Thursday, 26 December 2013

Comel Is My Pet 17 FULL



SEPULUH minit sebelum subuh Nan sudah pun bangun daripada tidur. Semalaman tidurnya langsung tidak lena. Macam mana nak lena kalau dia tidur di lantai yang berlantaikan papan kayu. Katilnya yang bersaiz queen itu awal-awal lagi sudah dikuasai oleh Arel. Ugh! Tak guna punya Arel.

Tuesday, 17 December 2013

Monday, 9 December 2013

Friday, 15 November 2013

Comel Is My Pet 13



PERLAHAN-LAHAN mata yang terpejam dibuka. Buat sesaat dua, lelaki tinggi lampai itu tidak bergerak walau seinci pun. Nan mula cuak tetapi dahinya sudah berlapis-lapis. Aik? Dia tak jatuh tapi tak pulak dia menoleh ke belakang. Apa dah jadi ni? Nan pantas mengeratkan genggaman pan di tangan apabila melihat lelaki tinggi lampai itu mula menoleh ke belakang ingin berhadapan dengannya.

Tuesday, 5 November 2013

Comel Is My Pet 12



MUKA Arel sedari tadi berkerut. Tangan memegang perutnya. Sejak dari tadi perutnya begitu sibuk menyanyikan lagu rock. Huh! Memang tengah lapar yang amat ni! Macam mana tak lapar kalau sehari suntuk tak makan.

Monday, 28 October 2013

Comel Is My Pet 11



“AKU baru je sampai Malaysia. Ahhh! I am so so so happy!” Ujarnya bersama senyuman yang lebar. Akhirnya, dia bebas tanpa kongkongan siapa-siapa. Lapangan Terbang KLIA yang sesak dengan manusia itu tidak membuatkan dia rimas malah gembira.

Monday, 21 October 2013

Comel Is My Pet 10



TOPI hitam atas meja dicapai dan dipakai. Baju tee kelabu dan jaket hitam di badan dikemaskan lagi.

Monday, 14 October 2013

Comel Is My Pet 9



“SELAMAT datang.” Sapa Nan kepada dua orang pelanggan yang baru saja menapak masuk ke dalam kedainya. Baru saja dia ingin mengambil pesanan daripada pelanggan tersebut, Amir datang menegur.

Wednesday, 9 October 2013

Comel Is My Pet 8



“SILA datang lagi.” Ujar Nan bersama senyuman manis kepada pelanggang terakhirnya.

Saturday, 5 October 2013

Saturday, 28 September 2013

Comel Is My Pet 6



SUASANA di ruang tamu kediaman Tengku Meimun Maisaara begitu hening. Sejak tiga puluh minit yang lalu, baik Arel mahupun Tengku Meimun, masing-masing tidak bersuara. Tengku Meimun hanya duduk bersandar sambil memeluk tubuh memandang tajam ke arah Arel manakala Arel pulak hanya duduk dengan tenang sambil bersilang kaki bermain dengan telefon bimbit di tangan.

Wednesday, 18 September 2013

Comel Is My Pet 5



NAN hanya mengikut langkah kaki Arel. Kadang-kadang dia akan menutup mulut kerana menguap. Entah berapa kali sudah dia menguap. Bosan! Itu lah yang da rasakan dari tadi. Sudahlah perjalanan ke Everland mengambil masa hampir dua jam. Ugh! Memenatkan betul.

Tuesday, 10 September 2013

Comel Is My Pet 4



“ALA, Nan janganlah marah.” Shasha cuba memujuk Nan yang hanya berpeluk tubuh itu.

Sunday, 8 September 2013

Comel Is My Pet 3



“SHASHA, bangunlah.” Nan menggerakkan kaki gadis itu tetapi tiada respon.

Tuesday, 3 September 2013

Comel Is My Pet 2



“JOMLAH, Nan...”

     “Aku tak mahulah, Shasha.” Ujar Nan sambil mengemaskan rambutnya di hadapan cermin.

Tuesday, 27 August 2013

Comel Is My Pet 1




NAN hanya diam membisu. Sekali sekala dia mengerling memandang ibunya tetapi tatkala itu jugalah dia dijeling tajam membuatkan Nan kembali menunduk. Sejak sepuluh minit yang lalu, tiada sesiapa yang bersuara. Baik Nan mahupun ibunya.

Monday, 26 August 2013

Novel YOU ARE MY PET NOT MY WIFE is back with NEW version!


Assalamualaikum!

     Okey, cik penulis nak umumkan bahawa novel YOU ARE MY PET NOT MY WIFE is back dengan versi baru! Sebenarnya cik penulis cadang nak post novel ni selepas exam hujung tahun which means bulan 11 tapi tak sangka pulak cik penulis ada peminat dekat sekolah huhuhu. Disebabkan dah terlanjur cakap dengan kawan2 yang cik penulis dah start buat novel ni dalam versi baru, semuanya dah request suruh post dekat blog. Disebabkan dah tak tahan dengan rayuan yang penuh mengharap daripada kawan2 sekolah tu, so cik penulis pun akan post novel ni.

     Oh ya! Novel ni masih lagi mengisahkan tentang Arel dan Nan tapi versi baru. Cik penulis buat balik dari awal sebab ramai sangat yang tanya kenapa PET? Jadi penulis terpaksa buat baru agar para pembaca dapat tahu dengan lebih jelas kenapa Nan dianggap sebagai pet bukannya wife. Cik penulis akan post novel ni selepas selesai penilaian drpd 2 budak ribena lagi ok? Sebabnya diaorang di asrama so tunggu ya! 

~ Nantikan novel YOU ARE MY PET NOT MY WIFE versi baru dengan tajuk baru!

p/s: ayat memang ayat kerek kan??? hehehe jangan marah ya... ^_^