NAN menggaru
kepala. Kemudian, tangannya diturunkan ke riba. Bebola mata bergerak memandang
wajah polos Arel. Tetapi tidak lama. Matanya dialihkan daripada wajah Arel.
Kali ini, Nan menggaru pipi kanannya. Setelah itu, dia menggaru lagi pipi
kirinya. Pendek kata, dia menjadi serba tidak kena.
“Nan…” Shasha menyiku lengan sahabatnya.
Dari tadi tergaru sana sini. Garu kat kepala la, kat pipi la. Macam ada kurap
je.
Nan menoleh memandang Shasha di
sebelahnya namun hanya sebentar. Dia faham bahawa Shasha ingin dia membuka
mulut. Sejak dua puluh minit yang lalu, semuanya senyap membisu.
Nan menggaru pula kening kanannya
membuatkan Shasha sekali lagi menyiku lengannya. Yalah yalah yalah! Aku nak
buka mulut la ni. Kalau iya pun sabarlah dulu. Nafas ditarik dalam.
“Emm… Kau… kau tak tahu kau siapa?”
soalan pertama Nan.
Dengan perlahan Arel menggeleng
kepala. Sedari tadi matanya hanya tertumpu pada wajah comel yang mempunyai mata
yang bulat itu. Hanya sesekali saja dia akan mengalihkan mata memandang gadis
yang bermata sepet disebelah gadis comel itu. Entah kenapa hanya wajah comel itu
saja yang menarik perhatiannya.
“Okey… Kau… kau tak ingat perempuan
ni siapa?” soalan kedua Nan sambil menunjuk ke arah Shasha disebelah.
Sekali lagi Arel menggelengkan
kepala.
“Kalau macam tu… kau kenal aku?”
soalan ketiga Nan dan kali ini jari telunjukknya diarahkan pada dadanya.
Arel diam tidak membalas. Matanya
merenung jauh ke dalam anak mata gadis comel itu. Dia seolah-olah mengenali
gadis itu tetapi kenapa dia tidak dapat ingat? Lagi sekali Arel menggelengkan
kepala.
Melihat gelengan Arel itu, Nan
tersenyum lebar. Lebar sehingga ke telinga. “Wah, bagusnya!” Nan melompat
kegembiraan sambil menepuk tangan.
Arel mengerutkan dahi.
Shasha pulak sudah terbeliak dengan
riak wajah tidak percaya.
“Aduh!” Nan menjeling Shasha tanda
tidak puas hati apabila Shasha mencubit pahanya.
“Kenapa gembira sangat? Kes Arel
hilang ingatan ni bukan berita gembira, Nan!” bisik Shasha perlahan hanya untuk
pendengaran Nan sahaja.
“Bagi aku, ini berita gembira. Aku
sangat gembira!” bisik Nan juga dengan senyuman lebar sehingga telinga.
Shasha menyepetkan mata sambil mengetap
bibir.
“Kau tahu tak Shasha, Arel dah
hilang ingatan. Dia dah hilang ingatan!” teruja Nan dengan kenyataan yang dia
dan Shasha sudah sedia maklum itu.
“Ini bermaksud aku akan dapat
lepaskan diri daripada Arel. Mungkin aku boleh tipu dia yang aku dan dia bukan
suami isteri atau mungkin...”
“Mungkin?” Shasha sudah berpeluk
tubuh sambil menahan rasa geramnya terhadap Nan.
“Mungkin aku boleh minta cerai
dengan dia! I will be free!”
Buk!
Nan mengusap kepala yang terasa
sakit. Matanya menjeling Shasha yang sesedap rasa meluku kepalanya sebentar
tadi. Haish, Shasha ni! Tak boleh nak tengok aku gembira langsung.
Shasha kembali memandang hadapan ke
arah Arel yang hanya dua meter daripadanya. Senyuman dilemparkan apabila
melihat kerutan dan kebingungan yang terpeta pada wajah Arel. Dia tahu lelaki
itu hairan dengan sikapnya dan Nan yang berbisik sebentar tadi.
“Betulkah awak tak ingat awak siapa?”
soal Shasha kepada Arel. “Nama awak apa? Keluarga awak? Pekerjaan awak? Tak
ingat?”
Arel menggelengkan kepala.
“Dia dah hilang ingatanlah, Shasha.
Macam mana nak ingat?”
Shasha menjeling Nan sekilas.
“Awak berdua siapa?” tanya Arel
pulak.
“Nama saya Shasha,” kemudian Shasha
menunjuk ke arah Nan. “Nama dia pulak Nan.”
Arel hanya menganggukkan kepala.
Nan... Gadis comel dengan mata yang bulat itu rupanya Nan.
“Kenapa saya ada kat sini?” soal
Arel lagi.
Shasha tidak terus menjawab.
Sebaliknya dia mengerling ke arah Nan.
Nan pulak sekadar bermain dengan
jari jemarinya. Shasha sedari tadi asyik mengerling ke arahnya. Dia tahu Shasha
sedang memberi isyarat agar dia menjawab pertanyaan Arel itu tetapi dia tidak
tahu bagaimana.
“Nan...” Suara Shasha meleret.
Nan mendengus. Kepala yang sedari
tadi menunduk didongak memandang wajah Arel. Sebaik kepala diangkat, matanya
bertemu dengan mata Arel. Nan terkedu buat sektika. Lelaki itu sedang
merenungnya. Bukannya dia tidak pernah direnung oleh Arel tetapi riak wajah
lelaki itu kala ini sangat berbeza. Sangat polos.
“Ehem...” Shasha berdehem sambil
menyembunyikan senyuman. Dia tahu Nan sedang terkedu. Wajah gadis itu jelas
kalut apabila dia berdehem.
Nan menegakkan badan sebelum
bersandar pada kepala sofa.
“Kau nak tahu yang betul ke yang
tipu?”
“Ouch!” Nan mengusap lengan yang
perit dek cubitan ketam Shasha. Habis lebam badan aku kalau asyik kena cubit
oleh Shasha. Ala, salah kau juga Nan. Siapa suruh ajukan soalan bengong.
Arel tersenyum nipis. Wajah cemberut
Nan itu nampak comel di matanya.
“Nama kau Tengku Putera Shayarel
Amer bin Tengku Putera Moktar Hamidin.” Ujar Nan.
Berkerut dahi Arel mendengar namanya
yang panjang itu.
Nan tersenyum sinis. “Nama kau
memang panjang.” Entah siapa la yang beri nama panjang sangat. Tak boleh ke beri
nama yang pendek je?
“Orang panggil saya apa?” soal Arel
lagi. Memang dia akui bahawa namanya itu panjang sangat. Rasa tidak percaya
pulak apabila gadis comel itu memberitahu bahawa itulah namanya.
“Arel,” a.k.a mamat kerek. Tapi
masih sesuai lagi ke kalau aku panggil dia mamat kerek selepas ni. Yalah… Arel
kan dah hilang ingatan.
Arel menganggukkan kepala.Walaupun
namanya panjang, nama panggilannya tetapi pendek dan mudah untuk disebut.
“Awak siapa?”
Nan mengerutkan kening.
“Bukan kawan aku dah beritahu nama
aku ke tadi? Nama aku Nan, Ain Nurhanani.”
Arel menggelengkan kepala.
“Saya maksudkan awak siapa kepada
saya?”
Nan menoleh memandang wajah Shasha.
Matanya dikelipkan beberapa kali sebelum kembali memandang wajah Arel.
Nak beritahu perkara yang sebenar
ke? Nan mengeluh. Entah kenapa sekarang ni dah jadi sesi suai kenal. Bukan ini
yang dia bayangkan semalam sebelum dia dibuai tidur. Dia bayangkan bahawa Arel
akan bertukar menjadi hulk dan mengamuk dengannya. Tetapi tak sangka ini pulak
yang terjadi…
Shasha menyiku lengan Nan. Memberi
isyarat agar Nan memberitahu perkara yang sebenarnya.
“Aku...”
Susah susah susah! Tak boleh
beritahu Arel yang tipu ke? Peluang dah ada untuk aku lepaskan diri daripada
Arel. Takkan nak sia-siakan peluang yang sudah terbentang di depan mata.
Tetapi... Haih! Shasha tak habis-habis menjeling.
Shasha mengeluh. Apa yang susah
sangat si Nan nak berterus-terang?
“Nan ialah isteri awak. Awak dan Nan
baru sahaja berkahwin beberapa minggu yang lalu.”
Nan mencebik. Akhirnya, Shasha yang
memberitahu Arel perkara yang sebenar. Memang tak ada peluang untuk aku
kelentong Arel.
Arel sedikit terkejut. Suami isteri?
Nan ialah isterinya?
“Kami baru saja berkahwin?” soal Arel.
“Ya.”
Arel memandang Nan dengan riak wajah
tidak percaya. Gadis comel ini merupakan isterinya?
“Nan...” sebut Arel. Tetapi entah
mengapa, lidahnya terasa kekok memanggil nama gadis itu.
Nan menggaru pipi sebelum memandang
wajah Arel. Sejujurnya, telinganya sukar menerima panggilan namanya meniti di
bibir Arel. Yalah... Arel mana pernah panggil dia Nan. Selamanya, Arel panggil
di Comel.
“Nan, awak isteri saya?”
Mahu tak mahu, Nan menganggukkan
kepala.
“Kita saling mencintai?”
Spontan mata Nan membulat sebelum
kepala digelengkan pantas. “No!”
Arel menjadi bingung.
Shasha sudah sembunyi senyum.
Nan pulak sudah masam mencuka. Saling
mencintai? Eeee! Tak pernah ada perkataan cinta dalam kamus kehidupan Arel dan
Nan!
“Now, look! Perkahwinan kita
bukannya atas dasar suka sama suka. Sebenarnya aku berkahwin dengan kau sebab aku
terpaksa. Sebab kau ugut aku. Kalau kau tanya aku kenapa dahulunya kau paksa
aku kahwin dengan kau, itu aku tak tahu. Mungkin sebab kau nak balas dendam
atas kejadian yang menimpa kau sewaktu kita di Korea dulu.”
Panjang lebar penerangan Nan kepada
Arel. Dia tidak mahu Arel salah faham. Nanti tak pasal-pasal Arel sangkakan
bahawa selama ini mereka merupakan pasangan suami isteri yang bahagia.
Dahi Arel semakin berlapis. Dia
memegang kepalanya. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit apabila dia cuba untuk
mengingati apa yang dikatakan oleh Nan itu.
“Awak okey ke?” soal Shasha. Dia menjadi
risau apabila Arel memegang kepalanya.
Arel mengangguk kepala dengan lemah.
“Saya minta maaf. Saya tak ingat
apa-apa.”
Nan mengeluh. Susah la kalau macam
ni. Takkan aku nak kena cerita segala yang berlaku antara aku dengan dia?
“Macam mana dengan hubungan kita
selama ni?” soal Arel.
Nan menyilangkan tangan di dada.
“Hubungan kita? Macam anjing dengan
kucing. Dalam sehari, memang tak sah tak bergaduh. Kau suka sangat cari pasal
dan buli aku.”
Shasha hanya menggelengkan kepala.
Arel menundukkan kepala.
“Teruk sangat ke sikap saya pada
awak sebelum ni?” perlahan saja suara Arel. Ada rasa kesal bermukim di hati
apabila mendengar kenyataan daripada Nan. Melihat wajah cemberut gadis itu juga
dia dapat tahu bahawa Nan membencinya.
“Memang pun!” pantas saja Nan
menjawab.
Shasha menyiku lengan Nan. Nan ni...
tak nampak ke Arel sedang rasa bersalah?
“Saya minta maaf.”
Nan mengangguk kepala namun sesaat
kemudian Nan terkedu.
“I’m sorry.”
Pantas bebola mata Nan memanah anak
mata Arel. Dia tercengang. Matanya juga tidak berkedip walau sekali.
Shasha menjadi pelik. Yang Nan dah
melopong ni kenapa?
“Nan, kau dah kenapa?” soal Shasha.
Nan menoleh memandang wajah Shasha
dengan riak wajah yang kekal seperti tadi. Riak wajah tidak percaya.
“Shasha... Arel minta maaf dengan
aku. Dia tak pernah minta maaf dengan aku!”
Nan kembali memandang wajah Arel.
Wajah yang lirih.
His eyes... are so sincere!
“KAU dah
beritahu dia ke?” Nan menyoal sebaik saja Shasha melangkah masuk ke dalam ruang
dapur. Shasha melabuhkan duduk di hadapan Nan.
“Dah.”
Sebentar tadi dia telah pun
menceritakan kepada Arel tentang kisah pertemuan lelaki itu dan Nan di Korea.
Dia turut menceritakan tentang bagaimana perkahwinannya dengan Nan terjadi.
Itupun disebabkan permintaan Arel. Nak harapkan si Nan? Gadis itu telah turun
ke dapur selepas terkejut dengan maaf yang dipinta oleh Arel.
Nan menganggukkan kepala.
“Dia okey tak?” soal Nan.
“Dia okey je. Tapi sekarang dia
hanya tahu tentang kisah pertemuan korang di Korea dan bagaimana perkahwinan
korang boleh terjadi. Itu je. Yang lain-lain tu kau cerita sendiri la kat dia
nanti.”
Nan mengeluh. Kena cerita jugak ke?
“Hai,” tiba-tiba ada suara lain yang
mencelah.
Shasha melemparkan senyuman kepada
tuan empunya suara yang menyapa manakala Nan pula langsung tidak mengendahkan.
Dia buat bodoh je.
“Emm… Tengah buat apa?” soal Arel
sambil menarik kerusi di sebelah Nan.
Nan merengus dalam diam. Haish!
Dalam banyak-banyak kerusi, kenapa pulak nak duduk sebelah aku? Pergilah duduk
jauh sikit. Ish! Tak suka.
“Tak buat apa-apa pun. Saya dengan
Nan sembang-sembang je.” Shasha menjawab soalan Arel walaupun dia tahu lelaki
itu bertanya kepada Nan. Kalau nak tunggu Nan yang buka mulut, memang tak la.
Gadis itu terus buat muka bengang saat mendengar suara Arel.
“Oh… Sebenarnya saya nak tanya. Saya
ada telefon bimbit tak?”
Shasha mengerut dahi apabila
mendengar pertanyaan daripada Arel itu. Kemudian, dia memandang wajah Nan dan
mengangkat kening, memberi isyarat agar Nan yang menjawab soalan Arel itu.
Dengan rasa malas Nan menoleh
memandang Arel di sebelah. Mak ai! Dekatnya dia duduk dengan aku. Dah buang
tabiat ke apa? Dengan pantas Nan beranjak ke kerusi sebelah. Kini di antara dia
dengan Arel ada sebuah kerusi kosong.
“Kau memanglah ada telefon bimbit.
Kenapa tanya?” Nan menjongketkan kening kepada Arel.
“Saya tak jumpa pun telefon bimbit
saya. Awak ada nampak tak telefon bimbit saya?” tanya Arel lagi tanpa
mengalihkan pandangan mata daripada wajah Nan. Senyuman yang ingin terbit
ditahan sebaik mungkin. Geli hatinya apabila Nan tiba-tiba bertukar tempat
duduk. Mungkin bengang apabila dia begitu dekat dengan Nan tadi. Hmm… Bengang
atau malu?
Nan mengerutkan dahi.
“Kenapa tanya aku pulak? Kau fikir aku ni ahli nujum ke yang boleh tahu di mana
telefon bimbit kau sekarang ada di mana?”
Wajah Arel bertukar keruh. Kasar
betul Nan menjawab pertanyaannya membuatkan dia terasa hati. Bukankah dia sudah
meminta maaf tadi? Kenapa Nan masih lagi memusuhinya?
Shasha yang melihat perubahan wajah
Arel menjadi geram dengan Nan. Dia memandang tajam ke arah Nan tetapi
sahabatnya itu langsung tidak mempedulikannya.
“Auch!” Nan pantas menunduk untuk
menggosok buku lalinya yang perit.
Arel mengerutkan dahi apabila
medengar jeritan Nan manakala Shasha pula buat muka kosong sambil membuang
pandang ke sekeliling dapur.
“Kenapa?” tanya Arel prihatin.
Nan langsung tidak menjawab. Hanya
bebola matanya yang merenung tepat ke arah Shasha. Shasha ni kenapa? Tiba-tiba
nak tendang aku ni apa kes? Kes tak puas hati sebab aku layan Arel dengan kasar
ke? Ceh!
“Kenapa dengan kaki awak?” tanya
Arel lagi apabila tidak mendapat sebarang balasan daripada Nan. Matanya silih
berganti daripada memandang Nan dan Shasha. Arel menjadi pelik apabila Nan
memandang Shasha macam nak telan tetapi Shasha pulak buat muka tiada perasaan.
“Tak payah nak sibuklah.” Walaupun
tidak selantang tadi, tetap juga kedengaran kasar.
Arel sekali lagi terkedu. Hanya
senyuman kelat yang terukir di bibir.
Shasha pantas memandang tajam ke
arah Nan. Haish, minah ni! Tak boleh ke jawab dengan lembut. Nak kasar-kasar tu
kenapa?
Nan yang mengerti dengan mesej yang
ingin disampaikan melalui mata oleh Shasha itu mencebik. Dia merengus kasar
sebelum kembali bersandar pada kepala kerusi.
“Saya tak apa-apa. Ada nyamuk gigit
tadi.” Memang tak logik betul apa yang dikatakan Nan itu. Apa? Pernah tak dengar
orang menjerit gara-gara digigit nyamuk? Memang tak la!
Walaupun jawapan Nan itu tidak masuk
akal, Arel tetap menganggukkan kepalanya. Hatinya sedikit lega apabila Nan
sudah tidak sekasar tadi walaupun tidak selembut Shasha.
“Kenapa kau nak cari telefon bimbit
kau?” soal Nan malas sambil menjulingkan mata ke atas. Bukannya dia yang ingin
sangat menyoal Arel tetapi Shasha yang memaksa. Dari tadi sibuk kuis-kuis
kakinya. Haish, rimas!
“Saya nak periksa kenalan dalam
telefon saya. Saya nak call dia orang, manalah tahu kawan-kawan saya boleh
tolong saya ingat semula ingatan saya yang hilang.” Senyuman nipis tersungging
di bibir apabila Nan sudi bertanya kepadanya. Walaupun daripada riak wajah
gadis itu, dia tahu Nan terpaksa tapi itu sudah memadai.
“Lah… Susah-susah pulak awak nak
call kawan awak. Nan kan ada. Dia boleh tolong awak untuk ingat semula ingatan
awak yang hilang tu.”
Mata Nan sudah terbuntang tatkala
mendengar bicara sahabatnya itu. Aku? Aku tolong Arel ingat semula apa yang dia
dah lupa? Oit! Kenapa aku? Tajam matanya memandang wajah Shasha tetapi seperti
biasa Shasha tak pedulikan dia.
Arel tersenyum apabila mendengar
kata-kata Shasha itu. Tetapi senyumannya pudar tatkala melihat riak wajah Nan
yang jelas tidak suka. “Tak apa la. Saya tak nak menyusahkan Nan. Saya akan
cari telefon bimbit saya nanti. Biarlah saya minta pertolongan daripada
kawan-kawan saya.”
Ek eleh! Nak merajuklah pulak mamat
hilang ingatan ni. Apa? Kau ingat aku akan rasa kasihan then akan tolong kau
ingat semula ingatan kau yang hilang tu? Helo, bro! Aku tak akan terpedaya
dengan trick kau tu!
Shasha menggigit bibir sambil
melemparkan pandangan matanya yang bak helang itu kepada Nan. Ugh! Ada bini pun
tak guna. Oit, Nan! Ingat sikit yang kau tu masih lagi isteri Arel.
Nan mendengus tidak puas hati. “Tak
payahlah nak susahkan kawan kau. Aku dengan Shasha boleh tolong dengan ingatan
kau yang hilang tu.”
Arel mengukir senyuman. Gembira
hatinya apabila Nan sudi membantu dia.
“Terima kasih. Kalau macam tu,
sebagai balasan saya akan sediakan lunch untuk kita bertiga hari ni.”
Nan menjongketkan sebelah kening
manakala Shasha pulak sudah tersenyum lebar. Ewah, cik kak! Gembira nampak?
Bersinar-sinar pulak mata sepet itu apabila Arel yang akan memasak untuk lunch
nanti.
Arel bangkit daripada kerusi dan
bergerak menuju ke peti ais. Tangan lelaki itu ligat mengeluarkan makanan basah
daripada peti ais dan kemudian diletakkan di tepi singki.
“Wah! Memang ada hikmahnya kenapa
aku tinggal di sini. Dapat jugak aku merasa masakan Arel. Mesti sedap!” Teruja
betul Shasha kala ini.
Nan mencebik. Over betullah Shasha
ni. “Tak payah gembira sangatlah, Shasha. Kau yakin ke makanan dia tu sedap.
Helo! Dia hilang ingatan, okey!” Perlahan saja suara Nan. Dia tidak mahu Arel
mendengar perbualannya dengan Shasha. Karang lelaki itu merajuk. Hah! Siapa
yang masak untuk lunch nanti? Nak harapkan dia? Tak payahlah!
“Orang yang hilang ingatan tak
semestinya hilang kemahiran.” Sejurus itu Shasha berdiri dan berjalan keluar
dari dapur.
Nan mengangkat bahu sebelum dia
turut mengikut langkah Shasha. Tak ada maknanya dia nak berdua-duaan dengan
Arel di dapur.
Baru saja Nan memasuki kamar
tidurnya, bunyi loceng rumah kedengaran. Loceng rumah itu sudah pun diganti
dengan yang baru. Sewaktu pertama kali Arel ke rumahnya dahulu, loceng rumahnya
rosak dan tidak berfungsi. Disebabkan itulah Arel terpaksa mengetuk pintu. Tak
pasal-pasal dia menganggap Arel itu sebagai banduan yang terlepas dari penjara.
Tetapi… Semalam dia tidak dengar loceng rumah berbunyi. Arel tidak menekan
locengkah?
Nan segera menyarung tudung dan
bergegas ke tingkat bawah. Sebaik saja pintu dibuka, dua orang lelaki yang
berpakaian seragam polis sedang berdiri di hadapan mata. Nan sudah mula
mengerutkan dahi. Kenapa ada polis di sini?
“Assalamualaikum, cik. Saya
Inspektor Rahmat dan sebelah saya ini Inspektor Hadi. Kami ingin berjumpa
dengan Tengku Putera Shayarel Amer. Tengku Putera ada di rumah?”
“Saya Tengku Putera. Kenapa ya,
encik?”
Nan segera menoleh apabila mendengar
suara garau itu menjawab. Ternyata Arel sudah pun berada di sisinya kanannya.
Manakala Shasha pulak baru saja menuruni tangga dan menghampirinya.
“Encik pemilik kereta Ferrari merah
dengan nombor plat AR31?”
Arel sudah mula mengerutkan dahi.
Kemudian dia melihat sebuah kereta merah garang yang sedang terletak elok di
halaman rumah. Itu kereta dia ke?
Nan segera menyiku Arel membuatkan
lelaki itu memandangnya. Nan memberi isyarat agar Arel mengiyakan pertanyaan
Inspektor Rahmat. Sememangnya kereta yang berada di halaman rumah itu milik
Arel.
“Emm… Ya, itu kereta saya.”
Inspektor Rahmat dan Inspektor Hadi
tersenyum. “Pihak kami telah memberkas orang yang mencuri kereta encik pagi
tadi. Orang yang telah mencuri kereta encik merupakan dua orang banduan yang
terlepas dari penjara beberapa hari yang lalu. Encik bolehlah periksa jika
terdapat sebarang kehilangan barang di dalam kereta.”
Arel menoleh memandang Nan. Dengan
rasa ragu-ragu dia bergerak mendekati kereta merah yang dikatakan kepunyaannya
itu setelah Nan mengangguk. Pintu kereta dibuka dan Arel masuk ke dalam perut
kereta di tempat pemandu. Matanya meliar memerhatikan isi kereta tersebut. Dia
juga tidak tahu sekiranya ada barang yang hilang. Dia juga terkejut apabila dia
dikatakan pemilik kereta mewah itu.
“Ada sebarang barang yang hilang,
encik?” soal Inspektor Hadi.
Arel mencapai telefon Samsung Galaxy
S4 pada kerusi sebelah pemandu itu. Mungkin inilah telefon bimbitnya. Patutlah
dia tidak dapat menemui telefon bimbitnya walaupun puas menggeledah biliknya
tadi.
“Tak ada apa yang hilang, tuan.”
Arel keluar daripada kereta.
“Kalau macam tu, sila tandatangan di
sini.” Inspektor Hadi memberikan borang dan menunjuk tempat yang perlu
ditandatangani oleh Arel.
Setelah semuanya selesai, dua orang
anggota polis itu beredar. Arel pulak masih lagi berdiri di sisi kereta merah
itu. Kereta Ferrari diperhatikan lama. Apabila menyedari Nan berdiri di
sisinya, Arel membuka mulut untuk bertanya soalan.
“Ini kereta saya ke?” soal Arel
tanpa memandang ke arah Nan. Macam tak percaya pulak dia punya kereta mewah.
“Memanglah. Tengok nombor plat pun
dah tahu yang kereta ni kereta kau.”
Kini persoalan tentang kehilangan
kereta merah Arel sudah terjawab. Rupa-rupanya kereta Arel telah dicuri oleh
dua orang banduan yang terlepas dari penjara. Patutlah dia tidak nampak kereta
merah itu semalam.
p/s : Penulis lambat lagi post new chapter :( Ini merupakan bab terakhir yang akan di post sebab selepas ini cik penulis nak SPM dah... sekali lagi cik penulis nak minta maaf :( Cik penulis post the next entry insha allah selepas SPM.. enjoy reading and doakn SPM saya ^_^
Hahah best .... okay I'll wait ... gud luck tau spm
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteHehehe can't wait for the new n3 ....eheheh
ReplyDeleteHeheh best !!! Thumbs up
ReplyDeleteHeheh best !!! Next n3 please ... heheb
ReplyDeleteWahhhh next n3 please .... heheh
ReplyDeleteBile nk smbung ... Dh x sabar nk tunggu
ReplyDeleteBest !!!! Bile nk smbung ???
ReplyDeletenak sambungan
ReplyDeleteπ_π bila nak sambung n3 ni...
ReplyDeleteSis berminat untuk terbit karya ini. Sila email saya untuk perbincangan lanjut di alizismail@yahoo.co.uk
ReplyDeleteMasih menunggu sambungannya...
ReplyDelete