan aku yang cari tapi korang yang carikan untuk aku." Dengan selambanya Puteri berkata. Adira, Reisya dan Memey sudah terbeliak memandang wajah comel dihadapan mereka itu.

"Nonsense!" Dengan serentaknya mereka bertiga menjerit. Puteri yang mendengar hanya tersenyum nipis.

"This is not a nonsense but this is a fact and also not a choice." Puteri mengulangi semula kata-kata Datuk Qashidin itu.

"Apasal pulak kitorang takde pilihan." Adira bertanya dengan muka yang jelas tidak puas hati dengan Puteri. Reisya dan Memey mengangguk mengiyakan pertanyaan Adira. Memang jelas muka kawan-kawannya itu cemberut.

"Well... aku kan sahabat dunia akhirat korang." Selamba saja Puteri menjawab sambil menayangkan gigi putihnya bak iklan colgate. Ketiga-tiga sahabatnya hanya mencebik.  

Ada sebab tertentu mengapa bukan Puteri sendiri yang mencari calon suami. Pertama kerana dia belum lagi bekerja manakala mereka semua masing-masing sudah punya kerjaya sendiri. Ini pasti lagi senang untuk mencari mangsa di tempat mereka bekerja. Kedua kerana dia malas mahu mencari. Dia takkan sesekali menghabiskan masanya dengan mencari seorang calon suami di bandar-bandar atau mana-mana pun. Ini semua hanya akan membuang masanya. 

_________________________________________________________________________________

"Ops, sorry. Kitorang lambat. Jalan sesaklah." Adira dan Reisya segera mengambil tempat duduk di hadapan Puteri. Waktu tengah hari macam ni jalan selalu saja sesak. Maklumlah, sekarang kan lunch time.

"Hmmm, korang lambat setengah jam tapi takpe aku maafkan sebab aku ni kan baik." Ujar Puteri seraya menggamit pelayan ke meja mereka. Adira dan Reisya mencebik mendengar Puteri memuji dirinya sendiri baik. Selepas saja mereka memesan minuman dan makanan untuk lunch time, pelayan itu pun segera beredar.

"Eh, mana Memey?" Puteri bertanya kepada sahabatnya itu. Pelik kerana setahunya mereka berempat akan berjumpa pada hari itu.

"Kau bukan tak tau yang kitorang ni lain-lain pejabat. Aku dengan si Reisya ni je yang satu syarikat tapi lain department."

"Owh... Eh, boleh aku tahu apasal kita kena berjumpa hari ni?" Tanya Puteri kepada Adira dan Reisya. Pelik dia rasakan apabila Adira dan Reisya membawa fail berwarna hitam waktu itu. Takkan nak buat kerja kat sini kot? Rajin pulak dorang ni. Bisik hati Puteri.

Adira kemudiannya mengambil failnya dan fail milik Reisya. Kesemuanya ada 4 buah fail. Fail tersebut terus diberikan kepada Puteri. Puteri sudah mengerutkan dahi apabila Adira memberikan fail tersebut kepadanya.

Mata Puteri terus saja terbeliak sebaik saja fail pertama dibuka. Kemudian kepala di dongakkan memandang Adira dan Reisya silih berganti. Dipandangnya sekali lagi isi kandungan fail tersebut. Kerutan di dahi Puteri jelas kelihatan.

"Hah, itu dia calon-calon suami kau. Amacam?" Adira sudah menjongketkan sebelah keningnya manakala Reisya hanya tersenyum melihat reaksi Puteri itu.

"Korang ni kerja apa sebenarnya? Korang kerja sebagai agen cari jodoh ke?" Puteri sudah menahan gelak. Ya, setiap fail mengandungi gambar dan butiran setiap jejaka yang kononnya merupakan calon suaminya. Ingatkan dorang ni nak kenalkan aku macam tu je. Tak sangka pulak sampai kena ada fail macam ni. 

"Ini ni nak aku interview ke? Wah, dah macam aku nak sangat cari pekerja pulak tapi rupanya cari calon suami." Pantas dia memandang wajah kedua-dua sahabatnya yang sudah menarik muncung. Hehehe tak comel langsung.

"Eh, kau kena bersyukur tau sebab kami sanggup susah payah carikan kau calon suami. Kau ingat senang ke nak cari semua butiran-butiran tu. Dah macam spy pulak kami selama 2 minggu ni. Berterima kasihlah." Tempelak Reisya perlahan. Adira yang mendengar hanya mengiyakan kata Reisya. Puteri pulak sudah tersenyum lebar. Tak kurang juga dengan sengihan apabila mendengar sahabatnya itu menjadi spy.

"Yelah. Janganlah marah. Memang korang ada bakat nak jadi spy ni. Butiran dorang ni semuanya lengkap. Perfect!" Kembang kempis Adira dan Reisya apabila dipuji sebegitu rupa. 

Setelah beberapa minit kemudian, Puteri meletakkan kembali fail-fail tersebut di atas meja. Adira dan Reisya hanya mengerutkan dahi. Pelik apabila Puteri seperti tidak berminat langsung malah sedang enak minum jus epal kegemarannya itu.

"Apasal tak pilih satu. Kan ada empat pilihan tu." Adira bertanya.

"Hmmm, semuanya langsung tak menepati cita rasa aku." Selamba saja Puteri berkata sedemikian. Adira yang geram sudah mengetap bibir manakala Reisya hanya memberikan pandangan yang cukup tajam kepada Puteri.

Puteri yang melihat reaksi sahabatnya itu hanya tersenyum. Bengang dengan aku lah tu. Setelah tekaknya dibasahkan dengan jus epal yang manis itu, dia kembali memandang sahabatnya sambil menyandarkan badan pada kerusi yang dia duduk.

"Sorrylah guys. Bukan aku tak nak hargai jasa korang yang dah bersusah payah carikan aku calon suami tapi memang semuanya tak menepati cita rasa akulah."

"Cuba kau bagitahu apasal pulak tak menepati cita rasa kau." Adira sudah memeluk tubuh memandang Puteri.

"Okey. Fail pertama, lelaki tu kulit gelap lah. Aku tak suka. Fail kedua, dia tu tua sangat. Lagi tiga nak masuk 40, jauh sangat bezanya dari aku. Fail ketiga pulak, pendek lah wei. Rasanya aku tinggi lima sentimeter dari dia. Fail keempat ni lagilah masalah. Duda dah ada anak tiga. Tak nak aku." Ujar Puteri sambil menayangkan ekspresi wajahnya pada setiap lelaki yang dia sebut.

"Cerewet lah kau, Puteri." Adira hanya mengeluh perlahan.

"Memang tak salah mama dengan papa kau pilihkan nama. Kau memang seorang Puteri yang sangat cerewet." Ujar Reisya.

Puteri yang mendengar hanya menjongketkan bahunya. Mata dialihkan pula ke sebelah kanan dan dilihat Memey yang terkocoh-kocoh ke tempatnya. Hmmm, lambatlah minah ni.

"Sorry, guys. Aku lambat. Aku kena siapkan report tadi."Ujar Memey yang masih termengah-mengah. Sebaik saja Memey duduk di sisi Puteri, jus epal di atas meja iu diminum. Huh, lega tekak aku. Kata hati Memey.

"Jus aku tu beb." Puteri memarahi Memey yang hanya tersengih macam kerang busuk.

"Nah." Memey memberikan satu lagi fail berwarna hitam kepada Puteri. Puteri memandang sebentar fail itu dan lambat-lambat dicapainya sebelum diletakkan di atas meja.

"Aik? Kenapa tak tengok dalamnya?" Tanya Memey hairan melihat Puteri yang seakan tidak kisah itu.

"Fail si Adira dengan si Reisya semuanya bermasalah. Ada je yang tak kena. Fail kau ni apa hal dia pulak. Jangan-jangan kau padankan aku dengan datuk yang dah tua kerepot atau tak pun dengan seorang penagih dada."

"Hei. Pilihan aku tak teruk macam tu ok. Pilhan aku ni tip top kau tau. Bukan macam pilihan si Adira dengan si Reisya tu." Adira dan Reisya yang mendengar ujar Memey sudah membuntang. Geram apabila Memey mengutuk mereka. Puteri pulak hanya tersenyum.

"Meh aku tengok siapa pilihan kau. Tip top sangat ke. Entah-entah sama je dengan pilihan kitorang." Reisya sudah mencapai fail milik Memey dan Adira yang berada di sebelahnya turut ingin melihat pilihan Memey.

Buat beberapa minit, pandangan Adira dan Reisya masih lagi melekat pada isi kandungan fail itu. Puteri yang melihat gelagat kawannya itu mengerutkan dahi. Pelik apabila mata mereka langsung tidak dialihkan dari fail tersebut. Memey pulak sudah tersenyum-senyum.

"Korang ni apasal?" Puteri bertanya apabila masih tidak melihat tanda-tanda Adira dan Reisya akan mengalihkan pandangan mereka drpd fail itu.

Adira dan Reisya pantas mendongak memandang Puteri yang sudah menjongketkan sebelah keningnya. Perlahan- lahan mereka menyerahkan fail tersebut kepada Puteri.

Puteri mencapai fail tersebut drpd tangan Reisya. Matanya memandang tajam wajah Adira dan Reisya yang sudah tersengih. Lambat-lambat dia membuka fail tersebut. Gambar yang terpapar di dalam fail tersebut di tatap oleh Puteri.

"Amacam? Tip top kan pilihan aku." Memey tersenyum bangga sambil menjongketkan keningnya berkali-kali apabila melihat Puteri juga tidak lepas dari memandang gambar itu.

Perlahan-lahan Puteri menarik senyum. Kepala didongakkan memandang ketiga-tiga sahabatnya. Mereka yang sudah tidak sabar mahu mendapat komen Puteri memandangnya dengan debaran. Sekali lagi dia mengukirkan senyuman sebelum berkata...

"Perfecto!" Sebaik saja dia menuturkan perkataan itu, Memey menarik nafas lega sebelum mereka bertiga bersama-sama tergelak riang. 

"Tengku Ameer Aqmar Zakwan. Putera yang tampan lagi pandai." Sekali lagi Puteri tersenyum dalam diam ketika menatap gambar itu. Maksud nama yang sama dengan tuannya.

_________________________________________________________________________________

"Good morning mama." Puteri yang sedang menuruni tangga itu menyapa mamanya yang berada di kaki tangga.

Datin Qal'miah yang mendengar sapaan anaknya itu pantas saja menoleh ke arah Puteri. Dia mengerutkan dahi sebelum melihat jam besar pada dinding di ruang tamu itu. Sekali lagi dia memandang Puteri yang sepertinya tergesa-gesa ke pintu utama rumah.

"Eh eh... rasanya jam kat ruang tamu tu tak rosak lagi kan? Puteri sihat ke ni?" Soalan yang tadinya berlegar-legar di minda dimuntahkan. Perlahan-lahan Datin Qal'miah mendapatkan anaknya yang sedang memakai heels setinggi 3 inci itu.

"Hai mum. Jam tu memang betullah mama dan jangan risau sebab Puteri masih lagi sihat walafiat." Ujar Puteri bersama senyuman yang lebar.

"Apa pulak angin kamu pagi ni Puteri? Sekarang baru pukul 6 lebih. Awal pulak kamu bangun pagi ni. Kenapa tak tunggu je sampai pukul 12?" Selamba saja Datin Qal'miah memerli anaknya. Puteri pulak hanya tersengih.

"Puteri nak kerja ni mama. Oklah mama. Puteri pergi dulu." Ujar Puteri seraya mencapai tangan mamanya untuk bersalam. Datin Qal'miah sekali lagi mengerutkan dahi.

"Eh kamu nak kerja? Kerja apa?" Datin Qalmiah sedikit menjerit apabila Puteri sudah pun berjalan mendapatkan kereta.

"Puteri nak curi hati oranglah mama. Bye mama." Ujar Puteri pulak sebelum masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Curi hati orang? Apa yang puteri aku merepek ni? Datin Qal'miah menggarukan kepalanya. Pening memikirkan kerenah anak tunggalnya itu.

_________________________________________________________________________________

Ketika Puteri dan Memey melangkah masuk ke dalam syarikat yang gah itu, orang ramai masih belum lagi kelihatan. Ini mungkin kerana waktu yang masih lagi terlalu awal. Mereka berdua kemudiannya menuju ke lif dan naik ke tingkat 20.

"So macam mana? Dah ready ke belum?" Tanya Memey sebaik saja mereka melabuhkan duduk di pantri pejabat. Sempat lagi dia memuji penampilan Puteri yang memakai baju kebaya berwarna hijau muda itu. Sangat cantik dan menawan pada tubuhnya yang ramping.

"Hmmm, bolehlah tapi apesal aku kena kerja sebagai setiausaha pulak?" Tanya Puteri seperti tidak puas hati.

"Kalau kau jadi setiausaha dia, senanglah kau nak tackle putera raja tu." Puteri yang mendengar hanya mencebik. Bukan ke kerja tackle mentackle ni kerja lelaki? Haish!

"So ada apa-apa perancangan? 5 months to go, right?" Puteri hanya mengangguk menjawab pertanyaan Memey. 

"Hmmm, plan tu memang dah ada kat dalam kepala otak aku ni. Aku plan..." Puteri berjeda seketika sambil memandang wajah sahabatnya yang ingin tahu sangat rancangannya itu.

"Aku plan nak curi hati dia." Puteri tersenyum begitu juga dengan Memey. Memey menjongketkan sebelah keningnya apabila mendengar plan Puteri itu.

"Wah, bagus punya plan."

"Yep! Aku dah nekad dah. Aku kena curi hati Tengku Ameer Aqmar Zakwan." Ujar Puteri dengan bersemangat.

"Hahaha... good luck beb." Memey menepuk perlahan paha sahabatnya itu. Puteri yang mendengar hanya tersengih. 

Sudah seminggu dia merancang bagaimana untuk mencuri hati Tengku Ameer. Berdasarkan butiran yang diberikan, Tengku Ameer sememangnya jejaka idaman malaya. Puteri cuma ada 5 bulan saja untuk laksanakan rancangannya. Harap-haraplah Tengku Ameer ni tergoda dengan rancangan aku.

_________________________________________________________________________________

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu kaca berwarna biru muda itu diketuk. Hati Puteri kini terasa berdebar. Tangannya juga sudah berpeluh. Di benaknya kini sudah timbul banyak persoalan. Betul ke Tengku Ameer ni hensem? Kalau kulit dia gelap macam mana? Kalau gambar dan butiran pada fail Memey hari tu salah macam mana? Takkan aku nak tarik diri saat-saat akhir kut?

Sebaik saja mendengar arahan masuk daripada Tengku Ameer, Puteri menarik nafas dalam-dalam sebelum memulas tombol pintu. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Apabila dia sudah berdiri di hadapan meja kerja Tengku Ameer, lelaki itu masih lagi ralit membaca fail sambil membelakangkan dia.

"Tengku cari saya ke?" Puteri memberanikan diri memulakan perbualan setelah beberapa lama dia tidak dihiraukan. 

Mendengar akan pertanyaan itu, Tengku Ameer segera berpaling dan memandang si empunya suara. Puteri tergamam! Saat mata jejaka itu menikam matanya, dia sudah terpempan. Okey, I have to admit. Wow, he's sooooo gorgeous!

"Eh, awak siapa? Mana Mainirah?" Tengku Ameer sudah mengerutkan dahi. Hairan apabila di depannya kini bukan Mainirah tetapi seorang perempuan cantik berkebaya.

"Nama saya Puteri Nur Qusyai'ah. Kak Mainirah cuti bersalin, Tengku. Jadi sayalah yang menggantikan Kak Mainirah dan menjadi setiausaha Tengku buat sementara waktu." Tutur kata Puteri kedengaran begitu lembut. Riak wajahnya dikawal agar setenang yang mungkin.

"Oh, I see. Saya lupa pulak yang Mainirah cuti tapi saya tak tahu pulak saya akan ada setiausaha baru." Nada suara yang garau itu cukup membuatkan Puteri tersenyum. Tengku Ameer memang takkan ada setiausaha baru kalau bukan Memey yang atur semua ni. Kata hati Puteri.

"So awak dah tahu tugas awak sebagai setiausaha saya? Mainirah dah beritahu awak semua yang perlu awak lakukan?" Tanya Tengku Ameer sambil matanya lembut menikam wajah putih itu.

"Saya tahu Tengku. Sebelum Kak Mainirah bercuti, dia dah ajar semuanya yang saya patut tahu." Aduh, janganlah pandang aku lama-lama. Boleh terjatuh aku kat sini nanti. Jatuh cinta! Usai saja berkata dia menundukkan wajahnya. Gugup apabila dipandang sebegitu.

"Ok, good." Tengku Ameer tersenyum apabila melihat Puteri tertunduk. Hmmm, comel! Bisik hati Tengku Ameer.

"Ada apa-apa yang saya perlu buat, Tengku?" Hah, cepat bagi tugas. Aku dah tak larat nak tengok wajah Tengku Ameer. Silap hari bulan boleh angau aku jadinya.

"Yep. Ini dia report yang awak perlu buat. I need it by tomorrow." Pantas saja Puteri mencapai laporan yang perlu dia buat itu.

"Ok, buat masa ni itu saja yang awak perlu buat. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak."

"Kalau macam tu saya keluar dulu, Tengku." Puteri kemudiannya meminta diri dan perlahan-lahan berlalu dari bilik Tengku Ameer apabila lelaki itu mengangguk.

Baru saja tangannya ingin memulas tombol pintu, suara lelaki itu kedengaran memanggil namanya.

"Boleh tolong panggilkan Kak Zahra? The tea lady." Lembut saja tutur kata lelaki itu. Puteri yang mendengar permintaan Tengku Ameer itu menguntumkan senyum dan pantas mengangguk. Melihat Tengku Ameer yang tersenyum memandangnya, Puteri terus saja memulas tombol pintu dan berlalu keluar.

_________________________________________________________________________________

Hari pertama Puteri bekerja dengan Tengku Ameer, semuanya berjalan dengan lancar. Misinya untuk mencuri hati Tengku Ameer masih lagi belum dilaksanakan. Tengku Ameer semangnya seorang yang sangat sibuk. Selalu saja keluar untuk meeting atau pun bertemu dengan klien. Memang patut pun takde awek. 

Untuk hari kedua pulak, Puteri mengenakan sepasang baju kurung moden putih dengan corak bunga berwarna pink. Rambutnya pula ditutup dengan tudung pink manakala wajahnya hanya dicalitkan dengan lip gloss dan pemerah pipi bagi menyerikan lagi wajahnya.

Seawal jam 7 pagi lagi dia sudah terpacak di tempat kerjanya. Apabila dia mengatakan yang dia akan bekerja untuk beberapa bulan di syarikat ini, papa dengan mama sememangnya terkejut. Papa pulak sudah mula merungut apabila dia tidak bekerja di syarikat mereka sendiri malah bekerja dengan syarikat lain. Puteri hanya mampu tersenyum dan berjanji bahawa dia akan bekerja dengan papanya selepas itu.

"Selamat pagi, Tengku." Puteri menyapa Tengku Ameer sebaik saja dia ternampak kelibat lelaki itu menghampirinya.

"Selamat pagi. Lepas ni masuk ofis saya." Ujar Tengku Ameer bersama senyuman yang cukup menawan di bibirnya. Puteri menundukkan sikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada bosnya itu apabila Tengku Ameer melintasi tempat kerjanya untuk ke pejabatnya.

"Hari ni Tengku ada meeting di syarikat Berjaya Holding pada pukul 10 pagi. Selepas lunch pulak, Tengku akan berjumpa dengan Encik Reisyik tentang projek perumahan baru. Pada pukul 3 petang pulak, wakil dari Syarikat Mentari Murni akan berjumpa dengan Tengku di sini. Itu saja Tengku." Sebaik saja di memberitahu agenda Tengku Ameer pada hari itu, kepala didongakkan dari memandang buku catatannya. 

Alangkah terkejutnya dia apabila Tengku Ameer sedang ralit memandangnya. Puteri yang menyedari akan hal itu kembali tertunduk memandang lantai. Ish! Apesal Tengku Ameer tu renung aku macam tak pernah tengok perempuan? Aku belum buat lagi plan aku, takkan dia dah tergoda kut? 

Tengku Ameer tersenyum apabila melihat Puteri yang mungkin malu apabila direnung sedemikian rupa. 

"Ok, good. Report yang saya suruh awak buat kelmarin tu dah siap ke?"

"Dah, Tengku. Nanti saya akan berikan pada Tengku." Kepalanya kembali didongakkan ke hadapan apabila Tengku Ameer sudah mengalihkan pandangan.

Puteri kemudiannya berjalan ingin keluar drpd bilik itu apabila sudah meminta diri untuk keluar. Sekali lagi langkahnya terhenti apabila Tengku Ameer memanggilnya.

"Tolong panggilkan Kak Zahra." Bersama senyuman Tengku Ameer berkata. Puteri yang mendengar akan arahan itu hanya mampu tersenyum. Macam kelmarin jugak.

_________________________________________________________________________________

Tuk! Tuk! Tuk!

Puteri pantas saja melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Ameer apabila sudah diberi arahan untuk masuk. Cawan yang berada di tangannya kemudian diletakkan di atas meja. Tengku Ameer sudah mengerutkan dahi. Pelik dia merasakan apabila bukan Kak Zahra yang menghidangkan minuman tetapi Puteri, setiausahanya.

"Kak Zahra mana?" Ringkas saja soalan Tengku Ameer tapi sudah cukup membuatkan Puteri tersenyum nipis.

"Mulai hari ni biarlah saya yang buatkan Tengku minuman. Lagi pun bukannya susah sangat nak buat minuman." Sekali lagi dia melemparkan senyuman buat Tengku Ameer apabila jelas lelaki itu sedikit terkejut.

Ok, plan pertama sudah dilaksanakan. Kenalah tambat si dia dengan minuman air tangan sendiri. Lagipun minuman yang aku buat kan sedap. Ceit! Perasan betul.

"Oh, tak menyusahkan ke? Kak Zahra kan ada." Tengku Ameer masih lagi ragu-ragu untuk membiarkan Puteri membuatkan dia minuman.

"Tak susah pun, Tengku. Lagi pun saya memang suka buat minuman. Best tau buat minuman ni." Sudah! Apa yang kau merapu ni Puteri. Best sangat ke? Adesss!

Tengku Ameer tersenyum mendengar kata Puteri itu. Geli hatinya apabila gadis itu tertunduk sebaik saja menuturkan kata. Malu lagilah tu.

"Ok. Saya tak kisah pun. Jangan sampai Kak Zahra merajuk sebab awak dah ganti tempat kerja dia sudah." Sekali lagi Tengku Ameer melebarkan senyuman manisnya. Puteri yang mendengar sudah mengukir senyum tersipu malu.

Puteri kembali melabuhkan duduk di kerusinya sebaik saja keluar drpd bilik Tengku Ameer. Tidak beberapa lama kemudian, interkomnya berbunyi.

"Anyway, kopi yang awak ni memang sedap. Thank you." Puteri yang mendengar sudah tersenyum lebar. Plan pertama dah sukses!

_________________________________________________________________________________

Masuk!

Tengku Arel menjongketkan keningnya sebaik saja Puteri masuk. Di pandang Puteri yang sudah pun menjadi setiausahanya selama sebulan itu menghampirinya sebelum matanya kembali dialihkan pada fail di mejanya.

"Tengku tak keluar makan lunch ke?" Tanya Puteri. Tengku Ameer yang berada dihadapannya kelihatan begitu sibuk. Ala, lelaki ni mana pernah tak sibuk. Bukan pertama kali dia melihat Tengku Ameer skip lunch tapi dah berkali-kali.

"Nope. Saya sibuk nak siapkan kerja saya. Awak pulak tak keluar lunch ke?" Tengku Ameer bertanya sebelum kepala didongakkan memandang Puteri.

Puteri hanya tersenyum sambil mengangkat tangan kanannya yang memegang plastik putih berisi tapau. Tengku Ameer mengerutkan dahi sebelum mengukir senyum.

"Tak baik tau skip lunch. Saya tahu sangat yang Tengku tak makan lunch lagi hari ni, so saya pun tapaukan Tengku nasi goreng kampung ni. Saya harap Tengku tak kisah." 

"Eh, susahkan awak je. Tak lah, saya tak kisah sebab nasi goreng kampung tu memang favourite saya." Puteri yang melihat Tengku Ameer tersenyum  turut tersenyum sama. Sebab aku tau makanan kegemaran Tengku ialah nasi goreng kampung lah aku beli. Ini semua jasa baik Memeylah ni.

Selepas saja tapau itu bertukar tangan, Puteri bersedia ingin berlalu meninggalkan Tengku Ameer menikmati makanan tengah harinya.

"Eh, awak nak ke mana pulak tu? Tak makan lunch ke? Kalau belum makan lagi, marilah kita share tapau ni." Baru saja beberapa langkah di atur, Tengku Ameer sudah menegur sambil mempelawa Puteri untuk makan bersama.

Erk? Tengku Ameer ajak aku makan ke? Tengku Ameer ajak aku share makanan dengan dia ke? Wah, bestnya!

"Erm, takpe lah Tengku. Saya ada beli tapau untuk diri sendiri jugak." Ujar Puteri sambil mengangkat tangan kirinya pulak yang memegang satu lagi plastik putih.

"Kalau macam tu jomlah makan sama-sama." Tengku Ameer sudah berdiri sambil berjalan menuju ke sofa yang sememangnya ada di dalam bilik tersebut.

"Erk..." Puteri berasa ragu-ragu. Dia mahu saja menolak pelawaan Tengku Ameer yang mengajaknya makan bersama-sama itu. Otak kata jangan tapi hati pulak kata nak. Aku nak ikut mana satu ni?

"Lah... kenapa masih tercegat kat situ? Marilah duduk. Rasanya kat sini ada banyak tiga buah sofa." Tengku Ameer sudah tersenyum sendiri. Gelagat Puteri yang seperti serba salah itu membuatkan dia geli hati. Tengku Ameer sendiri pun tidak percaya dengannya yang begitu baik dengan gadis di hadapannya itu. 

"Erm... takpelah, Tengku. Saya makan kat pantri je lah." Dengan lembut Puteri menolak pelawaan Tengku Ameer yang sudah pun duduk di sofa merah itu.

"I insist." Ujar Tengku Ameer sambil matanya tajam merenung Puteri.

Puteri mengeluh kecil. Perlahan-lahan dia mengangguk, akur dengan arahan bosnya sambil bergerak ke arah sofa. Dari ekrpresi muka memang menunjukkan yang Puteri dalam keadaan terpaksa tapi dalam hati memang dah terjerit suka.

Akhirnya, Tengku Ameer dan Puteri pun makan lunch bersama-sama.  Mulai dari hari itu, Puteri akan sentiasa membelikan makanan tengah hari untuk Tengku Ameer. Mereka saling bertukar cerita tentang pelbagai isu. Pada waktu itu jugaklah mereka sudah mulai mesra.Tidak di sangka-sangka, hubungan mereka kian rapat.

Ok, plan kedua sekali lagi sukses!

_________________________________________________________________________________

"Ini dia laporan yang Tengku nak tu." Sebaik saja mendapat kebenaran untuk masuk Puteri menyerahkan laporan yang Tengku Ameer perlukan.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Tiba-tiba saja Tengku Ameer terbatuk. Puteri sedikit kaget. Diamatinya wajah Tengku Ameer yang sedikit menunduk sambil tangannya menutup mulut itu.

"Ehem... awak letaklah atas meja saya." Apabila Tengku Ameer menuturkan kata memberi arahan kepada Puteri, barulah dia dapat melihat wajah bosnya itu. Pucat!

"Tengku... Tengku ok ke ni?" Tidak dapat melindungi kerisauan di hati, Puteri pun brtanya. Sekali lagi Tengku Ameer terbatuk sebelum menjawab pertanyaan Puteri.

"Erm... saya ok. Batuk sikit je." Ujar Tengku Ameer sambil memberikan senyuman yang sememangnya kelat itu.

"Tapi muka Tengku pucat. Betul ke Tengku ok?" Puteri semakin risau apabil melihat keadaan Tengku Ameer itu. Dia ni betul ke batuk sikit? 

"Hmmm... demam sikit." Sekali lagi Tengku Ameer tersenyum apabila menjawab pertanyaan Puteri. Puteri yang mendengar jawapan bosnya itu mengetap bibir.Dia ni semua pun sikit. Batuk sikitlah. Demam sikitlah. Habis tu apa yang banyak?!

Geram dengan jawapan yang diberikan, Puteri terus saja berlalu dari bilik Tengku Ameer tanpa meminta diri terlebih dahulu seperti biasa yang dia lakukan. Tengku Ameer yang melihat kelakuan setiausahanya jugak sedikit tersentak Hairan apabila Puteri berlalu begitu saja sambil menghentak pintu bilik pejabatnya. 

"Nah." Puteri muncul kembali di bilik pejabat Tengku Ameer sambil menyerahkan segelas air kosong dan 2 biji panadol kepada bosnya.

Sekali lagi Tengku Ameer tersentak. Dia ambilkan ubat untuk aku? Perlahan- lahan dia mencapai gelas dan panadol itu dari tangan Puteri namun belum dia mengambil, Puteri melarikan tangannya. Tengku Ameer mengerutkan dahi. Hairan apabila Puteri melarikan tangannya. Dia nak kasi aku ubat ke tak?

"Tengku pergilah duduk kat sofa dulu. Nanti lepas makan Tengku kena rehat sekejap. Barulah ubat tu berikan kesan." Usai saja berkata Puteri berlalu menuju ke sofa.

Tengku Ameer sudah terkebil-kebil. Walaupun begitu, dia tetap mengikut arahan Puteri. Sekarang ni siapa yang ikut cakap siapa? Sekarang ni siapa yang bos? Tanpa disedari, Tengku Ameer tersenyum.

"Ok, sekarang Tengku kena baring dan rehat. Hari ni appointment Tengku cuma satu je. Nanti saya akan tundakan ke lain hari. Jangan nak risau pasal kerja Tengku sebab kerja semua ni memang takkan pernah habis pun." Sekali lagi Tengku Ameer terpinga-pinga apabila diberi arahan oleh Puteri selepas saja dia selesai makan ubat.

Nampaknya setiausaha aku jadi bos hari ni. Sebaik saja dia membaringkan diri di sofa panjang, Puteri berlalu pergi. Matanya dipejamkan sebelum bibirnya kembali mengukirkan senyuman. 

"Puteri Nur Qusyai'ah...."

_________________________________________________________________________________

"Hah, macam mana dengan misi kau untuk curi hati si putera raja tu?" Adira bersama senyuman lebarnya bertanya kepada Puteri. Reisya dan Memey yang turut ada itu pun menanti jawapan dari mulut sahabatnya itu.

"Hmmm...." Puteri mengeluh lemah. 

Ketiga-tiga sahabatnya sedikit tersentak. Hairan apabila melihat Puteri yang seakan-akan tiada semangat itu. Mereka bertiga sudah bersepakat untuk mengajak Puteri ke Starbucks hanya kerana ingin tahu akan misi Puteri yang satu itu. Namun sejak dari tadi Puteri muram dan tidak banyak bercakap.

"Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?" Tanya Reisya. Hairan kerana Puteri yang selama ini seorang yang periang menjadi muram.

"Tengku Ameer..." Perlahan saja nada Puteri ketika menuturkan nama jejaka itu.

"Hah, kenapa dengan prince charming kau tu?" Mereka sudah mula menguntumkan senyum apabila Puteri menyebut nama lelaki itu tetapi senyuman mereka mati apabila sekali lagi Puteri mengeluh.

"Kenapa ni Puteri?"

"Tengku Ameer... Tengku Ameer... dia...."  

"Kenapa?" Memey bertanya apabila melihat Puteri seakan tidak ingin meneruskan kata-kata.

"Dia... Tengku Ameer.... dah ada kekasih." Sebaik saja dia menuturkan kata, kepala ditunduk. Sungguh sedih hatinya kini apabila mengetahui calon suami itu sudah punya kekasih.

"What?!" Serentak ketiga-tiga sahabatnya itu menjerit. Mata mereka terbuntang sebaik saja ayat tu dituturkan oleh Puteri.

Puteri hanya menganggukkan kepalanya apabila melihat reaksi sahabatnya yang seperti susah untuk percaya. Huh, aku sendiri pun tak nak percaya.

_________________________________________________________________________________

"Hello. Miss?" Tiba-tiba saja suara yang sangat lunak menegurnya. Puteri yang sejak dari tadi sibuk menghadap komputer sedikit terganggu dengan suara itu. Sebaik saja kepala didongakkan, suara yang menegurnya tadi memberikan senyuman yang cukup manis kepada Puteri.

Puteri seakan-akan tergamam. Terkedu dia apabila melihat wanita yang sangat cantik dihadapannya.

"Ya, ada apa?" Tanya Puteri apabila menyedari wanita itu seperti ingin mencari seseorang.

"Zakwan ada tak?" Sekali lagi dia memberikan senyuman kepada Puteri. 

Kalau akulah lelaki, memang dah lama aku tergoda dengan wanita yang berada di hadapan aku ni. Tapi.... siapa Zakwan? 

"Maaf cik...." 

"Nama saya Anamisya Natasya. Awak boleh panggil saya Natasya je."

"Maaflah Cik Natasya tapi dekat sini tiada sesiapa pun yang bernama Zakwan." Puteri melihat wajah wanita itu. Solekan yang kemas membuatkan wanita itu nampak mempesonakan. Walaupun hanya memakai T-shirt lengan pendek berwarna oren dengan jean putih, dia tetap nampak cantik.

"Ops, sorry. Sebenarnya saya nak cari Tengku Ameer Aqmar Zakwan. Dia ada tak?" Dengar saja nama itu disebut, Puteri sudah mengerutkan dahi. Dia nak cari Tengku Ameer? Buat apa? 

Puteri tidak menjawab pertanyaan itu tetapi hanya mengangguk perlahan-lahan menunjukkan bahawa Tengku Ameer sememangnya ada di pejabatnya. Senyuman wanita itu kian melebar sebaik saja Puteri mengangguk malah terus berlalu ke pejabat lelaki itu. Puteri pulak sudah terpinga-pinga. 

Sedang mindanya sarat dengan persoalan mengenai wanita itu, interkomnya berbunyi.

"Please bring me 2 cups of coffee. Thank you." Puteri mengeluh perlahan apabila mendengar akan arahan itu. Mahu tidak mahu dia kena sediakan 2 cawan kopi untuk Tengku Ameer dan juga Cik Natasya.

Sebaik saja dia masuk untuk menghantar kopi yang diminta, dapat dilihat Tengku Ameer dan Cik Natasya yang sedang duduk di sofa. Rapat!

Hatinya kini terasa sakit. Bagaikan sedang diremuk dan dipulas-pulas. Tengku Ameer kini dilihat sedang bergelak ketawa dengan Cik Natasya. Mesra sungguh hubungan mereka apabila melihat mereka bertepuk tampar. Tidak ingin menyakitkan mata dan hati, Puteri pantas saja berlalu meninggalkan mereka apabila melihat aksi manja Cik Natasya yang berbisik di telinga Tengku Ameer. Hatinya kini sememangnya sakit. Sakit yang teramat! 

_________________________________________________________________________________

"Huh..." Puteri mengeluh lemah. Hari ini merupakan hari terakhir dia bekerja dengan Tengku Ameer. Esok, Kak Mainirah akan kembali bertugas sebagai setiausaha Tengku Ameer selepas berbulan cuti bersalin. 

Hatinya kini amat sedih. Pilu mengenangkan Tengku Ameer yang sudah punya kekasih. Sia-sia saja dia menjalankan plan untuk mencuri hati lelaki itu tetapi jejaka tidak pernah sekali pun memandangnya. 

Sejak hari dia mengetahui bahawa Tengku Ameer sudah punya kekasih, hubungannya dengan Tengku Ameer kian hambar. Sungguh dingin hubungan mereka dan langsung tiada kemesraan tetapi lelaki itu sepertinya tidak kisah langsung. Memikirkan tentang itu membuatkan Puteri yakin bahawa dia gagal untuk mencuri hati Tengku Ameer sebaliknya hatinya pulak yang sudah dicuri. Dicuri oleh jejaka yang bernama Tengku Ameer!

Sudah seminggu Tengku Ameer tidak ke pejabat kerana lelaki itu punya tugas di luar negara. Nampaknya dia tak akan lagi berjumpa dengan Tengku Ameer. Biarlah dia mengundurkan diri kerana buat selamanya dia pasti dia tidak akan berjaya mencuri hati itu kecuali Natasya.

_________________________________________________________________________________

"Korang nak bawa aku ke mana ni? Dah lah korang suruh aku pakai gaun labuh pink, siap make-up kan pulak tu." Puteri bertanya kepada ketiga-tiga sahabatnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Pelik dia rasakan apabila mereka bertiga hanya mengenakan T-shirt dan jeans manakala dia mengenakan gaun labuh macam nak pergi majlis di hotel.

"Kita dah sampai. Jom turun." Puteri hanya akur lalu turun dari kereta dan mengikuti langkah Memey yang berjalan di hadapannya.

"Ok, aku hantar kau sampai sini je." Puteri mengerutkan dahi. Dihadapannya kini ialah sebuah restoran eksklusif. Dia menoleh memandang Memey dan baru kini dia sedar bahawa Adira dan Reisya tidak mengikuti mereka turun dari kereta.

"Apa ni? Apa maksud kau hantar aku sampai sini je? Takkan kau nak aku masuk restoran tu sorang-sorang? Buat apa aku makan sorang-sorang kat sana? Lagipun aku tak bawa banyak duitlah. Dah lah, pulang je la." Bibir digigit tanda geram. Dia ingin melangkah, berlalu menuju ke kereta tetapi Memey sudah terlebih dahulu memegang lengannya, menghalang dia dari terus pergi.

"Kau kena masuk dalam restoran tu. Kalau kau nak bahagia kau kena jugak masuk dalam restoran tu sorang-sorang." Serius wajah Memey ketika bercakap dengan Puteri. Puteri sekali lagi mengerutkan dahi.

"Aku... aku tak faham."

"Please, Puteri. Aku merayu supaya kau masuk dalam tu. Ini semua demi kebahagian kau." Akhirnya Puteri mengeluh lemah dan mengangguk. Walaupun dia langsung tidak faham akan apa yang dikata Memey, dia tetap perlahan-lahan masuk ke dalam restoran itu.

Sebaik saja pintu masuk dibuka oleh seorang pemuda yang memakai kot hitam, dia pun melangkah masuk. Kini Puteri terkejut! 

"Apesal tiada orang? Eh, ini restoran ke? Apesal ada satu meja je?" Ya, sememangnya restoran itu langsung tiada orang. Hanya ada sebuah meja di tengah-tengah ruang restoran itu. Lantai restoran itu penuh dengan taburan kelopak mawar merah. 

Perlahan- lahan dia mendekati meja di tengah-tengah ruang itu. Apabila dia mendekati meja itu barulah dia sedari meja itu dihiasi dengan lilin. Candle light dinner!

Apa yang berlaku ni? Aku nak cabut larilah kalau macam ni. Seram sejuk aku dibuatnya. Bisik hati Puteri. 

Namun belum sempat dia membuka langkah, kelihatan kelibat seorang jejaka yang kian menghampirinya dari sudut kanan. Kini Puteri sudah berdiri tegak. Semakin lama susuk tubuh itu semakin mendekat. Apabila lelaki itu sudah berada di hadapan  mata, Puteri tergamam.

" Tengku Ameer!" Puteri sedikit terjerit. Dia tidak pernah menyangka jejaka yang bersut putih itu rupanya Tengku Ameer.

"Puteri Nur Qusyai'ah..." Perlahan dan lembut sekali Tengku Ameer menyebut namanya. Seakan berbisik tetapi masih boleh didengar oleh Puteri.

Puteri yang masih dalam zon terkejut itu begitu ralit merenung lelaki yang hampir seminggu tidak ditemui. Begitu leka dia merenung wajah lelaki yang sememangnya kacak itu namun hanya seketika. Apabila lelaki itu mula bergerak mendekatinya dia pantas sedar. Aku nak lupakan Tengku Ameer!

Puteri mula berundur setapak demi setapak sebelum dia berpaling dan ingin melarikan diri drpd jejaka itu. Tengku Ameer yang sedar akan niat Puteri pantas saja merentap lengan wanita itu, menghalangnya dari melarikan diri.

"Puteri, kenapa awak nak lari?" Begitu lembut tutur bicara Tengku Ameer.

"Saya... saya tak patut ada kat sini." Perlahan saja Puteri berkata-kata.

Tengku Ameer tersenyum sebelum dia memalingkan tubuh Puteri menghadapnya. Dengan menggunakan jari telunjuk dia mengangkat wajah itu agar mereka saling memandang. Kini matanya redup memandang gadis itu sebelum tangannya menyeluk poket seluar dan mengeluarkan kotak kecil berwarna merah hati.

Sebaik saja Tengku Ameer mebuka kotak itu, Puteri tergamam! Sekali lagi Tengku Ameer tersenyum sambil mengeluarkan cincin dari kotak tersebut.

"Puteri... sudi tak awak izinkan saya menaikkan pangkat Puteri kepada permaisuri hati saya?" Mata Puteri berkaca apabila mendengar Tengku Ameer yang kini sedang melamarnya. Sungguh dia terharu tetapi dia tidak boleh menerimanya.

"Apa yang Tengku buat ni?" Sedikit terjerit dia mengungkapkan kata. Tengku Ameer pulak tersentak! Tidak pernah menyangka sampai sebegini sekali reaksi gadis itu apabila dia melamar Puteri.

Puteri menolak tubuh lelaki yang rapat dengannya itu. Sekali lagi Tengku Ameer tersentak!

"Kenapa? Kenapa Tengku buat semua ni? Tengku tak patut buat macam ni dengan Natasya! Tengku sepatutnya setia dengan kekasih Tengku!" 

Tengku Ameer yang pada mulanya tersentak perlahan-lahan mengukirkan senyum. Puteri yang melihat senyuman itu pulak mengerutkan dahi. Pelik dia merasakan apabila Tengku Ameer tersenyum sedangkan dia sudah berkata kasar dengan lelaki itu.

"Owh, selama ni awak dingin dengan saya sebab awak jeles dengan Natasya ya?" Senyuman lelaki itu semakin melebar. Erk? Puteri terkelu. Wajahnya kini sudah bertukar pink.

Perlahan-lahan Tengku Ameer mendekati Puteri. Kini mereka kembali rapat dan dapat dilihat Puteri yang tertunduk menghadap lantai. Mungkin malu apabila sudah diserkap jarang.

"Puteri ku sayang, saya dengan Natasya cuma sepupu. Dia tu saudara sesusuan saya. Macam mana awak boleh fikir yang dia tu kekasih saya?" Sekali lagi Tengku Ameer tersenyum apabila melihat mata gadis itu membulat.

Natasya tu.... erm.... mereka.... alamak! Aku dah salah faham! Lah sia-sia aku menjeruk perasaan. Ish memalukan diri sendiri betul aku ni. Tapi... dia panggil aku sayang?

Menyedari akan hal itu, wajahnya sekali lagi bertukar pink.

"So?" Tengku Ameer sekali lagi mengangkat wajah Puteri agar dia dapat melihat mata itu seraya meminta jawapan kepada lamarannya. Puteri pulak sudah tersipu-sipu malu apabila mereka kini sudah saling bertentang mata.

"Kenapa.... kenapa awak nak naikkan pangkat saya pulak?"

"Sebab awakkan dah curi hati hati saya." Puteri tersenyum sebaik saja mendengar kata Tengku Ameer.

"Saya dah curi hati awak? Sejak bila saya curi awak?" Tengku Ameer hanya tersenyum manis apabila mendengar pertanyaan Puteri.

"Awak dah berjaya curi hati saya sejak hari pertama saya jumpa awak. Awak tak jalankan misi awak tu pun  awak dah berjaya." Kali ni Puteri tersentak! Dia tahu aku ada misi nak curi hati dia rupanya.

"Puteri, awak didenda!" Kali ni muka Tengku Ameer bertukar serius. Puteri sudah mengerutkan dahi apabila melihat riak wajah lelaki itu yang sudah bertukar.

"Disebabkan awak curi hati saya, saya akan menjatuhkan hukuman. Awak akan dipenjarakan di dalam hati saya buat selama-lamanya." Usai saja berkata-kata, Tengku Ameer kembali mengukirkan senyuman yang mampu membuatkan setiap wanita tergoda dan cair.

"Saya rela." Puteri tersenyum manis. Sungguh dia bahagia apabila Tengku Ameer menyarungkan cinicin yang bermata berlian itu di jarinya. Sedang dia asyik berlaga mata dengan jejaka yang mencuri hatinya itu, kedengaran tepukan tangan dan gelak tawa di sekeliling mereka. 

Apabila matanya diliarkan mencari riuh itu, barulah dia nampak mama dengan papa yang kini sedang tersenyum lebar memandangnya. Begitu juga dengan Adira, Reisya dan Memey yang tersenyum nakal. 

Wah! Aku dah berjaya curi hati Tengku Ameer Aqmar Zakwan!!! Congratulations to me!!!

p/s: Sebenarnya dah lama dah nak buat buat dan baru sekarang berkesempatan untuk publish. Ops! Ini first time buat cerpen tau. Sila komen dan beri pendapat anda ya. ^_^

8 comments: