Saturday 31 May 2014

Comel Is My Pet 26



AREL melihat pantulan tubuhnya pada cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Arel mengambil dompet miliknya dan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

            “Okey, dah kacak!”
            Pintu bilik di buka dan pada masa yang sama pintu bilik Nan juga dikuak dari dalam. Buat sesaat dua, Arel dan Nan saling berbalas pandang.
            “Kau nak pergi mana?” soal Arel sambil matanya turun naik memerhatikan tubuh Nan.
            “Jalan. Nak beli bahan untuk kek dan cupcake.” Nan turut memandang tubuhnya apabila Arel semakin galak memerhatikan tubuhnya. “Kenapa?”
            “Nak beli bahan pun kena pakai cantik-cantik ke? Ini ni nak membeli bahan ke nak menggoda?” Berlapis dahi Arel, tidak senang dengan pakaian dan solekan Nan. Terlalu cantik dan comel di matanya.
            Berkerut dahi Nan mendengar kata-kata Arel itu. Sekali lagi dia melihat pakaian pada badannya. Dia hanya memakai kemeja berwarna merah jambu dan gaun labuh yang bercorak bunga-bunga kecil senada dengan warna kemejanya, berlatarkan putih. Kepalanya pula dilitupi dengan tudung bawal kosong berwarna merah jambu lembut. Baginya pakaian yang dipakainya itu cukup ringkas sama seperti solekan pada wajahnya yang hanya dipalitkan dengan pelembap bibir dan pemerah pipi.
            Simple! Pakaian dan solekan macam ni pun cantik dan menggoda ke? Atau… mata Arel yang ada masalah? Memang dah tak betul la Arel ni.
            “Encik Arel…” Nan sengaja meleretkan suara. “Aku memang nak pergi beli bahan untuk esok, bukannya nak menggoda. Setahu aku, pakaian aku ni cukup ringkas. Aku tiada niat pun nak goda siapa-siapa, okey! By the way, terima kasih sebab puji aku cantik. Aku sememangnya cantik. Aku dah lama tahu dah.” Lebar dan manis senyuman Nan.
            Tetapi bagi Arel pulak, senyuman Nan ini senyuman mengejek.
            “Suka hati kau la.” Dengan wajah yang kelat dan masam, Arel berlalu pergi usai saja pintu bilik ditutup. Laju kakinya melangkah menuruni tangga ke tingkat bawah.
            Nan mencemikkan bibir. Menyampah betul dengan Arel. Entah angin apa yang melanda Arel pagi ini. Tiba-tiba nak tegur tentang pakaiannya. Lepas tu, tinggalkan dia sendiri terkulat-kulat dengan wajah yang jelas kelat. Takkan la nak bengang fasal pakaiannya pulak? Tak masuk akal betul.
            Arel langsung tidak perlahankan langkah kakinya. Sebenarnya dia tengah bengang dan geram dengan Nan. Hatinya langsung tidak senang dengan penampilan Nan itu. Baginya Nan terlalu cantik. Pakaian yang ringkas dirasakan terlalu seksi baginya. Solekan yang nipis itu pula dirasakan terlalu menarik perhatian dan semakin mempamerkan kecomelan Nan. Arghhh! Tak suka betul!
            Haih! Lain betul penilaian Arel terhadap penampilan Nan. Entah apa yang matanya lihat sehinggakan pakaian Nan yang ringkas dikatakan seksi dan solekan gadis itu pulak dikatakan menarik perhatian dan terlalu comel. Memang parah betul mata dan hatinya tika ini.
            “Ouch!”
            Nan menggosok hidungnya yang terlanggar dengan dada bidang Arel. Kepala didongak dan matanya mencerun memandang wajah Arel. Haish! Lelaki ni kenapa tercegat di depan pintu rumah. Ingatkan dah jalan. Yalah… Tadi Arel berjalan laju seolah-olah sedang mengejar masa. Sekarang boleh pulak lelaki itu berdiri macam tiang di depan pintu sambil memeluk tubuh? Hmm…
            “Kau nak beli bahan untuk restoran kan?” Kaca mata hitam dipakai, membuatkan si pemakai yang sedia kacak semakin menawan dan bergaya.
            Nan menganggukkan kepala sambil mengusap hidung. Sakit, wei! Nasib baik tak patah, kalau tak… Dah tak comel dah wajah dia.
            “Kau ada sediakan senarai barang untuk dibeli nanti?” Nada suara Arel yang garau itu masih lagi serius.
            Sekali lagi Nan menganggukkan kepala. Haih, Nan… Suara mana? Dari tadi angguk je. Dah boleh jadi kaum kerabat burung belatuk dah ni.
            “Mana?” Arel menghulurkan tangan kanannya.
            Nan sekali lagi mendongak ke arah wajah Arel dengan dahi yang berkerut. Lelaki ni nak apa dengan senarai barangnya? Walaupun musykil, tangannya tetap menyeluk ke dalam beg tangannya dan mengeluarkan sekeping kertas. Perlahan-lahan dia menyerahkan senarai barang itu kepada Arel.
            “Pen?” Kali ini Arel meminta pen pulak sambil matanya memerhatikan senarai barang yang dibuat oleh Nan.
            “Hah?”  Nan menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Dia mulai pelik dengan permintaan Arel tetapi mata dan tangannya tetap sibuk mencari sebatang pen di dalam beg tangannya. Macamlah begnya ini poket doraemon.
            “Kau nak buat apa?” tanya Nan sebaik saja pen berganti tangan.
            Arel hanya diam tidak membalas. Kertas senarai barang dilekapkan pada dinding dan kemudian sebelah lagi tangannya mencoret sesuatu.
            Nan terjingkit-jingkit dibelakang Arel. Dia ingin melihat apa yang sedang ditulis oleh Arel tetapi hanya sia-sia. Akhirnya Nan berputus asa selepas beberapa saat mencuba. Bukannya dia boleh tengok apa lelaki itu tulis. Arel tinggi dan dia pula pendek. Memang tak boleh la!
            Dengan penuh sabar tanpa rela, Nan hanya menunggu sehingga Arel selesai dengan apa yang dilakukannya.
            “Nah!” Arel menghulurkan kembali senarai barang itu kepada Nan. Kaca mata hitam yang tersangkut pada hidung mancungnya dibetulkan.
            “Apa ni?” Bulat mata Nan melihat senarai barangnya yang sudah bertambah. Sekeping kertas A4 yang pada mulanya hanya terisi separuh pada satu permukaan kini sudah penuh di kedua-dua belah permukaan kertas. Banyak!
            “Beli je la. Itu bahan yang kau wajib beli.” Usai itu, Arel terus berpaling dan berjalan ke arah keretanya.
            “Banyaknya! Ini ni untuk pelanggan atau untuk mangsa kebulur di Afrika?” Jerit Nan kepada Arel yang semakin menjauh.
            “Beli je la!”
            Nan mengetap kuat bibirnya. Geram yang amat dengan Arel. Suka hati lelaki itu saja menyuruhnya membeli segala bahan yang disenaraikan. Eh, macam mana nak angkut semua benda tu? Apa? Ingat dia ni alien yang ada sepuluh tangan ke! Duit? Hah, duit!
            “Arel!!!” Tempik Nan sekuat hati sekali gus mematikan langkah Arel.
            Arel yang sudah pun memegang pintu kereta spontan tersenyum tetapi senyuman yang baru sesaat terbit pantas dimatikan agar Nan tidak perasan. Dengan wajah tanpa riak, Arel memalingkan wajah ke arah Nan yang masih lagi tercegat di pintu rumah. Wajah itu jelas cemberut dan tidak puas hati.
            “Duit? Aku mana ada duit banyak!”
            Arel hanya menganggukkan kepala sekali sebelum terus menaiki kereta.
            Nan sudah terlopong. Arel tidak mengendahkannya? Grrr! Geramnyaaa!!!
            “Opocot, mak kau cantik!” Nan melatah apabila kereta merah garang milik Arel berhenti mengejut di depannya.
            Rupa-rupanya Arel berpusing dan terus berhenti betul-betul di hadapan Nan. Sengaja ingin mengejutkan Nan dan ternyata gadis itu melatah. Ingin saja dia menghamburkan gelak tetapi ditahan saja. Ingin berlagak cool di depan gadis itu sekali gus menyakitkan hati Nan.
            “Eeee! Tak guna punya mamat ke…” Belum sempat perkataan kerek dihabiskan, pintu sebelah pemandu dibuka dari dalam. Nan yang sememangnya dekat dengan pintu itu terundur ke belakang. Nasib baik tidak terjatuh. Dia yang masih terkejut itu bertambah pegun.
            Setelah badannya yang hampir jatuh itu diseimbangkan, Nan menarik nafas dalam-dalam. Dadanya juga diusap perlahan, ingin meredakan detak jantung yang kuat memalu dadanya. Setelah reda, matanya tajam dan tepat merenung wajah Arel.
            “Kau! Kau…”
            “Shhh… Diam!” Arel meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Memberi isyarat agar Nan tidak menyambung kata.
            Mata Nan membuntang dan mulutnya juga sudah terlopong. Arel dengan selambanya suruh dia diam? Ini… ini… ini memang kurang ajar! Membahang merah wajah Nan tika ini. Hembus nafasnya juga sudah tidak teratur. Nafasnya juga ditarik dan dihembus kasar.
            “Nah!” Beberapa keping not seratus ringgit diberikan kepada Nan.
            Nan mengambil kasar duit yang dihulurkan oleh Arel.
            “Aku benci kau!” Mencerlung mata Nan memandang Arel. Panas!
            Arel menurunkan kaca matanya dan menundukkan sedikit kepalanya. Bibirnya mengungging senyuman herot di hujung bibir sebelum mata dikenyit nakal.
            “Arel!!!”

“OKEYLAH, aku balik dulu.” Shasha meminta diri untuk beredar setelah segala plastik yang penuh di tangan diletakkan di atas meja dapur.
            “Terima kasih, Shasha. Sebab temankan aku beli semua barang ni.” Nan melemparkan senyuman kepada Shasha.
            “No hal! Aku pergi dulu. Bye!”
            Setelah kelibat Shasha hilang, pintu rumah dikunci. Langkah kakinya menghala ke tingkat atas. Tubuhnya dihenyak malas ke atas sofa jingga yang panjang di ruang tamu. Keluhan lega dilepaskan apabila dia dapat berehat untuk melepaskan lelah.
            “Fuh, penatnya! Nasib baik ada Shasha.”
            Televisyen dihidupkan dan serta merta berita tentang isu semasa terpapar. Nan langsung tidak menukarkan siaran. Baginya, memang wajar untuk semua tahu tentang berita terkini.
            “Lah… Banduan terlepas lagi.”
            Keluh Nan kesal. Kepalanya turut digelengkan beberapa kali tatkala mendengar si pembaca berita memberi amaran agar warga Malaysia berhati-hati apabila berseorangan di rumah. Banduan yang telah disabitkan hukuman gantung sampai mati itu dapat melarikan diri daripada penjara lewat malam semalam.
            “Kenapalah dengan sistem kawalan penjara sekarang ni. Selalu betul aku dengar banduan dapat lari dari penjara.” Omel Nan sendiri.
            Beberapa minit kemudian, skrin televisyen kembali hitam. Nan bangun dari duduk dan berjalan masuk ke dalam bilik. Dia baru teringat bahawa dia belum lagi menunaikan solat Zuhur. Dia harus segera mengerjakan solat kerana waktu solat hampir sampai ke penghujungnya.

“KAU kata nak bermalam di hotel malam ni dengan aku?”soal Safuan sebelum menghirup milo aisnya perlahan.
            “Semua plan yang dirancang kau dah tahu kan? Dah tak ada apa yang aku nak beritahu lagi jadi aku nak baliklah.”
            Arel menggamit salah seorang pelayan di restoran tersebut untuk membayar bil. Setelah bil dibayar, dia berdiri daripada kerusi begitu juga dengan Safuan.
            “Kau yakin ke dengan plan kau tu?” soal Safuan sedikit ragu-ragu dengan rancangan Arel yang didengarinya tadi.
            “Kau sokong aku kan?” Arel meletakkan tangannya pada bahu sahabatnya itu. Matanya juga merenung dalam anak mata Safuan.
            Perlahan-lahan dan sedikit teragak-agak Safuan menjatuhkan kepala.
            “Jangan risau, Saf. Aku yakin dengan rancangan aku ni. Yang penting plan aku ni kena berjalan lancar.” Arel melemparkan senyuman untuk meyakinkan Safuan dengan rancangannya itu.
            “Hmm, yalah…”
            Setelah Safuan dihantar ke rumah keluarganya, Arel meneruskan pemanduannya untuk balik ke rumah. Jalan yang dilaluinya hanya sunyi, gelap dan tidak banyak kereta yang lalu-lalang. Pada saat ini hanya kereta miliknya saja yang laju meluncur membelah jalan.
            Kemudian, Arel teringat bahawa dia belum lagi memaklumkan kepada Nan bahawa dia akan balik rumah pada malam itu. Telefon Samsung miliknya yang berada di atas kerusi sebelah pemandu itu dikerling sekilas. Tangan kanannya memegang stereng kereta manakala sebelah tangannya lagi bergerak ingin mencapai telefonnya. Pandangannya dialihkan sebentar ke kiri untuk mengambil telefonnya itu.
            Tiba-tiba keretanya dilontar dengan telur. Serta-merta cermin keretanya kotor dan keretanya dibrek mengejut. Sungguh dia juga terkejut dengan situasi tersebut. Perasaan terkejutnya hanyalah sesaat dua. Arel menjadi bengang dan marah apabila cermin keretanya sudah kotor. Kereta yang selama ini dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah cacat. Ahhh! Tak guna!
            Arel membuka pintu kereta dengan kasar dan kerutan yang jelas di dahi. Dia terus bergerak untuk melihat cermin kereta hadapannya.
            “Tak guna!” Arel semakin tidak puas hati apabila melihat cermin keretanya yang kotor itu.
            Arel ingin kembali masuk ke dalam kereta dan kembali dengan pemanduannya tetapi baru saja tangannya mencapai pintu kereta, bahunya ditepuk. Arel segera menoleh ke belakang dan tidak semena-mena pipinya ditumbuk kuat dan keras.
            “Buk!!!”
            Tidak cukup di pipi, perutnya turut ditumbuk dan ditendang membuatkan dia terasa senak dan sakit yang teramat. Baru saja kepalanya ingin didongak untuk melihat gerangan orang yang telah menyerangnya, belakang lehernya dipukul. Serta-merta pandanganya kabur dan berpinar-pinar. Pandangannya semakin tidak jelas sebelum menjadi gelap dan akhirnya dia terjelopok jatuh.
            Arel diheret ke tepi pokok dan dibiarkan tidak sedar diri.

p/s : n3 baru yay! cik penulis saja x update n3 pnjg kali ni... nak bagi suspen jap huhuhu ^_^

15 comments:

  1. Best nak lagy .... x)

    ReplyDelete
  2. Best best nk lagi !!!!!

    ReplyDelete
  3. Nnti mnggu dpn update n3 bru ya.. thx for reading guys ^_^

    ReplyDelete
  4. Good Aman, ! I LOVE YOUR STORY ^^)

    ReplyDelete
  5. Cepat cikit tau... tk sabo bebenor dah ni

    ReplyDelete
  6. Bile nak kuar next n3 dah lme tunggu

    ReplyDelete
  7. Bile nk kuar n3 baru .....

    ReplyDelete
  8. Bile nak sambung ???

    ReplyDelete
  9. Mmmm bile nak sambung dh sebulan lebih dah x update n3 baru

    ReplyDelete
  10. Bile nk smbung ni...... tiap ari tunggu x de jugak hmmmm :(

    ReplyDelete
  11. Nak tanye skit ble nk update n3 baru

    ReplyDelete
  12. Kak bile nk kuar n3 baru =(

    ReplyDelete